Peniaga Nasi Kukus Volcano, Syahiran Hilmin ini terkesan dengan kehadiran seorang pelanggan kecilnya. Yang mahu membeli nasi bungkus berlaukkan hampas ayam goreng dan kuah.
Sebagai peniaga yang terkesan dengan permintaan anak kecil itu, dia belanja saja dan tak perlu membayar harga makanan.
Setelah siap dibungkus dan dibawa pulang. Pelanggan ciliknya itu datang semula ke gerai makannya.
Katanya, ibu berpesan agar membeli lagi dua bungkus untuk makan malam.
Sebaik anak itu pulang, dia pula mencuba makan dengan hidangan lauk yang pelanggannya itu minta. Dan ternyata, hidangan ringkas sebegitu masih boleh memberi rasa sedap pada si pemakan.
Itulah sebuah harga kesyukuran.
Ayam goreng berempah yang dijual di gerai makannya.
Walau Hanya Berkuah Gulai Dan Lauk Hampas Ayam Goreng
“Mak pesan suruh mintak beli hampas ayam goreng dan kuah” – anak seorang hamba Allah
Saya tanya, “lauk lain adik tak nak? ke mak dah ada masak kat rumah?”
Ads
Adik tu hanya senyum tunjuk gigi..saya husnuzon je..
“Berapa ringgit bang?” Tanya adik tu. Saya pun cakap, “kalau adik beli nasi dan lauk baru abang kira.. yang ni kita belanja”
Senyum lagi adik tu.. tak lama dari tu dia datang balik. “Abang, lupa..mak cakap suruh beli dua bungkus..untuk makan malam nanti”
Saya dah rasa lain.. tapi masih husnuzon.
Sesudah adik tu pergi, saya saja lah nak ‘test’.. sedap ke makan nasi dengan hampas ayam goreng ni?
Ads
Ternyata sedap jugak andai tiada lauk lain. Walau hanya berkuahkan gulai dan berlaukkan hampas, serdak ayam goreng.
Akui peniaga ini, majoriti pelanggan yang datang ke gerai makan NKV ini dari kalangan mereka yang berpendapatan rendah, kerja-kerja kampung dan seumpamanya.
Ads
Amalan bersedekah sambil berniaga ini sudah lama dipraktikkan di gerainya.
Ada di kalangan penyumbang yang berkongsi sedekah mahupun zakat mereka dengan para pelanggannya. Dari situlah, pelanggan yang kurang pendapatan boleh mendapat nasi kukus ayam goreng berempah secara percuma.
Ada juga ketikanya, pelanggan dari kalangan pelajar sekolah boleh makan nasi kukus ayam goreng berempah dengan percuma air minuman.
Semoga peniaga gerai makan NKV yang terletak di Kg Beris Kubur Besar, Bachok, Kelantan terus dimurahkan rezekinya.
Setiap kali menjalani pembedahan, komplikasi mahupun kecuaian selepas pembedahan amatlah dirisaukan. Siapa sangka kecuaian daripada pihak hospital dan petugas kesihatan meninggalkan alat-alat pembedahan, boleh menyebabkan penderitaan dan menjejaskan kesihatan diri.
Kejadian berlaku di Dhaka, Bangladesh baru-baru ini, seorang wanita tidak menyangka sakit perut yang sering dialaminya sejak 20 tahun diakibatkan oleh sebilah gunting tertinggal di dalam perutnya.
Pembedahan Buang Batu Karang
Bachena Khatun, 55, mula sering mengalami sakit perut selepas menjalani pembedahan membuang batu karang di sebuah klinik Chuadanga pada 2002.
Beberapa hari selepas pembedahan itu, Khatun pergi ke semula klinik tersebut untuk memaklumkan mengenai sakit perut yang dialaminya.
Rasa Sakit ‘Normal’
Namun, doktor memaklumkan rasa sakit itu adalah normal dan menasihatkan wanita itu supaya tidak perlu risau mengenainya.
Diakibatkan oleh rasa sakit yang berterusan, Khatun berjumpa dengan doktor lain dan hasilnya sama, malah dia diberi ubat tahan sakit untuk meredakan keadaan.
Tahun demi tahun, wanita itu terpaksa menjual haiwan ternakannya dan sejumlah aset bagi mendapatkan rawatan untuk menghilangkan sakit perutnya.
Buat Imbasan Sinar X
Akhirnya, Khatun pergi ke hospital bagi menjalani imbasan sinar X dan doktor terkejut selepas mendapati terdapat sebilah gunting di dalam perut wanita itu, sekali gus mengetahui punca kesakitan yang dialaminya selama ini.
Pembedahan segera dilakukan dan gunting itu berjaya dibawa keluar dan kini, keadaan Khatun semakin pulih.
Mingguan Wanita: Kasihan sungguh. Tempoh 20 tahun bukan waktu yang sekejap untuk mengalami penderitaan sakit perut. wanita ini bernasib baik, gunting yang tertinggal tidak menyebabkan jangkitan kuman dan komplikasi yang lebih teruk. Sebaiknya pihak hospital dan doktor tidak ambil mudah atas setiap aduan pesakit.
Tak dapat bayangkan, dirinya mempunyai adik kembar yang telah terpisah sejak dari kecil. Kembar terpisah ketika berumur 3 hari. Segalanya terbongkar selepas ibu kandung meninggal dunia dan meninggalkan amanah untuk mencari adiknya.
Dalam video tiktok yang dikongsikan oleh @deadly.heart133 menceritakan tentang amanah arwah maknya supaya mencari adiknya terpisah sejak 15 tahun lalu.
Mereka mempunyai 4 orang adik beradik. Di bawahnya ada sepasang adik kembar. Tapi, ditakdirkan maknya telah berikan salah seorang anak kembarnya pada orang lain. Langsung tak ada khabar berita selepas itu.
Sebaik maknya meninggal dunia, satu wasiat diberikan kepada beliau supaya mencari kembar adiknya yang telah terpisah sejah 15 tahun.
Melawat pusara ibu.
Akhirnya dengan kuasa viral tiktok, adik beradik kembar, Muhammad Haziq Iskandar dan Muhammad Haziq Ikhwan ini bertemu kembali.
Mingguan Wanita : 15 tahun terpisah dan tak sangka mereka ada kembar seiras. Gembira dalam sedih sebab tak dapat merasai kasih sayang seorang mak yang telah pergi selamanya.
Bukan mudah bagi seorang wanita untuk rela dan reda berkongsi kasih suami dengan wanita lain. Apatah lagi dengan bekas kekasih suami suatu ketika dahulu. Namun,
bagaikan dalam drama sinetron di kaca tv, reda dalam keterpaksaan apabila satu rakaman video yang menyaksikan seorang wanita menitiskan air mata ketika menjadi saksi suaminya berkahwin kali kedua menjadi tular di laman sosial Indonesia, lapor Suara.com, semalam.
Video yang dimuat naik oleh instagram PalembangTerkini itu memaparkan seorang wanita berdiri di sebelah suaminya yang sedang menjalani proses ijab kabul di sebuah hospital.
Suami Kahwin Bekas Kekasih
Menurut keterangan video, suami wanita itu bernikah kali kedua dengan bekas kekasih ketika di sekolah kerana bakal madunya itu sakit tenat dan memerlukan penjaga.
“Hari ini, berlangsungnya perkahwinan kali kedua suamiku dengan bekas kekasihnya. Saya reda kerana Allah.
“Namun, air mata ini menitis juga saat kalimah sah dilafazkan sebaik akad selesai. Saya harap anda bahagia, wahai suami,” tulis wanita itu.
Video yang sudah diulang tayang hampir 40,000 kali itu menarik perhatian netizen yang meninggalkan pelbagai komen.
Ada diantaranya beranggapan isteri pertama sebenarnya tidak reda dengan pernikahan kali kedua dan oleh sebab itu, dia menangis.
“Saya rasa seperti sedang lihat drama di kaca televisyen. Isteri pertama ikhlas atau tidak sebenarnya?” komen seorang pengguna media sosial.
Mingguan Wanita : Pengorbanan terbesar buat wanita ini, apabila reda berkongsi suami dan izinkan suami berkahwin dua dengan bekas kekasih yang sedang sakit tenat. Semoga dipermudahkan segala urusan buat wanita ini.
Dr Afifah berharap Nubhan dapat bekerjasama memaklumkan kisah perceraian kepada anak-anak. Baca luahan penuh, perkembangan mahkamah dan isu emosi anak dalam kes Nubhan cerai.