Dibayar untuk tidur. Rupanya dengan tidur 8 jam sehari pun boleh dapat gaji. Bahagia betul kerja macam ni. Menarik jawatan kerja sebagai ‘Eksekutif Tidur’ yang diiklankan oleh syarikat tilam ini. Pastinya menjadi rebutan.
Eksekutif Tidur
Sebuah syarikat menjual tilam di Singapura, Sonno menawarkan jawatan khas iaitu Eksekutif Tidur untuk tidur selama lapan jam sehari selama 100 hari di atas tilam keluaran syarikat itu, lapor portal Mothership, semalam.
Syarikat tersebut telah mengeluarkan satu kenyataan akhbar secara online yang mengiklankan jawatan Eksekutif Tidur untuk penduduk Singapura sebagai sebahagian daripada kempen awam iaitu ‘Dibayar Untuk Tidur’ dan bagi membantu kajian dalam mencari rahsia tidur lebih nyenyak.
Tidur Secara Profesional
Kempen itu bertujuan untuk menggunakan penemuan tersebut sebagai data bagi menambah baik produk tilam Sonno agar dapat meningkatkan kualiti hidup rakyat Singapura dengan memberikan mereka tidur malam yang lebih nyenyak.
“Jawatan untuk tidur secara profesional akan memberitahu kami apa yang diperlukan untuk tidur lebih lena terutamanya sepanjang musim pandemik dan bagaimana untuk membantu mereka mencapai tujuan itu,” kata pengasas dan Ketua Pegawai Eksekutif Sonno, Fabio Miceli.
Aplikasi ‘Pengesan Tidur’
Jawatan itu turut ditawarkan dengan imbuhan sebanyak 1,500 dolar Singapura (RM3,088) sepanjang 100 hari tugasan, ganjaran tilam Sonno bersaiz Queen Original, dua biji bantal dan sehelai cadar percuma.
Calon yang terpilih perlu menggunakan aplikasi ‘Pengesan Tidur’ untuk mengesan pola tidur mereka selama 100 malam mengikut keselesaan bilik tidur mereka sendiri.
Mingguan Wanita : Menarik sungguh kerja ‘Eksekutif Tidur’ ni. Tidur dengan lena pun dibayar gaji. Boleh lah mohon bagi yang layak iya. Pastinya menjadi rebutan jawatan ini.
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Ads
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Siapa sangka tabiat buruk seperti malas mandi juga boleh menjadi punca perceraian. Mungkin ada segelintir diantara kita yang bersikap sambil lewa dan ambil ringan bab kebersihan diri. Namun ia sebenarnya boleh menimbulkan konflik dalam perkahwinan, lebih-lebih lagi jika pasangan ada seorang yang sangat mementingkan kebersihan.
Seorang lelaki dari negeri Uttar Pradesh, India bertekad untuk menceraikan isterinya yang dikahwini dua tahun lalu kerana tidak tahan dengan tabiat wanita itu yang malas mandi, lapor laman berita Oddity Central semalam.
Menurut laporan, lelaki tersebut mendakwa bahawa dia sering bertengkar dengan isterinya setiap kali menyuruh wanita itu untuk mandi.
Tidak tahan dengan situasi berlarutan itu, dia kemudiannya mengambil keputusan untuk menceraikan wanita berkenaan dengan talak tiga meskipun mereka memiliki seorang anak berusia setahun setengah.
“Ketika sesi kaunseling, si suami berulang kali serta dengan tegas menyatakan bahawa dia mahu menceraikan isterinya kerana sikapnya yang malas mandi setiap hari,” kata seorang kaunselor dari Sel Perlindungan Wanita India.
Bagaimanapun, selepas mendapat tahu tentang keputusan suaminya yang ingin bercerai, wanita tersebut enggan diceraikan dan mahu terus bersama suaminya.
“Wanita itu memberikan kami aduan bertulis yang menyatakan bahawa suaminya telah menceraikannya dengan talak tiga.
“Kami memberikan kaunseling kepada pasangan itu dan ibu bapa mereka untuk menyelamatkan perkahwinan tersebut,” kata kaunselor tersebut.
Tambah agensi kaunseling itu, mereka turut cuba untuk memujuk lelaki berkenaan agar tidak menceraikan isterinya kerana isu tersebut boleh diselesaikan secara berbincang.
Mingguan Wanita: Hati-hati iya, jangan ambil mudah dengan sesuatu sikap buruk yang menjadi tabiat pasangan adakalanya boleh mengundang pergaduhan dan menyebabkan perceraian. Siapa sangka sikap ambil mudah bab kebersihan diri, malas mandi juga boleh menyebabkan rumahtangga porak peranda.
Barang kemas merupakan antara barangan perhiasan kegemaran ramai wanita. Waktu emas tengah murah, ramai yang merebut peluang untuk menambah aksesori barangan kemas. Namun demikian dalam keterujaan untuk beli barangan kemas, ada baiknya kenal pasti jenis-jenis aksesori yang ingin dibeli. Baik yang jenis klasik seperti rantai tangan mahupun yang nampak moden seperti gelang atau ‘bangle’.
Namun demikian, bagi yang ingin membeli ‘bangle’ emas, sebaiknya fikir dahulu sedalam-dalamnya. Ini kerana mungkin ramai yang tak tahu kebiasaannya, ‘bangle’ emas bersifat ‘kosong’ atau tak padu malah mempunyai besi yang boleh mengurangkan jumlah emas dan nilainya bila ia di trade-in atau dijual semula nanti.
Apapun ia bergantung pada citarasa dan tujuan membeli perhiasan barangan kemas tersebut. Sama ada sekadar dijadikan aksesori diri semata-mata mahupun digunakan untuk pelaburan atau dijual bila memerlukan.
Isu besi dalam bangle emas yang wanita perlu tahu.
Majoriti bangle yang berfesyen adalah jenis hollow dan tidak padu. Memerlukan komponen seperti wayar untuk membentuk atau menyokong bangle tersebut daripada mudah patah dan untuk nampak lebih kukuh. Malah lebih fleksibel untuk di design kan.
Terdapat dua jenis ‘bangle’:
Wayar macam tali gitar – rujuk pada pic 1
Melingkar dalam bangle – rujuk pada pic 2
Kalau tak keras, bukan bangle lah. Bangle ada 2 jenis iaitu: Ada spring Tiada spring
Bagi bangle yang ada spring, spring itu juga dibuat daripada besi. Kalau emas, ianya tak boleh nak dilentur, sebab emas bersifat lembut.
Bagi bangle jenis katup pula, memang mempunyai spring. Spring itu adalah besi. Kalau tak de spring, tak bolehlah nak di katup. Sama seperti rantai tangan jenis klip katup. Klip tersebut juga mempunyai spring.
Harga emas memang akan dikira keseluruhan berat bangle tersebut termasuk besi di dalamnya. Sebab yang dijual itu tadi adalah Harga emas + designnya sekali. Bila ada ilmu baru lah kita tidak mudah melatah.
Bijaklah memilih.Jadi terpulang kepada kita semua, mahu beli emas sahaja beli lah old school design 100% 916.
Atau emas berserta fashionnya tetapi ada besi didalamnya. Itu lah mahar yang Perlu dibayar untuk barang kemas anda nampak lebih ‘stylo dan up to date’.
Mingguan Wanita : Jadi sebelum nak beli emas tu,fahamkan dulu jenisnya dalam kandungan emasnya. Buatlah pilihan yang bijak.
Sumber: Zuraida Zulkifli
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernilai RM100.
Bukan mudah menerima keadaan apabila pernah dikhianati! Memang jatuh terduduk hingga hilang harta benda, namun Cekyana tak serik dan terus melangkah.
Bergelar seorang CEO Viral atau seorang usahawan bukanlah sesuatu yang mudah, sudah pasti perlukan perancangan yang lama dan berkesan. Begitu juga yang dilalui oleh pengasas Masak Masak Cekyana atau nama sebenarnya Nur Diana Matusin.
Di peringkat awal sebelum bergelar founder, apa yang penting adalah mendalami atau belajar ilmu bisnes sebelum mengambil keputusan untuk terlibat dalam bidang ini secara serius.
“Saya sendiri sebelum ada bisnes selama setahun saya ikuti kelas. Nampak pelik kan, macam orang bodoh sebab belum ada produk, tetapi itulah pengalaman. Saya start ikut kelas dengan modal apa yang ada dekat tangan sampailah saya join kelas yang caj yuran ribu-ribu.
“Pada pendapat saya, “value” kita adalah bergantung kepada berapa banyak yang kita sanggup keluarkan untuk mengikuti kelas atau mendalami bisnes daripada orang lain.
“Sebenarnya kalau kita tak nak belajar dan harapkan ilmu free saja tak boleh juga, sesungguhnya kelas free tak sama dengan kelas berbayar,” terang usahawan yang baru berusia 26 tahun ini panjang lebar.
Menurut anak kelahiran Beaufort, Sabah, memilih untuk memasarkan produk berasaskan rempah oden bukanlah disebabkan dia seorang chef atau mempunyai pengetahuan dalam bidang makanan.
“Bermulanya rempah oden ini disebabkan saya mencari-cari bisnes yang memberi pulangan long term. Jelas sekali produk makanan adalah perniagaan jangka panjang.
“Saya lakukan sedikit research, buatkan jenama Masak Masak Cekyana ikut trend. Seperti mana generasi Z atau alpha ini, mereka lebih suka makanan yang baru dan viral.
“Manakala generasi baby boomers pula berbeza. Jadi di sini menyebabkan kuasa pembeli produk saya melibatkan banyak budak-budak muda, termasuklah yang jadi ejen. Itu sebab utama mengapa saya memilih bisnes ini dan trendkan juga sekali,” kata Nur Diana Matusin atau mesra dengan panggilan Cekyana.
Seusia 18 tahun, Cekyana telah menceburi bidang perniagaan dan pelbagai cerita diperoleh menerusi pengalaman sebagai dropship baju, menjual produk dan keperluan bayi serta beberapa bisnes lagi.
“Saya pernah menjual blaus, jual handphone dan macam-macam lah. Pernah sedang sarat mengandung 9 bulan, saya jadi personal shopper sebab nak cari duit. Ketika itu saya tiada bisnes tetap, mencuba macam-macam.
“Kemudian saya decide untuk jadi founder bukan disebabkan saya tahu apa itu founder, sebaliknya saya suka share manfaat. Seperti mana share manfaat produk yang saya pernah jual iaitu produk baby, malah bisnes produk baby bukan tak berjaya.
“Tetapi jika saya teruskan ketika PKP ini, mungkin saya perlu struggle gila sebab produk baby ini bermusim walaupun ketika pendemik ini ramai yang nak bersalin tetapi tak ramai yang willing untuk keluarkan duit untuk membeli produk agak “premium”. Perkara ini juga menjadi alasan terbesar mengapa saya memilih produk makanan,”jelasnya.
Biarpun setakat ini Cekyana belum menerima sebarang pengiktirafan atau award daripada mana-mana pihak sejak menceburi bidang perniagaan, namun dirinya bersyukur dengan segala rezeki yang telah ditentukan.
“Walaupun masih belum menerima sebarang award, tetapi insyallah di masa akan datang akan tiba masanya. Oleh itu kita kena terus berusaha dan jangan give up, keep on going dan sentiasa update dan improve progress.
“Saya bersyukur setakat ini sudah boleh saving, boleh invest. Paling penting adalah untuk invest dan target saya setakat ini adalah untuk mempunyai 7 income yang pasif.
“Tidak bermakna bila saya banyak income saya hendak duduk diam, kerana saya masih mempunyai banyak tanggungjawab yang perlu saya laksanakan seperti sedekah, zakat dan amal kebajikan yang perlu saya buat,” ungkapnya yang turut berkongsi impian membina sebuah rumah kucing.
Jatuh, bangun dalam perniagaan adalah perkara biasa. Malah mahu atau tidak perlu ditempuh juga, Cekyana juga tidak terkecuali berdepan dengan pelbagai ragam manusia.
“Pertama sekali saya pernah berurusan dengan orang yang tak nak supply stok saya. Keduanya pula saya pernah berurusan dengan orang yang tak jalankan bisnes itu betul-betul jadi kita tiada orang yang hendak guide.
“Manakala setelah jadi founder, pernah dianiaya dan dikhianati hingga saya jatuh terduduk hingga hilang harta benda. Terpaksa sewa kereta dan keluarkan duit juga untuk teruskan bisnes.
“Hingga sekarang masih ada cabaran dan setiap level memang ada cabaran yang tersendiri. Pengalaman pernah dikhianat dan staf berhenti hingga 14 orang antara pengalaman yang tidak mungkin dilupakan.
“Dan setiap pengalaman pahit buat saya belajar. Mungkin jika tidak ada ujian seperti itu sebelum ini mungkin di masa akan datang ada yang cuba ambil kesempatan. Bila perkara sebegini berlaku, jadi saya akan lebih berhati-hati bila menemui masalah yang sama selepas ini,” jelasnya.
Selain meletakkan Nabi Muhammmad saw sebagai idola, Cekyana turut menjadikan founder-founder atau owner yang hebat sebagai inspirasinya untuk dia berjaya dalam perniagaan.
“Sebenarnya ramai yang saya kenal dan jadikan mereka inspirasi. Sejak sebelum berjaya lagi banyak tengok mereka dan ambil vibe yang positif.
“Sememangnya menjadi founder it’s not easy, menjadi owner dan orang kenal bukan satu yang mudah. Bila orang kenal, ada yang suka kecam dan tuduh macam-macam. Saya tak suka situasi begitu.
“Oleh itu, dalam hidup ini kita tak boleh give up, saya pun jenis orang yang tak suka give up dan down. Sebab saya pernah lalui cabaran yang berat sebelum ini kerana perkahwinan pertama saya gagal dan sekarang merupakan perkahwinan kedua saya,” jelas anak keempat daripada lima adik-beradik ini.
Siapa yang mahu kecundang dalam perkahwinan, begitu juga dengan Cekyana. Sudah tertulis jodohnya sampai di situ dan akhirnya dia redha.
“Perkahwinan pertama gagal bukan disebabkan saya tak layak jadi isteri yang solehah sebaliknya saya ingin berjaya dalam kerjaya dan masa depan. Jadi saya ambil keputusan untuk berpisah kerana bekas suami saya kurang berminat dengan bidang perniagaan.
“Saya dan dia sangat berbeza, saya tak suka hidup selesa dan duit ada cukup-cukup saja, sebab saya mahu duit lebih-lebih. Sebab bila ada duit lebih banyak benda boleh buat, saya suka share rezeki dengan orang dan itulah benda-benda rutin harian yang saya buat,” ungkapnya yang makin bahagia dengan perkahwinan kedua.
Kejayaan yang ditempa Cekyana hari ini bukanlah datang bergolek malah memerlukan perancangan yang rapi dan atas keizinan Allah SWT.
“Semua perkara yang berlaku dalam hidup, saya sudah plan dan target. Memang sudah ada route map saya sendiri untuk tahu ke mana hala tuju.
“Sedari awal sudah susun siap-siap apa yang akan berlaku dalam masa 5 tahun, 10 tahun, 15 tahun akan datang. After that saya nak jadi apa, sebab saya tak suka bila saya tak bersedia. Bila tak bersedia, kita cepat jatuh, jadi bersedia itu amat penting,” katanya lagi.
Sesuatu yang paling pahit dalam hidup Cekyana adalah apabila dia memilih untuk berpisah dengan pasangan di kala dirinya sedang sibuk menguruskan bisnes dan dalam masa yang sama mahu uruskan perpisahan serta anak.
Manakala perkara paling manis adalah bersyukur dapat berkongsi rezeki dengan orang ramai dan diizinkan bersedekah.
“Mungkin ada orang kata saya suka menunjuk bila bersedekah, tapi saya tak kisah sebab saya memang suka lakukan perkara tersebut, bukan sengaja nak raih simpati atau nak glamor.
“Kalau itu niat awal saya, lebih baik saya tubuhkan NGO saja kan. Tapi ini duit hasil titik peluh kita yang di mana itulah impian saya untuk bersedekah dan dapat bina keluarga yang bahagia sekarang,” luahnya.
Setiap orang pasti melalui saat getir dalam perniagaan, pada peringkat permulaan, tak dinafikan akan kucar-kacir sedikit kerana segala rutin berubah. Jika waktu malam orang lain sedang tidur, kita pula masih buat bekerja.
“Bila kita makin berkembang, makin busy.. Insyallah kita pun sudah mampu menggaji staf segalanya akan kembali normal. Kita akan ada masa dengan anak dan untuk perkara lain.
Tambah Cekyana, masih banyak impian dan cita-citanya yang belum tercapai, tetapi belum bersedia untuk berkongsi dengan orang lain seperti miliki rumah yang diimpikan.
“Buat masa ini takut mahu fikir lebih-lebih, di masa akan datang belum tahu bagaimana rezeki saya. Jadi buat masa ini saya hanya ikut dan follow rezeki Allah yang diaturkan, saya sentiasa improve dan muhasabah diri saya.
“Sebagai hamba Allah kita jangan buat kerja Tuhan untuk tentukan sesuatu mengikut kemahuan kita. Sebaliknya Allah Yang Maha Mengetahui dan layak manage rezeki kita. Oleh itu teruskan konsisten berdoa, berusaha dan bertawakal kepada Allah, “ katanya sebelum mengakhiri perbualan.
APA RAHSIA KEJAYAAN KAMI JADI JUTAWAN MILENNIAL?
Chocodap’s, Faith Fleur, Anggun Cotton Collection, Teh Ais Pyorr, Masak-masak Cekyana (Oden viral) dan bayak lagi jenama lain mempunya ratusan ribu pelanggan masing-masing.
Tak ramai anak Melayu kita mampu bina empayar perniagaan dari bawah dari tiada apa-apa. Ia bukan dicipta sehari dua. Banyak pengorbanan terpaksa dilakukan sepanjang pendakian.
• Apa rahsia mereka?
• Apa yang mereka lakukan?
• Apa ilmu-ilmu yang diamalkan?
• Siapa yang susah senang bersama mereka?
• Apa dugaan dan keperitan yang dilalui?
Teringin ikut jejak mereka?
Semua ini akan terjawab di program Webinar Eksklusif CEO BIsnes Viral anjuran Mingguan Wanita pada 25 September 2021 secara virtual. Dangarkan sendiri perkongsian jujur mereka. Eksklusif!
Menangi hadiah-hadiah cabutan bertuah serta wang tunai bernila RM100.