Empat tahun bukan masa yang lama, tapi cukup untuk membina sebuah bahagia. Namun buat Jowissemborisxs Bah Johan, 36, segala yang dibina bersama insan tersayang kini hanya tinggal kenangan dan luka yang belum sempat sembuh kini diguris semula.
Selepas kehilangan anak perempuan tersayang akibat masalah jantung pada Februari tahun lalu, Jowissemborisxs kini diuji sekali lagi apabila suaminya, Koperal Nurit Pandak, 34, pula pergi buat selama-lamanya dalam kemalangan ngeri yang meragut sembilan nyawa anggota Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU), termasuk Nurit, di Jalan Sungai Manik–Sungai Lampam, pagi tadi.
“Anak kami meninggal tahun lepas… waktu tu hati saya hampir patah. Tapi suami kuat. Dia pujuk saya, dia sokong saya. Dia pun sedih, tapi tetap tabah. Sekarang, giliran saya pula kena hadapi kehilangan dia…”
Jowissemborisxs berkongsi bahawa suaminya memang cintakan kerjaya sebagai anggota polis dan telah berkhidmat lebih 10 tahun demi negara. Bahkan selepas kehilangan anak mereka, suaminya tidak pernah membiarkan kesedihan itu mematahkan semangatnya sebagai pelindung negara dan tanggungjawab sebagai seorang suami.
Namun, takdir Ilahi mendahului segalanya. Dalam perjalanan pulang dari penugasan sempena sambutan Chitra Pournami di Hilir Perak, lori muatan batu merempuh konvoi FRU yang dinaiki Nurit dan rakan-rakan setugas.
“Kami hanya sempat merasa bahagia sekejap… kini semuanya hilang. Anak dah tak ada. Suami pun pergi… Dua kehilangan besar dalam masa dua tahun. Berat sangat untuk saya tanggung…”
Jowissemborisxs kini perlu bangkit seorang diri bukan kerana dia kuat, tetapi kerana hidup memaksa wanita sepertinya untuk terus berdiri walau hatinya retak seribu.
Ads
Katanya, mereka tinggal di Kampung Orang Asli Bukit Terang, Kampar dan suaminya sering berulang alik untuk bertugas di Sungai Senam. Dalam perkembangan sama, Pandak Rompan, 71, bapa kepada Nurit reda dengan pemergian anak ketiga daripada lima adik beradik itu.
Mendiang Nurit dijangka akan disemadikan di Tanah Perkuburan Orang Asli Batu Berangkai, Kampar.
Bahaya kemurungan jika tak dirawat ia boleh mengundang pada kejadian yang tak diingini seperti menamatkan nyawa dengan cara mengejut atau bunuh diri. Jangan fikir kemurungan untuk orang dewasa atau berusia. Remaja juga berhadapan penyakit sebegini. Mak ayah kena dengar apa yang anak remaja anda adukan. Atau mereka jadi semakin parah. Dengar nasihat dan panduan yang dikongsikan Dr Mohd Syamirulah Rahim, Medical Mythbusters Malaysia (M3), 150817 ini.
Gadis berusia 20-an tersebut memasuki klinik saya. Kelihatannya sihat. Berpakaian agak hipster. Sesuai dengan kebanyakan fesyen remaja sekarang.
“Ye cik, ada apa-apa yang boleh saya bantu?” Saya memulakan perbualan. Beliau masih terdiam. Tiada riak di wajahnya; tidak tersenyum, tidak pula menampakkan tanda-tanda kesakitan.
“Em sebenarnya doktor, baru-baru ini saya ada terbaca mengenai Bipolar Disorder di internet. Saya rasa, saya ada simtom-simtom penyakit itu.”
Beliau memandang saya. Kali ini riak wajahnya berubah. Dalam kegusaran, ada pengharapan. Saya memikirkan apa respons yang sepatutnya saya berikan.
“Kenapa cik rasa macam tu? Apa simptom-simptom yang cik maksudkan?”
“Em..sebab, ada waktu tu saya rasa saya macam loser sangat. Rasa macam down giler. Takmahu keluar bilik, tak mahu makan, tak mahu buat apa-apa. Tapi sekejap sahaja. Kemudian saya akan okay balik.” Ujar beliau.
“Ada certain times tu, sampai saya rasa macam useless je hidup. No point. Macam kewujudan saya ini, tiada guna. Saya hidup ke, mati ke, sama sahaja.” Tambah beliau lagi.
Saya cuma mengangguk.
“Mesti ada trigger kan, perasaan cik macam tu? Atau tiba-tiba je perasaan tu melanda?”
“Tak tentu, doktor. Ada pernah jadi macam tu sebab gaduh dengan boyfriend. Ada yang sebab gaduh dengan mak.” Beliau menjelaskan. Namun terasa nadanya bertukar terketar-ketar. Khuatir saya memperlekehkan jawapannya, agaknya.
“Saya pernah bagitau parents, pasal bipolar ni. Tapi parents kata saya mengada-adakan cerita sahaja, saya memperbesar-besarkan masalah. Bila saya bagitau kat kakak, kakak saya ketawakan saya.”
Beliau menunduk. Kecewa, kerana beliau sudah cuba mendapatkan bantuan daripada individu terdekat yang beliau percaya. Namun ditolak bulat-bulat.
Saya kira, kedatangan beliau ke klinik petang ini, adalah antara ikhtiar terakhir beliau. Bukan mudah untuk membuka cerita, kepada seseorang stranger seperti saya. Namun beliau beranikan diri.
Saya menyambung sesi dengan beberapa soalan, dan seterusnya pemeriksaan asas seperti tekanan darah dan suhu badan.
Saya mengambil sebuah borang dari laci. Borang tersebut adalah borang DASS.
“Cik, macam ini ya. Saya tidak boleh sahkan sama ada apa yang cik alami ini adalah bipolar atau tidak. Ciri-ciri bipolar itu memang ada, namun diagnosis ini mesti dibuat setelah pemeriksaan teliti dijalankan.
Saya akan rujuk kes cik kepada pakar psikiatri. Cik jangan bimbang, kita akan bantu cik, saya sendiri akan pastikan cik dapat bantuan yang diperlukan.”
Gadis tersebut kelihatan agak tidak selesa.
“Saya malu nak cerita ke doktor berulang kali. Saya pernah tengok suasana di jabatan psikiatri. Kliniknya sesak, kalau saya pergi sana nanti orang pandang-pandang saya. Kesiannya muda-muda dah gila!”
Saya memahami kerisauan yang beliau ada. Namun memang itulah kekangan yang dihadapi di hospital besar. Pesakitnya ramai, dan tidak semua kes dapat dilihat oleh doktor yang sama. Ini antara cabaran terbesar yang menghalang seseorang pesakit mendapatkan rundingan pakar dan bantuan bagi masalah mereka. Lebih-lebih lagi melibatkan kesihatan mental, yang mana penuh dengan stigma, hatta dari staf perubatan sendiri.
Saya membuka sebuah laman web, dan saya tunjukkan kepada beliau. Laman web tersebut adalah laman web Malaysian Psychiatrist Association, yang ada menyenaraikan beberapa doktor pakar psikiatri swasta yang ada.
Saya menulis beberapa maklumat doktor berdekatan di atas kertas yang saya kepilkan bersama surat rujukan dan borang DASS.
“Cik boleh cuba dapatkan temujanji dengan pakar yang saya senaraikan ini. InshaAllah lebih cepat, tak perlu menunggu lama. Borang yang saya berikan ini, adalah borang saringan DASS. Ia boleh membantu pakar memahami masalah cik. Cik boleh isi bila-bila masa, dan bawa bersama borang ini ketika berjumpa pakar.”
Beliau mengangguk. Saya menulis juga sepotong nombor telefon di atas kertas tersebut.
“Cik, bila-bila cik dilanda perasaan tersebut dan cik rasa nak bercakap dengan seseorang, cik boleh telefon nombor ini. Ini nombor telefon Befrienders. Mereka adalah sukarelawan untuk membantu sesiapa sahaja yang berada dalam kegelisahan, 24/7. Cik jangan risau, diorang takkan minta identiti cik, nama cik, siapa cik. Cik boleh cerita apa sahaja kat diorang.”
Beliau mengangguk lagi. Kali ini dengan genangan air mata.
“Tapi, kalau cik sendiri rasa tak boleh nak kawal diri, cik kena janji dengan saya yang cik akan terus ke mana-mana jabatan kecemasan. Maklumkan sahaja kepada doktor bertugas bahawa cik dalam keadaan tertekan dan perlukan pertolongan. InsyaAllah doktor akan cuba bantu cik.”
Beliau mengangguk, bersama untaian air mata. Gagal diempang.
Saya berharap agar gadis ini mendapat bantuan yang diperlukannya.
Doktor, staf perubatan, adakalanya menjadi orang terakhir pesakit mendapatkan bantuan.
Secara umumnya mereka yang mempunyai masalah seperti kemurungan atau tekanan, akan cuba menyelesaikan masalah tersebut dengan sendirinya dahulu. Mereka akan menyalahkan diri sendiri, cuba figure out whats wrong with them. They will try to change whatever they can.
However, if they failed, they will turn to the closest person around them. It can be their family. Or close friends. Sometimes they wont be so frank. They will be subtle. They will tell you in a third person story.
However when it all failed, thats when they dont mind turning to a stranger. A doctor, for example. They could be brought to us in their worst state. A failed suicide attempt.
What happened when we failed to help them?
What happened, when we, the person who are supposed to help them, ridiculed them instead?.
Bukan semua orang berkemampuan nak mengubahsuai kediaman sekaligus. Ada yang perlu simpan duit berdikit-dikit, barulah impian nak dapatkan kediaman idaman jadi kenyataan.
Kisah mahasiswa Universiti Putra Malaysia, Nur Diyana menyimpan duit untuk mengubah interior dalaman bilik sewanya boleh dijadikan inspirasi.
Inspirasi bukan saja pada pemilik kediaman, tapi para penyewa di luar sana. Beruntung sungguh tuan rumah sebab dapat penyewa berjiwa pembersih dan baik hati macam student kita ini.
Bilik sewa sebelum diubah hiasan dalamannya.
Sebelum dihias bak konsep scandinavian
Kata Nur Diyana, dia dah setahun menyewa di sebuah bilik single dekat Putrajaya.
“Dalam setahun itu, saya kumpul duit semata-mata nak buat bilik sewa saya ala-ala Scandinavian. Studentkan, mana mampu nak keluarkan duit banyak sekaligus.”
Tambahnya, dia bersyukur kerana mendapat tuan rumah yang memahami. “Sebab kita tak merosakkan harta benda. Kebetulan, cat lama dah merekah jadi berkeping-keping.”
Dalam usahanya nak menyiapkan kerja-kerja menghias bilik sewanya, Nur Diyana sudah mengumpulkan material sedikit demi sedikit dari awal lagi.
“Saya dah beli katil dan meja study masa mula-mula masuk dulu. Jadi untuk makeover kali ini. Kebanyakan barang saya beli di Kaison dan Ikea saja.
“Bilik pun saya cat dan kemasan semua saya buat sendiri masa cuti semester hari tu.”
Seronok bila dapat tengok hasil kerja tangan sendiri. Puas hati pun iya. Berbaloi kata Nur Diyana.
“Saya akan tinggal dalam bilik ini lebih kurang dua tahun lagi. Berbaloi pada saya.”
Bilik sewa selepas menerima sentuhan konsep Scandinavian.
Kerja mengecat dilakukan Nur Diyana ketika hujung minggu.
Tahniah Mingguan Wanita ucapkan kepada pelakon, pengacara dan penyampai radio Suria FM, Sharifah Shahirah atau lebih popular dengan gelaran Shiera, 46 yang kini sudah mengenakan hijab sepenuhnya.
Isteri kepada pelakon, Ijoi Azhari dan juga ibu kepada lima orang anak ini menyatakan dia mengenakan tudung sejak hari pertama Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan.
Seperti mana yang dilaporkan Harian Metro Shiera juga berkongsi tentang niat mengenakan hijab timbul apabila dia sedari wabak Covid-19 yang melanda negara dan seluruh dunia adalah dugaan dari Allah SWT.
“Ditambah pula apabila PKP dilaksanakan. Pada mulanya saya bernazar, jika wabak ini ada penawar saya nak pakai tudung. Terlalu banyak dugaan Allah berikan sekarang. Tapi, saya fikir semula kalau tak ada penawar, takkan saya tak pakai tudung. Jadi, saya bulatkan hati dan berniat untuk terus pakai,” ulas Shiera yang mengakui dirinya masih dalam proses belajar dan memperbaiki diri.
Foto:Instagram Shieraijoi
Berhijab Dapat Sokongan Keluarga
Shiera juga turut menyatakan sebelum ini kadangkala dia ada juga mengenakan hijab.
“Lagipun, sebelum PKP saya memang pakai ‘on-off’ dan suka-suka saja. Sekarang, saya sudah pakai dengan betul. Tapi, saya tidak boleh terus menjadi sempurna,” katanya.
Shiera juga rasa sangat gembira dan bertuah kerana keputusannya itu mendapat sokongan suami, anak-anak, ahli keluarga dan rakan.
“Suami tak cakap apa. Dia sentiasa menyokong saya. Walaupun ada ketika dia terlupa saya sudah bertudung. Macam anak perempuan pun, dia siap cakap nak pakai tudung juga,” sambung Shiera.
Pelakon yang terkenal dengan sikapnya yang ramah ini mengakui ramai rakan-rakan yang memberi galakan dan memberikan hadiah tudung kepada dirinya.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.