Bagi mak-mak yang menyusukan anak, tahulah bagaimana sakitnya bila mengalami bengkak susu. Payudara rasa bengkak, mengeras dan sakit. Nak menyusukan anak pun jadi tak selesa dan jika tak tahan boleh sampai kena demamlah.Salah satu tip yang boleh cuba untuk meredakan sakit bengkak susu ini adalah dengan meletakkan kelopak daun kobis pada payudara.

Untuk fahamkan lebih lanjut, baca perkongsian daripada Dr Muhammad Izzat ini.

“Payudara bengkak susu ( breast engorgement ). Apa nak buat? Boleh guna Kobis tak Dr?“

Tengok balik teknik penyusuan, tanya misi atau doktor semula.

Selalu perah susu. Walaupun baby da kenyang. Perah dan simpan. Selalu buat. Jangan lupa. Sebelum bengkak susu terjadi nak kena buat siap-siap

Semua benda tak kena sebab buah dada bengkak dan sakit. Boleh try guna kobis.

Derita BENGKAK SUSU, Letak Daun Kobis Boleh Redakan Sakit

IKLAN

Caranya:

1. Ambil beberapa helai daun kobis dan cuci bersih.
2. Masukkan ke dalam peti sejuk selama setengah jam (tak semestinya perlu masuk dalam peti sejuk, tapi, sejuk boleh membantu mengurangkan kesakitan).
3. Letakkan daun kobis di atas payudara selama 30 hingga 60 minit.
4. Ulang setiap satu hingga dua jam sehingga bengkak surut.

Derita BENGKAK SUSU, Letak Daun Kobis Boleh Redakan Sakit

Kalau makin sakit , atau breast makin bengkak, merah menyala, atau ibu demam, cepat-cepat jumpa Dr. Nak kena periksa. Jangan leka nanti boleh ada jangkitan kuman (mastitis) atau bernanah ( abscess )

IKLAN

Lupa nak cakap, kobis lepas letak kat dada tu sila lah buang. Jangan guna semula untuk buat masak lemak kobis atau ulam plak.

Info Ekstra!

Susu tersumbat ini kebiasaanya berlaku kerana ibu kurang mengepam atau bayi kurang menyusu secara efektif. Jika payudara tidak disalirkan dengan betul, susu akan terus mengundur kerana penghasilan lebih cepat daripada saliran. Susu  ini akan dipaksa mengalir ke tisu sekitar yang akan menyebabkan keradangan, tisu jadi merah, panas dan sakit.

IKLAN

Bonda Rozita Kongsi Petua Kurangkan Gatal Demam Campak & Rawat Bengkak Susu Dengan Daun Pisang

3 Minggu Derita Bengkak Susu Sehingga Jadi Nanah & Terpaksa Dibedah, Sakitnya Allah Je Yang Tahu

MW:  Buat mak-mak yang ada masalah bengkak susu boleh kurangkan kesakitan dengan  cuba tip yang dikongsikan. Namun demikian, meskipun ada urutan dan petua tradisional yang boleh diamalkan untuk menghilangkan bengkak susu ini, jika ia tidak surut lebih daripada 2 hari, mohon segera berjumpa doktor untuk melakukan rawatan susulan bagi mengelakkan ia menjadi lebih teruk.

Sumber: Dr Muhammad Izzat

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI