Memang seronok dan berbunga rasa hati apabila berpeluang menyediakan makanan hasil ‘air tangan’ sendiri buat pemimpin nombor satu dalam negara. Permintaan untuk menyediakan karipap buat Tun Mahathir dianggap satu rezeki dan amanah besar buat Puan Noraliza Alwi ini. Wanita ini sudi berkongsi ilmu dan resipi karipap sedap yang dibuatnya.

Berikut perkongsiannya;

“Petang tadi dapat berita mengejutkan, diberi amanah besar kena sediakan karipap untuk Tun Mahathir.”

“Tak tau nak kata bangga ka, syok ka, nervous pun ada. Dalam hati masih tak percaya. Uish betul ka Tun M nak makan karipap aku nih.”

“Apa lagi malam ni juga aku start menguli haha. Dan esok, lusa tulat pun anak-anak dan suamiku tahanlah makan karipap hari-hari, nak praktis punya pasal hinggalah hari event hujung bulan ni. Insya Allah hihi.”

“Macam mana depa boleh shortlist karipap aku?
Hmm semuanya bermula dari majlis makan-makan dengan geng Malaysian Embassy aku bawa buah tangan karipap kasih sayang home made. Depa heboh kata sedap, senyum ja lah.”

“Apa yang sedap sangat?
Ini bahan dia dan cara buat. Korang buatlah sendiri. Kita tak buat jual pun, tempahan pun tak terima.”

Bahan-Bahan (Inti):

Bawang merah/besar kisar
200g Daging Cincang
2 sudu besar serbuk kari
1.5 cawan air
Kentang (Dipotong dadu)
Garam secukup rasa

IKLAN

Cara Buat Inti:

1. Tumis bawang besar atau bawang merah kisar hingga keemasan
2. Masukkan daging cincang dalam 200g
3. Masukkan serbuk kari dalam 2 sudu. Saya guna serbuk kari Babas
4. Daging dah separuh masak, Masukkan air dalam 1.5 cawan
5. Masukkan kentang yang dah dipotong dadu.
Garam secukup rasa. Tunggu hingga kentang empuk dan airnya kering.

“Depa Heboh Kata Sedap,” Amanah Kena Sediakan Karipap Untuk Tun Mahathir

Sambil tunggu kentang empuk elok tu dah boleh buat pastrinya.

Bahan-Bahan(Pastri)

1/2kg Tepung Gandum
5 sudu besar butter / margerin / minyak masak
Air garam

IKLAN

Cara buat pastrinya:

1. Gaulkan tepung gandum dalam 6-7 sudu besar (sudu cedok gulai, size bawah sikit dari senduk) (anggaran 25-30 biji karipap).
Dalam 1/2kg.
2. Masukkan butter / margerin / minyak masak. Saya guna minyak zaitun dalam 5 sudu besar.
Kalau nak buat jual gunalah yang paling ekonomi hehe. Paling sedap butter.Paling sihat minyak zaitun. Aku terpaksa pakai ni untuk buat ke Tun M.
3. Masukkan air garam sikit demi sedikit dan uli hingga tak melekat di tangan.
4. Jika terlebih air, dia melekit, susah nak gelek nanti. Jadi campur tepung sikit.
5. Dah siap uli, tak perlu rehatkan pun macam buat donut, terus boleh gentel bulat-bulat sebesar bola pingpong dan canaikan.

“Depa Heboh Kata Sedap,” Amanah Kena Sediakan Karipap Untuk Tun Mahathir6. Lepas dah canai gelek leper, Masukkan inti dalam anggaran 1 sudu kecil.
7. Bolehlah kelim bagi cantik-cantik.

“Depa Heboh Kata Sedap,” Amanah Kena Sediakan Karipap Untuk Tun Mahathir

IKLAN

Dah siapkan dalam sepiring gitu bolehla mula menggoreng.

“Depa Heboh Kata Sedap,” Amanah Kena Sediakan Karipap Untuk Tun MahathirSelamat mencuba ya.

Noraliza Alwi
Moga ada rezeki selfie dengan Tun nanti.

Baca Disini: Wanita Ini Tunjuk Ajar Satu Persatu Cara Buat Kulit Karipap Rangup & Inti Kentang Yang Sedap!

MW: Wah seronoknya dapat sediakan karipap untuk pemimpin nombor satu dalam negara.Pastinya menjadi kenangan yang paling manis, apabila berpeluang menyediakan karipap air tangan sendiri buat beliau. Mak-mak yang nak cuba kesedapan karipap ini, boleh lah buat sendiri ikut resepi yang dikongsikan ini iya.

Sumber: Noraliza Alwi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI