Drama tempatan telah lama menjadi cerminan kehidupan sehari-hari, menangkap rencah pengalaman manusia dengan segala liku-likunya. Khususnya bagi wanita, drama-drama ini sering kali menggambarkan perjalanan penuh dugaan yang mereka lalui, dari cerita penderaan dan pengkhianatan hingga pengorbanan dan ketabahan yang luar biasa.
Setiap episod bukan hanya menghibur, tetapi memberi peluang bagi penonton untuk melihat refleksi dari realiti yang berlaku dalam kehidupan sehari-hari.
Antara garapan kisah kehidupan yang menjadi sebutan ialah drama rantaian Dedaun Hijau di Angin Lalu yang telah meraih penonton sebanyak 1.135 juta di mana satu episod dan rating sebanyak 849 ribu.
Kisah Menggugat Emosi
Dalam dunia penulisan yang sering digambarkan sebagai lautan tanpa tepi,penerbit drama tersebut, Siti Rosmizah memilih untuk terus merentasi arus dengan kisah-kisah yang menggugat emosi dan memperjuangkan nasib wanita.
Melihat perspektif dirinya yang berubah haluan daripada seorang peguam kepada novelis terkenal, Siti Rosmizah menterjemahkan pengalaman pahit menyaksikan kezaliman yang menimpa seorang wanita, seperti yang beliau saksikan dalam kes penderaan.
Ini membawanya kepada penulisan novel pertamanya, Andai Itu Takdirnya, yang meraih sambutan hangat dan menjadikan namanya sinonim dengan advokasi melalui penulisan.
Ads
Siti Rosmizah memilih genre yang memberi fokus terhadap rumah tangga dan cabaran kehidupan sehari-hari kerana ia merupakan cerminan realiti yang sering diabaikan. Dari kes penderaan hingga pengorbanan, setiap naratifnya menawarkan wawasan yang mendalam tentang ketahanan dan keberanian wanita dalam menghadapi dugaan dan cabaran dalam menjalani liku kehidupan.
Malah, karyanya seperti Lafazkan Kalimah Cintamu dan 7 Hari Mencintaiku bukan hanya kisah, ia adalah suara bagi yang bisu dan pengajaran bagi yang buta.
Dalam drama terbaru, “Dedaun Rindu Di Angin Lalu,” adaptasi dari karya Manaf Hamzah, dapat dilihat refleksi karya Siti Rosmizah melalui watak Intan yang teraniaya kerana stigma sosial.
Ads
Sama seperti watak Aleya dalam Andai Itu Takdirnya dan Riyana dalam Jangan Mencintai Aku, Intan menghadapi rintangan yang menekan jiwa tapi tetap berdiri kukuh menghadapi gelombang kehidupan yang tak pernah reda.
Menonton adaptasi karyanya di Astro bukan hanya tentang hiburan, ia merupakan pelajaran kehidupan. Drama-drama ini bukan sekadar cerita tetapi alat untuk membuka mata masyarakat terhadap realiti penderaan dan kezaliman yang masih berlaku, seringkali di belakang pintu tertutup.
Mega Drama ‘Dedaun Hijau Di Angin Lalu’ yang menggandingkan pelakon utama Redza Rosli dan Harissa Adlynn ini membawa penonton menyelami ketabahan seorang isteri dalam melayari kehidupan bersama suami yang tinggi egonya.
Ads
Siti Rosmizah mempunyai harapan yang tinggi untuk penonton dan pembaca, terutamanya wanita iaitu untuk mendapatkan kekuatan dan inspirasi daripada kisah-kisah ini.
Wanita harus berani mempertahankan hak dan membebaskan diri dari belenggu kezaliman. Untuk para lelaki, ini adalah peluang untuk merenung dan menghargai wanita dalam hidup mereka, mengingatkan bahawa setiap perlakuan kejam memiliki akibat yang jauh lebih dalam daripada yang terlihat.
Siti Rosmizah tetap unggul untuk terus menghasilkan karya yang tidak hanya memperjuangkan wanita tetapi juga menginspirasi masyarakat untuk melihat lebih jauh dari yang permukaan, membuktikan bahwa penulisan boleh menjadi lebih dari sekedar kata-kata, tapi juga tindakan.
Kepada para wanita yang mungkin berada dalam situasi seperti watak-watak dalam novel dan dramanya, Siti Rosmizah turut menitipkan pesanan.
“Jangan mengalah. Anda adalah pemilik takdir anda sendiri, dan anda lebih kuat dari apa yang anda percaya.”
Dengan setiap lembar yang dibuka dan setiap episod yang ditayangkan, Siti Rosmizah tidak hanya menceritakan kisah, ia mengubah kehidupan, satu kata pada satu waktu. Sebagai jendela ke dalam kehidupan wanita yang melalui pelbagai dugaan, drama tempatan mengajarkan kita tentang kekuatan, kasih sayang, dan pentingnya mendukung satu sama lain dalam perjuangan kita masing-masing.
Hari ini, episod akhir Dedaun Hijau di Angin Lalu bakal melabuhkan tirainya. Saksikan episod akhir yang menjanjikan babak dramatik yang lebih mendebarkanserta kesan emosi yang mendalam. Adakah kebahagiaan Intan dan Assad akan bertahan atau takdir akan memisahkan mereka?
Mahu mengambil tong sampah, tanpa sengaja pekerja pembersihan ini jumpa bayi perempuan masih bertali pusat.
Malangnya bayi yang ditemui sudah tidak bernyawa lagi. Allahuakbar, sedihnya mengenangkan bayi sekecil itu yang baru mengenal dunia diperlakukan sebegitu rupa.
Mahu Mengambil Tong Sampah
Mayat bayi perempuan masih bertali pusat ditemui dalam tong sampah di tempat letak kereta bertingkat sebuah flat di Bandar Tun Razak, Cheras, semalam.
Ketua Polis Daerah Cheras Asisten Komisioner Muhammad Idzam Jaafar berkata, mayat ditemui pekerja pembersihan Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada jam 5.50 petang.
Pekerja Pembersihan Jumpa Bayi
“Lelaki itu mendakwa semasa mengambil tong sampah di bawah flat, dia ternampak mayat bayi perempuan yang masih bertali pusat dan memaklumkan kepada penyelianya.
“Polis yang menerima laporan ke lokasi dan pemeriksaan tiada sebarang dokumen pengenalan diri ditemui pada mayat terbabit,” katanya dalam kenyataan hari ini.
Bayi Perempuan Masih Bertali Pusat
Beliau berkata, mayat bayi malang itu dihantar ke Bahagian Forensik, Hospital Canselor Tuanku Muhriz UKM (HCTM), Cheras, untuk bedah siasat.
Katanya, polis masih menjalankan siasatan mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan kerana menyembunyikan kelahiran dan membuang bayi.
Menurutnya, setakat ini tiada tangkapan dilakukan.
Justeru beliau meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kes menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Cheras di talian 013-2165881 atau hotline Polis KL di talian 03-21460584 atau mana-mana balai polis berhampiran.
Mingguan Wanita : Biar apapun alasan yang diberikan, mak dan ayah kepada bayi tersebut tetap bersalah. Meragut nyawa bayi kecil yang tak berdosa. Semoga pesalahnya dapat ditangkap dengan segera.
Dr Soo Wincci Ratu Cantik Malaysia Pertama yang kini telah bergelar Profesor Madya! Cantik dan bijak sama seiring. Itulah yang boleh disimpulkan buat wanita yang sangat cintakan ilmu ini dan wajar dijadikan sumber inspirasi buat wanita lain untuk mencapai cita-cita hingga berjaya.
Pengiktirafan dari Malaysia Book of Records (MBOR)
Penyanyi dan bekas ratu cantik Miss World Malaysia, Dr Soo Wincci mendapat pengiktirafan daripada Malaysia Book of Records (MBOR), hari ini.
Wincci berkata, pelantikannya sebagai Profesor Madya dalam bidang muzik dan menjadi Miss World Malaysia pertama mendapat pengiktirafan itu.
“Beberapa tahun ini, kita semua betul-betul diuji. Bak kata pepatah, ‘apa yang tak dapat musnahkan kita, ia akan menjadikan kita lebih kuat’.
“Ini memang bukan ‘April Fool’. Hari ini, secara rasminya saya dilantik sebagai Profesor Madya. Bermula daripada seorang ratu cantik, sekarang, satu demi saya langkah ke alam profesor,” katanya.
Kejar Impian, Berani Bangkit Lebih Kuat
Menerusi hantaran dimuat naik, Wincci juga mengucapkan terima kasih kepada mereka yang ada di sepanjang perjalanannya dan turut berkongsi perasaan patriotiknya.
“Jutaan penghargaan kepada semua yang selalu menyokong perjalanan saya. Terima kasih juga kepada semua yang mentertawakan, mengkhianati dan melukakan saya. Segalanya pasti ada hikmah tersirat.
“Ia adalah satu bab baharu. Saya tidak akan melupakan negara saya. Saya juga tak akan melepaskan pasaran antarabangsa.
“Jangan menyerah kalah kepada impian anda dan sentiasa bangkit lebih kuat selepas setiap kejatuhan,” tulisnya.
Mingguan Wanita: Kagum sungguh dengan Dr Soo Winci ini. Memang cantik dan bijak sama seiring. Sangat cintakan ilmu, tak mudah putus asa mahupun mengalah dalam mengejar impian untuk terus berjaya. Terbaik! Semoga menjadi inspirasi buat wanita lain dalam mencapai cita-cita.
Walaupun isteri bekerja, nafkah untuk isteri tetap wajib suami kena tunaikan. Sebab, isteri bekerja itu atas ihsan dirinya untuk membantu meringankan beban kewangan suami.
Perkongsian wartawan majalah Rasa ini, Maryam Elyas sangat dekat di hati para isteri yang bekerja terutamanya. Tentunya hati lebih bahagia bila suami memahami keperluan isteri. Walau isteri tak minta, tapi suami faham akan tanggungjawabnya lagi-lagi bab nafkah.
Banyak Kes Rumah Tangga Runtuh Sebab Suami Abai Nafkah
Sepanjang jadi wartawan, banyak kali CikYam jumpa kes rumahtangga runtuh sebab suami abai bab nafkah. Terutama kat isteri yang bekerja.
Isteri bekerja ni pulak satu hal. Kadang disebabkan korang rasa korang mampu, korang pun buat tak kisah.
Yes, nafkah tu hak isteri. Kita boleh je tak amik hak tu sebab kita mampu. Tapi nafkah adalah tanggungjawab suami. Membiarkan suami pandang remeh bab nafkah akan menjadikan seorang lelaki tu sebagai lelaki lepas tangan.
Duit niaga burger, suami selit kat benda alah ni untuk CikYam
Suami Tak Ada Gaji Tetap, Tapi Konsisten Selit ‘Duit Jajan’
CikYam tak cakap pasal orang lain. CikYam cakap pasal diri sendiri. Macam mana isteri redha dengan keadaan suaminya, itu terserah pada isteri tu sendiri. Tapi suami kena jalankan tanggungjawab sebaiknya. Tunjukkan effort tu.
Please jangan culas. Jangan ambik kesempatan. Nafkah isteri bukan duit yang korang bagi untuk beli susu anak, beli jajan, beli barang dapur. Bukan.
Duit nafkah adalah duit untuk isteri pakai bagi kegunaan sendiri. Misalnya isteri simpan untuk beli gelang emas. Haaaa gitu.
Suami CikYam takde gaji tetap. Duit dia dapat tiap hari hasil niaga burger. So lepas tolak kos barang mentah dan duit gaji hari dia, dia selit la sikit kat benda alah ni sebagai duit jajan CikYam.
Tiap hari kujeling. Syok tengok makin lama makin nak penuh sampai hujung bulan. Dulu CikYam tak amalkan benda ni. Selalu Cik Abang bagi cash time CikYam nak gi keje. Best macam ni sebab nampak duit masuk tiap hari. Macam nak main tikam-tikam pun ada. Haha.
CikYam dengan cara CikYam. Orang lain CikYam tak tau. CikYam just jadi diri sendiri. Ginilah CikYam. Rumahtangga masing-masing kan?
Nak follow lagi sharing CikYam pasal nafkah suami OKU CikYam ni, follow je fb CikYam. Hakak suka share pasal kisah hidup kami yang lain sikit berbanding orang lain. Macam CikYam cakap tadu, rumahtangga masing-masing, kan? Follow ye fb CikYam
MW : Semoga secebis kisah ini membuka pintu hati untuk para suami lebih prihatin bab nafkah ini walaupun untuk isteri yang bekerja. Tak boleh lah jadikan alasan isteri ada duit gaji dia sendiri..
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.