Daging korban boleh dimasak dengan pelbagai hidangan lazat. Selalunya dimasak sup atau gulai. Rasa daging baru yang manis sangat sedap. Sebenarnya terdapat pelbagai resipi boleh dimasak dengan menggunakan daging korban. Bukan saja daging, bahkan tulang, paru, limpa, dan sebagainya. Mungkin boleh cuba resipi yang dikongsikan ini.
DAGING OPOR
BAHAN-BAHAN:
500gm daging – hiris nipis
200ml santan pekat
3 helai daun salam
2 keping asam gelugur
3 batang serai – titik
1 labu bawang besar – hiris
4-5 biji tomato ceri
1 sudu makan serbuk lada hitam
1/2 cawan kicap pekat manis
1/2 cawan minyak masak – untuk menumis
Garam dan gula secukup rasa
BAHAN GORENG SANGAI & KISAR:
2 sudu makan ketumbar biji
1 sudu teh jintan manis
1 sudu teh jintan putih
BAHAN KISAR:
1 labu bawang besar
8 biji bawang merah
6 ulas bawang putih
3cm halia
3cm lengkuas
3 batang serai
5 biji buah keras
CARA MEMASAK:
Panaskan minyak, tumis hirisan bawang besar dan serai hingga wangi.
Masukkan bahan kisar, tumis hingga hingga pecah minyak.
Masukkan pula bahan goreng sangai dan telah dikisar tadi. Kacau rata.
Setelah pecah minyak masukkan daging. Kacau rata hingga air daging kering.
Jika daging masih liat tambah sedikit air. Biarkan mereneh lagi.
Apabila daging telah empuk, masukkan santan, daun salam dan serai. Kacau rata.
Apabila kuah agak kering tambahkan kicap, serbuk lada hitam, garam dan gula secukup rasa.
Kecilkan api dan sentiasa kacau hingga timbul minyak.
Setelah cukup rasa, masukkan tomato ceri dan tutup api.
Sedia dihidangkan. Untuk masak lebih cepat, daging boleh direbus dahulu sebelum dimasak.
Nikmatnya dapat minum pelbagai minuman sejuk, menghilangkan rasa haus tekak di kala cuaca panas membahang. Leganya rasa dapat minum minuman manis berais.
Dalam suasana PKPB ini, tak sesuai bawa anak-anak terutama yang kecil keluar makan di luar walau pun sudah boleh makan di luar sekarang. Tapi mak ayah tetap kena berwaspada kerana anak kecil adalah golongan berisiko tinggi.
Jadi, kalau tekak teringin nak minum minuman yang best dan lain daripada kebiasaan, buat sendiri je di rumah.
Ayuh cuba Cincau Milo Tabur, Bandung Strawberi Laici Dan Sirap Longan Masam Manis ini. Terasa macam minum di restoran! Resipi asal: Majalah Rasa.
MILO TABUR CINCAU
Bahan-Bahan:
4 sudu makan serbuk Milo
3 sudu makan susu pekat manis
½ cawan air panas
½ cawan air sejuk
3 sudu makan cincau
Ais secukupnya
3 sudu makan Milo – untuk tabur
Cara Membuat:
1.Masukkan Milo, susu pekat manis dan air panas. Kacau sehingga larut.
2.Tambah air sejuk. Kacau lagi.
3. Setelah itu, masukkan cincau. Biarkan 30 minit supaya rasa cincau sebati dengan rasa Milo.
4. Kemudian, tambahkan ais. Akhir sekali, tabur serbuk milo di bahagian atasnya hingga menutupi bahagian atasnya. Sedia diminum.
NIKMATNYA BANDUNG STRAWBERI LAICI…
Bahan-Bahan:
2 sudu makan gula
2 sudu makan sirap
5 sudu makan susu cair
1 biji strawberi – dibelah empat
5 biji laici dalam tin
Air secukupnya
Ais secukupnya
Cara Membuat:
1.Larutkan gula dalam air.
2.Masukkan sirap dan susu cair. Kacau sebati.
3.Masukkan pula strawberi dan laici.
4.Tambahkan air dan ais. Kacau sebati. Nikmatnya!
SIRAP LONGAN MASAM MANIS
Bahan-Bahan:
2 sudu makan gula
1 sudu makan sirap
2 gelas air
6 biji longan dalam tin
1 biji lemon
Ais secukupnya
Cara Membuat:
1.Larutkan gula di dalam air.
2.Masukkan sirap. Kacau sebati.
3.Masukkan longan.
Buah lemon dibelah dua. Sebelah diperahkan ke dalam sirap. Sebelah lagi hiris untuk hiasan.
Bagi penggemar cheese, inilah masanya untuk anda cuba buat kek viral taiwan cheese. Punyalah senang! Paling best rasanya yang cukup sedap dan tak rasa hanyir telur. Ok, resepi yang dikongsikan oleh Puan Munna Miracle ini confirm mampu pukau selera suami dan anak-anak, jom tengok bahan dulu…
Bahan-bahan:
5 biji telur gred A asingkan kuning & putih (resepi asal 6 biji telur omega saiz B
1 cawan tepung gandum + 1 sk baking powder
1/2 caw minyak masak
1/2 caw gula caster (resepi asal 3/4 caw)
1/4 caw susu cair
6 keping cheese (ikut nak letak byk mana)
1 sk creamy esen vanila (benda wajib utk elakkan hanyir telur)
Cara buat:
1. Putar telur putih & gula caster sampai jd meringue dalam 1 bekas.
2. Panaskan minyak masak dalam 1 bekas loyang. Saya guna periuk kukus, panaskan dalam 2-3 min saja.
3. Angkat loyang yang dah panas tu terus masukkan 1 cawan tepung + baking powder
4. Masukkan telur kuning skit demi sedikit.. time ni bancuhan da pekat.
5. Masukkan susu cair.
6. Masukkan 1 senduk meringue ke dalam bancuhan loyang tadi.
7. Masukkan bancuhan dr loyang ke dlm bekas meringue. Kaup balikkan.
8. Dalam loyang lain (saya guna 8.5 x 8.5 ) alas dengan parchment paper.
9. Masukkan separuh adunan bancuhan tadi. Kemudian susun cheese selapis, kalau nak banyak pun boleh. Terpulang.
10. Last skali tuangkan lebihan adunan tadi atas cheese sehingga menutup cheese tu.
11. Bakar dlm over guna teknik water bath menggunakan api atas bawah. Suhu 160 selama sejam. Siap.
12. Makan panas-panas sedap weii.. tak muak.
Kek yang saya buat tak fluffy macam beli kat kedai taiwan cheese cake tu tapi tak la mampat sangat, sedap kat tekak. En. Suami kata sedap lagi dari beli kat kedai taiwan tu sebab tak bau hanyir telur.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Menariknya resipi Dalgona Latte ni. Katanya cara buat Kopi Korea yang tengah viral. Ramai yang dah cuba kopi ni, sebab senang dan bahan-bahan pun tak banyak. Jika nak cepat kembang bancuhannnya kacau dengan ‘mixer’. Tapi kalau takde mixer, whisk guna garfu pun boleh.Cuma kena kacau lama sikit. Mak-mak yang suka minum kopi, kena cuba buat Dalgona Latte ni. Serius sedap!
Ini resipi yang dikongsikan oleh Aishah Rosli sebagai panduan;
“Sempena perintah larangan pergerakan ni, kita duduk rumah explore benda baru. Jangan nak bebal keluar rumah.Jom buat coffee latte (dalgona latte) yang viral ni. Sedap minum air sejuk panas panas ni. Tambahannn air ni tak manis. Tak manis. Dan tak manis.”
“AWAS, KETAGIH. HANYA SEKALI SEBULAN YE SEMUA. JANGAN MINUM SELALU TAK ELOK CAFFEIN.”
Bahan-Bahan:
1-2 sudu Nescafe/coffee (mana mana pun boleh)
1 sudu Gula 1 sudu (ikut citarasa masing-masing.Jangan manis nanti diabetes).
Sedikit air panas
Susu Segar
Ais
Cara Membuat:
1. Masukkan Nescafe/coffee dalam mangkuk.
2. Masukkan pula gula.
3. Masukkan sedikit sahaja air panas dalam bancuhan tersebut.
4. Whisk guna garfu sampai kembang. Macam nak buat meringue tu. (Kalau malas, guna je mixer. Cepat hahahahaha).
5. Selepas itu masukkan ais dalam gelas dan letak susu segar.
6. Kemudian letak bancuhan coffee yang dah dipukul sampai kembang tu atas sekali (buat macam topping).
7.Siaaaap. Kacauuu dulu kemudian minum!
Info Ekstra!
Benda ni boleh buat 2-3 gelas tau. Bukan 1 gelas letak semua topping tu.
Boleh kurangkan nescafe dan tambah gula ikut citarasa masing-masing. Saya suka pahit-pahit. So letak sikit je gula hehe)
JAIP sahkan pernikahan Uqasha & Kamal Adli sah menurut syarak selepas pasangan selebriti itu dinikahkan secara rasmi pada 4 November 2021 di Masjid Sultan Haji Ahmad Shah, Bentong.