Wanita yang sempurna segalanya dititiberatkan bermula dari hujung rambut hingga ke hujung kaki. Aspek kebersihan sememangnya dititikberatkan apatah lagi bagi tanggalkan daki dan kehitaman di bahagian anggota badan.

Namun mereka yang mempunyai masalah bahagian bawah lengan atau lipatan leher yang gelap atau kehitaman perlu memandang serius dan mengambil langkah segera mengatasi masalah ini. Malah anda juga boleh gunakan bahan alami iaitu Daun Sirih untuk merawat diri dan membersihkan bahagian anggota badan yang kehitaman. 

Rebusan 7 Helai Daun Sirih Mujarab Rawat Keputihan, Jangan Cuma Obses Nak Putih Saja!

IKLAN
DAUN SIRIH Banyak Khasiatnya, Bukan Saja Murah Bantu TANGGALKAN DAKI & KEHITAMAN Di Bahagian Tersembunyi 
gambar sekadar hiasan

Antara Punca Kehitaman & Daki

  • Salah satu puncanya disebabkan oleh penggunaan deodoran yang tidak sesuai sehingga berlakunya masalah bawah lengan hitam atau warnanya yang tidak sekata. Jika kulit kamu tergolong dalam golongan kulit sensitif ia boleh menyebabkan bahagian tersebut bermasalah.
  • Penggunaan deodoran yang tidak dibersihkan dengan sempurna boleh menyebabkan pembiakan bakteria yang menyebabkan jangkitan kulit sehingga mengubah warna asal kulit.
  • Mungkin disebabkan oleh perubahan hormon atau genetik terutamanya ketika hamil.
  • Gunakan alat pencukur dengan betul. Pastikan ia sentiasa dalam keadaan bersih sebelum digunakan bagi mengelakkan pembiakan bakteria. Elakkan juga daripada terluka kerana ia boleh meninggalkan parut.
  • Kaedah bercukur yang tidak betul akan menyebabkan kulit terluka dan meninggalkan parut. Penggunaan alat cukur yang tidak bersih dikatakan juga faktor yang menggalakkan pembiakan bakteria dan bawah ketiak menjadi gelap.
  • Pakaian yang ketat pada bahagian bawah lengan, leher dan tepi paha boleh menjadi faktor penyebab.
  • Sering mengabaikan bahagian-bahagian ini ketika membersihkan diri terutamanya ketika mandi.
DAUN SIRIH Banyak Khasiatnya, Bukan Saja Murah Bantu TANGGALKAN DAKI & KEHITAMAN Di Bahagian Tersembunyi 
Badan yang bersih akan membawa keceriaan (gambar sekadar hiasan)

Cegah Kehitaman & Daki

  • Setiap kali mandi pastikan kamu tidak mengabaikan bahagian bawah lengan, leher dan tepi paha. Bahagian-bahagian ini sangat memerlukan perhatian selain daripada wajah kamu. Mandi dengan sempurna!
  • Pakailah bedak anti bakteria. Selepas mandi sapukannya pada bahagian-bahagian ini untuk mengurangkan peluh.
  • Sekali sekala gunakan skrub ketika mandi. Ia boleh membantu menanggalkan sel-sel kulit mati malah menyahkan daki daripada kulit kamu.
  • Jangan sesekali terfikir menyemburkan minyak wangi pada bahagian bawah lengan. Ia boleh menggalakan pembiakan bakteria.

RAJINLAH RAWAT DIRI DENGAN DAUN SIRIH

DAUN SIRIH Banyak Khasiatnya, Bukan Saja Murah Bantu TANGGALKAN DAKI & KEHITAMAN Di Bahagian Tersembunyi 

Petua ini bukan sahaja bantu menjadikan kulit badan anda halus, malahan ia juga akan menanggalkan daki dan kesan hitam.

IKLAN

Bahan-Bahan:
Daun Sirih
Segenggam Beras

IKLAN

Cara Membuat:
1. Kisar segenggam beras sehingga halus.
2. Kemudian tumbuk beberapa helai daun sirih sehingga lumat. Campurkan kedua-dua bahan tadi dan kacau sehingga sebati. Sebelum mandi, lumurkan dahulu campuran sirih dan beras tadi ke seluruh tubuh badan terutama dibahagian ketiak dan celah paha.
3. Kemudian gosok-gosokkan ia dengan perlahan sehingga semua bahan yang telah dilumur tanggal dari badan.

Perunding Jamu Kongsi Punyalah Banyak Khasiat Daun Sirih, Ruginya Kita Tak Amalkan

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI