Rebusan 7 Helai Daun Sirih Mujarab Rawat Keputihan, Jangan Cuma Obses Nak Putih Saja!

Anak remaja sekarang malah yang dah jadi mak-mak pun ada yang obses dan putih. Sampai tak sedar, pemakanan yang diambil membahayakan diri. Walhal ada lagi masalah lain yang ramai alami tapi malu nak cerita.

Ini perkongsian daripada Pengasas jamu Suzy Honey Herbs, Suzima Hazish apabila dirinya ditanyakan oleh seorang remaja belasan tahun yang masih bersekolah.

Macam mana nak putih ya?” Haa.. ni akak nak berleter sikit. Semua orang obses nak putih! Kenapa ya? Kerana trend dunia moden hari ni. Sehingga sanggup membahayakan diri.

Tak tahu apa kandungan atau kemudaratan yang bakal terjadi.

Bukan berfikiran negatif, tapi perlu diambil kira kerana kita tak tahu kesan dan akibat bakal tread. Ianya melibatkan sel dalaman badan.

Yang Penting Sihat, Cergas Dengan Selamat

Sebenarnya perkara yang perlu di titik beratkan ialah bagaimana mahu sihat, cergas dengan selamat. Ilmu ini penting untuk di sebarkan. Bila sihat barulah cantik itu datang sendiri. Pakej yang baguskan!

Saya yakin ramai tahu khasiat amalan bersireh ini. Apapun sekali lagi saya suka ingatkan para wanita yang mungkin sibuk dengan tugasan harian akan kebaikan bersireh ini.”

IKLAN

Saya syorkan kita sebagai ibu ajarkan pada anak-anak agar lebih menggunakan bahan-bahan semulajadi/pokok herba yang makin dilupakan. Tidak salah jika kita kekalkan tradisi amalan nenek moyang yang terbukti memberi manfaat.”

 

Rebusan 7 Helai Daun Sirih Mujarab Rawat Keputihan, Jangan Cuma Obses Nak Putih Saja!

Resepi Rebusan Air Sirih

5 atau 7 helai daun sirih

IKLAN

Di rebus dengan 1 liter

  • Boleh di minum oleh anak remaja seminggu 2 atau 3 kali dan ajarkan menggunakan rebusan ini sebagai pencuci miss V secara semulajadi bagi mengelakkan dan juga merawat keputihan.

Wanita yang dalam pantang lepas bersalin sesuai guna bersama tambahkan manjakani. Untuk memulihkan dalaman.

Antara amalan yang simple dan mudah.

Baca Sini : Bertangas Cara Tradisional Guna 5 Bahan Dapur, Petua Bidan Bersalin Bantu Overhaul Vagina

IKLAN

Kebaikan Air Rebusan Daun Sirih, Boleh Dicampur Manjakani

1.Melancarkan perjalanan darah
2. Memecahkan lemak
3. Mengubati penyakit asma dan batuk
4. Melancarkan haid
5. Mengatasi masalah keputihan
* digunakan dengan minum dan membasuh missV
6. Mujarab menghilangkan bau badan / bau mulut

* Tiada lagi ketiak berbau..sila cuba ya !

Perlu diingatkan para wanita..semua boleh amalkan ini. Rajin2kan diri lah.

Apa salahnya kalau rebus ini dan bawa ke ofis juga boleh kongsi dengan geng-geng satu pejabat. Selain duk bawa makanan-makanan manis selalu sangat!

Kita mengubah kita memupuk budaya sihat dengan semulajadi.

Sumber/Foto : Suzy Honey

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI