Daun ketumbar memang selalu digunakan dalam masakan harian. Baik dijadikan hiasan mahupun, menambahkan lagi aroma dalam sesuatu makanan.Sebenarnya nak simpan daun ketumbar ada caranya yang tersendiri. Ia perlu disimpan dalam bekas kering dan kedap udara barulah daunnya tahan lama, tak busuk dan kekal segar walaupun selepas sebulan.
PETUA simpan daun ketumbar kekal segar selepas sebulan.
Kat rumah sis wajib ada daun ketumbar ni untuk perasa dan hiasan dalam nasi ayam, sup, tom yam dan kerabu ala Thai. Jadi, kenalah buat stok. Malas pulak nak ke kedai runcit setiap kali nak masak.
Sis suka daun segar untuk dijadikan hiasan diatas lauk, masih kekal warna hijau daunnya. Barulah cantik presentation makanan.
Sebelum ini sis rendam akarnya dan masukkan dalam bekas yang sama. Ia tidak tahan lama dan akar cepat reput dan busuk. Mungkin juga sebab sis tak kerap tukar airnya.
Oh ye, ada yang suka simpan dalam freezer dengan cara masukkan dalam bekas kiub ais dan ada yang masukkan dalam plastik aiskrim supaya jimat ruang. Sis tak guna cara ni sebab nak kan daun yang segar buat hiasan atas makanan.
Sis pula lebih pentingkan bentuknya, guna container macam ni lebih praktikal bagi sis. Bekas pon senang nak basuh dan keringkan. Sis dah guna beg ziplock. Tak serasi, leceh nak basuh dan lambat kering.
Nak tahu resultnya tengok pada setiap gambar ye.
Kecuali ketumbar saya tak rendam air. Semua simpan di chiller ye. Peti sejuk bahagian bawah.
Saya tak cuci dahulu sebelum simpan sebab daun kena kering, kalau basah cepat reput.
MW:Jadi kalau beli daun ketumbar dan nak pastikan kekal segar serta tahan lama, boleh ikut tip yang dikongsikan ini.Daun ketumbar tak perlu dicuci dan terus disimpan dalam bekas kering dan kedap udara.
Rupanya dengan memasang Aluminium Foil ia dapat membantu mengurangkan haba panas dan menyejukkan suhu rumah. Lebih-lebih lagi jika rumah yang menggunakan atap zink mahupun genting serta ruang pengudaraan yang terhad. Suhu panasnya memang boleh tahan tinggi.
Bukan apa, jika nak pasang pendingin hawa agak memerlukan bajet yang besar, malah bil elektrik pun boleh melambung tinggi nanti.
Jika tak berapa nak ada bajet, boleh cuba cara yang dikongsikan oleh Oyeasaari Nordin ini.
Saya bukan tukang atau kontraktor. DIY sebab budget pon tak seberapa. Dok survey-survey cara nak sejukkan rumah sebelum pasang aircond & ventilation fan.
Ni 1st step letak aluminum foil (beli dekat shoppe). Tapi style rumah lama, bahagian bilik, bawah genting terus siling so takde ruang nak masuk macam kebiasaan.
Survey ade 3 cara nak pasang:
1.Buka bumbung
2.Buka siling
3.Tampal je dekat siling.
Tapi semua cara ni tak sesuai. So dok fikir punya fikir, akhirnya dapat la idea macam mana nak buat. Guna PVC pipe. Macam jolok buah mangga, jolok sampai ke papan manis dekat luar. Selepas itu stapler je. Kena buat pagi-pagi kalau matahari naik baru buat mau berkicap dekat atas tu.
Guna stapler gun, tembak dekat kekuda atap.
Keadaan bilik masa tengahari lebih 40° (anggaran saya guna termometer biase je) memang tak selesa.
So sekarang suhu dah normal suhu bilik, next baru pasang aircond baru la jimat elektrik.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika tak berapa nak ada bajet, boleh cuba pasang aluminium foil ini di siling rumah. Ia berkesan dan membantu mengurangkan haba panas sekaligus menyejukkan dalam rumah.
Nak pokok berbuah lebat, tentu pelbagai cara dan petua yang dicuba oleh mak-mak. Maklum saja, ada pokok yang dah merimbun tapi hasilnya tak nampak pun.
Pokok mangga, salah satu pokok yang dianggap kerap membuahkan hasil. Tapi tak kurang juga pokoknya tidaklah berbuah lebat pun. Kalu ada pun mungkin bila sudah dikupas berulat pula.
Ada sesetengah pokok mangga bila berbuah memang mempunyai ulat, tak tahu apa punca dan sebabnya.
Berlainan dengan cara yang dilakukan oleh Kak Chah dalam facebooknya. Pokok mangga berbuah lebat hasil daripada petua yang diberikan oleh anaknya. Ikuti apa yang dikatakan ini. Moga mak-mak boleh gunakan cara yang dilakukan oleh Kak Chah.
Ini mangga tepi rumah. Berbuah lebat dan merimbun sampaikan tak boleh nak tanggung oleh dahan. Bila patah dah besar itu, berbagi-bagilah pada jiran tetangga dan selebihnya boleh buat kerabu mangga.
Ramai juga yang tanya baja apa yang digunakan. Sebenarnya, tak ada pun baja specifik yang digunakan. Cuma anak bagi tip yang dia terbaca pada satu artikel dari barat.
“Mereka akan gali lubang sekitar pokok dan buangkan minyak masak terpakai. Jadi, saya cuba dan tuangkan minyak yang sudah tidak guna seperti baki goreng ikan bilis, hati ayam dan sebagainya dalam sekitar 2-3 kaki dari batang pokok.
“Alhamdulillah, buah kali ini sangat lebat pada setiap tangkai dan manis. Cuma, kali ini buahnya berbuah pada setiap dahan dan bukan pada semua pokok. Ada yang sudah masak, muda, putik buah dan baru nak keluarkan bunga.
Tabur Garam, Elak Buah Berulat
Bagi yang bertanya tentnag buah mangga berulat dari dalam. Dahulu, memang buah mangga akan jadi seperti ini. Daripada tip yang diberikan oleh orang, taburkan garam kasar di sekeliling, antara 2-3 kaki dari batang pokok.
Mingguan Wanita : Bagi yang ada pokok mangga bolehlah cuba cara ini. Moga ia bermanfaat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
Anak-anak kalu diberi makan telur memang suka sangat. Tapi tak kurang juga yang alahan dengan telur. Timbul gatal-gatal dan sebagainya.
Perasan tak, bila kita beli telur, bila dipecahkan ada yang berwarna oren dan kuning pudar. Kadang-kadang mak mesti terfikir apa beza warna telur ini. Asasnya ia tetap sebiji telur. Sampai ada yang mengatakan tidak elok makan telur banyak kerana kolesterol tinggi.
Sebenarnya, makan telur sangat bagus untuk anak dan bagus untuk perkembangan otak anak. Cukup dengan hanya sebiji sahaja. Tapi yang membezakan khasiatnya bergantung kepada warna telur ini.
Inilah penerangan yang jelas untuk mak-mak ketahui khasiat makan telur untuk anak-anak, seperti yang dikongsikan oleh Dr Mazliana Mazlan.
Cari telur warna oren, supaya anak dapat khasiat yang maksimum dari hanya sebiji telur.
Warna kuning pada telur, bergantung pada makanan apa yang ayam makan dan warna kuning oren, menandakan ayam tersebut dapat makanan yang sihat dan seimbang.
Maka ia akan hasilkan telur yang lebih berkhasiat berbanding telur yang kuning pudar warnanya.Warna kuning pudar, mungkin ayam hanya makan dedak dari gandum dan jagung.
Berbanding kuning oren, ayam diberi makanan yang berkualiti, atau mungkin ayam itu cari sendiri makanannya seperti serangga sebagai contoh.
Omega 3 lebih tinggi pada telur kuning oren, yang mana ia sangat diperlukan untuk perkembangan otak anak.
Jom cari telur kuning warna oren ya, supaya cukup dan sempurna khasiat yang anak kita makan dari sebiji telur.
Pilih Telur Yang Betul
“Dr, anak saya alergik telur, apa nak buat ye?”
“Dr saya buat operation kat belakang badan baru ni, boleh makan telur dak?”
“Anak saya ada eczema Dr, kalau dia makan telur, habis naik balik eczema dia susah nak surut.”
“Saya tak boleh makan telur, nanti habis ruam naik kat muka saya.”
“Saya kolesterol tinggi ni Dr, takkan boleh makan telur kot, telur tinggi kolesterol kan?”
Banyak lagi pantang larang telur yang kita selalu sangat dengar kan?
Sebenarnya, telur tak bersalah pun. Allah jadikan telur sebagai salah satu real food yang banyak sangat manfaat untuk kesihatan kita. Cuma kita saja yang perlu buat pilihan yang betul supaya setiap telur yang diambil tu memberi kesan yang baik untuk kesihatan kita.
Khasiat Telur
Kaya dengan protein
Menaikkan kadar kolesterol baik
Banyak omega 3 yang bagus untuk otak dan minda anak-anak
Mengandungi choline yang baik buat ibu mengandung untuk perkembangan otak bayi
Membantu turunkan berat badan
Mengandungi antioksida lutein and zeaxanthin yang baik untuk mata
Banyak lagi manfaat telur. Kalau ikut kata Coach Eczema Mizhana Padzi, telur ni sebenarnya siap boleh bantu penyembuhan kulit anak eczema lebih cantik dan flawless lagi tau!
Rajin-rajinlah kita makan telur, ajak suami dan anak-anak makan telur selalu ya!
Ya, telur sangat elok untuk diamalkan setiap hari. Cuma, kita perlu pilih telur yang baik supaya kita dapat khasiat yang optimum dari ‘real food’ yang sebenar.
Kenapa saya katakan begitu? Telur bukan real food ke?
Telur boleh jadi datang dari ayam yang dicucuk antibiotik atau hormon tambahan.
Ia juga boleh datang dari ayam yang diberi makan dedak jagung GMO.
Pada tahun 2015, satu keputusan kajian selama 13 tahun diumumkan. Kajian menyatakan tiada statistik yang menunjukkan penggunaan telur dengan serangan jantung dan strok, tetapi kenaikan masalah jantung sebanyak 30 peratus kepada mereka yang mengambil telur sekurang-kurangnya 1 biji setiap hari.
Masalah-masalah sebegini akan datang jika kita tidak buat pemilihan telur dengan betul.
Jadi bagaimana nak pilih telur yang baik?
Baca label ya ibu ayah.
Berbagai jenis brand yang dicadangkan sekalipun, tetap perlu baca label tengok yang mana memenuhi citarasa hati masing-masing.
Alah, telur je pun. Dah boleh dapat telur 1 biji dengan harga 30 sen, kenapa nak kena beli telur yang harga 1 biji sampai RM 1.30.
Tanya semula diri kita makan telur untuk apa. Makanan yang baik dan tayyib, ia bukan sahaja buat kita hilang lapar, ia mungkin juga dapat hindarkan kita dari penyakit tertentu, ia mungkin juga dapat sembuhkan kita dari penyakit tertentu. Pernah dengar orang kata ‘food is medicine’ kan?
Begitulah.
Pilihan sentiasa ada.
Pergi makan western food hujung minggu sampai habis RM 70 untuk 3 pinggan, takkan telur yang tayyib 1 biji harga 60 sen – RM 1.30 pun tak boleh beli kan?
Di rumah, Insya Allah saya pun masih cuba yang terbaik untuk sediakan telur yang tayyib untuk keluarga.
Saya kongsikan antara gambar-gambar telur yang ada di pasaraya. Bantu saya kongsikan info pilih telur ini ya supaya lebih ramai ibu ayah dapat pilih telur yang baik buat keluarga, untuk anak-anak terutamanya.
1. Telur tanpa antibiotik dan hormon pertumbuhan, antara pilihan yang baik insya Allah.
2. Pilihan sentiasa ada kan? Cuma kita kena pandai cari dan pilih.
3. Baca label telek habis. Ada juga ayam kampung yang diberi makan jagung GMO.
4. Ayam bukan vegetarian. Ayam perlukan protein dari serangga dan ulat juga, selain dari protein dari sumber tumbuhan.
5. Walaupun brand yang sama, tetapi company ada juga keluarkan telur yang berbagai jenis.
Sekali lagi, baca label.
6. Siap ditulis kesan dari pengambilan telur dari ayam yang dicucuk antibiotic
7. Ada juga ya telur yang ditambah aditif pewarna.
8. Tak perlu pelbagai label seperti;
– Rendah kolesterol
– Vegetarian
– Kaya Omega 3
– Diperkaya vitamin sekian sekian
Ayam yang happy selalu tanpa dikurung dalam reban, boleh makan apa saja bijirin dan ulat serangga yang meraka jumpa atas tanah, semestinya akan hasilkan telur yang benar-benar sihat.
Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan