Selebriti

Datuk Seri Siti Nurhaliza Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya, Kakinya Lebam Dan Sedikit Bengkak

Share

Tular gambar penyanyi nombor satu Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza terlibat dalam satu kemalangan jalan raya di lebuh raya MEX pada hari ini selepas pulang dari majlis hari raya Red Air Asia di Sepang.

Datuk Seri Siti Nurhaliza Terlibat Dalam Kemalangan Jalan Raya

Khabar berita itu dikongsikan oleh seorang pengguna media sosial menerusi hantaran di Threads.

“Guys, kawan saya nampak Siti Nurhaliza tepi highway ni. Kereta dia remuk. Harap Siti dan orang-orang dalam kereta tu okay, risau weh,” kongsi pengguna media sosial tersebut.

Malah ada juga pengguna media sosial yang berkongsi foto pelantun lagu Bukan Cinta Biasa itu bersama pembantunya.

Menjengah ke ruangan komen,rata-rata netizen mendoakan agar Siti dan individu yang berada bersamanya dalam keadaan selamat.

Kakinya Lebam Dan Sedikit Bengkak

Sementara itu, Pengurus kepada Siti Nurhaliza, Rozi berkongsi perkara tersebut menerusi sebuah hantaran yang dimuat naik di Instastory miliknya, memaklumkan keadaan terkini Siti yang mengalami bengkak dan lebam pada bahagian kaki.

Namun Tokti berada dalam keadaan stabil selepas dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

“Kami membawa Siti keluar dari kereta yang mengalami kemalangan dan masuk ke dalam kereta kami. Siti telah ke hospital, mengalami lebam dan bengkak pada kaki. Alhamdulillah segalanya selamat. Terima kasih atas doa semua,

” ujarnya.

Apa pun kita doakan yang baik-baik buat penyanyi kesayangan ramai ini, semoga dipermudahkan urusan dan kembali sihat daripada cedera ringan.

 

Published by
Nadia