Datuk Amy sentiasa nombor satu di hati Nabila. Begitulah luahan seorang anak apabila bapa tersayang dikurniakan gelaran Datuk.
Pelakon Nabila Huda begitu berbangga mana tidaknya selepas 40 tahun menghiburkan peminat bapanya Amy Search menerima pingat Darjah Pangkuan Seri Melaka (DPSM) yang membawa gelaran Datuk.
Harap Papa Terus Berkhidmat Untuk Hiburkan Peminat Muzik
“Dalam masa yang sama, saya harap pengiktirafan ini dapat memberikan inspirasi dan motivasi kepada golongan muda di luar sana untuk terus menghasilkan produk dan karya.
Ads
“Apa yang penting, saya berharap papa akan terus berkhidmat untuk menghiburkan penggemar muzik tempatan. Jangan lupa misi dan visi yang papa dan juga Search ingin lakukan.
“Pastikan ia berjaya dilaksanakan,” kongsi Nabila.
Mingguan Wanita : Kagum dengan suara Datuk Amy yang masih berbisa walaupun sudah berusia.
Tak kenal maka tak cinta. Nak kenal Mingguan Wanita terus setia bersama kami di YouTube Mingguan Wanita. Hampir 700 video menarik untuk anda tonton. Segalanya tentang dunia wanita dan keluarga. Klik https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial
dan Subscribe kami di YOUTUBE MINGGUAN WANITA.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Demi mencapai impian memiliki tubuh idaman, ada yang sanggup melakukan apa sahaja. Termasuklah rela berhabis duit, menanggung kesakitan melakukan pembedahan plastik.
Seorang guru wanita di England sanggup berhabis lebih £50,000 (RM264,773) untuk melakukan pembedahan kosmetik agar rupa fizikalnya menyerupai idolanya, Kim Kardashian, lapor akhbar Mirror UK, semalam.
Wanita berketurunan Korea Selatan, Cherri Lee berkata, dia sangat berpuas hati dengan transformasi tubuh badannya selepas pembedahan membesarkan punggung, payu dara dan mengubah raut wajah.
“Kim ialah manusia paling cantik di dunia dan saya sangat mahu kelihatan serupa dengannya.
“Dia ialah inspirasi dan motivasi untuk saya menjalani pembedahan kosmetik agar tampil lebih jelita,” kataCherri.
Tambah Cherri, pembedahan itu sangat berkesan sehingga ahli keluarganya sendiri sukar mengecam dirinya dengan wajah baharu.
Dalam tempoh lapan tahun, Cherri telah menjalani sekitar 15 pembedahan plastik bagi mencapai impian bergelar ‘kembar’ Kim Kardashian.
“Saya bangga dengan apa yang saya lakukan dan satu-satunya sesalan saya adalah tidak melakukan dengan lebih awal.
“Meskipun ramai yang menyangka saya pelacur apabila keluar bersiar-siar, saya tidak benarkan ia mengganggu fikiran,” tegasnya.
Sanggup berhenti kerja semata-mata untuk menjaga ibunya yang lumpuh. Mungkin ini satu keputusan yang cukup berat bagi seorang anak. Apatah lagi kerjaya yang cukup hebat dengan gaji yang lumayan.
Namun, apalah sangat untuk dinilai dengan pengorbanan seorang ibu. Berhenti kerja dan fokus dalam menjaga ibu yang sakit, tidak seskali akan membuatkan diri rasa menyesal kerana sudah lakukan yang terbaik untuk orang tua.
Mungkin inilah yang dilalui oleh Rashidah Razali yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang lumpuh. Inilah peluang yang dia ada selagi hayat ibu dikandung badan.
Bagi Rashidah Razali, dia sedikit pun tidak menyesal berhenti kerja untuk menjaga ibunya yang terlantar sakit (bedridden).
Menurut wanita berusia 30 tahun itu, dia dan iparnya bertanggungjawab dalam membantu menjaga ibu yang uzur selain mereka 11 beradik.
Kata anak kelapan ini, ibunya mengalami strok sejak Jun tahun lepas dan lumpuh sebelah kanan badan.
“Sejak itu urusan berkaitan diri ibu dijalankan oleh adik beradik. Sama ada mengangkat ke tandas, mandikan dan membantu ibu solat.
Gambar sebelum ibunya jatuh sakit.
“Sekarang ibu bedridden dan keadaan ini masih baru lagi iaitu pada Jun. Ia disebabkan paras oksigen dalam badan ibu menurun selain terdapat jangkitan kuman pada paru-paru sehingga terpaksa dikejarkan ke wad kecemasan.
“Jururawat tidak galakkan kami adik beradik urus ibu seperti sediakala iaitu angkat masuk bilik mandi seperti sebelumnya.
“Mereka sarankan semua urusan ibu dilakukan di atas katil dan mereka terus ajar teknik untuk menguruskan ibu bedridden serta memberi tips lain sebagai panduan,” katanya.
Menurut anak jati Kuala Berang Terengganu itu lagi, dia mula menjaga ibu sejak kerajaan mewujudkan skim bekerja dari rumah (BDR) semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 2021.
Bagaimanapun selepas BDR ditamatkan, dia perlu berulang alik ke Kuala Terengganu dari Kuala Lumpur.
.
Ekoran itu, dia mengambil keputusan untuk berhenti kerja dan pulang ke kampung.
“Bermula dari situ saya melakukan kerja sendiri dan Alhamdulillah suami menyokong setiap tindakan yang diambil. Saya juga berpeluang menjaga ibu secara bergilir dengan adik beradik yang lain,” luahnya.
Tidak Rasa Terbeban
Rashidah yang kini bekerja sebagai ahli fisioterapi di samping terlibat dalam perniagaan rangkaian produk kesihatan dan kecantikan berkata, dia sedikit pun tidak berasa lelah atau terbeban sepanjang tempoh mengurus dan menjaga ibu yang terlantar sakit.
“Alhamdulillah kesukaran jaga ibu bagi saya tiada, memandangkan ibu bukanlah pesakit yang panas baran.
“Disebabkan background pekerjaan saya sebelum ini banyak berkecimpung dengan kecederaan dan atlet, ia membuatkan saya terbiasa dengan pengurusan pesakit.
“Cuma bezanya teknik urus bedridden, tetapi ia mudah dilakukan selepas diajar jururawat hospital ketika ibu warded,” jelasnya yang mendirikan rumah tangga pada Disember 2021.
Bercerita lanjut, dia turut menzahirkan rasa syukur kerana keperluan ibu dapat dijaga dengan baik.
“Alhamdulillah saya dan adik beradik serta ipar bergilir urus ibu. Sesi saya jaga rutin ibu adalah pada waktu siang iaitu pagi memandangkan selepas Zohor saya perlu bekerja.
“Jadi selepas waktu itu, adik beradik mahupun ipar yang akan ambil alih,” tambahnya.
Dalam pada itu, Rashidah turut menyatakan bahawa kekuatannya hadir saat melihat wajah ibu walaupun kadang kala penat.
“Mengeluh terbeban tu tiada sebab saya bergilir dengan adik beradik. Penat pasti ada dan itu perkara biasa dalam uruskan orang s4k1t.
“Cuma satu saja saya pasak dalam hati, pasti ada ganjaran bagi orang yang menyantuni ibu bapa.
“Tambahan pula ibu bapa cuma satu dan pergi mereka tak ada ganti. Jadi sementara ibu masih ada saya akan berbakti sebaik mungkin sebelum terlambat atau menyesal di kemudian hari.
“Saya nak elakkan perkara-perkara seperti itu. Oleh itu apabila ada peluang saya akan buat dan berikan yang terbaik,” luahnya lagi.
.
Mingguan Wanita : Besar rahmatnya anak menjaga ibu. Moga Rashidah dan kelaurga dipermudah segala urusan. Aamiin.
Ellie Suriaty tak pentingkan diri merupakan pendengar setia luahan perasaan anak-anaknya. Begitulah yang diluahkan oleh pengarah dan pelakon hebat Ellie Suriaty.
Selepas berpisah dengan suami, Azri Iskandar, Elly bakal menamatkan tempoh edah 100 hari pada 28 Ogos ini.
Kini kehidupannya berjalan seperti biasa, malah kehidupan peribadi dan kerjaya seni teratur.
Menyentuh perihal anak-anak, Ellie akui sangat rapat dengan anak-anak termasuklah anak tirinya seperti mana dipetik menerusi Harian Metro.
“Saya dengan anak-anak termasuklah anak-anak tiri, memang sangat rapat sebab mereka ada ayah yang sama.
“Saya saja ibu tiri, tetapi, anak-anak saya semuanya adik-beradik.
“Sebagai ibu, saya pun tak bawa diri saya sebagai ibu tiri sebab saya anggap mereka anak-anak saya,” terang Ellie.
Terang ibu penyayang ini lagi, anak-anak sangat mengambil berat tentang ayah mereka.
“Anak-anak memang mengambil berat mengenai ayah mereka dan sebab itu mereka sering selidik.
“Mereka ada hak untuk selidik sebab apa yang berlaku berkaitan dengan ayah mereka.
“Jadi, apabila anak-anak maklumkan dan luahkan sesuatu kepada saya, takkanlah saya nak cakap kepada mereka supaya jangan beritahu saya apa-apa sebab saya dah tak ada kaitan dengan ayah mereka.
“Takkan saya nak biarkan saja anak-anak saya sebegitu rupa. Itu dah macam saya pentingkan diri sendiri pula sedangkan apa yang berlaku, berkaitan dengan perasaan mereka juga,” kongsi Ellie.
Siapa sangka, selepas hampir 10 tahun mendiami mahligai serba mewah, Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya membuat keputusan besar rumah agamnya bakal dicat semula sepenuhnya buat pertama kali!