Datin Maria Arshad kehilangan suami tercinta Allahyarham Datuk Abdul Rahman Abu Bakar. Salam takziah diucapkan buat Datin Maria Arshad yang juga ibu kepada pelakon Ijoy Azahari dan juga ibu mertua kepada Sharifah Shahirah (Shiera) sekelurga atas kehilangan insan tersayang.
Suami kepada pelakon era 80-an Datin Maria Arshad menghembuskan nafas terakhir pada 20 Julai. Perkongsian tersebut diluahkan sendiri oleh Maria menerusi laman sosial Instagram.
Datin Maria Arshad Kehilangan Suami Tercinta
Pemilik nama sebenar Kamariah Arshad itu juga memohon warga maya menyedekahkan al-Fatihah buat Allahyarham suami tercinta.
“Innalillahiwainailaihirojiun, dukacita memaklumkan bahawa suami saya, Datuk Abdul Rahman bin Abu Bakar menghembuskan nafas terakhirnya di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM) pada jam 12.49 tengah malam.
“Jenazah selamat dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Taman Sri Sinar, Segambut, Kuala Lumpur pada jam 1.30 petang tadi.
“Semoga roh arwah dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang beriman, aamiin, InsyaAllah,” kongsianya.
Ads
Shiera Titipkan Doa
Pelakon Sharifah Shahirah juga turut berkongsi pemergian bapa mentuanya.
“Ingin memaklumkan bahawa suami kepada emak mertua saya telah meninggal dunia di PPUM. Semoga ditempatkan orang orang beriman dan takziah buat seluruh keluarga Datuk Rahman, al-Fatihah,” luah Shiera.
“Moga Datin Maria Redha Terima Dugaan Ini”
Pada masa yang sama rakan artis dan warganet menzahirkan takziah serta mendoakan semoga Allahyarhan ditempatkan dalam kalangan orang-orang yang beriman.
Setiap kita tentu ada masanya mengalami simptom depresi yang tidak kita sedari. Tanpa sebarang tindakan yang cepat, ia boleh menjadi teruk dan lebih menyedihkan kesannya bukan pada diri sendiri tapi melibatkan ahli keluaerga.
Mungkin inilah yang berlaku pada seseorang yang mengalami simptom depresi sehingga berlaku sesuatu di luar kawalan. Jika tidak diubati dari awal, bimbang akan jadi lebih buruk.
Dengan keadaan masalah ekonomi keluarga, harga barang semakin tinggi, tiada pekerjaan dan sebagainya, ia boleh menjadi salah satu punca simptom depresi pada seseorang.
Tak mustahil juga apa yang telah viral tentnag berita gempar sebelum ini mungkin disebabkan depresi. Tak perlulah menuduh yang bukan-bukan sebab kita tak tahu apa yang berlaku mereka.
Antara perkongsian daripada Dr Maryam Jamadil turut memperkatakan itu boleh jadi kerana simptom depresi yang dialaminya.
Saya terbaca “caption” di atas bersama-sama dengan berita gempar semalam tentang seorang lelaki membunuh anak dan isterinya. Sakit pula hati, walaupun orang luar.
Kalau kita orang luar tidak tahu cerita, tolonglah jangan komen bukan-bukan. Walaupun perbuatan tersebut adalah salah dan menyayat hati tetapi cukuplah dengan mendoakan mangsa dan keluarga yang terlibat.
Sebak bila baca statement bapa mangsa, yang anak dan menantunya tiada masalah dan hubungannya sangat rapat. Jiran pun beritahu yang tidak pernah mendengar mereka bergaduh.
Baru kahwin.
Akhir bulan ini baru buat kenduri kahwin.
Bayi umur 25 hari.
Masih masih dalam pantang.
Baru diberhentikan kerja / tiada kerja tetap.
Dengan kos barang dah meningkat, separuh troli pun dah beratus ringgit. Nak beli barang keperluan bayi lagi, isteri berpantang lagi.
Orang yang sedang berfikiran waras tidak akan melakukan perbuatan itu. Tetapi tetap ia bukan lesen untuk melakukan jenayah.
Tahukah kalian yang:
1. Simptom depresi lelaki dan wanita berbeza. 2. Kalau wanita jumpa doktor, mereka akan lebih beritahu tentang masalah emosi tetapi lelaki akan beritahu tentang masalah fizikal (sakit badan, masalah penghadaman dan sebagainya). 3. Pendekatan yang berbeza untuk membantu masalah depresi, lelaki susah untuk mendalami masalah emosi jadi penting untuk mereka kenalpasti simptom dahulu. 4. Lelaki juga sukar untuk mengakui dan kenalpasti yang mereka memang ada masalah depresi. 5. Walaupun wanita lebih ramai menghidap depresi tetapi kes bunuh diri lelaki 2 kali ganda daripada wanita.
Teringat saya semasa berklinikal 2 bulan dalam bidang psikiatrik, 1001 cerita yang ada.
Semasa kendalikan kes fizikal, badan penat. Tapi semasa kendalikan kes psikiatrik, otak yang penat.
Balik rumah kepala rasa “panas”.
Sebab itu staf kesihatan yang bekerja dalam bidang psikiatrik dapat cuti khas 14 hari tambahan setahun. Sangat besar cabarannya sebab kadang-kala terbawa-bawa masalah pesakit balik ke rumah.
Ramai orang ingat yang depresi hanya boleh ada pada orang yang banyak masalah, tak tahu yang depresi ini adalah satu penyakit. Orang yang tak ada masalah hidup pun boleh dapat.
Ramai tak tahu yang Occupational Therapist juga ada yang bekerja dalam bidang psikiatrik.
Tugas kami adalah untuk tingkatkan kefungsian hidup pesakit, teknik yang biasa digunakan:
1. “Relaxation technique”
2. Cara lepaskan kemarahan (anger management)
3. Latihan skil sosial (social skill training(
4. Latihan vokasional (untuk pesakit kembali bekerja)
Banyak lagi teknik dan cara yang boleh digunakan untuk membantu pesakit psikiatrik.
Cuma setakat ini servis ini hanya banyak di hospital kerajaan, tidak meluas lagi di swasta. Mungkin sebab stigma masyarakat menebal lagi buat orang malu untuk dapatkan bantuan terapi.
Kalaulah pendedahan tentang OT bahagian psikiatrik dapat diperluaskan lagi, mungkin dapat bantu lebih ramai pesakit yang memerlukan.
Saya puji dengan Sistem Saringan Minda Sihat dari Jabatan Kesihatan Negeri Johor, kalian boleh lakukan ujian DASS (Depression, Anxiety dan Stress) sendiri dan dapatkan temujanji dengan pakar.
(Nanti keputusan dari ujian ini kalian boleh print dan pergi klinik pesakit luar terdekat, doktor akan refer ke klinik psikiatri sekiranya memerlukan)
Berbalik kepada kes di atas, kita tak tahu apa puncanya lagi. Mohon sama-sama kita doakan keluarga mangsa dan suspek diberikan kekuatan dan dipermudahkan urusan.
Terima kasih, semoga bermanfaat untuk semua.
Mingguan Wanita : Bila keadaan ini berlaku, jangan pendam, berkongsilah dengan orang yang boleh kita percayai, isteri atau kawan rapat. Jangan dipendam sebab depresi ini adalah satu penyakit.
Bekas Pembaca Berita TV3 Zalina Azman, 58, hilang sejak November. Salah seorang bekas personaliti TV3 yang popular Zalina Shaharah Azman telah dilaporkan hilang sejak November tahun lepas.
Wanita yang pernah mengendalikan program Money Matters itu juga pernah mendapat jolokan ‘hos wanita paling glamor’ mempunyai pengalaman menemubual bekas Presiden Afrika Selatan, Nelson Mandela serta selebriti terkenal antarabangsa seperti Beyonce Knowles dan Britney Spears.
Menurut laporan Bernama, Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Mohd Iqbal Ibrahim dalam satu kenyataan pihaknya menerima laporan daripada anak lelakinya, Mikhael Norman, 33, berkenaan kehilangan ibunya pada 29 November tahun lepas.
Zalina dilaporkan hilang ketika Mikhael cuba menghubunginya sejak 24 November 2021 bagi memaklumkan datuk pengadu telah dimasukkan ke hospital, namun wanita itu tidak dapat dihubungi.
“Pada 29 November 2021, pengadu dan pak ciknya sampai di rumah ibunya di Seksyen 3, Shah Alam dan mendapati kereta ibunya berada di rumah,” katanya.
Katanya pemeriksaan di rumah Zalina yang dipercayai tinggal seorang diri mendapati keadaan di dalam rumah tidak tersusun namun mangsa tiada di rumah.
“Turut ditemui beg duit milik ibu pengadu mengandungi kad pengenalan, lesen memandu, kad bank, kad kredit, wang tunai RM600 serta kunci kereta,” katanya.
Malah beliau berkata, segala usaha mencari telah dilakukan namun gagal menemui wanita itu.
Katanya, polis membuat hebahan kepada orang awam untuk membantu siasatan dengan ciri-ciri mangsa adalah berketinggian 158 sm, berat 60kg, berkulit hitam manis dan berbadan kurus.
Orang ramai boleh menghubungi Pegawai Penyiasat Kes Sarjan Sabturia Lorong atau Balai Polis Seksyen 6 Shah Alam di talian 03-55194622 jika mempunyai maklumat.
Hati-hati jika demam panas secara tiba-tiba disertai selsema dan batuk secara tiba-tiba, ia antara simptom dijangkiti virus influenza. Bahayanya jika lambat dirawat ia boleh menyebabkan pelbagai komplikasi dan berlakunya kematian.
Menurut Dr Arman, virus influenza amat mudah menjangkiti anak-anak kecil yang berusia 5 tahun ke bawah dan 65 tahun ke atas.
Bahayanya virus Influenza ini jika dibiarkan tanpa/ lewat dirawat boleh menyebabkan pelbagai komplikasi. Antaranya seperti jangkitan pada telinga menyebabkan sakit telinga, paru-paru, jantung,otak dan sebagainya.
Beza Infuenza vs Demam, Batuk Selesema Biasa
Berbanding demam biasa suhu badan meningkat secara berperingkat, bagi demam influenza A mahupun B ia demam panas secara tiba-tiba dan suhu sangat tinggi seperti 38,39C.
keletihan
cirit badan
sakit perut
sakit tekak
sakit kepala
selsema
batuk
tiada selera makan
Pesan Doktor Arman lagi, sekiranya terdapat simptom-simptom ini pada anak, segeralah bawa anak ke hospital untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi jika ada simptom-simptom seperti yang dikongsikan ini, demam secara tiba-tiba dan suhu tinggi, segeralah bawa ke hospital untuk melakukan pemeriksaan dan mendapatkan rawatan.
Buang bayi lelaki baru lahir belakang rumah bongkar sumbang mahram dua beradik bawah umur di Besut. Ketahui kronologi penuh, siasatan polis dan tindakan lanjut.