Reunion atau majlis perjumpaan semula yang dianjurkan atas niat silaturahim sering kali dipergunakan dengan niat lain. Selain bertemu rakan lama, ada juga yang terpaut dengan cinta atau terjerat dengan cinta reunion. Maka berterusanlah daripada reunion kepada group Whatsapp pula.

Muhammad Ashraf dan NurZakiah Aminah adalah salah satu pasangan yang bertemu jodoh daripada majlis reunion. Pasangan ini yang masing-masing solo bertemu semula setelah beberapa tahun tidak berjumpa.

Siapa sangka daripada minat diam-diam, akhirnya perasaan cinta terlerai setelah bertemu semula. Kisah mereka mungkin antara kisah reunion dari sudut positif dan boleh dijadikan inspirasi.

“Kini kami memilih untuk menghadiri reunion bersama-sama jika ada reunion lagi. Tip yang dapat saya kongsikan untuk mereka yang merancang ke reunion adalah nawaitu. Jika nawaitu tu baik, insyallah semuanya akan baik. Sekadar berjumpa dan bertanya khabar tidak mendatangkan masalah,”jelas Muhammad Ashraf.

Lelaki Suka Cari Masalah

Seterusnya tetamu selebriti, Salleh Yaacob juga dalam masa yang sama berkongsi pengalamannya. Menurutnya, lazimnya lelaki berkahwin terjerat dengan cinta reunion kerana suka “create” masalah. Oleh itu sebaiknya jaga hati dan bersyukur dengan apa yang ada.

Manakala Perunding Psikologi Keluarga & Guaman Syarie, Suzana Ghazali, pula berpendapat reunion tidak salah, sebaliknya orang yang menghadirinya yang bermasalah. Penyebab utama adalah mereka lazimnya lupa tentang usia sebenar dan terkenang usia masa dahulu ketika berjumpa kekasih lama.

“Rata-rata pasangan hari ini berhadapan dengan masalah apabila kita tak menjadikan pasangan sebagai kawan, jika kawan mesti segalanya berkongsi dengan pasangan. Sebaiknya apabila tiba di rumah, jadikan pasangan sebagai kawan dan bukannya mencari orang lain untuk berkongsi rasa,”luahnya.

Di samping itu, menurut Suzana, membawa pasangan bersama adalah langkah yang paling bijak diambil. Tiada sengketa dan salah faham akan timbul sekiranya pasangan juga dibawa untuk mengeratkan silaturahim. Sekiranya sesuatu berlaku di belakang hari, pasangan akan tahu dengan siapa kita berkawan.

Kesimpulannya, antara perkara yang perlu anda titik berat sebelum ke REUNION adalah

1. Nawaitu

2. Sedar diri bahawa suami anda adalah suami orang dan ada pasangan.

3. Kawal diri/elak mengungkit kisah lama

4. Dapat keizinan suami atau pasangan untuk ke reunion. 

Jadi kepada anda yang terlepas, jangan lupa ikuti siaran ulangan Mingguan Wanita Talkshow,  pada jam 5 petang ini di ASTRO PRIMA 105 dan PRIMA HD 121.

#mingguanWanitaTV
#TemanSetiapWanita
#AstroPrima105
#PrimaHD121