Tak salah sayangkan anak, tetapi biarlah berpada-pada. Janganlah terlalu sempurnakan hidup anak hingga suatu hari kelak bila si anak sudah besar, panjang, dia tak mampu uruskan hidupnya sendiri. Gara-gara terbiasa mak selalu ada dan cukupkan apa yang kurang.

Jangan sesekali beri alasan anak masih kecil, mak, ayah perlu jaga dan tengok-tengokkan selalu. Salah ya, kerana dari darjah satu lagi mak, ayah perlu ajar anak-anak untuk berdepan dengan hidup. Dari situlah dia belajar itu dan ini. Jangan dek kerana dari kecil, mak telah selesaikan serba-serbi, bila sudah besar si anak tak pandai untuk uruskan masalah sendiri.

Ikuti perkongsian Jiha Shuib :

“Kerja sekolah?”
“Alat tulis hilang?”
“Kawan ejek, cuit baju?”
“Buku teks?”

Jawapan untuk semua di atas : “Jangan risau, anakanda tak perlu gusar apapun, biar mama setelkan semuanya buat anakanda”. 

Permulaan nak jadikan anak tu tuan, mak jadi hamba adalah pulun nak sempurnakan kehidupan anak tanpa ada sepicing pun susah-payah.

Jangan buat macam tu, takut nanti kita yang susah. Anak-anak kena di latih EQ dia, jangan sampai anak tak boleh handle krisis dalam hidup dia. Sebab kehidupan masa kecil terlalu sempurna, bila besar dia mudah tertekan. Kesian kat anak tu. Mak ayah berlumba-lumba anak cemerlang IQ, sebab tu budak-budak bijak pandai sekarang ramai. Tapi, macamana dengan kemahiran menyelesaikan masalah kehidupan?

Cikgu denda tak buat kerja sekolah? Biar dia rasa, jadinya lepas ni lebih peka dan bertanggungjawab. Darjah satu lagi dah kena latih, memang la mula-mula dia tak biasa.

Tapi kalau mak-mak take over memang sampai ke sudah lah dia tak akan ambil peduli apa yang cikgu pesan. Dah tu nanti sampai ke tua membawa perangai tu tak ke haru. Semua kena suap, pensyarah kat IPT pun pening pelajar manja sangat. Maklumlah, dari kecik semua mak yang ‘take note’, temuduga kerja pun bawa mak ayah. Ish, buruk sangat perangai tu.

Alat tulis hilang? Itulah, kenapa tak jaga elok-elok. Pensil sebatang hilang pun jangan lah whatsapp cikgu suruh cari, pening cikgu tu. Jaga barang sendiri, kalau tengok anak bawa barang yang bukan kita beli pesan suruh pulangkan. Kalau tak sampai ke tua dia lengai (ignorance)

Hadapi Dengan Matang 

Bab anak-anak bergaduh dengan kawan, kawan usik ni tolong lah ajar anak melawan balik. Tu ja cara untuk melatih dia mengharungi dunia yang kejam ni. Pembuli ni ada di mana-mana, kalau kena buli jangan pendam. Hadap dengan matang dan melawan bila perlu, InsyaAllah masa depan dia cerah ke mana pun dia pergi dia boleh hidup. Mak-mak masuk campur? Jahanam hidup anak tu.

Ni lagi satu bab buku teks. Ada ka beg anak dia suruh cikgu Periksa, ‘tegur’ cikgu tak keluarkan buku-buku anak dia dari dalam beg. Komunikasi terhad ke apa dengan anak sendiri? Pesan la kat anak tu, ulang setiap hari sampai lekat dalam kepala dia. Merajakan anak tak membantu dia jadi raja pun, takut nanti nak angkat lampin tahi mak sendiri pun jijik sebab tak pernah buat satu kerja apapun.

Kawan aku dengan kumpulan dari Kementerian pendidikan buat lawatan ke Finland, jadi aku pun sembang panjang tanya apa yang dia tengok kat sana yang hebat sangat dari kita di Malaysia ni.

“Budak-budak kat sana dari pra-sekolah dah kena bertanggungjawab. Kantin semua guna pinggan dan cawan kaca. Kami semua tengok sereyau (bimbang)”
Pinggan dengan cawan kaca? Kita kat sini anak dah berbulu atas bawah pun kita tolong basuhkan seluar kecik dia. Apatah lagi nak suruh bawa atau basuh pinggan dalam sinki.

“It is okay, we have plenty of these” Merujuk kepada pertanyaan bagaimana kalau pinggan dan cawan tu pecah.
Nampak? Ringkas saja asas nak ajar kebertanggungjawaban tu.
Ajar KESAN = AKIBAT.

Gambar kat bawah ni contoh saja, aku dah lama jadi cikgu dah macam-macam perangai mak ayah dah jumpa. “Tolong ingatkan anak saya pergi tandas ya cikgu” pun ada.
#catatanjihasaiful

Sumber: Jiha Shuib

MW: Semoga perkongsian ini memberi manfaat buat kita semua. Tidak salah sayangkan anak-anak kerana dia adalah anugerah dan amanah Allah. Tetapi janganlah ditatang hingga anak tidak belajar untuk hidup berdikari. Bimbang esok, lusa rosak masa depannya.

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI