Hajat hati nak cuti jalan-jalan satu famili itu tersangatlah berkobar-kobar. Nak rehat-rehat di tempat penginapan cantik, sambil layan anak-anak mandi kolam. Fuh!
Tapi bila tengok bajet hotel, ya ampun.. tepuk dahi. Kalau anak sorang dua, ok lagi. Masuk 3 ke 4, mak ayah dah mula kira costing perjalanan percutian. Penginapan, duit minyak, duit makan dan sebagainya.
Cuba baca sampai habis apa yang wanita ini, Nawal Yasmin kongsi mengenai penginapan cantik lagi murah dekat Port Dickson, Negeri Sembilan. Sebab, familinya sejumlah 5 orang itu, berjaya dapatkan penginapan cantik serendah RM64 semalam di Eagle Ranch Resort, Port Dickson.
Switzerland–New Zealand–Malaysia
Ini Cara Dapat Penginapan Cantik Murah Di Port Dickson, RM64 Je Semalam
“Kalau tahu dari dulu, memang tak pergi dah tempat lain.”
“Rezeki kami sekeluarga jumpa tempat ni last minit. Asalnya nak pegi balik hari je ke Port Dickson. As usual tangan ni gatal nak survey agoda. Scroll punya scroll, terjumpa la EAGEL RANCH RESORT!”
“Masa first time nampak gambar teepee tu terus jatuh cinta! Sebab kitaorang memang suka sangat camping ala-ala style macam tu.”
Tepee macam Red Indian.
Penginapan Dalam Teepee
Dalam teepee tu ada katil Queen, attached toilet and shower, aircond, kipas dan TV.
Harga semalam berapa? RM64 FREE BREAKFAST! Too good to be true kan? Rezeki alhamdulillah.
“Dan Harga tu time promo je ye sebab beli time korang semua dah abis bercuti raya sakan (perkongsian ini sekitar bulan Jun 2018). Kami ni baru je nak bercuti. Kalau normal price RM100++ rasanya.”
“Kat dalam resort tu memang nampak well maintained. Swimming pool bersih je. Ada banyak swimmping pool pulak tu. View pun sangat cantik!”
Ads
Dah macam ala ala kat oversea dah! Mmg bestlah untuk bergambar. Bilik dia pulak macam macam jenis ada. Teepee, bandwagon, kampung style, log cabin dan ada dorm jugak.
Lepas ni nak try bilik lain pula.
Aktiviti Sepanjang 2 Hari 1 Malam
Cowboy family
RM24 dapat poster and CD.
Bergambar Pakai Kostum
Kitaorang ambil gambar pakai kostum ala cowboy tu RM24 sahaja. Dapat free poster gambar and soft copies dalam CD.
Memang best sangat sebab staff pun baik je melayan kitaorang and pakaikan baju budak-budak.
Boleh ambil gambar sendiri jugak pakai hp lepas tu. Terasa macam nak buat studio sewa kostum pulak lepas ni dekat @somethingborrowedbynawal. ada ke yang nak sewa?
bandwagon room. Atas bawah tu lain lain bilik
Naik Kereta Kuda Dengan Anak-anak
Sebelum sampai resort tu dah janji dengan budak budak ni nak pegi horse riding. tapi tak ada rezeki nak naik kuda sebab kuda masih lagi dalam training. So kitaorang pun naiklah kereta kuda. RM12/orang.
Budak bawah 4 tahun free so total kami berlima RM36 sahaja.
Ads
Little Mermaids
Beach hack! guna Fitted sheet atau kitaorang guna baby cot bumper untuk jadi tempat baby
Beach Hack! Cara nak buang pasir kering dekat badan. Sangat senang dan tak menyakitkan! Sapu je bedak dekat pasir tu
Berkhemah Di Blue Lagoon (Pantai Tanjung Biru, Port Dickson)
Aktiviti ini keluarga Nawal perlu memandu keluar dari penginapan di Eagle Ranch Resort.
“Pantai dia pula agak jauh dari resort. Bila tanya dekat kaunter, diaorang cakap pantai tu tak boleh mandi sebab berlumpur kot so kitaorang terus ke Blue Lagoon untuk mandi.”
“Blue Lagoon pun best juga. Tak crowded macam Teluk Kemang. Boleh buka khemah lagi. Sampai pun dah petang so orang ramai dah beransur pulang.”
Jangan Risau Soal Makan
Pagi keesokkan harinya, kami terus ke tempat breaksfast. Sebab tak ramai orang, so kami diberi pilihan untuk ala carte menu untuk 2 orang secara percuma.
Makanan pun sedap! Baca review ramai yang kata makanan biasa and simple. Tak best etc.. tu untuk yang buffet la. Kami makan yang ala carte punya semua sedap.
Ads
Deco dalam restaurant ni best! Rasa setiap sudut nak ambil gambar
Harga makanan dekat dalam tu mahal juga. Kalau nak murah, dekat luar resort tu ada kedai makan dia jugak. Harga lebih affordable macam nasi goreng kampung RM5.
Yang bestnya kedai kat luar tu pun masih bertema ala ala pekan cowboy.
Kampung House.
Keseluruhan Kos Penginapan 2 Hari 1 Malam
So kesimpulannya. Total cost kami di Eagel Ranch Resort hanya RM140 sahaja untuk 2 hari 1 malam berserta aktiviti yang kami dah buat tu.
Hotel: RM70 (selepas tax)
Gambar cowboy: RM24
Kereta kuda: RM36
Sewa tempat letak baby kat dalam pool tu RM10
Murahkan? Alhamdulillah.. rezeki..
“Ini bukan paid review ye. saya tak kenal pun owner dia siapa. Ini review seikhlas hati sebab happy sangat jumpa tempat macam ni.”
Lepas ni boleh buat travel review la. Kene rajin la mencari tempat best-best.
Memang Cantik Pun Pemandangannya, Terpukau Anak-anak
Kalau kerap sangat anak demam suhu panas yang agak lama berbanding biasa, itu mungkin tanda-tanda tonsil menyerang. Selain itu anak-nak akan jadi sakit tekak dan sukar menelan, radang atau bengkak tonsil biasanya disertai sakit telinga, sembelit, sakit kepala,lemah tubuh dan hilang selera makan.
“Doktor, anak saya ini kerap sangat kena sakit tekak, banyak dah doktor kata dia ada tonsil, boleh ke saya nak dia buat operation, buang saja tonsilnya?”
Perlu disedari bahawa tidak semua kes-kes tonsillitis memerlukan pembedahan tonsillectomy iaitu membuang tonsil. Oleh itu, apakah rawatan sebaiknya?
Pesakit seharusnya diberikan rawatan ubat-ubatan terlebih dahulu. Dapatkan rehat yang cukup di rumah. Minum air secukupnya. Buat pemeriksaan bersama doktor.
Ubat antibiotik perlu diberi jika ada tanda-tanda ia disebabkan oleh jangkitan bakteria sahaja. Ini kerana kebanyakan kes tonsillitis adalah disebabkan oleh virus. 15-30 peratus sahaja disebabkan oleh jangkitan bakteria!
Apakah tanda-tanda masalah tonsil disebabkan oleh jangkitan bakteria?
1. Tompok-tompok keputihan pada permukaan tonsil.
2. Demam panas, terutama disertai sakit tekak melebihi tiga hari.
3. Peningkatan sel darah putih leukosit dalam darah
4. Bakteria yang biasa menyerang tonsil ialah Group A Beta-Hemolytic Streptococci.
Apakah kriteria dan ciri-ciri bahawa anak anda memerlukan pembedahan untuk membuang tonsil?
1. Serangan tonsillitis teruk yang berulang melebihi enam serangan setahun beserta dengan demam panas dan bengkak kelenjar leher.
2. Sekatan pada saluran pernafasan sehingga mengganggu pernafasan, proses menelan dan percakapan. Masalah ini jika tidak dirawat dengan baik boleh membawa kepada sindrom apnea (berhenti pernafasan).
3. Nanah perintonsil (di sekitar tonsil) yang melebihi sekali serangan. Juga dipanggil peritonsillar abscess.
4. Bengkak satu sisi tonsil sahaja, tonsil membesar pada satu sisi sahaja yang berkemungkinan kanser. Harus berhati-hati.
Info gambar:
Gambar 1 menunjukkan pembengkakan tonsil disertai dengan pembengkakan pada kelenjar leher.
Gambar 2 menunjukkan bagaimana prosedur tonsillectomy, pembedahan membuang tonsil dilakukan.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Sememangnya definisi bahagia adalah berbeza bagi setiap wanita, malahan ada wanita yang sanggup melepaskan segalanya kerana komitmen dan ujian yang tak pernah dijangka.
Oleh itu, bila ada insan sekeliling kita terutamanya orang yang rapat dengan kita memilih jalan bahagia mereka jangan disalahertikan. Kerana bahagia bagi dia tak mungkin sama dengan cara kita mencari bahagia dalam hidup.
Segelintir mak-mak mungkin bahagia dengan bekerja sambil uruskan rumah tangga, setengahnya pula selesa hidup membujang seterusnya berbakti kepada kedua ibu bapa.
Dan ada juga wanita yang berjaya dalam karier berpangkat tinggi tetapi akhirnya memilih untuk menguruskan keluarga dan anak-anak.
Ikuti perkongsian Siti Suryani Yaakop ini dan fahami mesej yang cuba dia sampaikan :
Dulu masa sekolah menengah kan, aku pernah jadi Ketua Pengawas. Lepas tu segala jenis benda aku nak masuk. Aktiflah sangat konon-kononnya.
Kawan aku pernah cakap, “Kau satu hari nanti, mesti jadi orang hebat. Orang besar”.
Ya. Betul.
Makbul doa kawan aku.
Memang aku jadi orang besar. Tapi yang besar tu cuma badan aku. Aku rasa dia tak habis cakap. Atau aku memang salah faham.
Tu bab besar.
Bab hebat pulak.
Hebatkah?
Apa hidup hebat bagi aku?
Bebas, tenang, gembira.
Bebas memilih jalan hidup aku tanpa perlu bersandar pada definisi kejayaan mengikut hala mata orang lain.
Definisi Bahagia Berbeza
Aku ada kawan. Bujang. Hidupnya sibuk dengan kerja amal. Dia tak kisah cerita nak kahwin. Hendak sedih belum kahwin. Nak kalut bergetar rusuk. Tidak. Dia mencari bahagia dengan mencipta jalan dan tujuan hidupnya sendiri. Buat kebajikan.
Aku juga ada lagi satu kawan. Masa tengah sambung belajar, dia diuji dengan masalah ibu yang sakit. Komitmennya bertambah. Masa, tenaga, duit. Dia memilih ibu.
Akhirnya dia berhenti belajar. Duit bulanan dia tambah bayar pada jururawat khas untuk jaga ibu dia waktu dia bekerja.
Juga punya kawan yang jadi pelajar terbaik masa di universiti dulu. Bijak. Cantik. Kemas. Disiplin. Tapi, dia tidak memilih ke mana-mana dengan kehebatan dia. Dia tekad memilih menjadi ibu sepenuh masa.
Pilih Jalan Bahagia Kerana Ujian, Komitmen
Aku melihat orang yang mampu untuk berada di puncak tapi meninggalkan semuanya kerana punya komitmen dan ujian tanpa disangka.
Dan aku lihat juga orang yang mampu berjaya sebenarnya kalau dia usaha. Tapi dia sendiri tak mahu.
Bukan kerana malas usaha, tapi kerana hala tujunya telah berbeza. Haluan hidupnya beralih fasa. Dia memandang hidup dan berjaya dari definisi berbeza dari pandangan kita.
Sebab itu kadang-kadang bila nak bagi motivasi pada orang lain, sedarlah.
Jangan sampai nasihat jadi hinaan. Dan jangan sampai dorongan jadi kutukan.
Tak ketinggalan jangan sampai suruhan jadi desakan.
Setiap Orang Berhak Bahagia
Kita tak tahu apa masalah orang lain yang menghalang dia berjaya dengan definisi sempit kejayaan di mata kita.
Atau memangnya apa pandangan dia mengenai hidup yang tak meletakkan dia di tempat yang sama seperti kita.
Jangan sombong bila Allah menguji kita di tempat kita.
Tidaklah menjadi lebih tingginya kedudukan kita dengan memandang rendah pada orang lain yang tidak berdiri serupa.
Alhamdulillah tahniah diucapkan kepada pelakon kecil molek, Sari Yanti yang mengumumkan dia kini sedang hamil enam bulan.
Berita gembira itu Sari Yanti kongsikan menerusi postingnya di akaun Instagram sempena sambutan ulang tahun perkahwinannya bersama pelawak, Jep Sepah.
Foto: Instagram
Sari Yanti atau nama sebenarnya Sari Yanti Mohamad Nazari mendirikan rumah tangga bersama Jep pada 25 Februari 2017 dan hasil perkahwinan mereka, pasangan ini telah dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Dariya Inara yang kini berusia hampir dua tahun.
Foto: Instagram
Menerusi postingnya juga, Sari Yanti mengharapkan ikatan perkahwinan yang dibina akan dirahmati Allah di dunia dan akhirat.
Esok anniversary kami yang ke 3 . Ya Allah rahmatilah perkahwinan @jepsepahtu dan @sariyanti di dunia hingga akhirat. amin ❤ .
.
Alhamdulillah dalam perjalanan kami di usia perkahwinan yang ke 3 tahun kami sedang tunggu kehadiran ahli baru .. insyaallah. Kami bersyukur dan ucapkan terima kasih banyak banyak atas doa yang baik dari anda semua. Semoga Allah balas yang lebih baik buat anda sekeluarga 🤗
.
Kakak tak penah kisah @jepsepahtu rambut panjang ke pendek. Mana mana pun sayangnya sama. Hatinya sama. Tak ada beza. I love you Husband @jepsepahtu . Happy 3rd Anniversary 💋❤
.
Nota kaki : my 6th pregnancy. #6monthpregnant
Hasil perkahwinan terdahulu, Sari Yanti dikurniakan dua anak iaitu Barr Al Aliy dan Baasit Al Haq. Foto: Instagram
Rata-rata peminat dan rakan artis mengucapkan tahniah kepada pasangan ini dan berdoa agar kebahagian mengiringi pasangan ini selamanya. Insyallah.
MW: Semoga Sari Yanti dikurniakan kesihatan yang baik sepanjang kehamilannya kali ini. Dalam masa yang sama, Allah mempermudahkan urusan hariannya.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Datuk Ram Singh: "Saya beri khidmat percuma, tertuduh bukan anak VVIP." Peguam yang mewakili salah seorang daripada lima remaja yang dituduh berhubung kes kematian Zara Qairina Mahathir mendedahkan, pasukan guamannya menawarkan khidmat secara pro bono tanpa sebarang bayaran.