Seorang suami apabila dapat isteri yang baik, jaga elok-elok bukannya salah guna untuk kepentingan sendiri. Hargailah isteri sebaiknya dan jangan sakiti dia hingga buat dia berpaling.
Sekali isteri tawar hati memang susah untuk kembalikan kepercayaannya. Oleh itu sebaiknya hargai pengorbanan isteri yang selama ini bertungkus-lumus menyelamatkan rumah tangga yang telah dibina.
BilaDapat Isteri Yang Baik
Kongsi Firdaus Shakirin, bila dapat isteri yang baik, maka kita sebagai suami patut jadi “extra baik”…
Kita kena layan dia baik-baik dan bukannya menyalahgunakan kebaikan dia untuk kepentingan diri sendiri…
Patut bersyukur sangat apabila dapat isteri yang baik kerana ada suami yang dapat isteri yang ego, yang susah dibimbing dan dibentuk, yang tak hendak dengar cakap, tak makan nasihat dan sebagainya…
Jaga Elok-Elok Bukannya Salah Guna Untuk Kepentingan Sendiri
Bukan senang hendak hadap isteri yang macam itu… Kesabaran kita yang lelaki ini bukannya tinggi sangat…
Tapi isteri kita tak…
Kita suruh, kita tegur, kita nasihat, semua dia ikut, semua dia turut, semua dia buat… Bila bergaduh dan bermasam muka pun, selalunya dialah yang mula mengalah, dialah juga yang datang minta maaf…
Kita tak cukup duit, dia datang hulur dan dia tolong kita… Kita balik lewat dia faham, kita tak buat kerja rumah pun dia buatkan…
Hendak cari mana lagi isteri macam ini…
Malu Bila Isteri Terlalu Baik
Patut rasa malu bila isteri itu baik, tapi kita tak layan dia baik-baik… Patut rasa macam kita tak layak pula dapat dia sebab perangai kita ini sebaliknya…
Ads
Tapi bila Allah sudah jodohkan kita dengan isteri kita, bila Allah sudah tentukan dan takdirkan macam itu, maka sepatutnya kita bermuhasabah tentang apa yang perlu diubah…
Sikap kita, perangai kita, perbuatan kita…
Kalau isteri yang baik mintak dilepaskan, mintak diceraikan, hendak berpisah, maka kita kena tanya diri sendiri akan apa yang kita sudah buat dekat dia…
Kita sia-siakan dia, kita tak hargai dia dan itu adalah salah kita… Salah kita, bukan salah dia…
Mingguan Wanita : Sebaik-baiknya hargailah pasangan sebaiknya. Tidak minta banyak cukuplah setia dan curahkan kasih sayang yang tidak berbelah bahagi.
Kesan pandemik C19, ramai gaji dipotong atau dibuang kerja. Boleh buntu juga sekejap. Namun, ada berita baik untuk para wanita B40 & M40. Mingguan Wanita prihatin dengan nasib menimpa anda dan susulan itu, kami menjemput semua untuk menyertai group Telegram Bangkit Wanita MW sebagai platform untuk mendapatkan info niaga, promosi kursus, tip berbisnes, perkongsian usahawan yang memberi inspirsasi dan lain-lain. Klik link ini untuk menyertainya: https://t.me/bangkitwanitaMW
Selepas penganjuran Webinar Bangkit Wanita #bisnesdarirumah, Mingguan Wanita menerusi kempen Bangkit Wanita, membuka pendaftaran kepada kursus latihan praktikal jangka pendek.
Kursus-kursus akan bermula hujung Mei hingga Ogos ini dan kemuncak kepada kempen ini ialah penganjuran Konvensyen Inspirasi CEO Bisnes Viral. Kursus latihan yang ditawarkan akan berlangsung selama sehari setiap satu dan orang ramai khasnya wanita B40 dan M40 boleh memilih kursus yang diminati.
Apa yang menarik kursus ini memang direka khas untuk mereka yang mahu berniaga sebaik tamat latihan asas kemahiran ini. Sejumlah tujuh kursus asas latihan praktikal dan demo dibuka untuk penyertaan merangkumi sektor makanan, pengurusan, busines kedai online, jahitan dan perkhidmatan.
Nak Jadi Usahawan Viral, Ini Pilihan Antara Kursus Kemahiran Untuk Wanita B40 & M40
Buat Aneka Kuih Frozen. Confirm sedap, laku keras. Dibuka pada 24 Julai 2021. Peserta diberi tunjuk ajar menyediakan beberapa jenis makanan sejuk beku yang laris di pasraan seperti donut, samosa, pizza dan banyak lagi. Sila klik pautan ini untuk pendaftaran //toko.ideaktiv.com/product/buat-aneka-kuih-frozen-confirm-sedap-laku-keras/
Jahidah positif covid-19. “Adik risau tahap kesihatan kakak, sebab belum divaksin.” Sebelum ini berikutan Jahidah masih koma, doktor tidak menggalakkan Jahidah untuk mengambil vaksin.
Apatah lagi dengan tahap kesihatan Jahidah yang tidak menentu membuatkan ahli keluarga terutamanya adiknya, Fauziah bimbang dengan keadaan Jahidah yang kini dijangkiti Covid-19.
Jahidah Positif Covid-19
Wanita mangsa keganasan rumah tangga yang sebelum ini koma dipukul suami Jahidah Nordin, 43, disahkan positif Covid-19 ketika dirawat di Hospital Tuanku Ja’afar (HTJ), Seremban, Negeri Sembilan.
Adiknya, Fauziah Nordin, 40, berkata, pihak hospital memaklumkan Jahidah dijangkiti Covid-19 petang semalam berikutan terdapat kes pesakit lain positif di wad sama sebelum ini. “Menurut pihak hospital, kakak Jahidah positif (Covid- 19) tahap dua dan telah dipindahkan ke Wad Covid-19 petang semalam.
“Sebelum ini, memang ada kes pesakit katil sebelah kakak pun positif Covid-19, tapi saya tidak pasti berapa ramai yang positif dalam wad itu,” katanya.
Adik Risau Tahap Kesihatan Kakak
Menurut Fauziah, dia risau memikirkan tahap kesihatan kakaknya tambahan pula dia belum pernah divaksin atas nasihat doktor.
“Dengan keadaan kakak Jahidah macam itu, demam tinggi dengan ‘bedsore’ (kudis) baharu naik di belakang badan lagi, dia bukan macam orang normal lain tidak boleh bercakap atau merengek kalau sakit.
“Tahun lepas memang doktor tidak berani beri suntikan vaksin Covid-19 pada kakak kerana keadaannya koma,” katanya.
Menurut Fauziah, memandangkan Jahidah belum divaksin pihak hospital akan membuat pemantauan selama 10 hari.
Pada 21 Januari lalu, Kosmo! melaporkan Jahidah dikejarkan ke HTJ dengan ambulans selepas tahap kesihatannya dilaporkan tidak stabil akibat demam, muntah dan nafasnya turun naik.
Jelas Fauziah, dia juga melahirkan kekecewaan apabila berlaku kes Covid-19 dalam wad hospital sedangkan pelawat perlu membuat pemeriksaan pengesahan ujian Covid-19.
Mingguan Wanita : Semoga Jahidah cepat sembuh dari virus Covid-19 dan dipermudahkan urusan.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Jual hartanah tak guna khidmat peguam tapi urus sendiri, ini keburukan dan kebaikannya. Ada banyak sebab kenapa seseorang individu itu hendak menjual hartanah yang dimiliki. Mungkin anda ada masalah kewangan, ingin berhijrah atau mungkin anda ingin membeli hartanah yang lebih mahal daripada yang anda miliki sebelum ini.
Tidak kisahlah apa jua sebab dan situasi anda, sebaik-baiknya apabila ingin menjual hartanah yang anda miliki, carilah seorang peguam yang dapat memudahkan urusan anda. Khidmat guaman ini bukan sahaja memudahkan urusan anda tetapi juga mengelakkan daripada berlaku masalah-masalah yang tidak diingini pada masa hadapan.
Melalui satu hantaran di Facebook yang dikongsikan oleh Nazri Mustafa, peguam hartanah ini berkongsi kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk penjualan hartanah yang dimiliki.
Antara kebaikan dan keburukan jika seorang penjual hartanah tidak melantik seorang peguam untuk mewakilinya dalam urusan jual beli hartanah adalah seperti berikut:
KEBAIKAN:
1. Kos yang lebih rendah
Tanpa melibatkan seorang peguam, penjual mungkin dapat mengurangkan kos transaksi, kerana tidak perlu membayar yuran perkhidmatan peguam.
2. Kawalan lebih besar
Penjual mungkin merasa lebih banyak kawalan dalam proses jual beli dan tidak perlu bergantung kepada nasihat seorang peguam.
3. Kesilapan Undang-Undang
Risiko kesilapan undang-undang adalah lebih tinggi jika tidak ada peguam yang terlibat. Ini boleh membawa kepada masalah undang-undang yang serius dalam urusan jual beli.
3. Kesukaran dalam perundingan
Penjual mungkin tidak mempunyai pengetahuan undang-undang yang mencukupi untuk berunding dengan berkesan dalam urusan jual beli, yang boleh mengakibatkan syarat-syarat yang tidak menguntungkan.
4. Tiada perlindungan undang-Undang
Tanpa peguam, penjual mungkin kehilangan perlindungan undang-undang dalam kes-kes tertentu, seperti jika pembeli gagal menunaikan kontrak.
5. Semua urusan buat sendiri
Penjual perlu uruskan sendiri urusan permohonan pindahmilik, urusan penebusan harta (bank biasanya mahu berurusan dengan peguam sahaja), urusan pengemukaan laporan cukai keuntungan harta tanah, urusan suratan hakmilik (jika sudah dikeluarkan tetapi belum dipindahmilik ke atas nama penjual) dan lain-lain lagi urusan yang terlibat.
Oleh itu dalam pada tidak melantik seorang peguam boleh mengurangkan kos, penjual hartanah perlu menyedari risiko undang-undang dan kesukaran dalam urusan jual beli yang mungkin timbul jika tidak ada peguam yang terlibat.
Moga bermanfaat dan dapat dijadikan panduan untuk semua.
“Saya membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu” itulah luahan Rita Rudaini yang sangat cemerlang dalam mendidik anak-anaknya.
Pelakon senior, Rita Rudaini menerangkan kejayaan anaknya Airit Rayyan Rizqin, 15, atau Rayyan dalam bidang sukan tidak ada kaitan dengan mewarisi genetik keluarga atau DNA seorang legenda.
“Saya Membesarkan Mereka Sendiri Sebagai Ibu Tunggal”
Seperti mana yang dipetik menerusi Harian Metro Online, Rita memberitahu tiada keperluan untuk orang luar mengaitkan kejayaan anaknya dalam bidang suka dengan sesiapa.
“Tidak ada kaitan DNA pun sebab saya yang membesarkan mereka sendiri sebagai ibu tunggal sejak 15 tahun lalu.
“Jadi, sebab apa nak dikaitkan DNA semua? Pernah ke nampak bapanya gendong anak atau hantar anak pergi sekolah? Tak pernah, kan? Jadi orang luar, jangan cakap mengenai saya dan anak-anak.
“Hanya saya saja yang sentiasa bersama mereka (anak). Saya juga yang duduk tengok anak tepi padang dan hantar anak ke sekolah. Tapi, orang lain sibuk nak sebut anak ikut legenda dan macam-macamlah.
“Saya pun jadi pelakon, tak warisi bakat sesiapa sebab dalam keluarga saya tak ada pun genetik pelakon dan hanya saya seorang saja yang terbabit dalam karier seni ini,” luahnya.
Anak-Anak Ibarat Kain Putih
Rita juga akui kemampuan anaknya dalam bidang sukan dek kerana didikan yang diberikan.
Kemampuan anaknya di dalam bidang sukan disebabkan cara dia membesarkan serta mendidik mereka kerana anak-anak ini ibarat kain putih dan tengoklah siapa yang mencorakkannya.
Sebelum ini Rita berasa kesal dengan tindakan sebuah portal berita menggunakan tajuk Anak Legenda JDT (Johor Darul Takzim) berhubung pencapaian terbaik anaknya, Rayyan pada Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Selangor (MSSS) 2024.