Wanita dan air mata memang tak dapat dipisahkan, jiwanya penuh kelembutan. Ada ketika saat diri rasa cukup lelah, dipasak dengan segala tekanan membuatkan air mata mudah mengalir dipipi. Ketika ini, sokongan daripada suami yang memahami amatlah diperlukan buat seorang isteri. Sebenarnya tak perlu masa yang lama pun, beri isteri ruang waktu 5 minit ‘Me Time’ untuk mencari ketenangan dan meredakan tekanan pun sudah mencukupi.
Semoga perkongsian oleh Dr Syahr Musafir ini memberi panduan buat para suami agar lebih memahami perasaan dan situasi yang dialami para isteri.
Tiba di rumah dari tempat kerja, wajah isteri tak seceria biasa. Suram, mendung, redup.
Kenapa? Hati saya tertanya-tanya.
Saya ikut masuk ke bilik selepas anak-anak menyalami saya, terus bertanya isteri, “OK ke?”
Semestinya ada perkara yang tak kena, kerana isteri saya bergenang air mata. Menangis.
Aduh duh duh, saya kalah pada air matanya. Tak suka.
“Ada apa ni?” tanya saya lagi. Bukan nada memaksa, tetapi mahu tahu.
Ads
Jawab isteri, “Penat… Sebab penat.”
Akal, emosi dan naluri saya ini sebagai seorang lelaki tak mampu nak faham apa kaitan penat dengan menangis. Biasanya penat, kita tidur. Atau rehat bagi melepaskan penat. Takkanlah menangis sebab penat?
“Tinggalkan Sayang 5 minit. Abang layan anak-anak ye,” pinta isteri. Air matanya mengalir deras mengalahkan aliran Sungai Torrens.
“OK,” jawab saya. Tenang. Tak mahu menambah duka.
Ads
Akur, saya keluar menyantuni anak-anak. Layan bermain, walaupun saya masih berpakaian kerja. Tak jadi tukar tadi. Entah apalah jadinya dengan isteri keseorangan di dalam bilik, risau juga.
5 minit kemudian, isteri keluar. Matanya masih merah akibat nangis, tetapi bibirnya sudah menguntumkan senyuman. Melayani saya suaminya seperti biasa, melayani anak-anak kami dengan gembira. Alhamdulillah.
Kaitan Penat Dan Air Mata
Saya tak faham apa kaitan kepenatan dengan air mata. Tetapi saya faham saya seorang lelaki takkan mampu nak faham sepenuhnya tentang hati, jiwa dan perasaan wanita. Saya seorang suami tak mampu nak faham seluruhnya tentang isteri. Jadi, ada kalanya apabila dia minta untuk menangis, saya turutkan saja.
Tak dapat 1 atau 2 jam shopping atau bersuka-ria dengan rakan-rakan di luar tanpa suami dan anak-anak, dapat 5 minit mengalirkan air mata juga me-time buat seorang isteri bergelar ibu. Itulah isteri saya. Subhanallah.
Ads
Menjadi suami tidaklah semudah yang disangkakan. Namun tidak juga sesukar yang dihebahkan. Apa yang lebih penting adalah komunikasi sesama pasangan dan sabar melayani permintaan yang munasabah.
Sesungguhnya wanita dan air mata tak boleh dipisahkan, dan tak perlu dipisahkan. Biarkan saja. Air mata itu kelemahannya, air mata itu jugalah kekuatannya.
Tahun ini sedang menjengah tahun ke-9 pernikahan kami, tetapi proses memahami isteri tetap terus berjalan. Tak pernah berhenti.
Ramai orang mahu menikahi orang yang dicintainya, tetapi tak ramai orang terus mencintai orang yang dinikahinya. Saya mahu jadi kedua-duanya.
Catatan ikhlas seorang suami,
Dr Syahr Musafir.
Suami kepada isterinya, Pn Rahimah AR #ZawjahHijab.
Semoga perkongsian ini bermanfaat. Para suami hargai dan fahamilah situasi seorang isteri.Tak perlukan masa yang lama, 5 minit pun sudah mencukupi buat seorang isteri.
Kehilangan suami tersayang yang selalu menjadi peneman dan tulang belakang pastinya memberi tamparan bagi seorang isteri.Apatah lagi jika kehilangan tersebut berlaku secara mengejut dan tiba-tiba. Rapuhnya hati, ibarat separuh jiwa telah pergi hilang tempat bergantung selama ini.Terlalu sukar untuk melupakan insan yang meninggalkan banyak kenangan dalam hidup. Menerbitkan rasa kerinduan yang tidak berpenghujung.
Hampir dua tahun pemergian suami tercinta, komposer Johan Nawawi akibat serangan jantung, penyanyi popular, Nora Ariffin, mengakui telah dapat menerima takdir dan ketentuan hakikat lelaki yang disayanginya itu sudah kembali menemui Maha Pencipta.
Baru-baru ini, penyanyi ini telah selamat melakukan ibadah umrah di tanah suci. Di dalam satu perkongsian video yang dikongsikan, Nora ada mengimbas kenangan 4 tahun lepas pernah datang ke tanah suci bersama suami. Namun apa yang menzahirkan rasa sebak, luahan hati kerinduan Nora pada arwah suaminya serta keredhaannya pada takdir kehilangan suami, ketentuan dalam kehidupannya. Malah, Nora juga sempat melakukan umrah khas buat arwah suaminya tersayang.
Alhamdulillahhh Selesai umrah terakhir khas untuk suami. Abang.I baru selesai buat umrah untuk you kali ni. Miss you paa. Tak pernah terfikir sebelum ni, 4 tahun lepas datang sama-sama, hari ini nora datang buat umrah BERNIAT untuk arwah suami Johan Nawawi. Sangat sayu….Allah saja yang tahu. Semoga Allah menerima segala amal ibadah saya. Moga Allah mendengar rintihan & makbulkan segala doa-doa & hajat saya. Moga doa saya sampai kepada Johan. In Shaa Allah kita bertemu disyurga. Allahuakbar. Aku hanya hambaMu yang lemah. Ampunilah dosa- dosa hambaMu ini. Ya Allah….Ya Rahman….Ya Rahim… Kurniakanlah aku dengan apa yang terbaik untukku dalam keredaaanMu. Berikanlah aku taufik & hidayah dalam segala hal. Alhamdulillahhh
Para pengikut Nora turut berkongsi rasa yang sama, malah mendoakan penyanyi ini terus kuat dalam meneruskan kehidupan meskipun kehilangan suami tersayang.
Antaranya;
syifamizanKesabaran Kak Nora begitu tinggi. In shaa Allah semoga diberikan keberkatan dalam mendoakan suami Kak Nora
sharidah.amanSemoga Allah terus memberi kekuatan kesabaran ketenangan buat Nora..Aamiin
sfiaaliAllahu Akhbar…syukur Alhamdullillah…sebaknya… Semoga Allah SWT menemukan Nora bersama arwah suami di Syurga NYA.. Aamiinn…Ya Robb
hasmiyahdesa Ada hikmahnya Nora apa yang Allah dah aturkan untuk Kita…semoga apa yang Kita doakan ini sampai untuk mereka…saya pun melakukn umrah untuk arwah suami..memang sedih dan sayu.
halymsabry‘Masya-Allah’ akak menjadi contoh terbaik pasangan bahagia walaupun arwah tercinta akak tiada kat sisi.. nilai cinta yang ikhlas boleh kami rasakan dari riak muka akak @itsnoraariffin apa-apa pun saya doakn semoga Allah SWT limpahkan rahmat kepada akak sekeluarga.
faznida_zulkifliSaya faham perasaan itu..luka itu,sakit itu, saya juga kehilangan suami..perginya bagai disambar helang tanpa sakit dan perginya secara mengejut.Terkadang ingin menjerit dan meraung tapi apakan daya..semua takdir allah.
itsmgwtnrsm_Rindu yang tak berhujung, rindu kepada seseorang yang meninggalkan kita selama lamanya. Alfatihah
MW: Semoga Nora terus sabar dan kuat dalam meneruskan kehidupan. Bertuah seorang suami mendapat doa daripada seorang isteri tanpa putus-putus.Buat para suami pula, sentiasalah berbuat baik pada isteri.Percayalah, kebaikan itulah yang akan menjadi kenangan manis dan pengikat kasih sayang buat isteri, meskipun suami telah tiada di dunia.
Bergurau-senda sememangnya digalakkan dalam hubungan suami-isteri, malahan ia mampu menjadi ibadah dalam menjana pahala. Namun ada yang mengambil mudah dalam perkara, bergurau kasar dengan pasangan hingga mampu mengguris perasaan isteri.
Oleh itu, berhati-hati dalam bergurau-senda dengan pasangan, bimbang daripada ibadat tanpa sedar kita mengundang dosa dan mengaibkan isteri. Apatah lagi gurauan yang disifatkan kasar itu direkod dan dimuatnaik di media sosial, menjadi tontonan semua orang.
Tular satu video di facebook baru-baru ini memperlihatkan seorang suami “bergurau” agak kasar dengan isterinya (pada pandangan mata kita). Maybe itu “life style” pasangan itu bermanja. Mungkin?😌
Kalau life style sekali pun bergurau sedemikian, jagalah aib muka family mertua dan family kita. Apa kata ayah, ibu dan ditambah pula dengan family mertua kita bila kita bergurau- senda sebegitu?
Apa kata atau pandangan kenalan family kita? Jiran family? Jiran keluarga mertua? Kawan pasangan kita? Kawan kita? Kita hidup dikelilingi oleh masyarakat. Bergurau-senda dengan isteri merupakan satu ibadah.
Jangan sampai satu ibadah menjadi satu dosa kita. Jika tidak mampu menjaga aib isteri?Sila meninggal.
Hati-hati Bergurau
Jika isteri sebaliknya terasa? Hati-hati suami. Salah satu punca rezeki kita adalah isteri. Di sebalik kejayaan seorang suami disisinya selain ibunya adalah isteri. Isterilah rakan bantal, rakan berkongsi suka-duka, rakan karib pokoknya rakan paling akrib a.k.a rapat melekat!
Susah senang, isterilah yang sentiasa berada di samping kita. Setiap langkah kaki kita pergi kerja diiringi doa sang Isteri. Tidak cukup lagi dengan sediakan keperluan harian kita dengan sediakan sarapan pagi, gosok baju, membasuh baju walhal itu semua bukan seorang isteri.
Itu kerja bersama! Sebenarnya Islam sendiri amat mengangkat darjat seorang isteri. Lebih-lebih lagi yang solehah, bersabar dan menjaga aib rumah tangga.
“Isteri satu anugerah, bukan milik kita sepenuhnya dan hanya pinjaman sementara waktu. Bila hanya pinjaman seharusnya kita menjaga sebaik yang mungkin.”
Benda simple, kita pinjam barang kawan kita dalam tempoh yang tertentu umpamanya, pasti kita akan jaga sebaik yang mungkin daripada merosakkan, hancurkan, calarkan barang tersebut sampai habis tempoh pinjaman bukan?
Habis tempoh waktunya, pasti kawan kita akan periksa barang tersebut sama ada rosak, calar. Begitu juga isteri. Kita akan dipersoalkan setiap apa yang telah diamanahkan kepada kita kelak.
Jadilah suami yang bijak dalam bergurau-senda. Bayangkan jika isteri bergurau seperti ini, “ex nak tinggal rumah boleh tak? Nampak suami jiran sadolah”, anda sebagai suami rasa boleh terima gurauan kasar seperti ini? Bahaya bergurau tentang perkara sebnsitif, bimbang daripada bergurau dan buat main-main akhinya jadi betul.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi peringatan kepada mak, ayah supaya lebih berhati-hati dalam bergurau-senda. Jangan jadikan pahala bergurau-senda mengundang dosa kepada kita seterusnya menjadi nanah dalam hubungan suami, isteri.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Percayalah rumah tangga akan retak seribu kalau anda masih gagal untuk menghargai kaum wanita malah bersangka buruk dalam banyak perkara. Lagi pahit bila mana suami pula hanya tahu mengarah buat itu ini tanpa membantu buat kerja rumah dan berat mulut nak puji isteri.
Allah… itu yang silap kaum suami hari ini! Bagi menjernihkan hubungan suami isteri dan jaga rumah tangga, bacalah perkongsian Ebit Lew dengan hati terbuka. Moga hubungan suami isteri kalian semakin pulih dan bahagia seperti orang lain…
Cerita Rumah Tangga
Tadi seorang suami muka ganas datang jumpa saya. Dia baru mula solat 2 bulan ni. Dia menangis kerana umur 33 tahun baru mula solat. Semua dah lama tinggal. Kali pertama dengar live di fb 2 bulan lepas. Dia mula berubah. Tetapi serabut dengan isterinya..dia minta nasihat bab perkahwinan..ustaz, ada orang kata wanita ini pelik dan susah nak difahami. Dapat lak yang degil dan tak seperti yang kita nak…
Betul ke ustaz?
Jawab saya cukup kita betulkan tanggapan kita tentang wanita. Wanita ini amat lembut dan dijadikan untuk disayangi dikasihi dan dibimbing untuk masuk syurga..saya setiap malam masa berdoa menangis dengan kehebatan Allah ciptakan wanita…Allah jadikan mereka untuk melengkapi kita… Pasti tidak ada silap. Silap hanya bagaimana diri kita menyingkapi dan melaluinya..
Pejam mata saya nampak muka mak saya. Pejam mata saya nampak muka bidadari saya..terus berdoa ya Allah kau tahu betapa sayangnya saya pada mereka. Ya Allah sayangilah bidadari saya. Sayangilah ibu saya. Sayangilah ibu mertua saya..
Hati wanita ini hebat dan tabah. Cuba tengok mereka korbankan segalanya dan menjadi seperti hamba khadam buat suami dan anak-anak. Lihat wajah penat mereka. Peluh mereka. Kerut wajah mereka. Jika kita hargai mereka, ikhlas sayang mereka, doakan, berlemah lembut, sentiasa bersama mereka. InsyaAllah mereka akan jadi seperti Khadijah ra. Sanggup beri apa sahaja. Bila hati mereka bahagia..mereka tinggalkan semuanya buat suami. Mereka tiada sesiapa lagi. Mereka cuma ingin dipimpin masuk syurga.
Orang yang bernikah dengan ada rasa prejudis dan sangka buruk dan tidak pandai hargai wanita. Rumahtangga akan porak poranda. Bagaimana seseorang yang tidak menghargai ibu. Tidak menghargai isteri boleh menjadi pemimpin yang baik.
Hargai Kaum Wanita Dengan Cara Ini
Wanita tidak minta kita buat lebih dari mereka. Mereka bekerja atau siapkan apa-apa. Mereka cuma dahagakan pujian dan penghargaan suami. Mereka siapkan habis banyak masa. Ucapan terima kasih sayang. Baiknya sayang. Subhanallah betala bertuah abang dapat isteri sebaik sayang. Maafkan abang. Cian sayang penat susah..
Ucapan itu tak sampai seminit tapi kita kedekut untuk ucapkan..mereka masak, mereka cuma minta kita tolong tengok anak. Tolong hidang dan tolong basuh. Mereka buat hampir 90 peratus kerja. 10 peratus pun kadang-kadang ada suami tak bantu. Belum 100 peratus nyawa mereka risiko melahirkan anak. Sakit mengandung. Sakit bersalin. Sakit menanggung.
Berlumba-lumba basuh berak anak. Berlumba-lumba bersihkan rumah. Berlumba-lumba buat Talim. Lumba-lumba siapa nak bangun tahajud.
Tiada kejadian yang lebih indah dalam dunia lebih dari kejadian wanita. Allah ciptakan hati yang sangat kuat dan tabah..
Abang tadi kata, Ya Allah benarlah kata ustaz. Semua jadi susah bila kita sendiri sesat dan baru berubah kerana ada orang doakan kita. Kenapa tak boleh kita bersabar berdoa dan bimbing pasangan kerana Allah….Saya pohon ampun dari Allah.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siti pesan, Umairah jangan lupa mak ayah. Sebagai ibu saudara dan juga Biduanita Negara Datuk Seri Siti Nurhaliza memberi nasihat cukup bermakna buat penyanyi...