Kecantikan

‘Dalam Wad Uwan Paling Sihat..’ Umur 95 Tahun Diuji Positif Covid-19

Share

Wanita ini, Suzy Sharif berkongsi kisah neneknya yang dipanggil Uwan. Usia Uwan sudah pun 95 tahun. Uwan orangnya kecil saja, malah aktif orangnya. Ibu anak 10 ini, masih lagi direzekikan solat sempurna berdiri tegap, rukuk, sujud.

Baru-hari ini Uwan teruji positif Covid-19 sehingga di bawa ke hospital. Ahli keluarga bimbangkan keadaan Uwan di sana, memikirkan usianya itu. Tenang hati waris bila dengar Uwan tidak terlantar sebaliknya boleh round satu wad cari kawan berbual.

Umur 95 Tahun, Uwan Positif Covid-19

Semalam saya teringat sangat dekat uwan. Saya hubungi Pak Net yang duduk serumah dengan uwan. Katanya uwan sudah tidur. Badannya lenguh akibat suntikan vaksin.

Awal pagi tadi cepat-cepat saya call uwan.
Biasanya uwan selepas Subuh dia tak tidur balik.

Uwan sihat ke tu

?”
Sakit badan tak kena cucuk?”
Uwan sihat haa.”
Tak do domam tak sakit-sakit badan pun.”

Uwan saya sudah berumur 95 tahun.

Tempohari kesihatannya diuji. Beliau positif covid. Dan beliau sempat dihantar ke Hospital Klang untuk pemantauan.

Bimbangnya kami sekeluarga akan keadaan uwan lantaran usianya sudah renta. Antibodinya pasti kurang. Bagaimanalah tubuhnya mampu untuk menangkis virus yang membunuh ini?

Sesungguhnya Allahu musta’an.

Uwan Paling Sihat Dalam Wad Covid Tu..

Sepanjang uwan di hospital, beliau dibekalkan dengan sebuah handphone supaya kami boleh berhubung. Tapi kau kena sabarlah nak call uwan

Sehari semalam call tidak berjawab. Kadang-kadang dua hari. Maklumlah insan seusia wan, handphone bukanlah keperluan.

Syukurlah ada seorang anak muda yang sudi membantu uwan. Beliaulah yang sering mengingatkan uwan untuk menjawab panggilan kami. Jiran sewad katil sebelah.

Kak jangan bimbang, opah (orang Perok gamoknya En Wan ni) ni yang paling sihat antara kami.”

Dia tak duduk diam, nanti dia round satu wad cari kawan berbual.”

Mendengar itu sahaja sudah membuatkan hati saya berbunga-bunga. Subhan-Allah.Maha suci Allah Taala.

Akhirnya berita gembira memihak kepada kami. Uwan bebas daripada covid sepenuhnya selepas beberapa hari di hospital. Syukur kami ke hadrat Allah Taala bukan kepalang.

Inilah rezeki dan rahmat yang Allah kurnia kepada uwan.

Beranak 10, Mata Masih Elok, Solat Masih Sempurna

Beranak 10 badan maintain kecil comel.
Matanya masih elok.
Suaranya masih jelas tutur katanya satu persatu.
Solatnya masih sempurna dengan berdiri tegap, rukuk dan sujud.
Sakit-sakit lutut setakat ini belum ada lagi dalam sejarah kesihatan uwan.

Bahkan jika dibandingkan uwan dengan anak-anak perempuannya. Uwan lebih kelihatan sihat dan tegap walaupun rambut hitamnya sudah banyak ditutupi uban yang memutih.

Uwan pakai ilmu apa ni?” Tanya saya mengusik.
Haishh tak do pakai ilmu-ilmu doh.”
Jaga badan tu dalam pantang.”

Haaa kalau uwan dah bukak cerita ilmu jurus pantang ni. Nanti saya perlahan-lahan angkat kaki lahhh. Hahaha.

Lama tunggu nanti kot terkena batang hidung sendiri. Menyesal badan.

Terbayang stress bertungku siang malam dan berbengkung lilit yang sampai nak bernapas pun tak boleh. Minum air ibu kunyit lah, air akar kayulah.

Tapi sungguhlah, jaga badan semasa muda untuk kesejahteraan ketika tua.

Banyak kenangan saya dengan uwan. Jika dunia adakalanya sering mempersoalkan tindakan dan sikap saya. Uwanlah insan yang paling memahami gejolak hati cucu sulungnya ini.

Uwan jer tau apa yang ada dalam hati kau tu Jee.”

Uwan oh uwan. Terus sihat ya wan supaya kita boleh berjumpa nanti.

Doakan uwan saya ya kawan-kawan supaya semua urusannya di dunia dan akhirat kelak Allah permudahkan belaka.

Rabbuna yusahhil.

P/S Gambar throwback sebelum pandemik melanda.
#ceritakakakexsaudi

Sumber/Foto : Suzy Sharif

Untuk dapatkan info berkaitan kursus keusahawanan anjuran Mingguan Wanita, join telegram BANGKIT Wanita : https://t.me/bangkitwanitaMW

IKLAN