Bergelar ibu tunggal ketika anak masih kecil dan masih belum memahami situasi yang berlaku bukanlah perkara yang mudah. Banyak perkara yang perlu dijelaskan dengan lebih berhati-hati agar anak mudah mengerti serta tidak terasa hati akan perpisahan tersebut. Ramai mengetahui, meskipun telah hampir dua tahun menempuhi penceraian, Nurfarahin Romli atau lebih dikenali Farah Lee,29 tetap menjaga hubungan baik dengan bekas suami Ally Iskandar,42.
Farah Lee ada berkongsi cara mudah dia membuatkan anaknya Maream Esabel, 4 faham tentang perpisahan antara dia dan bekas suami, Ally Iskandar didalam laman Instagram. Selain berkongsi berkongsi tip tersebut, Farah juga menasihatkan agar mak ayah yang mengalami situasi sama, tidak memisahkan kasih sayang antara anak dengan mak/ ayahnya.
Berikut antara yang dikongsikan;
Sedang tengok Omar & Hana, sampai kat part the whole family berkumpul, omma test Maream,
O: Maream, kenapa family Maream tak macam tu.? Dorang Omma dan Daddy dia duduk sama-sama, tapi Maream duduk dengan omma je.? M: Hmmm.. Sebab kan kalau duduk sama-sama nanti gaduh.. Sebab tu Maream duduk dengan omma je. Tapi okay je, kan.? Ni kan family kita. O: *terharu*
Ads
Teringat soalan interview yang Farah terima tempoh hari. So Farah share kat bawah ya pada siapa yang selalu tanya macam mana Farah fahamkan Maream tentang family dia yang ‘lain’ dari kebanyakan family kawan-kawan dia ni.
“Q : Pernah tak anak bertanya perihal bapanya? Dan bagaimana Farah menjawab soalan ini agar anak faham situasi yang dihadapi oleh Farah.
A : Farah bagitahu Maream yang Daddy dan Omma tak boleh duduk sama-sama nanti gaduh hehe.. Dengan usia sekarang, Farah tak rasa Maream faham dengan apa yang berlaku tetapi Farah sentiasa terangkan pada Maream (sejak hari pertama – Maream was 2 tahun 3 bulan) yang keluarga dia agak lain berbanding kebanyakan keluarga lain, dan kelainan bukanlah sesuatu yang salah tetapi ia memberikan warna dalam kehidupan.
Jangan Pisahkan Kasih Sayang & Jaga Aib Pasangan
Yang penting, jangan pisahkan kasih antara ibu bapa dengan anak, tak kira apa masalah antara anda berdua. Anak kita mungkin terpaksa berusaha membesar dalam ‘broken family’, pisahkan kasih antara mereka hanya menjadikan kita ibu/bapa yang pentingkan diri sendiri.
Ads
Juga, elak untuk aibkan mana-mana pihak kerana mengetahui aib ibu bapa boleh menggangu perkembangan emosi anak-anak; boleh berkemungkinan mereka akan membesar dalam dendam, atau mempunyai keyakinan diri yang rendah.
Anak-anak akan belajar menyesuaikan diri dengan kelainan ini dan bila tiba masanya, mereka akan faham dan boleh fikir sendiri. Keluarga yang tidak sempurna bukan alasan untuk anak-anak mendapat kasih sayang yang tidak sempurna juga.”
— Hope this helps. Being a single mom is never easy, it’s a hard work but always worth it. Trust me.!
Ads
Pada yang nak ‘suruh’ kami berbaik semula, rasanya tak perlulah komen begitu di sini ya. You’ll never know the struggles we’ve been through so please give us space.
Semoga pesanan Farah Lee ini boleh dijadikan panduan buat pasangan suami isteri lain yang sedang berada dalam dilema seperti ini. Jangan pentingkan diri sendiri dan jadikan anak mangsa keadaan. Berusahalah berbaik-baik dengan bekas suami/isteri agar anak-anak mendapat kasih sayang yang sempurna.
Bagi pencinta binatang, apa sahaja sanggup dilakukan demi haiwan kesayangan. Termasuklah sanggup mengeluarkan belanja yang besar untuk membela binatang-binatang ini.
Upah Jaga Buaya
Pelakon dan pelawak Indonesia, Denny Cagur bersedia membelanjakan 5 juta rupiah (RM1,429.72) sebagai upah menjaga buaya peliharaannya namun tiada siapa yang sanggup mengendalikan reptilia itu, lapor portal berita Tempo, semalam.
Lelaki berusia 43 tahun itu turut memelihara 30 ekor kura-kura, lapan kucing, tujuh ular, ikan dan burung di samping mempunyai empat pekerja untuk menguruskan haiwan kesayangannya.
“Saya ada haiwan peliharaan baharu. Kalau ada mahu menjaganya, saya akan beri gaji istimewa tambahan daripada gaji bulanan yang biasa diberikan,” katanya dalam satu rakaman video yang dimuat naik isterinya di laman YouTube.
Tambahan Gaji
Pekerja yang pada mulanya teruja mendengar tambahan gaji berjumlah 5 juta rupiah itu menjerit ketakutan sehingga ada yang melompat ke atas sofa apabila Denny mengeluarkan buaya tembaga itu daripada kurungan.
Mereka turut memberi pelbagai alasan untuk tidak ditugaskan menjaga haiwan itu.
Bagaimanapun, selepas dileteri isterinya yang bimbang dengan keselamatan mereka sekeluarga, Denny memberitahu, dia tidak mahu memelihara haiwan itu dan hanya menyewanya untuk mengusik pekerja.
Beberapa gambar yang dikongsi di laman Instagram menunjukkan buaya tembaga berusia lapan tahun itu hampir mencapai ketinggian Denny namun dia kelihatan tidak kekok mendukung dan membelai haiwan itu biarpun baru pertama kali memegangnya.
MW: Aduhai macam-macam ragam. Kalau dah sayang tu, memang sanggup keluarkan belanja besar. Namun walaupun sukakan haiwan eksotik dan bela di rumah pastikan lebih berhati-hati dengan keselamatan diri iya.
Pelakon Amira Othman berkongsi cerita perjalanan haji bersama penyanyi santun, Wany Hasrita di Tanah Suci Makkah. Panggilan haji yang diterima pada saat akhir itu tetap dilunaskan dengan segera persiapannya oleh kedua pasangan selebriti ini.
“Alhamdulillah, selesai perjalanan haji saya. Di luar fikiran saya dapat menunaikan haji di usia 26 tahun ini. Tapi semua Allah atur. Banyak saya belajar sepanjang perjalanan haji ini.
Akhirnya yang kita bawa hanyalah amalan, sedekah juga doa anak-anak yang soleh. Di dunia pangkat harta atau nama semuanya pinjaman dan akhirnya semuanya adalah sama di sisi Allah.
Doakan saya memperolehi haji mabrur!
Moga Allah angkat semua doa saya juga doa anda semua.
Thank you @wanyhasrita terus call kita tak fikir nama orang lain terus fikir nama kita.
Memang ajaib tapi Allah dah tulis semua ini. Moga ada rezeki ke sini lagi.. Tempat paling tenang yang tak akan saya lupa sampai bila-bila.”
Sebak Baca Doa Orang Lain Ketika Wukuf
Dalam hantarannya sebelum ini, Amira juga berasa sebak ketika memasuki waktu wukuf di padang Arafah. Katanya, dia menerima banyak sangat DM yang meminta untuk didoakan.
“Ada yang saya sebak baca. MasyaAllah lain orang lain lah dugaannya. InsyaAllah akan saya sampaikan satu persatu. Moga Allah kabulkan doa semua yang tidak henti-henti berdoa.” Maklumnya ketika itu.
Wany Hasrita dan Amira Othman menunaikan haji tahun ini atas undangan kerajaan Arab Saudi.
MW : Mendoakan agar Amira Othman dan Wany Hasrita mendapat haji yang mabrur. Amin
Rita Rudaini “sekolahkan” lelaki mulut jahat kaitkan kejayaan anak dengan soal DNA. Baru-baru ini, anak sulung Rita Rudaini iaitu Airit Rayyan Rizqin, 15, yang kini belajar di Maktab Rendah Sains Mara Sungai Besar (MRSM SUBES) berjaya memecahkan rekod berusia 20 tahun dalam Kejohanan Olahraga Majlis Sukan Sekolah Daerah (MSSD) Sabak Bernam 2024.
Rita Rudaini “Sekolahkan” Lelaki
Kejayaan dicipta Airit Rayyan ini dilihat amat membanggakan. Apa tah lagi anak sulung kepada pelakon ini turut cemerlang dalam pelajaran apabila memperoleh pointer 3.99 dalam peperiksaannya.
Ramai wanita di luar sana yang bangga dengan diri Rita Rudaini yang dilihat berjaya membesarkan anak-anak dengan sempurna tanpa seorang lelaki di sisi. Dari anak-anaknya kecil, dirinya sering berkongsi momen istimewa bersama anak-anak. Tidak hanya Airit Rayyan tetapi seorang lagi anaknya, Airit Qaqa Arjuna, 13 juga dilihat sama-sama aktif dalam sukan.
Kaitkan Kejayaan Anak Dengan Soal DNA
Baru ini dilihat Rita agak emosi kerana sebuah portal dilihat sengaja mengaitkan DNA bekas suaminya yang juga seorang pemain bola sepak dengan kejayaan anak-anak dalam bidang sukan sedangkan dirinya yang bertungkus lumus membesarkan dua anaknya seorang diri.
Tidak habis dengan isu portal ini, masih ada lagi lelaki yang bermulut jahat turut mengaitkan kejayaan anak-anaknya adalah kerana DNA. Tidak berdiam diri, Rita berkongsi komen tersebut di insta stories miliknya dan menyekolahkan lelaki tersebut.
@anasmart76 “bersyukurlah ada DNA bapak dia. Kalau tak dak DNA bapak dia, tak menjadi budak tu.
Melihat hal ini, Rita bangkit dan menyekolahkan lelaki tersebut kerana dirinya lebih tahu dan sudah melalui jerih membesarkan anak-anak seorang dirinya. Selepas anak-anak meningkat remaja dan cemerlang dalam pelajaran dan sukan, ramai yang over claim.
Tulis Rita, ” Ooo macam tu ek. Kalau DNA bapak ko bapok, kau jadi bapok jugak la kan? Mak kau pun tak boleh buat apa sebab DNA bapak kau bapok. Correct meif im wrong.
Di insta storiesnya juga Rita turut menulis ” Tu lah..bila aku bersuara, kata aku mulut jahat.
“Mayat orang terendam nie bau dia dari jauh dah boleh hidu. Kulit mereka pun dah tertanggal. Biasa badan mereka licin, beza dengan kematian biasa.
“Satu petua bila bau mayat begini, pantangnya jangan ludah. Sebaiknya telan air liur dan insya Allah bau mayat akan hilang serta merta.
“Biasanya bagi pengurusan mandi jenazah begini, kita akan lapik kain putih dahulu dan baru letak jenazah atasnya. Jangan gosok kerana isi dah lerai.
Ambil sabun dan taburkan. Paip air kita bungkus atasnya dan jirus perlahan pada jenazah. Tak lama, biasa sekejap. Habis mandi, kulit-kulit tertanggal kita satukan sekali…
Ikuti kisah pengalaman tukang mandi jenazah, Puan Lasminah Dul Siraj yang berpengalaman berpuluh tahun dalam pengurusan jenazah di Lembah Klang.
Ikuti video penuh temubual bersama dirinya di YouTube Mingguan Wanita dan Facebook jam 8 malam ini. Jangan lupa subscribe YouTube Mingguan Wanita.
Lokasi temuramah :- Tanah Perkuburan Islam Kg Kerinchi, Bukit C2 Pantai Dalam.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Shu Shukri "sekolahkan" Hafidz Roshdi, "dah kalah tu kalahlah, nafkah anak sesen pun tak bagi. Hari ini, di instagram storiesnya, pempengaruh Nurul Shuhada Mat...