Musim raya ni, mesti ramai mak-mak yang buat rumah terbuka dan menu salah satunya mungkin laksa. Sedap tak sedap nombor dua tetapi kekuatan laksa ini sebenarnya pada kuah. Jadi kalau nak buat Laksa sedap macam belah Utara, jemput godek resepi Puan Pnut Syafinaz ini…
Kebetulan hari ni buat laksa dan nak share tips. So saya share kat sini kot ada yang boleh share tip masing-masing juga. Semoga bermanfaat pada kita semua berkongsi ilmu.
Resepi laksa semua orang pandai kan. Cuma nak habaq tips cemana laksa belah utara ni sedap.
Ni tips tok lela (mak cheq la), dulu tok lela penjual laksa yang power. (Moga dapat pahala ke tok lela dengan perkongsian ni).
1. Ikan
Biasa ikan campoq. Ikan termenung (pelaling) + ikan curut (ikan sardin/selayang) rationya biasa 1kg pelaling 1/2kg ikan sardin. Kalau buat sikit, camni 10-12 ekor pelaling, 5 ekor sardin.
Kalau mazhab tok lela, ikan dia rebus sat saja, asal mendidih ja, tutup api, sejukkan terus dia asingkan tulang dan isi. Alasan dia jangan rebuih lama, hilang ‘manis’ ikan.. Isi ikan dia perisi mmg takdak tulang betoi. Isi ikan dia tumbuk kasaq. Tulang-tulang ikan dengan kepala dia blend guna air rebusan tulang ikan tu. Tapis, pastu blend lagi, tapis lagi.
Ads
Versi malas anak tok lela, high pressure 65min dalam noxxa ja. Pastu korek ambik isi blend. Tulang blend asing, tapis juga, walau tulang dah lembut.
2. Bawang
Guna bawang besaq india tu, yang purple tu, bukan bawang holand kuning tu. Siapa buat laksa guna bawang holand, derhaka besaq. Bawang memang banyak, kalau segenggam cili, bawang besaq 5-6biji. Yang besaq tau bawang dia.
3. Belacan
Ni most of orang Kedah pakai belacan Tanjung Dawai. Port belacan terbaik Tanjung Dawai mai. Ada peniaga laksa kat Lembah Klang ni, depa bawa belacan mai dari Tg. Dawai. Sekali balik memang beli stok banyak-banyak simpan freezer, atau depa kirim melalui bas ekpress. Saya pun memang tak pernah pakai belacan lain, sebab stok belacan saya memang dari sana. Sebab itu sambal belacan I sedap. Kahkah.. kawan-kawan kataaaa lah.
Ads
4. Kuah laksa
Tok lela rebus kuah laksa 2-3 jam sebelum keluar berniaga. Ni tips paling power. Alasan dia kuah dah ‘mesra’. Cukup rasanya blend dengan aroma kantan, kesum, asam garamnya. Ni ampa rebus kuah laksa mendidih 10 minit tutup api dah, apa barangggg!! Pastu ampa tanya resepi laksa kat mak long ni, pastu ampa buat kata tak jadi pun macam akak buat. Bila tanya berapa lama rebus kuah laksa? Dijawab, mendidih sat dalam 10-20 minit, tutup api. Cehhh asam tak dan mesra, cili blend pon terasa cili pedasnya, bau keras cilinya, Nehiiii paling-paling sejam oiii. Air biar lebih sikit, kemudian didihkan sampai pekat. Lagi pun ampa pakai belacan beli kat tesco, mana nak sama.
Ni kuah laksa mak long ni nampak penuh periuk kan? Akan direnih sampai kuahnya jadi 3/4 periuk, itu pun kalau kuah dia tercair sikit renih lagi sampai tinggal setengah periuk.
5. Asam keping (asam gelugoq)
Cari asam keping dari buah asam gelugoq tua. Kalau buah muda dikeringkan masamnya kureng, kalau guna yang tua sikit elok sedap masamnya. Ni biasa kami beli kat makcik-makcik jual sayur kampung kat pasar tani. Dan saya stok asam keping pun memang mai Kedah.
Ads
Jangan letak terlalu banyak, kuah laksa ni elok dirasa selepas setengah jam atau sejam lepas didihkan, sebab masa ni boleh agak masamnya dah cukup atau kurang, kalau baru 10-20 minit renih kuah laksa, ampa rasa tak masam ponnnn pastu pi tambah lagi 3-5 keping asam, lepas sejam ambikkkkk masam nak mampoihhh. Tok lela kata asam tak dan kembang.
Lepas dah rasa elok masam tu, boleh kaut asam keping tu buang sikit takut lagi lama, lagi masam. Itu hari saya habaq kat sorang budak jual laksa ni, kuah sedap dah sedap, tapi masam yakmat! Saya bagitau dia bila dah petang, kaut asam yang dah kembang, buang, kalau tak kuah jadi masam sangat. Dia ikut tips I, sebab lepas tu beli saya bagitau dia kuah dah ok, dia cakap betoi la cakap akak itu hari.
6. Jenis ikan
Sekian, tu ja yang teringat. Bab ikan tu, ada juga pakai ikan kembong, tapi kurenggg.. pelaling is the best, sebab dia lemak, kalau pelaling baru la… kembong tak best sebab isi dia keras berbanding pelaling.
Apa pun, soal rasa ni masing-masing, ada tekak suka ikan kembong, ikan mabong, kembong besaq la.. macam-macam. Ikut citarasa masing-masing, saya just share tips laks kak lela. Malatop tahun 90an dulu haha.
Nota:
Orang kedah ni suka juga makan bihun goreng dengan kuah laksa. Ada kedai yang jual laksa, memang jual dengan bihun goreng. Ni esok ni wajib la kat opis beli bihun goreng.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kes jangkitan novel coronavirus (2019-nCoV) menimbulkan kebimbangan ramai, memandangkan ia mudah berjangkit. Sehingga kini keseluruhan kes dijangkiti Novel Coronavirus dilaporkan berjumlah 24,196 melibatkan 25 buah negara dan 492 kematian.
Statistik ini yang dikeluarkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengikut statistik yang dikeluarkan oleh WHO yang menjadi pusat data dan statistik kes novel coronavirus (2019-nCoV) dari semua negara yang dijangkiti.
Pesanan buat pekerja dan majikan, terkini Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia (JTKSM) ada mengeluarkan panduan untuk majikan dalam menangani isu berkaitan jangkitan coronavirus baharu (2019-nCoV).
Menteri Sumber Manusia, M Kula Segaran, berkata jabatan itu menerima banyak panggilan bertanyakan mengenai isu pekerjaan membabitkan wabak 2019-nCoV sejak awal tahun ini.
Katanya, soalan yang lazim diutarakan membabitkan majikan menahan pekerja daripada datang ke tempat kerja terutama mereka yang pulang dari negara dan destinasi mempunyai kes jangkitan coronavirus di China, Thailand, Jepun, Hong Kong dan Singapura.
5 Langkah Buat Majikan Berdepan Situasi Ini
Panduan itu mengandungi LIMA langkah yang boleh diambil majikan dalam berdepan situasi berkenaan.
1. Arah Pekerja Jalani Pemeriksaan Serta Merta
Kula Segaran berkata, majikan perlu mengambil langkah-langkah terbabit, iaitu dengan mengarahkan pekerja masing-masing menjalani pemeriksaan serta-merta jika mereka baru pulang dari negara yang mempunyai kes jangkitan coronavirus.
2. Kos Pemeriksaan Ditanggung Majikan
“Kos pemeriksaan oleh pengamal atau pegawai perubatan berdaftar itu perlu ditanggung majikan selaras peruntukan mengikut Seksyen 60F Akta Kerja 1955.
3. Beri Cuti Sakit Bergaji SepanjangTempoh Kuarantin
“Majikan juga perlu memberikan cuti sakit bergaji kepada pekerja atau membolehkan mereka mendapatkan rawatan di hospital, sepanjang tempoh kuarantin, apabila mereka diarahkan berbuat demikian oleh pengamal perubatan berdaftar, tidak kira sama ada di rumah atau di hospital.
4. Beri Bayaran Tambahan
“Majikan digalakkan untuk memberikan bayaran tambahan kepada pekerja yang diarahkan menjalani kuarantin tetapi melebihi tempoh cuti sakit dan rawatan di hospital yang dibenarkan,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Beliau berkata, majikan juga perlu membayar gaji penuh kepada pekerja yang mendapat arahan kuarantin daripada pengamal perubatan berdaftar, sekiranya mereka ke negara terbabit atas arahan kerja atau majikan.
5. Tak Boleh Halang Hadir Bekerja Jika Tiada Arahan Kuarantin
Katanya, mereka juga tidak boleh menghalang pekerja masing-masing daripada hadir ke tempat kerja jika tiada arahan kuarantin dikeluarkan pengamal perubatan berdaftar.
Bagaimanapun, beliau berkata, majikan dibenarkan mengarahkan mana-mana pekerja yang sakit untuk tidak datang bekerja, dengan memberikan cuti sakit bergaji.
“Majikan juga tidak boleh mengarahkan pekerja, dalam apa cara sekali pun, menggunakan peruntukan cuti tahunan atau mengambil cuti tanpa gaji sepanjang tempoh kuarantin.
“Sebarang persoalan lanjut boleh dimajukan kepada Jabatan Tenaga Kerja Semenanjung Malaysia,” katanya.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat sebagai panduan buat majikan dan juga hak buat pekerja. Jadi buat mana-mana individu yang baru sahaja pulang daripada negara mahupun destinasi mempunyai kes jangkitan coronavirus di China, Thailand, Jepun, Hong Kong dan Singapura, diharap segera mendapatkan pemeriksaan di pusat kesihatan.
Tarik Balik Saman Terhadap Keluarga Ira & Diskaun Tuntutan Nafkah Anak, Lafaz Cerai Puteri Sarah Tak Jadi! Puteri Sarah baru saja hendak menarik nafas lega namun terbantut apabila lafaz cerai oleh suaminya tidak menjadi kenyataan.
Antara dua syarat diminta oleh suaminya Syamsul Yusof yang tidak dipersetujui Puteri Sarah antara yang membuatkan prosiding lafaz cerai di Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan tidak menjadi kenyataan.
Tarik Balik Saman Terhadap Keluarga Ira
Dua syarat yang diminta Syamsul ialah tarik balik saman terhadap keluarga Ira Kazar dan diskaun untuk tuntutan nafkah anak.
Malah proses lafaz cerai itu juga gagal selepas pihak peguam Syamsul mendakwa ada kecacatan dalam prosedur Jawatankuasa Pendamai (JKP).
“Saya takkan tarik kes! Saya akan teruskan. Kalau panjang, panjanglah,” ungkap Puteri Sarah seperti yang dilaporkan Harian Metro.
Syarat Keterlaluan
Ibu kepada dua orang anak itu menyatakan Syarat yang diminta oleh Syamsul agak keterlaluan.
“Tempoh hari, kami dah cakap kata persetujuan (untuk mudahkan proses hari ini), tapi ada beberapa perkara yang saya tak bersetuju antaranya mereka meminta saya menarik balik kes saman yang saya failkan terhadap keluarga Ira Kazar.
“Syaratnya, kalau saya nak dilepaskan, saya kena tarik kes itu dan saya takkan tarik.
“Kedua, dia minta diskaun untuk tuntutan nafkah anak. Anak-anak bukan untuk didiskaunkan!”
“Harta sepencarian pun saya tak minta. Jangan takut. Saya banyak minta untuk anak-anak.
“Tapi, kalau itu pun nak diskaun, kemudian suruh tarik balik kes saman terhadap Ira Kazar, itu sudah berlebihan.
“Saya akan berjuang demi anak-anak. Saya dah tak berjuang untuk diri sendiri lagi. Kalau untuk anak-anak pun nak minta diskaun, jadi jawapannya tidak. Saya akan berjuang tak kiralah berapa puluh tahun pun,” ungkapnya.
Sabtu lalu, Zarina atau lebih mesra dengan panggilan Anju berkongsi momen majlis resepsi difahamkan diadakan di rumah mentuanya dekat Nilai, Negeri Sembilan.
Sekitar 17 Julai lalu, difahamkan pelakon Zarina Anjoulie selamat bernikah dengan lelaki pilihannya, Eilyas Azhar atau Yas di sebuah pejabat agama yang turut dihadiri kedua belah pihak.
Zarina kelihatan manis bertudung memakai gaun jambu rekaan Hansmin Official. Solekan cantik hari itu hasil kreativiti Aizat Abdul Razak.
Cuma 34 Jam Hasilkan Gaun Pengantin Merah Jambu
Gaun pengantin merah jambu anggun yang dihasilkan dalam tempoh 34 jam saja itu, dipakai sedondon dengan suaminya yang segak berbaju Melayu moden dan bertanjak.
Ramai follower instagram yang memuji keserian wajah pengantin di hari persandingannya. Malah, rata-rata mengucapkan tahniah di atas perkahwinannya itu.
Majlis berkenaan turut dihadiri oleh ahli keluarga dan sahabat handai kedua belah pihak.
Terdahulu Zarina pernah berkahwin dengan lelaki berasal dari Brunei pada 2015 dan bercerao pada Disember 2016. Perkahwinan sebelumnya, Zarina dikurniakan seorang anak lelaki, Awangku Gabriel Martin Ezra.
Nahas SUV di Bukit Kawah meragut nyawa sepasang bakal pengantin apabila Toyota Fortuner yang dinaiki terjunam ke dalam gaung. Baca kronologi penuh, siasatan polis dan peringatan keselamatan jalan raya.