Tip basuh baju putih ini memang khas buat mak-mak yang ada anak sekolah atau suaminya yang bekerja pakai kemeja putih. Ya, mudah dan tak payah gigih berus di bilik air sebab masuk mesih basuh pun baju putih akan cuci bersih tanpa kotoran.
Macam mana nak buat, anda kena cari bahan yang dikongsikan Puan Zakiah Hassan ini dulu…
Ads
Bahan-bahannya:
Sabun A1 (beli kat kedai Eco) atau sabun cap kapak/buruh (ada di Mydin)
Sabun basuh baju (cecair atau serbuk)
Air
Mesin basuh (nak basuh tangan pun boleh)
Ads
Cara-cara Basuh Baju Putih:
1. Lemporkan baju sekolah agama dulu ke dalam mesin basuh.
2. Bubuh sabun basuh biasa.
3. Setkan mesin dengan mode speedy soak (ikut jenis mesin basuh).
4. Bubuh air.
5. Guntingkan suku sabun kuning ke dalam mesin basuh (nak sagat pun boleh).
6. Tenyehkan sabun kuning di leher baju kemeja, hujung lengan, poket..atau kesan kotoran yang lain. Lepas tu jangan lupa lempor dalam mesin.
7. Tutupkan mesin basuh.
8. Pergilah keluar berjimba dengan anak2 dan suami. Disarankan pergi shopping atau makan berat. Setakat minum cendol bawah pokok tak sempat siap.
9. Balik rumah dah siap.
10. Sidailah baju putih tersebut sambil kembang hidung hinshinsss melihatkan kebersihannya.
Ads
Mak Ramli tak sental langsung leher baju budak darjah 1 tu. Maka kurang sedikit muscle lengan MR..kohkohkoh.
Selamat mencuba!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Siapa kata makan nasi itu penyebab gemuk. Jangan tak tahu, banyak dah diet yang diperkenalkan masih mengutamakan nasi dalam hidangan harian mereka. Cuba rahsia awet muda melalui masak nasi dengan 3 cara ini.
Petua ini sebenarnya banyak khasiatnya kepada mak-mak yang nak jaga badan. Tapi nasi yang kita nak makan itu, jika dicampur dengan manjakani tak bolehlah dikongsi dengan suami ataupun anak-anak. Haa. ekskusif kan untuk mak-mak.
Perkongsian masak nasi letak daun pandan atau manjakani atau bawang putih ini dikongsikan oleh Perunding Jamu, Puan Norliza Mohd Salleh.
Akui beliau, setiap bahan-bahan itu mempunyai fungsi yang tersendiri. Betul cara masak nasi itu dan makan ikut sukatan memang boleh buat mak-mak nampak cantik berseri-seri. Kalau mak-mak nak tahu kebaikan setiap bahan itu baca keterangan di bawah ini.
Petua Awet Muda Melalui 3 Cara Masak Nasi
Daun Pandan
“Selalu saya letak dulu daun pandan tu. Untuk beri efek wangi pada nasi yang dimasak. Walau pun tidak menggunakan beras wangi.”
Bila masak guna daun pandan, harum semerbak je satu rumah. Makin tak sabar jadinya nak makan nasi.
Manjakani
Biasanya diisi dalam beras yang ingin dimasak oleh wanita yang gemarkan penjagaan dalaman. Manjakani bersifat bagus untuk memelihara rahim dan dalaman wanita.
Ada juga mak-mak yang benamkan saja manjakani dalam nasi yang sedang nak tanak tu. Terpulang sebenarnya ikut cara mak-mak.
Biasa kalau dalam pantang ramai yang buat begini.
Bawang Putih
Yang isi bawang putih masukkan ketika masak nadi. Khasiatnya pun boleh tahan juga. Bawang putih ini sifatnya buang angin, kurangkan kolesterol serta awet muda dan banyak lagi.
Menurut Norliza lagi, ketiga-tiga cara yang dikongsikan ini pernah dicuba dan menjadi amalannya. Bagus sebenarnya ketiga-tiga cara ini. Masing-masing ada khasiat tersendiri.
Haa… mak-mak pula ada yang pernah cuba? Cara mana agak-agaknya?
Pantang orang cina bihun dipotong pendek-pendek. Rupanya bihun yang panjang simbolik ‘longevity & happiness’. Ada orang suka menikmati bihun goreng yang kenyal dan ada pula suka yang lembik. Sebenarnya ikut pada selera masing-masing.
Namun menerusi perkongsian di Facebook dari saudara Adam Kelvin menerangkan rupa-rupanya orang Cina pantang jika bihun dipotong pendek-pendek dan merupakan simbolik ‘longevity dan Happiness’. Mengikut masyarat cina bihun yang digoreng secara panjang berkaitan dengan kegembiraan dan umur yang panjang.
Pantang Orang Cina Bihun Dipotong Pendek-Pendek
Sebenarnya cara memasak bihun goreng, ada bihun yang perlu direndam lebih lama sebelum dimasak namun ada juga yang hanya perlu direndam beberapa minit. Ikut pada kesesuaian jenama bihun itu sendiri dan juga individu yang memasak.
Perkongsian dari rakan mualaf ini membuka minda masyarakat lain tentang pantang larang orang Cina. Ikuti kisah dari Adam Kelvin.
“Boleh ke kedai makan buat bihun goreng yang kenyal? Tak lembik dan tak mudah putus?
Sejak memeluk Islam, saya macam serik order bihun pun ada.
Setiap kali order kan, mesti dapat bihun yang lembik dan putus-putus.
Berbeza kedai Cina yang saya pergi dulu sebelum memeluk Islam, bihun yang digoreng betul-betul kenyal. Tak mudah putus dan panjang-panjang.
Sebenarnya dalam masyarakat Cina, mi atau bihun yang panjang simbolik kepada longevity & happiness. Kegembiraan dan umur yang berpanjangan. Kalau bihun tu pendek-pendek dan putus-putus, seolah-olah wish orang yang makan tu umur pendek dan tak gembira selalu.
Pantang orang Cina kalau bihun tu dipotong pendek-pendek. Sejak saya peluk Islam, saya tak percaya dah la simbolik tu.
Tapi sebenarnya nak highlight kan sedapnya nikmati bihun yang well-cooked, tak lembik dan tak putus. Orang Cina panggil QQ. Bihun atau mi tu QQ. Kenyal. Dalam bahasa mudahnya, bihun tu toink toink.
Harap sangat pengusaha restoran di luar sana boleh masak atau goreng bihun yang kenyal, tak mudah putus dan tak lembik.
Ni kalau lembik, nak makan pun rasa pelik.
Ada ke orang lain lalui pengalaman seperti saya?”kongsi Adam Kelvin.
“Memang Ada Yang Sengaja Putuskan Masa Memasak” Netizen
Pelbagai pendapat diutarakan oleh netizen menerusi ruangan komen. Citarasa masing-masing gamaknya ya.
Memang mencabar besarkan anak lelaki zaman ini. Kena yang lasak kan main, mak ayahlah perlu bijak kawal keadaan. Bak kata pelakon Saharul Ridzwan, pantau dan sabar itulah kunci besar dalam mendidik anak lelaki sulungnya, Ali.
Antara tip penting lain; kawal percakapan depan anak. Benda yang tak elok jangan sebut. Sebab kata-kata mak ayah itu satu doa. Selebihnya Saharul kongsikan tip mendidik anak lelakinya, Ali agar membesar menjadi anak yang lebih baik pada masa hadapan.
Dalam Usia 3 Tahun, Macam-macam Karenah Ali
Anak lelaki kan.. macam ni lah!
Saya selalunya tanya Umi, “perangai abg chik macam Ali ke dulu?”. Jawapan Umi, “hmmm, lagi macam-macam! Ali tu kira sikit je tu”
Hahahaha. Ali dah 3 tahun ni macam-macam karenah dia. Macam-macam. Pecahkan TV, terbalikkan almari, terkepit tangan kat pintu kedai, lompat-lompat atas sofa, conteng dinding, tumpahkan air, bukak peti ais lepas tu tak tutup, apa lagi? Cakap je, mesti pernah buat. Kadang kadang buat kita tepuk dahi jugak. Yang selalu bertukar personaliti biasanya mummy @deenaemir. Selalunya bila sabar tu dah hilang, mummy pulak jerit “Baba!!!”. Tapi bila Baba masuk gelanggang, ada dua kesudahan je.
1. Anak nangis/senyap lari sebab takut. 2. Sambung main layankan anak, lagi huru hara rumah jadinya.
Jangan Sesekali Sebut Tak Elok Depan Anak – Saharul
Itu perangai budak. Nama lagi budak. Umur-umur macam ni dorang banyak explore benda. Kena faham, kena pantau, kena sabar. Tugas kita sebagai ibu dan ayah untuk mendidiknya. Jangan sesekali keluarkan perkataan tak elok pada anak kita, sebab itu adalah doa. Sebab tu mak ayah kita selalu guna “bertuah punya anak”. Alhamdulillah, berkat doa mak kita hari-hari dengan perangai kita masa kecik, kita “bertuah” seperti sekarang.
Anak lelaki ni lah yang akan menggantikan tempat kita sebagai ketua keluarga satu hari nanti. Nak anak lebih baik dari kita, diri sendiri kena tunjukkan sifat tu. Nak anak kita jaga kita waktu kita tua, kita jagalah ibu dan ayah kita sekarang. InShaaAllah. Circle of life.
Lain orang lain cara kan. Saya kongsikan untuk ingatkan diri sendiri siapa anak kita adalah hasil didikan dan doa kita pada dia. InShaaAllah. Semoga Allah terus melindung anak anak kita dan jadikan anak anak kita lebih baik dari kita. Amin Ya Rabb.
Saharul dan anak perempuan bongsu, Fateema Azzahra.
MW : Bagus cara Saharul dan Deena, bukan saja sweet couple malah penyayang dengan anak-anak mereka.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...