Cuba kawal walaupun susah, kerana marah apa saja boleh berlaku. Marah memang normal, biasalah manusia tak dapat lari daripada sikap pemarah.
Namun sejauh mana mak, ayah dapat mengawal perasaan itu daripada memberi impak pada orang lain menentukan marah itu normal atau tidak.
Cuba Kawal Walaupun Susah
Kongsi Ustaz Firdaus Mokhtar, hal marah ni memang bukan benda main-main. Kadang kita rasa marah ni biasalah, semua orang pun boleh marah.
Tapi ingatlah, daripada marah yang sedikitlah boleh jadi macam-macam perkara lain.
Sebab itu ada hadis seorang sahabat pernah bertanya kepada Rasulullah, minta Rasulullah berikan nasihat untuk dia. Rasulullah jawab;
“Janganlah kamu marah.” Membawa maksud tahanlah perasaan marah.
Sahabat tadi tanya lagi, minta lagi Rasulullah berikan nasihat untuk dia. Rasulullah tetap mengulang jawapan yang sama – Janganlah kamu marah.
Kerana Marah Apa Saja Boleh Berlaku
Pesanan ini kita boleh ambil untuk diri kita.
Marah ini daripada syaitan. Bermula daripada marah yang mungkin cuma bergaduh mulut, akhirnya membawa kepada berbunuhan.
Punca daripada marah juga, ada anak lari tinggalkan rumah. Kerana terlalu marah, ada suami yang pukul isteri. Perasaan marah juga jadi permulaan kepada isteri untuk bertindak nusyuz.
Kerana marah, apa sahaja boleh berlaku. Kepada hal yang kita tak mampu untuk fikirkan logiknya, semuanya boleh jadi.
Boleh Marah
Apakah kita tak boleh untuk marah?
Boleh. Cuma itulah Rasulullah pesan, marah yang dikawal. Marah atas sebab yang dibolehkan atau marah untuk tujuan kebaikan.
Rasulullah juga ada pesan tips ke kita kalau berdepan dengan kemarahan;
Ads
“Sesungguhnya marah itu dari syaitan. Syaitan itu dijadikan daripada api, apabila kamu marah, maka hendaklah kamu mengambil wuduk.” – (HR Abu Daud)
Kita pernah buat? Jarang. Saya sendiri jarang.
Bercakap Memang Senang
Bercakap senang, buat yang susah. Tapi itulah yang Rasulullah pesan ke kita.
Kita manusia biasa. Kadang terlepas juga.
Andai ini pernah berlaku, cepat cepatlah bertaubat. Minta ampun dengan Allah.
Kalau kemarahan kita mencederakan perasaan orang lain, minta juga maaf daripada orang itu.
Moga ada kebaikan buat kita yang berusaha untuk menjaga marah.
Selain mengajar anak solat, bulan ramadan juga sangat baik untuk melatih anak-anak berpuasa.Meskipun tidak cukup 30 hari sebulan, sekurang-kurangnya perlu didiklah anak berpuasa sebagai pengenalan kepada kewajipan Rukun Islam ketiga ini.
Angkasawan negara, Datuk Dr Sheikh Muszaphar Shukor, 46 dan Datin Dr. Halina Mohd Yunos, 39 mempunyai 2 orang cahaya mata perempuan Sophea Isabella, 8 dan Sophea Natasha,6 serta sepasang kembar lelaki Sheikh Adam dan Sheikh Noah, 2 tahun. Pasangan ini ada cara tersendiri dalam melatih dan mendidik anak-anaknya berpuasa seawal usia 5 tahun.
Menerusi salah satu posting angkasawan negara ini di Instagram, beliau menjelaskan, anak-anaknya telah diajar dan dilatih untuk berpuasa seawal usia 5 tahun.Walaupun tak cukup 30 hari berpuasa, tapi anak-anaknya sungguh bersemangat dan mencuba untuk berpuasa.
“How early for a child to start fasting …. ? We started our girls at the age of 5 years old . It may not be full 30 days but back then they truly tried.”
Dr Sheikh Muszaphar ada kongsikan 5 Tip untuk memudahkan anak-anaknya berpuasa.
1. Beri Galakan
Mungkin ramai mak ayah yang merasakan anak-anak terlalu muda tapi jangan sesekali pandang rendah pada semangat dan keazaman mereka untuk berpuasa.
Mak ayah boleh berikan mereka galakan dengan memberitahu mengapa muslim perlu berpuasa, terangkan kelebihan ramadan dan sebagainya. Jangan lupa puji bila anak-anak berjaya berpuasa walaupun hanya satu hari. Anak-anak mudah faham bila kita memberitahu mereka dalam bentuk cerita. Ia membuatkan mereka mahu menjadi seperti orang dewasa untuk membuktikannya.
2. Buat Mereka ‘Terganggu’
Kadangkala sewaktu lewat petang, anak-anak rasa dah tak mampu bertahan dan hendak berbuka awal. Kebanyakan mak-mak biasanya akan berikan mereka minum sebab tak sampai hati, termasuklah Dr Harlina. Sebaiknya, elakkan. Ajak mereka melakukan sesuatu aktiviti yang boleh lupakan hasrat untuk berbuka. Contohnya bawa ke taman, shopping mall, wrestling game dan sebagainya.
3. Teruskan Jadual Seharian
Anak-anak perempuan saya biasanya tetap melalui jadual yang sibuk semasa bulan ramadan. Dari SJKC, ke sekolah agama, Kumon, TaeKwanDo, Gimnastik, Debate & Public Speaking dan sebagainya. Jadual yang sibuk membuatkan masa cepat berlalu tanpa sedar.
4. Ambil Makanan Tinggi Tenaga sewaktu Sahur
Makan tinggi karbohidrat adalah sangat digalakkan untuk membuatkan anak-anak kenyang sepanjang hari. Anak-anak perempuan saya ambil bijirin oat dan roti sewaktu sahur. Kurma juga bagus. Nasi akan membuatkan rasa mengantuk dan susah nak bangun untuk ke sekolah nanti.
Pastikan anak tidur awal pukul 10 malam selepas terawih dan kejutkan mereka pukul 5 pagi untuk bersahur. Beri mereka tidur sebentar selepas sahur, dan kejutkan pada 6.15 pagi untuk Solat Subuh serta bersiap untuk pergi ke sekolah.
5 . Kekal Hidrasi
Anak perlu minum banyak air kosong untuk kekal hidrasi. Elakkan minuman manis sepanjang masa. Mungkin boleh hadkan minum minuman manis hanya ketika berbuka.
Pada usia 5 tahun, adalah masa yang baik untuk mengajar anak untuk mula berpuasa walaupun hanya setengah hari. Jangan terlalu cepat ‘mengalah’ beri mereka air untuk berbuka awal. Sebolehnya cuba untuk bertahan, dan ajar mereka mengenai sabar. Ramadan itu sendiri mengenai kesabaran.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Buat mak ayah nak melatih anak-anak berpuasa di awal usia boleh ikut tips yang dikongsikan ini. Namun demikian dalam mendidik anak untuk berpuasa, jangan sesekali lupa mengajak anak mendirikan solat juga di awal usia.
Bila anak tak dengar kata dan nakal, mulalah mak-mak rasa geram dan marah. Sedangkan tanpa sedar anak-anak ini kurang sentuhan dan ciuman daripada kita. Sampaikan kesalahan kecil pun boleh mak ayah nampak besar.
Setiap hari kerja-kerja rumah tak pernah habis, dengan melayan anak yang seorang gaduh, seorang menangis. Ini pun boleh jadi punca anak rasa terpinggir, mula buat nakal dan tak dengar kata sebab seolah-olah mak ayah tak layan dirinya.
Belum lagi mak ayah asyik fikir kenapa anak nakal, tak dengar kata walaupun pernah kena rotan atau marah sekalipun. Inilah mak ayah kena tahu. Sentuhan dan ciuman itu penting dan kena amalkan suapay anakpanak berlembut hati dan tidak nakal.
Kadang-kadang anak kita jadi liar dan nakal sebab dia kurang sentuhan dan ciuman mak ayah dia sebenarnya.
Perasan tak kalau anak kita jatuh sampai benjol kepala, kita automatik rasa nak peluk cium anak dan gosok-gosok tempat benjol tu dan serta merta anak kita pun jadi makin tenang dan berkurang sakitnya. Perasan tak?
Itulah keajaiban sentuhan dan ciuman! Tapi nak cium anak pun kena ada ilmu baru la makin berkesan untuk anak kita. Ada tempat ciuman tempat gosokan yang kita kena hafal.
Ciuman di kepala adalah CIUMAN KEBANGGAAN. Bila kita rasa bangga dengan pencapaian anak kita contohnya dia boleh skor A dalam exam dia cepat-cepat kita cium bahagian tengah kepala anak kita.
Ciuman di dahi adalah tanda REDHA. Bila anak kita buat sesuatu yang buat kita rasa redha dan ikhlas pada anak kita, dahi adalah tempat terbaik untuk kita cium.
Ciuman di pipi adalah ciuman RINDU. Bila ambil anak daripada taska atau bila anak baru balik daripada sekolah tempat terbaik nak cium adalah di pipi. Kadangkala tu kalau rindu sangat gomol je pipi pau si comel kita tu.
Cium kat tangan adalah bila kita rasa KASIH sangat kat anak kita. Ciuman di tangan ni istimewa sangat sebab tu kita kena ajar anak kita cium tangan kita. Ramai budak-budak bukan cium tangan tapi sujud kat tangan orang tua. Salah tu!
Bersalam kena guna bibir atau hidung. Bukan dahi. Kalau pak Arab mesti dia tegur kalau budak-budak guna dahi masa bersalaman. Katanya dia tu tanda sembah, bukan tanda hormat.
Untuk tempat gosok tu sama je dengan 4 tempat ciuman tadi cuma tambah extra 2 tempat lagi.
Gosok di belakang leher ye kalau anak-anak nampak risau atau tak tenteram.
Gosok di dada pulak sangat mujarab untuk kurangkan kenakalan anak-anak. Sambil gosok tu mak ayah boleh cuba selawat atau baca surah surah pendek macam Al Fatihah atau Ayat Kursi.
PANTANG LARANG!
Jangan sesekali cium anak kat bahagian bibir. Memang nampak kiut tapi bibir sebenarnya dikhususkan untuk pasangan halal kita je. Area bibir adalah area yang penuh dengan reseptor yang membuatkan tempat tu jadi supersensitif.
Dikhuatiri boleh membangkitkan nafsu syahwat. Anak-anak pun akan jadi keliru bila umurnya dah agak meningkat ke umur 5 – 6 tahun nanti. Kalau dah terlanjur amal cium mulut nak buat camne? Hentikan sekarang!
Mingguan Wanita : Buat mak ayah kena amalkan. Sentuhan dan gosokan inilah buat anak-anak tenang sebab mereka rasa kita sayang sangat pada dia.
Suami demam sikit pun isteri layan macam raja. Selalunya isteri akan memberi 100 peratus perhatian apabila suami jatuh sakit. Makan pun bersuap. Berlainan pula dengan situasi bila isteri sakit. Seboleh mungkin isteri akan cuba ‘gagahkan’ diri untuk melakukan aktiviti harian seperti biasa.
Suami Bila Sakit Isteri Layan Macam Raja
Walau macam mana isteri berkecil hati dengan suami, bila suami sakit, walau hanya demam biasa sahaha, isterilah orang yang paling risaukan suami. Malah dia berjaga malam temani suami yang tidak sihat.
Sebolehnya, dia akan cuba memasak apa sahaja kesukaan suami di saat suami tidak sihat malah berusaha untuk suami cepat pulih. Itulah isteri kita. Namun ada juga yang mempersiakan isteri. Malah tidak menghargai isteri.
Pesanan EncikMatt atau Muhammad Hassan, penulis yang sering berkongsi mengenai kisah kehidupan ini berkongsi kisah suami isteri. Suami kena buka mata untuk hargai isteri.
Bila suami terlantar di hospital. Orang yang paling susah sekali adalah isteri.
Dia akan bagi sepenuh masa jaga suami di wad. Kadang-kadang dia sanggup tinggalkan anak-anak untuk bersama suami 24 jam.
Diri Sendiri Tak Sihat Buat-buat ‘Gagah’
Dia tak kisah pun tak cukup tidur, tempat tidur tidak selesa. Yang penting dia nak suami lekas baik, suami selesa atas katil.
Dia tak kisah pun basuh berak, bau busuk najis suami, tukar lampin suami. Dia senyum je.
Sebab itulah kita suami. Ketika sihat, ketika senang, ketika duit banyak. Jangan pernah lupa isteri, jangan ketika ini terlintas nak cari perempuan lain(curang) dengan alasan banyak kekurangan pada isteri.
Bila senang suami diuji dengan wanita. Ingatlah bila susah, terlantar di hospital. Perempuan yang kononnya kita rasa lebih baik, lebih cantik dari isteri kita tu, mereka hilang entah kemana.
Selalu kena ingat. Wanita yang ikhlas adalah isteri kita. Nasihat dia, taat dia, khidmat dia, semuanya untuk suami. Dia akan sanggup susah senang bersama kita. Bila kita senang dia syukur, bila kita susah dia bersama-sama. Bila kita sakit, dia jaga.
Jaga isteri, satu masa nanti dia akan jaga kita sampai mati.
Model Rusia buat laporan polis selepas jadi mangsa komen lucah, dimalukan ketika makan berseorangan di restoran. Seorang wanita warga Rusia tampil membuat laporan polis...