Cuba Ini Untuk Elak Cermin Mata Berkabus Bila Pakai Penutup Hidung & Mulut
Gambar sekadar hiasan

Sekiranya anda memakai cermin mata, mungkin anda menyedari bahawa pemakaian penutup hidung dan mulut itu akan kadangkala menyebabkan lensa cermin mata anda kabur.

Pemakaian penutup hidung dan mulut adalah perlu terutamanya jika seseorang itu hendak keluar dari rumah. Ini bertujuan mengelakkan penyebaran wabak Covid-19.

Mengapa Cermin Mata Ada Kabus Semasa Memakai Penutup Hidung & Mulut?

Semasa memakai penutup hidung dan mulut, anda bernafas dan udara hangat keluar dari bahagian atas topeng naik di lensa cermin mata yang lebih sejuk. Apabila ini berlaku, ia akan menghasilkan pemeluwapan atau kabus.

Oleh Itu, Bagaimana Cara Mengelakkan Cermin Mata Ada Kabus Semasa Memakai Penutup Hidung & Mulut?

Berita baiknya adalah bahawa masalah ini bukanlah perkara baru. Doktor dan pakar bedah telah menemui beberapa cara untuk mencegah cermin mata berkabus.

Cuba Ini Untuk Elak Cermin Mata Berkabus Bila Pakai Penutup Hidung & Mulut

Dr. Jason Brinton, pakar oftalmologi yang berpusat di St. Louis dan pengasas Brinton Vision, ada cara terbaik untuk memastikan cermin mata  anda tetap bersih.

IKLAN

1-Tingkatkan kesesuaian topeng penutup hidung dan mulut anda.

Banyak penutup hidung dan mulut perubatan mempunyai jalur logam yang dapat ditekuk yang membolehkan pemakai membentuk penutup itu ke hidung dan pipi mereka.

Tetapi anda tidak memerlukan penutup hidung dan mulut pembedahan untuk mencapai tahap yang sesuai.

Sekiranya anda membuat penutup hidung dan mulut buatan sendiri, Dr. Brinton mengesyorkan agar menjahit ‘pipe cleaner’ atau besi dawai boleh lentur di bahagian atas penutup hidung dan mulut anda. Dengan cara itu, anda boleh meletakkan penutup hidung dan mulut itu pada wajah dengan lebih berkesan.

Anda juga perlu menyesuaikan tali pengikat atau gelung telinga penutup hidung dan mulut anda. Apabila penutup hidung dan mulut dipakai dengan betul, sepatutnya sebahagian besar nafas anda harus melaluinya, bukannya keluar ke bahagian atas atau sisi.

IKLAN

Cuba Ini Untuk Elak Cermin Mata Berkabus Bila Pakai Penutup Hidung & Mulut

2-Lekat penutup hidung dan mulut anda.

Dr Brinton mengatakan bahawa kebanyakan doktor menggunakan pita pelekat untuk mengelakkan cermin mata berkabus semasa mereka bekerja.

Untuk DIY, pasangkan penutup hidung dan mulut  anda di batang hidung dan di pipi anda. Anda boleh menggunakan hampir semua jenis pita pelekat, tetapi elakkan menggunakan duct tape.

Sebelum menggunakan pita pelekat, uji ia terlebih dahulu dengan melekatkannya pada bahagian tubuh yang lain untuk memastikan ia tidak merengsakan kulit anda.

IKLAN

3-Tarik penutup hidung dan mulut anda ke atas.

Cara mudah untuk mengurangkan jumlah kabus pada cermin mata anda adalah dengan menarik penutup hidung dan mulut anda lebih tinggi di wajah. Dan gunakan berat cermin mata di atas penutup hidung dan mulut itu  untuk menyekat aliran udara.

Kata Dr Brinton, berjaya atau tidak cara ini semuanya bergantung pada bentuk susunan cermin mata. Beliau turut mengatakan cara ini paling berkesan jika anda menggunakan cermin mata berbingkai besar dan tebal.

4-Gunakan kain lap atau semburan anti kabus komersial.

Cara ini sangat berkesan tetapi sangat mahal. Jelas Dr Brinton lagi, anda perlu ingat bahawa cecair pencuci anti kabus ini mungkin tidak berfungsi dengan baik pada cermin mata dengan lapisan tertentu seperti anti silau atau anti cap jari. Oleh itu adalah penting untuk membaca cetakan halus penerangan sesuatu produk itu.

Sumber: www.goodhousekeeping.com

Baca ini juga:anak-tercekik-secara-tiba-tiba-lakukan-langkah-inijangan-pula-panik

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI