
Setiap isteri atau ibu mesti impikan perut yang kempis. Maklum sahaja, bila sudah mempunyai anak, perut taklah sekempis dan secantik masa zaman anak dara. Kalau ada yang kempis, beruntunglah. Mesti mereka ini pun ada cara tersendiri untuk lakukan.
Tak dinafikan bila perut kempis, kita pun rasa seronok. Bukan untuk tunjuk ada orang lain tapi kita rasa selesa. Bayangkan, bila perut buncit semacam, mulalah orang bertanyakan kita..mengandung lagi ke? Aduh! Malu pulak.
Jadi, lepas nie tak payah pening-pening nak mencuba pelbagai produk. Cuba sahaja air rebusan pink yang dikongsikan oleh Diana Said. Bahan-bahan yang digunakan pun senang kita nak dapatkan. Mesti ada kat dapur.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Kepal Manjakani Dalam Nasi, PETUA Kecantikan Dalaman Wanita
7 Sebab Tepung Jagung Pun Boleh Cantikkan Wajah, 4 Petua Semulajadi Wanita Boleh Cuba!
Info Lebih Menarik DI SINI
Menurut Diana Said:
“Resipi air detoks ni sesuai sangat untuk detoks setiap pagi. Apa yang kita makan, pasti senang nak buang. Barulah kempis perut. Ada rasa masam, barulah lemak-lemak bergetar.
“Warna pink itu sebab guna buah asam masin merah. Sebaiknya, buat pada waktu malam. Simpan dalam peti sejuk dan esok boleh minum sepanjang hari. Boleh cuba nanti.
Bahan-bahan:
2 biji lemon
3 asam keping
3 biji asam masin
3 inci halia
Cara Membuat:
1. Rebus 1 liter air
2. Basuh semua bahan dan potong kecil
3. Rebus semua bahan dalam periuk hingga mendidih.
4. Tutup api dan tuang air rebusan dalam jug.
5. Sejukkan dan sedia untuk dihidang.
MW: Tak susah pun nak buat, guna bahan kat dapur. Nanti bolehah cuba terutamanya bagi anda yang susah nak ‘membuang’. Harap-harap ia membantu.
Kredit: Diana Said
Manfaat Terapi Semulajadi Air Hujan, Doktor Jelaskan Cara & Kaedahnya!

Hujan yang turun merupakan seribu rahmat buat sekelian alam. Menyuburkan tanaman, menyejukkan udara di muka bumi dan seisi alam. Siapa sangka air hujan juga bermanfaat dan mampu menjadi terapi semulajadi untuk kesihatan tubuh badan. Malah ia juga dipercayai dapat mengelakkan gangguan jin. Namun ada cara dan kaedahnya yang tersendiri terapi air hujan ni.
Jemput baca perkongsian daripada Dr. Abd Rani Osman sebagai rujukan;
Terapi Air Hujan untuk segala penyakit & Gangguan Jin
Kalau hujan turun jangan masuk rumah…tapi mandilah dengannya kerana ini adalah terapi semulajadi Allah berikan untuk makhluknya..Tapi selalu org tua kita melarang kita mandi hujan sebab takut sakit dan larangan itu kita wariskan pula ke anak-anak kita…Ini pemahaman yang salah.
Kalau sakit lepas mandi hujan tu bukan sebab air hujan tapi sebab dalam badan banyak benda kotor dan air hujan tu sebagai bahan cuci untuk membuang semua kekotoran terutamanya gangguan syaitan. Kadang Allah tunjuk tanda badan kita ada sesuatu melalui kesakitan itu.
Kalau kita sakit teruk lepas mandi hujan itu perlu rawatan susulan dgn Ruqyah Syar’iyyah.Salah satu cara SCAN diri tu adalah dengan Mandi air hujan. Ada juga orang mandi hujan tak juga sakit-sakit sebab badannya bebas jin. Alhamdulillah.
Tapi mandi bukan sembarangan mandi. Ada cara & kaedahnya di bawah kami ajarkan.
1. Niat
Niatlah dalam hati sekuatnya & mohon pertolongan Allah untuk apa kita mandi hujan.
Contoh 1: Menghancurkan jin yang zalim ke atas jasad kita (niatkan dan mohon pada Allah jadikan air hujan sebagai api & asid yang membakar badan jin dalam badan kita.
Contoh 2: Anak degil @ hyperaktif umur (5 tahun ke atas) niatkan lembutkan hatinya agar dengar kata-kata orang tuanya dan dihilangkan gangguan syaitan. Orang tuanya tak perlu mandi hujan cukup memerhatikan dan baca ayat-ayat di bawah sehingga didengari anaknya.
Dan apa sahaja niat bergantung penyakit dan keluhan masing-masing.
2. Biar Hujan Turun Dalam 10 Minit
Biarkan hujan berlalu selama sekurangnya 10 minit barulah kita mandi air hujan.
3. Air Hujan Terus Dari Langit
Air hujan yang digunakan untuk terapi ini mesti yang turun terus dari langit.Tidak terkena pokok/bumbung atau disambut dengan baldi.
4. Hujan Lebat
Air hujan yang turun sebaiknya hujan yang lebat bukan gerimis.
5. Tadah Air Hujan Untuk Diminum
Tadah air hujan dari langit ke bekas kecil untuk dibuat minum. In shaa Allah ini juga adalah penawar.
6. Baca Ayat Al Quran, 15 Minit Hingga 30 Minit
Mulakan mandi sambil membacakan sekurangnya Al Fatihah atau lebih baik lagi dengan ayat-ayat standard iaitu Ayat Kursi & Al Ikhlas, Al Falak & An Nas. Bonus jika tahu ayat ruqyah yang lain mengikut jenis penyakit.
Baca terus sehingga sekurangnya 15minit-30minit sambil mandi air hujan.
7. Tepuk Bahagian Sakit
Jika terasa sakit dibahagian badan tertentu tepuk-tepuk dan jika ada rasa mual mahu muntah keluarkan jangan ditahan kerana ini tanda ada penyakit/jin yang mahu keluar melalui cara ini (cara yang normal & tidak menyakitkan)
Sental-sental badan seperti menggosok daki di badan.Jika ada penyakit kulit cara ini pun bagus.
8. Jangan Lap Badan
Selesai mandi badan jangan dilap…kecuali rambut.Biar kering sendiri.
9. Lakukan Secara Berturut
Lakukanlah terapi ini selama sekurangnya 3 hari atau 7 hari berturut.Kalau hujan tak turun hari berikutnya nasib lahhh….tunggu lah hujan turun lagi.
Lain kali hujan turun jangan mengeluh.Ada manfaatnya bagi orang lain.Bagi orang yang berakal dengan pemberian Allah akan sentiasa memanfaatkan rezeki Allah.
Wallahu’alam bissawab
Biidznillah
Selamat Mandi Air Hujan
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Bagi yang mengalami gangguan mistik dalam tubuh badan bolehlah mencuba kaedah terapi air hujan seperti yang disarankan oleh doktor ini.
Sumber: Dr. Abd Rani Osman
Rahsia PERUT KEMPIS Walaupun Badan ‘Chubby’, Amalkan Minum Air Detox Sebelum Tidur

Rahsia perut kempis. Perkara paling selalu dirisaukan buat wanita tentulah apabila berat badan naik. Bukan setakat berat naik, perut pun pasti akan naik sekali. Seiring sekata.
Ini bukan saja untuk mereka yang berat badan naik tapi buat wanita yang memang berat badan tak pernah nak turun, Segan juga bila berpakaian, mahunya ada yang tanya berapa bulan mengandung?
Jangan cepat putus asa. Walaupun kita chubby, tapi pastikan perut kita tak buncit dan kekal kempis. Biarlah berat badan susah nak turun tapi perut mesti kempis. Cubby yang cantik.
Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Amalkan Minum AIR REBUSAN Ini. Bantu Buang Angin Dan Kempiskan Perut Buncit
Air Jintan Manis Rahsia Perut Kempis, Lepas Seminggu Boleh Nampak Kesannya!
Rahsia Perut Kempis Walaupun Badan Chubby
Satu rahsia yang boleh anda amalkan untuk dapatkan perut kempis terutamanya anda yang berisi. Boleh amalkan minuman detox ini sebelum tidur.
Buat yang badan kurus tapi perut buncit pun boleh saja amalkan juga. Moga ia memberi manfaat.
Bahan-bahan:
Air
1 inci halia – dihiris
3 hiris lemon
Chia seed
Madu asli
Caranya:
1. Sediakan air, kemudian masukkan hirisan halia bersama hirisan lemon.
2. Kacau dan biarkan ia mendidih.
3. Selepas itu, tuangkan air yang tadi ke dalam gelas.
.
4. Campurkan dengan 1 sudu chia seed.
.
5. Masukkan juga sedikit madu asli.
.
6. Kacau dan minum sebelum tidur.
Mudah-mudahan perut tak akan buncit.
Mingguan Wanita : Chubby pun chubby la, asalkan perut tak buncit dan jadi chubby yang cantik. Sesiapa saja boleh je untuk amalkan dan tidak terhad kepada orang yang mengalami masalah berat badan saja.
Sumber: Zuriaty Hj Musa
@yatie372jom kempiskan perut yg muncit….
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.
#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita
Pesan Ustaz Hanafiah, Pesakit Kanser Sila Pakai Mask Waktu JEREBU Ini

Ketika negara dilanda musibah jerebu ini, paling kronik tentulah para pesakit yang sudah sedia sakit. Antaranya pesakit asma, pesakit kanser malah anak-anak kecil dan warga emas yang uzur.
Sebagaimana yang dimaklumkan oleh pendakwah bebas, Ustaz Mohamed Hanafiah Abdul Malek, waktu jerebu inilah perlu perbanyakkan melakukan solat hajat dan berdoa.
Beliau yang berkesempatan berkunjung ke hospital dalam keadaan jerebu ini, dapat melihat ramai pesakit kanser dalam keadaan yang sangat lemah. Waktu inilah sel kanser makin aktif. Ini kerana dalam habuk jerebu ada partikel halus yang mudah masuk ke dalam mulut dan menyebabkan rasa pahit, tak selesa.
“Saya nasihatkan pesakit kanser, tolong pakai mask. Kalau hari biasa tak jerebu pun kena pakai.”
Kenapa Ustaz Sihat? Tak Macam Pesakit Kanser Yang Lain
Ustaz Hanafiah berkongsi tip, apa yang beliau lakukan untuk kekal sihat ketika diuji sakit kanser limfoma.
“Kaedahnya, kena makan banyak. Terutama masa kemoterapi. Jangan pantang makan atau tak makan sebab takut muntah.” Jelasnya sambil memaklumkan dalam keadaan jerebu ini bibirnya sedikit pecah mungkin disebabkan sel kansernya sedang aktif.
“Waktu rawatan kemoterapi, kena ambil gula. Untuk beri tenaga. Masa ini lidah sentiasa pahit. Mereka yang tak lalui tak tau strugglenya macam mana. Saya ambil benda manis pun muntah, sebab lidah tak rasa apa.. pahit.”
Beliau tak mengalah. Lagi muntah, lagi Ustaz Hanafiah makan.
“Makanlah makanan yang kita makan dan boleh bagi tenaga. Walaupun kuantitinya sedikit. Atau carilah makanan yang boleh masuk dalam mulut. Contohnya, aiskrim.”
Tip lain yang ustaz kongsi :
1. Minum air sejuk dalam peti ais, atau air kelapa yang dah disejukkan dalam peti ais. Minum air kelapa terus pun boleh.
2. Kalau susah nak telan, makan taufufa atau isi kelapa muda.
3. Waktu tak boleh makan itulah, ustaz rajin layan video-video masakan chef terkenal.. chef Gordon Ramsay antaranya. Bila tengok makanan yang sedap-sedap baru terbuka selera. Air liur keluar baru ada selera nak makan.
4. Sebelum makan, berzikirlah. Lepas Subuh, istighfarlah seribu kali. Orang yang keluh kesah lagi Allah azab. Jangan stress. Doakan kesembuhan pesakit kanser.
5. Bagi keluarga yang berdepan isteri atau anak kanser.. doakan kesembuhan pesakit.

Jangan Takut Muntah.. Makanlah!
Ramai pesakit kanser yang lalui rutin kemoterapi atau radioterapi, mereka tolak makan. Alasannya takut muntah. Pujuk ustaz, ‘makanlah!’ Kalau tak makan, macam mana nak membolehkan pesakit makan ubat. Tidaklah nanti gastrik atau sakit perut.
“Saya sendiri ambil sikap makan.. baru makan ubat. Kemo hari pertama dulu, waktu itu anak-anak dan isteri dah balik, saya hadapi muntah 5 jam tak berhenti.”
“Esok pagi, saya makan. Muntah lagi. Pukul 10 pagi makan dan muntah lagi. Tapi kena makan. Tak banyak sedikit mesti masuk dalam mulut. Perut pun bila kita kerap muntah sampai satu tahap dia malas dan nak muntah.”
Bagi pesakit kanser yang baru, bila diuji muntah dua tiga kali janganlah lemah semangat hingga menolak makan. Buatkan badan makin lemah, makin kurus.
“Makan ini penting untuk kuatkan badan berdepan penyakit. Waktu sakit, gula pasir dan susu pekat manis (antara makanan yang boleh jadi punca kanser) tinggalkan. Tapi waktu kemo makanlah, ambil gula. Sebab kemo ini macam demam denggi. Makan apa pun tak sedap. Kalau nak hidup kenalah buat perangai macam orang nak hidup.. kena makan.”
Ulasnya tentang pesakit kanser yang menolak makan waktu jalani prosedur rawatan kemoterapi.
“Lepas kemo tak ada pantang makan. Jangan makan benda mentah. Takut ada kuman masuk dalam badan, sebabkan jangkitan kuman.”

Kisah Pesakit Kanser Wanita, Bila Suami Nak Kahwin Lain
Cerita ustaz, beliau pernah berdepan dengan pesakit kanser yang enggan makan. Umurnya cecah 60-an dan hari-hari sebut nak mati saja.
Saya cakap begini, “Datin.. saya tak percayakan Dato’. Tengok Dato’ masih handsome, tegap lagi. Jangannn Datin.. saya rasa Dato’ berlakon tu.. dia takut tidur sorang-sorang.. dia nak berteman.”
“Bila dengar saja begitu, pesakit kanser yang terbaring tadi terus duduk. Tubuhnya yang dah nampak kurus kering tu terus sebut mahu berjuang hingga akhir hayat. Dari situlah saya kongsi tip dan sumplemen apa yang perlu dimakan.”
“Tak dinafikan, ada sesetengah pesakit kanser yang degil. Sebab itu, perlu mencari ’switch button’ untuk membangkitkan semangatnya. Orang perempuan ini.. kalau suami dia nak kahwin lain.. naik terus saka rimaunya. Macam mana pun mahu teruskan hidup.”
Kanser Bukan Sakit Untuk Mati
Akui Ustaz Hanafiah lagi, semangatlah yang membuatkan dirinya bangkit sampai hari ini. Katanya, kanser bukan sakit untuk mati. Pesakit kanser berhak untuk bahagia.
Orang lain, boleh beri makan tapi kita yang tentukan apa yang masuk dalam mulut kita. Dalam keadaan jerebu inilah pesakit kanser makin terjejas. Malah kanser itu boleh merebak hingga ke tulang.
Ujar ustaz lagi, jerebu ini disebabkan sikap manusia yang tamak.
“Tak cukup-cukup.. yang kaya nak kaya. Sifat tamak inilah yang menyumbang kepada masalah dunia.”
Sumber/ Foto : Ustaz Hanafiah