Selalunya bila buat udang mentega, bab yang ramai ‘failed’ bila nak tabur ‘sarang telur halus’ tu. Tak menjadi bila nak dapatkan tekstur yang betul-betul halus. Rupanya kena tahu teknik dan caranya nak buat telur sarang ni.
Boleh rujuk resipi Creamy Cheezy Butter Prawn dan teknik buat sarang telur yang dikongsikan oleh Puan Suzana Othman ini sebagai panduan;
“Ramai yang masih belum pass masak menu ni kan? Tak susah pun nak masak cuma nak buat sarang telur tu kalau silap percaturan boleh gagal. Sepatutnya nak lebih mudah faham kena buat video tapi kita nak cepat, tak sempat nak shooting video bagai. Harapnya uolls dapat tangkap apa yang ingin di sampaikan. Tak faham boleh tanya tapi mungkin lambat sikit kita balas sebab tengah kebizian.”
“Oh ya, ini resepi butter prawn gaya kita tau. Kalau tak suka susu cair, boleh ganti dengan santan kotak. Kalau tak suka cheese, tak nak letak pun takpe.”
4 ulas bawang putih-cincang
Cili api ikut kepedasan-potong
4 tangkai daun kari
Butter
1 tin susu cair
4 keping keju (lupa nak snap gambar)
1sk serbuk pati ayam
1sk gula
1sk serbuk lada sulah
Bahan-Bahan (Sarang Telur)
4 butir kuning telur
setengah biji butter
minyak
Cara Membuat:
1. Bersihkan udang.Lumurkan dengan garam dan sedikit serbuk kunyit.Tambahkan tepung goreng ayam bestari, letak air sedikit dan gaul rata.
2. Goreng udang dalam minyak yang cukup panas. Tos dan ketepikan.
3. Panaskan sedikit minyak dan butter. Tumis bawang putih hingga layu.Masukkan daun kari dan cili.
Ads
4. Tambahkan 1tin susu cair, gula, serbuk pati ayam dan serbuk lada sulah. Tak perlu tambah garam.
5. Masukkan kepingan cheese. Kita guna cheese jenama Emborg.
6. Apabila dah menggelegak, masukkan udang.
7. Gaul sebentar hingga udang bersalut dengan sauce. Tutup api.
Ads
8. Dalam mangkuk lain, pukul 4 butir kuning telur.
9. Panaskan minyak dan setengah biji butter. Bila dah panas, perlahankan api. Gunakan senduk macam dalam gambar.
10. Angkat mangkuk tinggi-tinggi, tuang telur perlahan-lahan dan kacau telur laju-laju membentuk bulatan. Kacau laju-laju tau. Tak laju tak halus nanti.
11. Masak sebentar hingga minyak mengeluarkan buih. Bila dah berbuih, tutup api.
Ads
12. Toskan minyak dalam jaring besi macam ni. Nak guna tapis santan yang besi tu pun boleh. Tekan-tekan telur guna senduk tadi supaya minyak turun ke bawah.
13. Toskan atas tisu dapur untuk serap minyak yang berbaki.
14. Susun udang dalam pinggan, kemudian taburkan telur di atasnya. Siap untuk disajikan.
MW: Semoga perkongsian resipi ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang nak cuba boleh buat sendiri ‘Creamy Cheezy Butter Prawn’ini di rumah. Pastikan ikut teknik yang dikongsikan barulah sarang telurnya halus dan menjadi!
RESIPI ‘Air Sirap Mak Su’ Rasanya Bukan Main Sedap Lagi, Terbawa-Bawa Dalam Mimpi! Walaupun hanya air sirap namun rasanya bukan biasa-biasa. Sedap, wangi dan aroma luarbiasa apabila letak jintan manis, buah pelaga dan daun pandan. Ditambah dengan ketulan ais, cukup melegakan tekak setelah seharian berpuasa.
Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Azizah Zainuddin ini sebagai rujukan.
Air Sirap Mak Su
Satu lagi resepi yang saya pelajari ketika berada di kampung Pulau Pinang. Kali ini belajar dengan mak su.
Air sirap ini adalah air wajib ada dalam peti ais. Kalau sampai di kampung, air inilah yang akan dicari terlebih dahulu.
Air sirap ini tidak pernah berubah rasa sejak pertama kali saya minum pada tahun 2006 hingga kini.
Air sirap je pun!
Sirap bukan sebarang sirap tau, rasanya bukan main sedap lagi. Boleh terbawa-bawa sampai mimpi. Hihihi.
Bahan-bahannya seperti berikut,
1 Kg gula pasir
1 Sudu besar jintan manis
1 Sudu besar buah pelaga
2 Helai daun pandan
2 Sudu sirap
Air secukupnya
Cara Membuat:
1.Semua bahan tersebut disatukan dan dididihkan sehingga pekat mengikut citarasa masing-masing. Lagi lama dimasak, lebih bagus.
Campuran jintan manis dan buah pelaga akan membangkitkan aroma dan rasa air sirap yang sedap.Ditambah pula dengan wangian daun pandan.
2. Selepas siap dimasak, biarkan sejuk kemudian ditapis dan disimpan. Apabila hendak minum, ambil dan bancuh dengan air.
Selamat mencuba!
Semoga manfaat resepi ini akan mengalirkan pahala berterusan buat mak su.
Memang sedap makan rempeyek kacang berempah. Ralit makan memang tak sedar habis sebotol.Rupanya nak dapatkan rempeyek kacang yang gurih, garing dan sedap caranya kena goreng guna 2 kuali.
Resipi dan cara membuat rempeyek yang sedap dikongsikan oleh Puan Rossita Omar ini boleh dijadikan panduan.
“Selalunya tokma buat rempeyek tak pernah bersukat-sukat.Main agak-agak je. Tapi atas permintaan sahabat semua tokma berusaha menyukat bahan-bahan untuk dikongsi di sini. Moga perkongsian ini dapat membantu para sahabat yang pm,msg & whatsapp tokma untuk bertanya.”
#AirtanganTokma
#RempeyekGurih
#RempeyekKampung
Bahan A :
2 cawan tepung beras
¹/3 cawan tepung jagung
Garam secukupnya
Bahan B
¹/2 cawan udang geragau / 1 sudu besar udang kering.
Bersihkan & blend
Bahan C:
2¹/2 cawan santan kelapa.
Bahan D:
1 sudu besar ketumbar
1 sudu besar jintan kasar
¹/2 sudu besar lada puteh ( tak bubuh pun tak pe)
3 ulas bawang puteh.
Bersihkan & blend
Bahan E :
Jintan Halus
X perlu mix.
Bahan F:
Minyak untuk mengoreng.
Cara Membuat :
1. A + B + C + D – dicampur & kacau.
2. Masukkn bahan E.
3.Kacau semuanya.
4. Ceduk bancuhan 1 sudu besar dan letak kacang tanah.
5.. Mula mengoreng. Guna api sederhana.
6. Goreng hingga selesai.
Taraaaa….siappp.
Info Ekstra!
Basuh & jemur kacang. Kalau nak lebih garing sangaikan sekejap atau pun bakar dalam oven jangan gelap sangat pula.
Rendam dulu udang geragau. Basuh hingga bersih dan rendam semula dalam air. Hanya ambil udang yang terapung sahaja. Mata-mata udang akan jatuh & mendak ke bawah. Mata udang tu macam pasir kalu terikut dalam adunan.
Jintan halus tak perlu di mix. Tabur ajer. Lebih sedap bila tergigit nanti. Baru terasa rempahnya.
Guna 2 kuali. Yang satu tuang minyak dalam 2 inci tinggi dan satu lagi minyak banyak. Tuang adunan dalam kuali yang minyak sikit. Tuang dalam minyak bukan tepi kuali. Tuang sesudu-sesudu hingga penuh dalam kuali itu. Bila dah separuh masak pindahkn ke kuali sebelah yang banyak minyak untuk mengaringkn pula. Fungsi kuali minyak sikit untuk mencetak jer. Tapi kalau nak guna acuan pun boleh jugak.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak yang nak buat rempeyek sendiri di rumah nak dapatkan tekstur yang gurih dan rangup macam ni boleh cuba resipi yang dikongsikan.
Selain dimasak, rupanya sedap apabila kubis bunga digoreng dan diadun dengan beberapa jenis tepung dan rempah. Tekniknya yang mudah juga memudahkan mak-mak menghidangkan kubis bunga krup krap untuk anak-anak yang tidak gemarkan sayur.
Resipi kubis bunga goreng krup krup. Boleh sediakan untuk makan bersama nasi atau dijadikan “jajan” untuk anak-anak nikmati di waktu petang.
Bahan-bahan: 1 jambak kobis bunga Sedikit serbuk cili Sedikit serbuk kunyit Sedikit serbuk ketumbar 8 sudu tepung jagung 6 sudu tepung beras 2 sudu tepung suji Garam dan gula secukupnya Serbuk perasa jika suka Sedikit air Sedikit minyak untuk menggoreng
Cara membuat: 1. Potong kubis bunga mengikut kesukaan anda, bersih dan toskan. 2. Masukkan serbuk cili, serbuk kunyit, serbuk ketumbar. Gaul rata.
3. Tambahkan tepung jagung dan tepung beras. Renjiskan air sedikit demi sedikit.
4. Kemudian barulah ditambah tepung suji, gaul rata.
MW: Semoga perkongsian ini dapat memberi idea kepada mak-mak yang tengah mencari idea minum petang bersama anak-anak. Anak-anak pasti suka. Jika mahu makan bersama nasi pun tak menjadi masalah, paling penting rasanya memang sedap.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Kisah pilu kemalangan jalan raya di Machang, Kelantan apabila isteri hamil maut di tempat kejadian dan suami pula meninggal dunia selepas discharge. Dua anak kecil kini yatim piatu dalam sekelip mata.