Raya dah nak dekat nie, tinggal beberapa hari lagi. Sudah tentu bahan-bahan kat bakeri pun banyak yang habis. Lebih sedih, bila gi kedai bakeri punyalah beratur panjang, sekali bahan yang nak pakai pulak dah habis. Sedih!.
Tak payah, pening-pening kepala. Ada resepi cornflakes coklat yang guna bahan kat pasar raya sahaja. Boleh buat banyak-banyak. Anak-anak pun suka, coklat katakan. Mak-mak lak mesti ralit juga bila makan nie.
Perkongsian daripada Nor Hafidzah Qasim
Ads
“Bila cari cooking coklat kat kedai semua tak ada stok. Nak pi kedai bakery, malas nak beratur panjang. So, singgah supermarket, kita beli coklat tango yang plain, untuk buat cornflakes coklat.
“Resipi ni memang mudah, tak perlu guna oven. Boleh serah kat anak sahaja untuk buat. Sebab nak makan nanti merekalah juga kan.
Cornflakes Coklat
Ads
Bahan-bahan:
A. 1 pek coklat tango plain 140gm dan 1 sudu besar butter. Cairkan guna teknik double boiler.
B. 2 1/2 cawan cornflakes yang dihancurkan sedikit.
Cara Membuat:
Satukan bahan A dan B ke dalam bekas. Gaul sehingga rata.
Sudukan ke dalam bekas kertas. Biarkan sejuk seketika di dalam peti ais.
Resepi yang sangat mudah sebab tak perlu bakar.
Ads
Masukkan 140gm coklat tango dan 1 sudu besar butter. Gunakan teknik double boiler. Kacau sehingga coklat cair.Guna penyukat macam ni lebih mudah. Masukkan 2 1/2 cawan cornflakes ke dalam coklat yang telah dicairkan.Masukkan ke dalam bekas kertas, sejukkan seketika di dalam peti ais.Dah siap.Simpan dalam bekas kedap udara.
Senang je bila buat ‘Rempeyek Ekspres’ ni. Janji ada kacang dan ikan bilis, guna kulit popia pun boleh. Mudah, cepat dan senang tak perasan sekejap je habis sebalang. Bolehlah buat stok untuk makan sendiri dengan anak-anak dan keluarga nanti.
“Nak makan rempeyek buatan sendiri macam ni la jadinya. Mudah je, janji ada kacang dan ikan bilis. Stok untuk makan sendiri naa.”
Kulit popia potong ikut suka
Bancuhan tepung gandum cair sebagai gam
Kacang dan ikan bilis
1. Basuh kacang dan jemur sampai kering.
2. Ikan bilis ikut la kalau jenis yang lambat garing atau liat elok goreng dulu sat sebab kulit popia cepat garing.
3. Potong kecil kulit popia dan susun atas loyang.
4. Letak gam (bancuhan tepung gandum) pada kulit popia, letak sikit-sikit ja.
5. Baru atur kacang dan ikan bilis kemudian goreng.
6. Pastikan guna api perlahan, kalau tak nanti hangit kulit popia, kacang dan bilis pula nanti tak masak.
Kalau perasan, tiap kali beli telur masin di kedai ada sahaja yang tidak kena. Pernah dua kali min beli telur masin, bila rebus dan nak dihidangkan untuk makan tengah hari. Hasilnya, sama seperti telur rebus biasa. Sedih sangat nie.
Lagi satu, telur masin nie harganya pun boleh tahan mahalnya. Jadi, apa kata, kita buat sendiri telur masin nie. Bestnya, telur masin nie kita guna telur ayam saja.
Bahan-bahan:
10 biji telur ayam
250 gram garam kasar
Air secukupnya
10 ulas bawang putih
Sedikit cili padi- ikut selera masing-masing
Cara Membuat:
1. Bersihkan telur ayam tersebut.
2. Sementara itu, larutkan garam bersama air secukupnya.
3. Hiris halus bawang putih dan cili padi.
4. Selepas itu, masukkan telur yang sudah dibersihkan tadi ke dalam bekas yang berisi air garam. Masukkan sekali hirisan bawang putih dan cili padi.
5. Kemudian, masukkan lagi air ke dalam bekas yang berisi telur tadi sehingga melepasi paras telur.
6. Tutup bekas itu selama 10-15 hari.
7. Selepas tempoh masa itu, boleh rebus telur tersebut.
Selamat Mencuba!
MW: Lepas nie, bolehlah cuba buat telur masin dengan menggunakan telur ayam biasa saja. Gerenti sedap.
Pejam celik pejam celik harini sudah 11 Ramadan, mak-mak mesti sudah pening memikirkan juadah berbuka puasa. Jangan risau, cubalah kuih mudah yang sedap ini iaitu Pau Goreng Inti Sambal Bilis.
Selain mudah, memang gerenti sedap. Jangan risau jika kuih yang dibuat banyak berlebihan sebabnya pau ini juga boleh disejukbeku. Jadi goreng saja mana yang hendak dibuat berbuka selebihnya simpanlah dalam peti sejuk ya.
Apatah lagi hari ini ramai ibu-ibu yang sudah keluar bekerja, jadi bolehlah kuih ini disejukbeku bila-bila rasa nak makan waktu berbuka, keluarkan dari peti sejuk dan goreng. Mudah kan!
Selain itu, jika ibu-ibu dirumah yang nak menolong suami menjana pendapatan boleh juga jadikan kuih ini sebagai bisnes. Kuih Frozen Pau Goreng Inti Sambal Bilis Ini tidak memerlukan modal yang besar. Semua barang masakan mesti ada di dapur anda!
Resipi Pau Goreng Inti Sambal Bilis ini dikongsi oleh Mama Shida (sumber @Shida Yasin dan Blog Dapur Shida). Mama Shida menerangkan sememangnya kuih ini menjadi kesukaan turun terumun sejak dia kecil lagi.
“Bila ada sikit kelapangan teringin pulak nak kongsi Pau Goreng Inti Sambal Bilis. Pau ni zaman sis sekolah, ia memang kuih paling laris dan popular di kantin. Lambat beratur kempunanlah jawabnya. Nasib sis dah kawtim dengan akak kantin, simpankan tiga biji setiap hari. Tak dapat nasi lemak pun takpa asal dapat pau goreng ni.
“Bila dah ada anak-anak sis cubalah buat pau macam akak kantin tu punya, sekali dua tak berapa menjadi tapi bila dah kerap buat, ubah sana sini, akhirnya menjadi dan anak-anak suka. Biasanya, alang-alang buat tu sis akan buat lebih dan diforzenkan, bila teringin terus goreng je.
“Kalau korang nak tau, rasanya lebih kurang je dengan Burger Malaysia, bezanya bau ini inti di dalam dan lebih mudah dimakan berbanding Burger Malaysia tu dibelah tengah, dimasukkan sambal dan hirisan timun. Rasanya kalau korang nak buat kuih frozen atau jual, sis yakin ia mesti laku. Nak cuba ini resipinya, sis share:
Penemuan mayat wanita dalam beg di sebuah rumah kosong di Pedas dipercayai berkaitan kehilangan Suri sejak 15 Disember. Siasatan diteruskan bagi mengenal pasti identiti dan suspek terlibat.