Setiap negeri pasti ada keunikan kuih tradisional yang tersendiri. Kuih bunga atau tepung bunga ni merupakan salah satu kuih yang cukup popular bagi orang di Terengganu. Katanya selalu dihidangkan sewaktu makan ketika berbuka puasa. Nak buat kuih ni pula cukup mudah hanya guna 4 bahan.
“Kuih bunga atau tepung bunga. Kuih orang Ganu paling simple dan cepat buat. Tak sampai sejam dah siap guna 4 bahan je, tepung pulut, air, telur dan gula. Ade jugak orang bubuh santan sikit nak bagi lemak tapi kite ikut resepi mak kita. Kecik-kecik dulu suka tolong mok getey kalu bulan pose. Rase die lembut + liat-liat + manis”
Campur air dengan tepung pulut sambil uli. Jika masih tak jadi doh, tambah air sikit lagi.
2. Ambik sikit doh dan gentel bulat, kemudian tekan dengan ibu jari. Pastu, celupkan kuih ke dalam telur.
3. Goreng didalam minyak yang panas hingga merekah dan berbunga-bunga. Kalau tak berbunga tak la namanya kuih bunga kan. Jaga-jaga dia meletop sikit..kite pun tekejut.
4. Angkat dan toskan. Salut dengan gula.
Ads
Info Ekstra!
Doh yang digentel direbus dulu, dah timbul angkat toskan dalam air biasa bagi sejuk dulu. Nanti dah sejuk sejatkan, baru celup telur dan goreng.Nak sedap dan lemak, telur tu letak garam sikit.
MW: Mudah je rupanya nak buat ‘Tepung Bunga’kuih tradisi negeri Terengganu ni. Guna 4 bahan je dah boleh jadi kuih yang sedap untuk manisan untuk berbuka puasa. Mak-mak boleh cuba buat sendiri di rumah nanti.
Puding mangga susu bersama chia seed memang enak dimakan sejuk-sejuk. Lega rasa tekak terutama bila cuaca panas. Rasa manis buah mangga memang betul-betul memancing selera.
Puding mangga antara sajian yang mudah untuk disediakan sebagai sajian pencuci mulut. Bagi mak-mak yang tiada idea untuk membuat sajian pencuci mulut, apa kata anda cuba resipi puding mangga susu bersama chia seed ini seperti yang dikongsikan oleh Shida Razak KC.
Puding Mangga Susu Bersama Chia Seed
RESIPI PUDING MANGGA SUSU BERSAMA CHI SEED
UNTUK LAPISAN BAWAH:
BAHAN-BAHAN:
400 ml susu segar
100 ml air
1 biji mangga/100-150g mangga di potong dadu
2 sudu besar serbuk agar-agar
1/2 sudu kecil garam
3 sudu gula (boleh guna molases sugar untuk lebih sihat)
1 sudu kecil pewarna kuning (jika ada)
Terasa-rasa Manis Buah Mangga
CARA MEMBUAT:
1. Kisar semua bahan. (lapisan bawah).
2. Selepas semua bahan dikisar, masak selama 2 minit hingga mendidih.
3. Kacau rata dan masukkan ke dalam bekas/loyang. Ketepikan.
UNTUK LAPISAN KE DUA:
BAHAN-BAHAN:
250 ml susu segar
1 sudu besar serbuk agar-agar
2 sudu besar gula batu/gula biasa
Secubit garam
1/2 cawan chia seed
CARA MEMBUAT:
1. Masak susu segar bersama masak 1 sudu besar serbuk agar-agar.
2. Campur 2 sudu besar gula batu/ gula biasa pun boleh dan secubit garam dan kacau hingga mendidih.
3. Campurkan 1/2 cawan chia seed yang telah dikembangkan. Jika tiada chia seed, selasih pun boleh.
4. Tuang untuk lapisan ke dua setelah sejuk lapisan pertama. Taburkan mangga dadu di atas puding. Sejukkan dalam peti. Makan ketika sejuk memang sedap!
Jika selalu mak-mak masak nasi putih berlauk sahaja, sesekali bila ada hari-hari istimewa boleh buat masak sendiri set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis yang sangat sedap ni. Memang berbaloi dan puas hati makan. Tak lah dapat makan Nasi Minyak waktu kenduri je.
Boleh cuba set lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis resipi perkongsian Puan Nurul Ateekah ini;
Nasi Minyak ramai orang suka makan tiap kali kenduri, mesti rindukan nak makan nasi minyak. Malah,sekarang musim PKP, kenduri pula perlu ditangguhkan. Yang teringin nak makan nasi minyak, boleh lah cuba masak di rumah. Saya sertakan Resipi Nasi Minyak, Daging Masak Hitam & Acar Tumis SEDAP!
1.Nasi Minyak
Bahan-Bahan:
5 pot Beras Basmati
1 cawan Susu Cair
5 biji Bawang merah (dihiris halus)
3 biji Bawang putih (dihiris halus)
2cm Halia dihiris/atau ditumbuk
1 batang Serai (dikatok)
1 biji Bunga lawang
3 biji Buah pelaga
1 batang kecil Kayu Manis
3 biji Bunga cengkih
2@3 sudu besar Minyak sapi
Sedikit pewarna kuning atau serbuk kunyit (hujung sudu)
Garam dan serbuk perasa (agak-agak)
Cara Membuat:
1. Rendamkan beras basmati selama 30-45 minit dan toskan.
P/S sukatan air = 1 pot beras basmati= 1 ¼ pot air atau ( air rebusan daging).
2.Tumiskan bahan-bahan nih sehingga Naik bau..haaa..Yang warna putih Tu saya letak minyak kambing (rebusan air kambing.memgeluarkan minyaknya)lemak beku Tu la…(macam minyak sapi Tu).
3.Masukkan ,kayu Manis,buah pelaga,Bunga cengkih,Bunga lawang,bawang putih,bawang merah,serai,halia.Tumis sehingga keperangan dan masukkan kunyit 1 sudu kecil.
4. Masukkan garam dan serbuk perasa, kacau dan biarkan seketika.
5. Masukkan pula susu cair dan kacau sebati.
6. Masukkan air 5 pot beras= 5 kali x 1¼ cawan air atau ( air rebusan daging).
7.Lubangkan 4 tempat dan masukkan.pewarna kuning telur..tunggu 10 minit, gemburkan nasi dengan garpu agar nasinya tidak hancur.
*Siap. Taburkan bawang goreng,daun ketumbar dan kismis (jika suka).
2.Daging Masak Hitam
Bahan-Bahan:
1 kg daging (direbus sehingga empuk)
4@5 sudu besar Kacang peas dalam tin (jika suka)
Kismis
1 kotak @ 4 sudu besar kismis
½ botol kecil kicap Manis (saya guna cap kipas udang)
1 batang serai dikatok
2 batang Daun kari
1 sudu besar air asam jawa
2 biji bawang besar dihiris halus
2 sudu besar Serbuk Kari daging
1 sudu besar serbuk sup
1 batang kayu Manis,1 biji buah pelaga,1biji Bunga lawang,2 biji Bunga cengkih
3 sudu besar Gula pasir@gula Melaka
Garam Dan serbuk perasa
Minyak masak untuk menumis
4 senduk Air rebusan daging
Bahan Kisar:
5 batang batang serai
10 tangkai cili kering – boleh tambah jika suka pedas
Halia sebesar ibu jari
20 biji bawang merah atau @ biji bawang besar
4 biji buah keras
10 biji bawang putih
Cara Membuat:
1. Panaskan minyak dan masukkan daun kari, serai,bawang yang dihiris, bunga lawang,buah pelaga,bunga cengkih,kayu manis, masak sehingga naik bau atau sedikit kekuningan.
2.Masukkan bahan yang dikisar dan masak sehingga pecah minyak.
3.Apabila sudah pecah minyak,masukkan serbuk kari dan serbuk sup.(masak seketika).
4.Masukkan air asam jawa 1 sudu besar.
5.Masukkan kicap Manis, air rebusan daging dan masukkan sekali daging yang telah direbus.
6.Masukkan kismis,kacang peas dan biarkan agak sedikit kering.Kalau suka berkuah pun tak pe)
7.Perasakan dengan gula melaka,gula putih,garam dan serbuk perasa. Siap dihidang.
*Kuah masak hitam NIH saya selalu masak sehari sebelum nak makan. Esok tu saya panaskan semula. Rasa kuah hitam ni melekat sampai dalam daging dan tulang.
*Air rebusan daging kambing atau lembu jangan dibuang, buat untuk masak nasi minyak bertambah sedap nasi minyak nanti. Tak pun boleh simpan untuk buat sup.
Acar Timun Bertumis
Bahan-Bahan:
1 biji Timun (dipotong panjang)
1 biji Lobak merah (dipotong panjang)
15 biji Bawang kecil
15 biji Bawang putih
2 cm Halia dihiris halus-halus
1 sudu besar Biji sawi
3 sudu besar Cili kisar
1 sudu besar Rempah Kari ikan
1 sudu besar Gula melaka
1 sudu besar Gula putih
2 sudu besar Kismis
2 sudu besar cuka
Garam
Serbuk perasa
1 batang Daun kari
3 sudu besar Minyak masak
Cara Membuat:
1.Panaskan minyak masak, masukkan biji sawi dan daun kari.
2.Tumis cili kisar sehingga pecah minyak.
3.Masukkan serbuk kari dan masak seketika.
4.Masukkan,halia,bawang kecil dan bawang putih,masak sehingga lembut(API perlahan).
5.Apabila sudah lembut,masukkan cuka,garam,gula melaka,gula putih,serbuk perasa dan kismis.
6.Masukkan lobak merah dan timun, masak lembut sehingga masak.
*Acar Timun Bertumis ini juga sesuai dimakan dengan daging/kambing masak hitam,ayam masak tomato,ayam masak merah,Kari ayam,Kari daging,masak kurma ayam,daging,kambing,atau telur atau ikut yang disukai.
MW:Menarik juga resipi lengkap Nasi Minyak, Daging Masak Hitam dan Acar Tumis SEDAP ni. Sesekali tukar selera keluarga dan sesuai buat untuk hari-hari yang istimewa.
Jangan tertukar ikan masam dengan ikan pekasam. Nampak lebih kurang saja tapi sebenarnya tidak. Masing-masing ada kesedapan dan ada peminat tersendiri.
Ikan masam ssepetti ikan kering masin cuma ia tidak begitu masin. Bila goreng, mahunya boleh bau satu rumah dan membangkitkan selera. Katanya, lagi lama diperap lagi sedap.
Malah, kalau mak-mak nak buat untuk sekilo ikan terus pun boleh. Nak makan bila-bila masa, goreng saja dan lebihannya bolehlah di simpan dalam peti ais.
Cara untuk membuat ikan masam seperti yang dikongsikan oleh Ida Shahida ini.
Siapa yang suka makan ikan masin atau ikan tenggiri masam, mesti akan suka rasanya. Cubalah buat sekali.
Bahan-bahan:
1kg ikan
1 sudu kecil garam kasar
20 keping asam keping
1 sudu besar asam jawa
Gula secukup rasa
2 sudu besar air
Cara Membuatnya:
1. Kembangkan asam keping dan asam jawa saja
2. Air tak perlu banyak sebab nanti semasa perap ikan tu akan mengeluarkan airnya juga.
3. Diperap selama 24 jam (dah boleh dimakan) tapi kalau nak sedap lagi perap 2-3 hari baru digoreng.
4. Jika agak kekeringan sebab sudah banyak hari, boleh masukkan 2-3 sudu air untuk mengembangkan ikan tu semula.
5. Ikan ni boleh disimpan dan dimakan selagi tidak habis. Maksudnya boleh bertahan lama asalkan dimasukkan ke dalam peti ais
6. Nak goreng – boleh basuh dulu sikit sekadar nak bersihkan badan ikan tu atau pun tak perlu cuci pun boleh…terus digoreng.
Info:
Boleh simpan selama mana yang anda suka asalkan tetap di dalam peti ais.
1. Sedap sangat
2. Tidak masin seperti ikan masin
3. Hari ke 3 dah dapat makan
4. Bila goreng tidak berbau satu rumah/satu taman
5. Tak perlu dijemur atau dikukus
6. Bila nak digoreng tak perlu dicuci dengan air
Mingguan Wanita : Tak perlu lauk lain. Ini pun dah cukup sedap. Makan dengan nasi panas. Terangkat.
Tak pernah pegang mesin, tak bermakna mak-mak tak pandai menjahit. Pelajari kaedah dan teknik jahitan mudah dalam kelas satu hari sahaja.
Dalam masa beberapa jam, walaupun beginner anda mampu menyiapkan satu tote bag daripada jeans terpakai dan nasi lemak recyclable bag.
Projek 1: Denim Tote Bag
Jom tukar jeans yang tak muat dipakai menjadi tote bag. Teknik yang dipelajari bermula daripada cara memotong kain, membuat ukuran kain, menjahit lurus, jahit tangkai beg, cara cantuman sehinggalah siap sebiji beg.
Projek 2: Shopping Bag
Beg beli belah berbentuk nasi lemak! Beg kitar semula ini bukan saja menjimatkan ruang, malah dapat melindungi alam sekitar kerana kurangnya penggunaan beg plastik. Teknik yang bakal dipelajari adalah cara jahitan melengkung, jahitan lurus, cara mengukur saiz beg dan cara membuat lipatan.
Jangan ketinggalan sertai Kelas Jahitan Kreatif Denim Tote Bag & Shoping Bag di SewingWorld, One City Subang Jaya pada 15 Oktober 2022 bermula 930 pagi hingga 5.30 petang. Yuran RM60 sahaja.
Pengantin baharu maut kemalangan motosikal berkuasa tinggi, rempuh Proton Saga. Seorang lelaki yang baru sahaja melangsungkan perkahwinan dilaporkan maut dalam kemalangan membabitkan motosikal berkuasa tinggi di Kilometer 79, Jalan Kuala Terengganu–Kota Bharu berhampiran Bukit Grebar, pagi Rabu.