Cinta bertaut melalui facebook, isteri akui jatuh cinta saat terpandang kali pertama. Zahirnya, ramai akan membuat pilihan terbaik saat memilih pasangan namun lahiriahnya masih ramai memilih berdasarkan “kata hati”.
Dan detik paling indah adalah saat ditemukan dengan orang dicintai. Jika hati menyukai, walau apa pun kekurangan pasangan, kita akan bahagia melayari alam rumahtangga itu.
Cinta Bertaut Melalui Facebook
Jodoh telah mempertemukan Nor Aika Masor, 28 tahun dengan cinta hatinya, Muhammad Jafri Daun, 32 tahun.
Pasangan ini masih menanti cahayamata pengikat kasih merekaBulan September 2020 menjadi saksi kisah cinta kedua pasangan ini
Bahkan pertemuan cinta suami isteri ini juga sedikit kelainan di mana Aika mula tertarik dengan suami selepas melihatnya di facebook pada penghujung Disember 2019. Bukan kerana kekurangan anggota suaminya tetapi saat melihat wajah suami, hatinya terus tertaut.
“Dari facebook kami mula berkenalan. Setiap postnya saya komen dan beri kata-kata. Lama-kelamaan kami mula berhubung dan dari situ seakan ada kasih sayang yang timbul antara kami berdua.
“Walau ada kekurangan dirinya kerana dilahirkan dengan masalah di bahagian tangan dan kaki, tapi saya tak pandang semua itu. Saya rasa sayang padanya. Bila kami semakin serius berkawan, saya kata padanya kalau betul datanglah merisik. Alhamdulillah, bulan Jun 2020 dirinya datang merisik dan September itu kami disatukan,” kata Aika ketika dihubungi.
Saat kali pertama terpandang wajah suami, Aika akui hatinya terus terpautJafri mampu memandu kereta sendiri, banyak membantu dalam tugas rumah dan tiada kekurangan terlihat walau dilahirkan tanpa tangan
Isteri Akui Jatuh Cinta Saat Terpandang Kali Pertama
Kata isteri bahagia ini, di sebalik kesempurnaan dirinya dan kekurangan suami, dia tidak pernah meletakkan satu halangan dalam perhubungan kerana tulus mencintai suaminya.
Ads
“Keluarga saya juga tak kata apa, apa yang baik buat saya, mereka akan terima dengan baik juga,” katanya yang berasal dari Kampung Tok Jawa, Bachok sementara suaminya berasal dari Machang.
Tambahnya, suami banyak membantunya. “Dia boleh bawa kereta sendiri, banyak bantu saya buat kerja rumah tak ada kekurangan apa pun pada dirinya,” katanya lagi.
Menyara keluarga dengan berniaga burger di hadapan rumah, pasangan ini mula dikenali selepas suaminya memuat naik gambar dan membuat permintaan di page Edit Apa Hari Ini untuk melihat dirinya mempunyai tangan.
Ads
Dan ternyata, permintaan pasangan ini mendapat respon positif dari masyarakat semua yang siap mendoakan mereka kekal till Jannah. Bahkan gambar suaminya kelihatan segak dengan anggota yang sempurna
Kata Aika, permintaan suaminya itu u sekadar suka-suka di mana suaminya mahu melihat bagaimana mempunyai anggota tangan. Dan jelas, ia sangat sempurna kejadian selepas di sunting warga net yang baik hati.
Apa yang pasti, semoga keduanya bahagia till Jannah.
Gelagat Tok Ram bersembang dengan Izzara curi perhatian warga maya, “Daddy dengan mummy 3 patah je sehari borak.” Telatah Tok Ram melayan anak perempuannya Nur Izzara menarik perhatian warga maya. Siapa sangka di sebalik ketegasan karakter Datuk Ramli MS, rupanya wujud sisi penyayang pada lelaki ini.
Gelagat Tok Ram Bersembang Dengan Izzara Curi Perhatian Warga Maya
Hampir 11 tahun melayari bahtera rumah tangga berdua, kini hadirnya Nur Izzara menyerikan kehidupan pasangan selebriti, Datuk Ramli MS dan Datin Alyah. Bagi mereka berdua, kehadiran si kecil itu upama satu rahmat buat rumah tangga mereka.
“Daddy Dengan Mummy 3 Patah Je Sehari Borak”
Melalui hantaran Datin Alyah dilaman Instagramnya, pelantun lagu Jutaan Purnama ini berkongsi momen bila mana suaminya Tok Ram rancak bersembang dengan Izzara.
PERAMAH DUA BERANAK NI. DADDY DENGAN MUMMY 3 PATAH JE SEHARI BORAK.- TULIS ALYAH.
Perkongsian Alyah ini telah menarik perhatian ramai warga maya. Ramai yang ‘terhibur’ dengan gelagat Tok Ram dan juga Izzara termasuk juga rakan selebriti.
Kakak Hello Kitty. Usahawan ini pernah bercerai dan ramai mengaitkan perceraiannya kerana suami dipaksa pakai baju Hello Kitty.
Mesra disapa Na, mengakui perceraian selama 23 hari dengan suami membuatkan diri dan hatinya tidak kuat. Perlu melakukan kerja-kerja rumah yang selama ini dibantu suaminya, Mohd Afizi.
Dan kerana itulah dirinya mengambil peluang kedua diberi Allah dan mereka kembali rujuk demi anak-anak serta menurunkan ego masing-masing demi membina keluarga bahagia.
Ikuti video penuh kisah suka duka pasangan ini yang memilih peluang kedua dalam kehidupan mereka dalam Sembang Wanita Xtra di saluran YouTube MW.
Bagi sesetengah negara, mengamalkan poligami adalah merupakan satu kesalahan malah boleh dikenakan hukuman dan denda oleh mahkamah.Jika beristeri 2,3,4 mungkin dianggap antara perkara biasa ramai yang lakukan, tapi bagaimana sekiranya memilki 24 orang isteri dan bilangan anak hampir 150 orang?
Seorang lelaki yang memiliki 24 isteri dan 149 anak dikenakan tahanan rumah dan kerja khidmat masyarakat selepas didapati bersalah oleh sebuah mahkamah di Kanada kerana mengamalkan poligami.
Tahanan Rumah & Khidmat Masyarakat
Fox News melaporkan, Winston Blackmore, 61, didapati bersalah tahun lalu, kerana mempunyai 24 isteri dan dikenakan enam bulan tahanan rumah, 150 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.Blackmore dilaporkan mempunyai 149 anak hasil perkahwinannya itu.
Seorang lagi rakannya, James Oler, 53, yang mempunyai lima isteri diarahkan menjalani tahanan rumah selama tiga bulan, 75 jam khidmat masyarakat dan tempoh percubaan selama setahun.Hukuman terhadap kedua-dua tertuduh diumumkan Mahkamah Agung British Columbia pada Selasa lalu.Walaupun dikenakan tahanan rumah mereka dibenarkan untuk keluar bekerja dan perkara kecemasan berkaitan perubatan.
Kumpulan Fundamentalis
Kedua-dua lelaki itu adalah pemimpin kumpulan fundamentalis di Gereja Jesus Christ of Latter-day Saints yang percaya dengan perkahwinan berganda.
Hakim Sheri Ann Donegan berkata, kedua-dua tertuduh rakyat yang rajin bekerja dan patuh pada undang-undang tetapi untuk membebaskan mereka daripada tuduhan adalah tidak wajar.Katanya, sebahagian isteri lelaki berkenaan berusia semuda 15 tahun ketika dikahwini.
“Dia (Blackmore) dengan jelas memberitahu tiada hukuman boleh menghalangnya daripada mengamalkan apa yang dipercayainya. Konsep kesal tiada pada dirinya dalam konteks ini,” kata Sheri Ann.
Mengikut undang-undang Kanada, mereka yang mengamalkan poligami di negara itu boleh dikenakan hukuman penjara lima tahun.
“Saya bersalah kerana menghidupkan agama dan hanya itu yang mahu saya katakan kerana saya tidak pernah menafikannya,” kata Blackmore kepada pemberita selepas sabitannya pada tahun lalu.
Ada satu isteri pun dah macam-macam ragam dan banyak perkara untuk diuruskan, inikan pula miliki 24 orang isteri!Fuhh memang hebat!
Cuti sekolah dah pun bermula. Selain bawa anak pulang ke kampung rumah atuk dan nenek, mak ayah boleh buat pilihan hantar anak-anak ke program SuperDay Camp di SuperPark Malaysia yang terletak di Avenue K Shopping Mall, Kuala Lumpur.
Ramai sedia maklum kan, Finland antara yang terkenal dengan sistem pendidikan terbaik di dunia. Uniknya tentang program SuperDay Camp yang direka dan diluluskan Lembaga Pendidikan Finland ini memperkenalkan aktiviti in door yang selamat untuk anak-anak.
Apa yang anak-anak akan belajar? Pertama sekali tentulah bebas gajet dari jam 9 pagi hingga 3.30 petang mengikut hari pilihan mak ayah, sama ada satu hari kem, atau 3 hari kem. Selain cergas dan cerdas, kebolehan sosial-kognitif dan kerja berpasukan anak-anak akan dibentuk nanti.
Kem ini terbuka kepada anak-anak berumur 4 ke 10 tahun. Sepanjang program setiap coach akan menyelia 7 orang peserta kanak-kanak. Mereka akan bermain dengan aktiviti yang mengukuhkan fizikal, mental, emosi dan sosial yang bakal membantu anak-anak lebih berjaya di sekolah dan dalam kehidupannya.
Kanak-kanak kan suka bermain.. jadi mak ayah jangan bimbang kerana kuasa bermain inilah konsep utama yang ditekankan dalam program SuperDay Camp.
3 Stesen Permainan Di SuperPark Ini Akan Tawan Hati Anak-anak
Agar mak ayah lebih faham, di SuperPark Malaysia ini terbahagi kepada 3 stesen permainan iaitu Adventure Area, Game Area dan Freestyle Hall.
Kredit foto : Facebook SuperPark Malaysia
Adventure Area
Sesuai untuk anak dan mak ayah. Di sini ada iWall (permainan outdoor yang interaktif), flying fox, tube slie, trek kereta pedal.
Kredit foto : Facebook SuperPark Malaysia
Game Arena
Cabar kawan-kawan dan ahli keluarga anda di sini. Remaja dan orang dewasa pun boleh main di sini, kerana disediakan permainan besbol, bola jaring jalanan dan RoboKeeper.
Kredit foto : Facebook SuperPark Malaysia
Freestyle Hall
Uji minda anda di sini. Lupakan smartphone untuk seketika ya. Sesuai untuk anak remaja dan orang dewasa. Di sini ada SuperClimb (permainan direka dengan konsep memanjat yang menyeronokkan), Ninja Track (perlu berdepan halangan), Skate and Scoot World, Trampolin dan Skate Rink.
Setiap kawasan permainan ini menyediakan 25 jenis aktiviti yang menyeronokkan dan tahap kecergasan untuk semua peringkat umur.
Pengurus SuperPark Malaysia, Caren Loh
Charlene Marie Samuel, Pengamal Terapi Kerja Bertauliah.
Program bermula dari 25 November sehingga 18 Disember ini sepanjang hari Isnin hingga Rabu. Anak-anak akan dapat:
Sijil penyertaan (diiktiraf oleh Lembaga Pendidikan Finland),
Makan tengah hari (ada pilihan vegetarian)
Pek penyertaan (barangan berjenama SuperPark),
T-shirt edisi khas kem
Akses penuh SuperPark Malaysia selepas kem tamat
* Mana-mana kanak-kanak di bawah umur 8 tahun mesti diiringi dan diselia oleh penjaga yang bertanggungjawab (berumur 18 tahun ke atas) dengan kemasukan yang dibayar dan sah.
Ibu kepada mangsa tragedi pembunuhan pelajar Bandar Utama mendedahkan anaknya ditikam lebih 200 kali. Beliau menafikan dakwaan palsu dan menyeru agar kejadian tragis ini tidak berulang di sekolah lain.