Sekali bergelar guru, tiada istilah bekas guru. Cikgu, panggilan yang kekal sebermulanya bakti sebagai guru hingga akhir hayatnya. Sememangnya insan yang bergelar pendidik ini merupakan seorang yang cukup istimewa.

Malah jasa baik guru yang menabur bakti kepada masyarakat memegang teguh pada prinsipnya iaitu mahu ikhlaskan hati, murnikan peribadi, yakini diri biar apapun cabaran yang mendatang ditangani dengan tenang kerana ular menyusur akar takkan hilang bisanya.

Dek kerana semangat yang kental dalam mendidik anak-anak bangsa, Zafifah Ahmad atau lebih senang disapa dengan panggilan Cikgu Zaza, 41 yang sudah 20 tahun bergelumang dalam bidang ini tidak pernah jemu mencurahkan ilmu yang dimiliki.

Cikgu Zaza Mahu Bentuk Generasi Cerdik Pandai

Cikgu Zaza Mengajar Selagi Kudrat Terdaya, Mahu Anak Bangsa Jadi Cerdik Pandai

Cikgu Zaza Mengajar Selagi Kudrat Terdaya, Mahu Anak Bangsa Jadi Cerdik Pandai

Malah Cikgu Zaza juga menyatakan menjadi seorang guru bukan untuk meraih popular tetapi hendak melihat generasi yang dibentuk menjadi seorang insan yang cerdik pandai dan persahsiah murni.

“Kerjaya sebagai seorang guru sememangnya sangat mulia. Bukan mengejar popular malah warga pendidik bertanggungjawab untuk mendidik anak bangsa agar menjadi seorang yang cerdik pandai.

“Saya kini mengajar di sebuah sekolah pinggiran bandar di SK Telok Gong, Pelabuhan Klang. Sekolah ini mempunyai 1500 pelajar terdiri daripada pelbagai latar belakang keluarga. Alhamdulilah saya sudah menabur bakti dalam bidang perguruan selama 20 tahun. Bermula mengajar pada tahun 2000 hingga kini dan akan meneruskan untuk mengajar selagi kudrat terdaya.

“Waktu mula menjejak kaki ke sekolah ini, saya rasa sedikit mencabar kerana sekolah ini terletak di kawasan kampung. Ketika itu kebanyakkan keluarga pelajar bekerja sebagai nelayan dan juga berasal dari keluarga yang agak susah dan berpendapatan rendah,” ungkap Cikgu Zaza mulai bicara.

Sedih Kehilangan Anak Murid

Ditanya pengalaman pahit dan manis sepanjang mengajar, Cikgu Zaza begitu sedih apabila kehilangan dua murid dalam tempoh dua minggu berturut-turut.

“Pengalaman pahit semasa saya sepanjang di bidang pendidikan ini tidak sebanyak pengalaman manis. Ketika itu saya memegang jawatan sebagai guru kelas di mana saya kehilangan dua anak murid saya dalam tempoh dua minggu berturut-turut.

IKLAN

“Seorang anak murid saya meninggal dunia kerana demam panas dan juga seorang lagi meninggal dunia kerana mengidap penyakit Talasemia. Kedua-dua arwah merupakan anak murid yang sangat baik, tidak banyak karenah. Sedikit sebanyak kehilangan mereka terusik jiwa saya.

“Pengalaman manis pula, apabila saya berjaya melatih anak-anak didik hingga ke peringkat daerah, negeri mahupun kebangsaan. Di mana saya diberi tanggungjawab untuk menjadi jurulatih teater ,nyanyian solo, nasyid, melagukan syair dan juga dalam bidang sukan Gimnastik Artistik.

“Walaupun penat tetapi saya puas kerana dapat membantu pelajar menambah pengetahuan dan kemahiran tentang bidang yang mereka ceburi. Di samping dapat membentuk displin diri serta jati diri mereka. Secara tak langsung nilai-nilai murni terpupuk secara,” sambung Cikgu Zaza.

Cikgu Zaza Mengajar Selagi Kudrat Terdaya, Mahu Anak Bangsa Jadi Cerdik Pandai
Bersama anak murid kesayangan.

Cikgu Zaza Mengajar Selagi Kudrat Terdaya, Mahu Anak Bangsa Jadi Cerdik Pandai

Baca Disini Juga:

Cikgu Nancy Bercantik-cantik Dalam Google Meet, Mahu Murid Sama-sama Seronok Belajar

IKLAN

Cikgu Kongsi 7 Kejadian Penting Hari Pertama Bersekolah Murid Tahap 1

 

“Saya Sayang Cikgu”

Cikgu Zaza juga menerangkan pengalaman yang sukar dilupakan tatkala mendidik anak muridnya, di mana apabila ada anak murid yang meluahkan perasaan menerusi sepucuk surat.

“Semasa awal di posting kan ke sekolah memang saya ada menerima surat daripada seorang murid yang tidak mengenal huruf ABC. Walaupun ayat dan tulisan tiada bermaksud namun saya tahu dia menulis “Saya Sayang Cikgu”. Tersentuh hati saya kerana murid tersebut saya selalu memarahi kerana tidak mengenal huruf.

“Setiap kali Sambutan Hari Guru saya sememangnya sentiasa menjadi guru ‘favourite’. Ini dek kerana saya mengajar subjek muzik. Jadi kebanyakkan anak-anak murid suka dengan subjek ini.

“Biasanya saya akan terima berbakul hadiah daripada anak-anak murid. Hadiah yang paling istimewa saya pernah dapat merupakan sebiji kek yang di bakar dan di masak sendiri oleh murid tahun 4. Pada saya bukan hadiah sebagai ukuran kasih sayang. Paling penting saya mahu mereka berjaya dalam pelajaran dan mampu menjadi manusia yang berguna pada suatu hari,” ungkap guru yang begitu ramah ini.

IKLAN

Beban Tugas Cikgu  Mencabar

Cikgu Zaza juga mengakui sebagai warga pendidik beban tugas guru sangat mencabar berbeza di awal dia menceburkan diri dalam bidang ini.

“Beban tugas semasa saya mengajar di awal tahun 2000 dibandingkan 2020 sangat berbeza dan mencabar. Dulu kaedah pengajaran satu hala di mana guru mengajar di hadapan manakala murid menghafal dan ‘memuntahkan’ kembali maklumat di dalam peperiksaan.

“Sekarang pelajar di dedahkan dengan kaedah berfikir aras tinggi di mana murid kena apikasikan pengetahuan, kemahiran dan nilai bagi menyelesaikan masalah,” kaat Cikgu Zaza.

Sebelum mengakhiri perbualan Cikgu Zaza juga mengakui pada awalnya dia tidak mengemari kerjaya ini namun apabila sudah terjebak dengan dunia pendidikan makin lama membuah rasa cinta.

“Minat dalam bidang ini datang dengan sendiri. Saya berasa satu kepuasan apabila murid saya berjaya melakukan sesuatu yang pada awalnya mereka tidak tahu. Sebagai contoh dalam membina karangan pendek atau pun bermain alat muzik. Apabila mereka berjaya menguasai apa yang diajar saya rasa sangat bahagia dan tumpang gembira dengan usaha yang dilakukan oleh murid tersebut,” akhirinya.

Follow kami di :

Facebook Mingguan Wanita

Instagram Mingguan Wanita

Twitter Mingguan Wanita

 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI