Ads

Cik Epal Kongsi Pesan Buat Wanita Bercerai, “Setiap Perpisahan Ada Hikmah”

cik epal

Pempengaruh media sosial, Cik Epal, baru-baru ini berkongsi kata-kata nasihat buat wanita yang melalui fasa perceraian, dikhianati pasangan atau bergelar ibu tunggal.

Menerusi perkongsian di platform Thread, beliau mendedahkan sering menerima mesej peribadi daripada wanita yang sedang berdepan ujian rumah tangga dan mencari kata-kata semangat untuk bangkit semula.

 

View on Threads

 

Menurut Cik Epal, sebagai manusia, perasaan sedih, kecewa dan terluka adalah sesuatu yang normal.

“Perasaan itu bukan tanda lemah. Itu tanda kita hidup dan punya hati,” tulisnya.

Cik Epal Kongsi Pengalaman Terima Luahan Wanita Bercerai

Beliau turut mengingatkan agar wanita yang melalui kehilangan tidak pernah berputus asa dengan Allah, kerana setiap perpisahan dan ujian pasti mempunyai hikmah yang sedang diatur dengan sebaiknya.

Ads

Baca juga: Rezeki Cik Epal Semakin Murah. Bergabung Demi Kunafa Madu 3

Dalam perkongsian tersebut, Cik Epal menekankan bahawa apabila seseorang ‘ditarik’ daripada hidup kita, mungkin peranannya sudah selesai.

Ads

“Mungkin Allah mahu kosongkan ruang itu untuk sesuatu yang lebih baik, lebih tenang dan lebih sesuai dengan jiwa kita.”

Beliau turut memetik maksud ayat Al-Quran yang mengingatkan bahawa manusia mungkin membenci sesuatu, sedangkan ia baik untuk mereka.

Perkongsian itu mendapat perhatian ramai pengikut, khususnya wanita yang sedang melalui fasa sukar dalam kehidupan peribadi.

Ads

Baca juga: Zulin Aziz Bercerai Cara Baik, Anggap Jodoh Tidak Panjang

Bagi beliau, fokus selepas kehilangan bukan lagi tentang individu yang pergi, tetapi tentang diri sendiri. Apa yang dipelajari, apa yang disedari dan bagaimana mahu menjadi lebih matang serta lebih dekat dengan Allah selepas ujian tersebut.

“Yang pergi bukan rezeki. Yang kekal itu ketentuan.”

Perkongsian seperti ini sedikit sebanyak memberi ruang kepada wanita untuk melihat ujian hidup dari sudut yang lebih tenang dan membina.

Sumber: Thread Cik Epal

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

upkk

JAKIM Umum Keputusan UPKK 2025, Ini Cara Semakan Online

Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) bagi tahun 2025 akan diumumkan pada 25 Februari 2026 (Rabu) jam 10.00 pagi.Pengumuman rasmi ini...