Che Ta dedah Zain & Aaisyah positif Covid-19 bulan lalu, begitulah yang diluahkan oleh pelakon yang juga pemilik nama sebenar Rozita Che Wan.
Dek kerana itu juga sambutan ulang tahun kelapan perkahwinan pasangan ini terganggu. Selain Zain anak perempuan mereka, Aaisyah Dhia Rana juga turut terpalit sama.
Che Ta Dedah Zain & Aaisyah Positif Covid-19 Bulan Lalu
Malah rancangan asal untuk bercuti ke sebuah pulau persendirian di Langkawi juga terpaksa ditunda.
“Ikutkan dalam seminggu juga saya, suami dan Aaisyah ditemani jurugambar menikmati percutian di pulau itu. Kami patut pulang daripada percutian itu sehari sebelum ulang perkahwinan kelapan yang diraikan pada 11 Disember lalu.
“Apa nak buat, kita tak mampu menghalang semua ini. Suami saya patut menjalani penggambaran sebuah drama bulan lalu, tapi akhirnya kena tolak tawaran itu.
“Suami memang bergejala seperti batuk, selesema dan demam. Cuma dia sendiri kurang pasti terkena virus itu di mana. Kemudian berjangkit pula kepada Aaisyah.
“Bagaimanapun Aaisyah hanya demam saja, tetapi deria rasanya masih ada. Tapi saya dan dua anak lelaki bersyukur kerana kami sebaliknya disahkan negatif. Syukur suami dan Aaisyah sudah pulih sepenuhnya,” ungkapnya yang juga akui tidak suka dengan situasi yang berlaku.
Tidak Daya Menghalang
Akui Che Ta lagi, segala yang berlaku di luar perancangan dan tidak ada daya menghalang takdir.
“Memang apabila semua ini berlaku, habis perancangan itu ini termasuk menyambut ulang tahun perkahwinan terbantut. Tapi apa daya kita nak menghalang semua ini daripada terjadi.
Ads
“Walaupun suami sudah lengkap dua dos suntikan vaksin, ia bukan jaminan yang virus jahat itu takkan menyerang. Virus ini memang ada di sekeliling kita. Apabila kena batang hidung sendiri saat ahli keluarga dan adik beradik sendiri positif wabak itu, kita kena reda.
“Kadang kadang sejauh mana kita berhati hati pun, nak jadi… jadi juga,” sambung Che Ta.
Ibu & Adik Beradik Che Ta Turut Positif Covid Beberapa Bulan Lalu
Tambahnya lagi ibu dan adik beradiknya turut positif COVID-19 beberapa bulan lalu. Ketika insiden itu suami dan anaknya melakukan kuarantin kendiri di rumah.
“Kesian tengok Aaisyah kena virus ini. Walaupun deria rasa tak hilang, sampai kena paksa dia makan. Kebetulan masa kejadian, mak saya ada di rumahnya di Subang Jaya. Kebiasaannya mak memang banyak berada di Kedah menghabiskan masa di rumahya di sana.
“Kebetulan juga unit rumah mak di sini berdekatan dengan kediaman saya. Jadi saya dan Aaisyah memilih untuk duduk di rumah mak. Suami pula terus kuarantin di bilik di rumah kami sendiri.
“Dua anak lelaki pun memilih menemani suami saya di rumah tetapi buat hal masing masing di bilik,” luah Che Ta lagi.
Seperti lazim meraikan ulang tahun perkahwinannya kali ini, pasangan suami isteri itu tetap ‘bersanding semula’ dalam sebuah majlis keraian di sebuah lokasi eksklusif di ibu kota. Bercerita tentang usia perkahwinan yang sudah mencecah usia lapan tahun, Che Ta akui masa yang berlalu begitu pantas.
“Pejam… celik mata, sudah masuk lapan tahun saya berkahwin. Tempoh itu bukan sesuatu yang mudah untuk dilalui. Biasalah dalam tempoh itu ada gaduh ‘manja’ dan rajuk. Tetapi tak lama, lepas itu sejuklah.
“Pandemik ini juga menguji, tapi baik saya dan suami cuba mengharunginya sebaik mungkin. Pernah ada ketika saya terguris hati dan sentap dengan suami, dia datang buat kejutan bawa jambangan bunga ketika saya menjalani penggambaran di Kedah. Pendek kata pada fasa sekarang memang kena kuat bertahan dan bertolak ansur,” luahnya lagi.
Ads
Untuk rekod Che Ta dan Zain bernikah pada 11 Disember 2013. Pasangan ini dikurniakan seorang anak perempuan, Aaisyah Dhia Rana, tujuh tahun, selain Che Ta turut memiliki dua anak lelaki daripada perkahwinan terdahulunya.
Dalam kehidupan sekarang ini, mana-mana wanita atau isteri sekalipun perlu ada pendapatan sendiri. Jangan terlalu berharap pada suami semata-mata. Sebab kalau nak berlaku, sekelip mata saja.
Mungkin rezeki dapat suami yang baik tapi bagaimana kalau isteri sanggup bertahan dan bersabar. Sampai bila? Sekurangnya bila ada pendapatan sendiri, inilah ‘back up’ apa-apa yang berlaku nanti.
Perkongsian daripada Marlia Ramli ini ada betulnya. Walaupun hanya suri rumah tangga, ada cara untuk cari pendapatan sendiri.
Bertahun-tahun akak berjuang : wanita perlu ada pendapatan sendiri.
Ada kaum arjuna tak setuju. Tempat wanita di rumah katanya. Tempat isteri di belakang untuk menyokong perjuangan suami.
Beliau tak salah. Beliau bercakap di atas kapasiti, beliau suami yang baik.
Bertanggungjawab, cukup bulan sediakan nafkah. Bahasa mudahnya? Beliau bercakap di atas kapasiti – mata dan poket dia seorang.
Tapi akak?
Akak bercakap di atas kapasiti 18 tahun bekerja sebagai HR – IR, ER & Public Communication. Tugas akak kebanyakan masa handle kes-kes kematian staff, personal relationship, staff’s discipline dan staff’s welfare. 18 tahun yang menyaksikan sengsara ribuan wanita bila tidak berharta.
Bukan seorang.
I can assure you. Ada beribu-ribu kes di dalam masyarakat :
suami taguna
mentua kejam
ipar duai neraka
Dalam kebanyakan kes, isteri dan anak-anak menjadi mangsa.
Sebab itulah, wanita perlu punya kemampuan menjana wang.
Sebab suami? Bukan milik isteri.
Sebab suami? Bukan talian hayat isteri.
Tidak Layak Bergelar Suami
Di luar sana bersepah kaum suami yang gagal dan tidak layak bergelar suami. Wanita perlu memiliki hak untuk walk off bila-bila masa hidupnya menderita.
Sabarlah… nanti wanita akan beroleh syurga.
Sabarlah… nanti wanita akan mendapat kebaikan.
Ini nasihat yang toxic’s positivity. Nasihat sampah yang semakin mengusutkan kesusahan wanita.
Hakikatnya, semakin bertahan hidup dengan lelaki yang salah – semakin toksidlah kehidupan wanita. Semakin teraniayalah kehidupan anak-anak.
Fakta : kebanyakan wanita yang tak memiliki kemampuan menjana wang, hidupnya jauh lebih mudah teraniaya.
Nak lari dengan anak pun, ke mana? Nak berharap pada ibu bapa? Selama mana? Nak bergantung kepada adik beradik? Mereka punya komitmen hidup mereka.
Talian Hayat Wanita
Akak tidak percaya idealogi wanita duduk rumah TANPA PENDAPATAN. Tidak percaya langsung.
Wanita tak kira di luar atau di rumah perlu :
tahu menjana wang.
ada ilmu kewangan dan pelaburan.
ada business networking.
memiliki simpanan wang tunai dan emas 999.
memiliki kemampuan mobiliti.
malah adalah baik jika punya rumah sendiri.
Inilah talian hayat wanita dalam keadaan hidup penasaran. Inilah sumber untuk wanita melindungi anak-anak.
Buat kaum lelaki? Jangan ka untuk menyusahkan anak gadis orang. For you? Being single is the best. Titik!
Mingguan Wanita : Tak kira suri rumah atau bekerja, dengan adanya pendapatan sendiri ia boleh digunakan untuk waktu terdesak yang kita sendiri tidak terjangka.
Tak dinafikan memang penting disiplinkan anak, tetapi mak ayah jangan ambil ringan bab-bab lain terutamanya adab. Dalam banyak-banyak perkara, baba dab perlu diberi perhatian.
Lagi satu, penting disiplin anak, tapi ikutlah kemampuan anak kita dan jangan jadikan anak orang sebagai penanda aras.
Ikuti perkongsian Khyer Hameed ini dan hadam baik-baik ya kerana lain anak lain caranya:
Penting Disiplinkan Anak
Ada orang berjaya disiplinkan anak dia supaya tak masuk dapur. Ada orang rumah kemas macam muzium walaupun ada anak kecil.
Kemudian tuduh orang lain yang rumah bersepah macam rumah aku ini adalah orang yang gagal nak disiplinkan anak.
Ada orang berjaya disiplinkan anak tidur asing dari umur 3 tahun. Ada orang berjaya ajar anak-anak membaca dari umur 3 tahun.
Disiplinkan anak itu penting. Aku pun setuju. Tapi kita sebagai mak ayah pun kena ‘screen’ kemampuan anak kita.
Ajar anak untuk kemas mainan selepas main. Insyallah boleh dibuat slow-slow. Ajar anak basuh pinggan selepas makan. Pun boleh buat insyallah, perlahan-lahan.
Tapi semua pun ikut fasa kemampuan anak kita. Mungkin ada yang sudah faham arahan dari umur setahun lebih untuk kemas mainan lepas main.
Jangan Jadikan Anak Orang Penanda Aras
Dan anak kita pula sebaya tapi belum boleh lagi nak kemas selepas main. Kita jadikan anak orang itu sebagai penanda aras, kita akan stres.
Tak payah letak penanda aras pada anak orang. Terutama untuk perkara yang advance.
Yang penting adalah rujuk panduan keupayaan anak-anak yang Kementerian Kesihatan dan WHO sediakan. Pastikan anak-anak kita tak ketinggalan untuk keupayaan asas bagi kanak-kanak sebaya mereka.
Tak Perlu Ikut Cara Orang Disiplinkan Anak
Kita kalau tengok anak orang yang advance bijaksananya, kita yang akan stres. Macam anak Dr Sheikh Muzaffar tu. Kalau kau tak rajin macam dia, kau redha sajalah ajar dan disiplinkan anak-anak ikut cara kau.
Cuma pada aku, kalau anak kau hebat dan bagus dalam disiplin sampai rumah kau mampu kemas seperti muzium 24 jam.
Tak payah nak perlekehkan orang lain yang anak dia bebas keluar masuk dapur main bawang bawa ke depan ruang tamu dan godek-godek bawang dengan limau dalam loyang kek.
Kau dengan cara sendiri, orang itu dengan cara dia. Anak-anak berdisiplin yang mampu kekalkan rumah teratur 24 jam, mungkin sesuai masuk Cheong A Arts School.
Notakaki : Cuma paling penting, mak ayah kena ajar anak-anak adab dekat rumah orang. Jangan biar anak-anak buat perangai rumah sendiri di rumah orang. Bukan ajar mereka jadi “fake”. Tapi ini namanya adab.
MW: Didiklah anak mengikut acuan dan kemampuan anak masing-masing. Jangan terlalu meletak harapan terlalu tinggi pada anak. Apatah lagi membandingkan anak sendiri dengan anak orang lain, itu dinamakan menyusahkan diri.
Menguruskan rumah tangga dari awal pagi hingga tengah malam bukan satu tugas yang mudah buat mak-mak. Bukan mengungkit namun ada ketikanya bila terlalu kepenatan mak-mak akan mood swing, dari elok-elok boleh jadi emosi secara tiba-tiba.
Kadang-kadang tanpa sedar akibat kepenatan, anaklah menjadi mangsa kepada mak-mak. Padahal sikapnya bukan begitu tetapi bebanan kerja di pejabat dan di rumah berganda membuatkan mereka jadi kepenatan.
Oleh sebab itu, bila suami dapat kesan punca isteri “mood swing” disebabkan kepenatan, suami kena ringankan beban dan kongsi tanggungjawab uruskan rumah tangga Bersama. Tak dapat tolong banyak, sedikit pun sudah membuatkan isteri merasa lebih tenang.
Ikuti perkongsian Hafizul Hakim ini dan hadam baik-baik:
Isteri sangat letih dan penat…
Punca utama isteri kita ‘mood swing’ sebenarnya disebabkan kepenatan. Mental dan fizikal. Seharian menguruskan kerja di pejabat dan di rumah.
Mereka ini bangun paling awal, tidur paling lewat.
Nak siapkan anak di sekolah, buat sarapan, mengurus bayi, ambil anak-anak sekolah, sediakan makanan, mengemas, mencuci dan sebagainya.
Mereka bukan bekerja 8 pagi hingga 5 petang. Tapi 430 pagi hingga 12 tengah malam.
Sebagai suami, kita ringankan beban mereka. Share tanggungjawab bersama.
Isteri buat sarapan, kita kemaskan anak-anak ke sekolah.
Kemudian isteri lipat baju, kita buang sampah.
Selepas itu, isteri sediakan makanan, kita kemaskan katil anak-anak lepas tidur.
Kalau pejabat dekat, bawa isteri lunch sesama.
Suami Kena Kongsi Tanggungjawab
Kalau dia kenyang, offer cuci rambut di salon. Bukan selalu.
Rumahtangga perlu ada tolak ansur dan perbincangan. Barulah kekal bahagia. Haa gitu.
MW: Rumah tangga ini memerlukan suami isteri saling memberi, tak bermakna bila ayah jadi suami hanya perlu menerima saja. Bila saling memberi barulah bahagia rumah tangga.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...