Ceroboh balai, insiden serang anggota Polis berlaku lagi. Polis menahan seorang lelaki yang dipercayai menyerang anggota polis di Balai Polis Dato’ Keramat, George Town pada Ahad.
Kejadian dikatakan berlaku jam 4.45 pagi tadi apabila lelaki tempatan berumur 35 tahun menunggang motosikal memasuki balai polis itu dan secara tiba-tiba menyerang anggota sentri yang sedang bertugas.
Sumber berkata, semasa kejadian, suspek dipercayai berada di bawah pengaruh alkohol. Suspek dilaporkan cedera sewaktu anggota polis cuba menahannya dan dia kini sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang (HPP)
“Suspek berjaya ditangkap namun mengalami kecederaan kecil semasa proses tangkapan dibuat dan sedang menerima rawatan di Hospital Pulau Pinang, keadaan suspek stabil,” kata sumber itu.
Difahamkan Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Hamzah Ahmad akan mengeluarkan kenyataan media berhubung kes berkenaan dalam masa terdekat.
“Tudung is my hair. Kalau tak ada tudung, rasa macam botak. Masak pun pakai tudung, tidur pun dengan tudung…inilah perkongsian dari artis legenda, Bonda Noor Kumalasari.
Dalam pertemuan Mingguan Wanita bersamanya, bintang kesayangan ramai ini turut sebak dan mengalirkan air mata tatkala bercerita tentang hijrah 30 tahun lalu mengenai pemakaian tudung yang dilakukannya seterusnya memilih untuk tidak lagi bergelar anak seni walau menerima banyak tawaran.
Mengimbau kenangan lalu, kata Bonda Noor, dahulu balik dari Makkah, dirinya masih tidak menutup aurat dengan sempurna biar ada dinasihati oleh suaminya kerana mati itu akan berlaku tanpa kita tahu.
“Ketika itu Kak Noor cakap, Kak Noor nak pakai ikut kata hati. Kak Noor minta pada Allah dan itulah yang berlaku hingga ke hari ini. Tak pernah tanggal langsung dah. Dah macam rambut.
Lagi satu bila kita memilih bertudung, kena tanya pada hati kita. Kita pakai untuk siapa? Pakai untuk diri sendiri? Untuk suami? Atau kerana Allah? The best thing pakailah kerana Allah kerana itu adalah syariat dan tuntutan menutup aurat bagi wanita. Ya itulah kita kena lakukan.
Ads
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Aeril tak pernah terlintas menduakan Wawa Zainal. Jujur dan setia adalah antara rahsia dalam rumah tangga yang wajib ada pada diri setiap pasangan. Suami isteri kena lah saling setia, barulah rumahtangga bahagia.
Sewaktu bertemu dengan pasangan suami isteri usahawan berjaya dan selebriti popular ini pada Majlis Rumah Terbuka Wawa Cosmetics Aeril akui isterinya Wawa sudah cukup cantik di matanya. Malah tidak terlintas untuk menduakan isteri kesayangan.
“Wawa sudah cukup cantik di mata saya,” ungkap Aeril.
Pada masa yang sama, Aeril turut memberitahu Wawa sudah cukup melengkapkan hidupnya dan kerana itu juga tidak ada alasan untuk dirinya mengenali wanita lain.
“Saya tidak pernah ada niat untuk ada orang ketiga dalam hidup saya, tetapi kalau ada ‘bisikan’ yang tidak baik saya akan ingat pada anak-anak.
“Nak cakap wujud atau tidak cubaan orang ketiga, saya tidak boleh nak jawab sebab kalau orang suka kita dalam diam, manalah kita nak tahu kan?
“Cumanya kalau kita tidak melayan, perkara itu tidak akan terjadi,” ungkap Aeril lagi.
Tambah Aeril lagi kepercayaan merupakan kunci utama dalam kebahagiaan rumah tangga.
“Saya lebih senang untuk memikirkan masa depan. Saya juga tak mahu rosakkan apa yang sudah dibina selama ini, hanya dengan kesilapan diri sendiri.
“Saya pun yakin, Wawa pun akan buat perkara sama memandangkan dia seorang yang setia.
“Saya percaya kalau bual hal yang tidak baik, mesti kena karma. Apabila ia berlaku susah nak patah balik. Malah sudah tentu kepercayaan si isteri juga akan hilang.
“Jadi pada pandangan saya, jangan pernah ada niat untuk buat sesuatu yang kita sendiri pun tak boleh nak kawal,” sambungnya.
Pada masa yang sama, Wawa Zainal pula turut menerangkan Wawa Cosmetics kini bekerjasama dengan pelakon Abby Abadi yang dilantik sebagai wajah produk terbaharunya. Mengulas tentang majlis rumah terbuka anjuran mereka, Wawa sangat bersyukur lebih 500 tetamu hadir.
“Ini tahun ketiga kami anjurkan di ibu pejabat Wawa Cosmetics. Alhamdulillah kami syukur bila setiap tahun ramai yang sudi hadir melebihi apa yang kita jangka. Memang berniat untuk meraikan semua orang. Namanya pun rumah terbuka,” ujarnya.
Anak perempuan meningkat remaja. Nana Mahzan akui agak risau. Namun punya cara tersendiri didik anak. Paling penting kata Nana perlu banyak berbicara dengan anak perempuan. Berkongsi cerita sangat penting dan pastikan anak menghormati dan mendengar kata ibu ayah.
Siapa isteri-isteri geng Syatilla angkat tangan. Setuju tak? Memang suami berat mulut dan tak rajin borak bila dalam kereta suara isteri je macam dj radio tak berhenti bercakap. Hihihi.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Ciplak kufiyah scarf Palestin rekaan Sarah Musa, pemilik Lima Segi minta maaf. Isu menciplak rekaan bukan baru. Telah banyak berlaku hingga saman menyaman di mahkamah. Namun menciplak di saat warganya sedang bergelut tanah dijajah zionis, dianggap tindakan tidak wajar. Apatah lagi setiap keuntungan jualannya disalurkan kepada tabung bantuan kecemasan di Palestin.
Terbaru di media sosial X, tular dakwaan kufiyah rekaan Sarah Musa yang berdarah kacukan Palestin / Korea menjadi mangsa ciplakan syarikat Lima Segi yang dimiliki oleh seorang influencer tanahair. Dan mengejutkan, kufiyah ini ditiru bulat-bulat baik dari segi rekaan dan juga warna tanpa ada sedikit perbezaan pun.
Kufiyah Scarf rekaan Sarah Musa ini sangat Istimewa kerana bukan saja fabriknya berkualiti tinggi tetapi ia dibuat di sebuah kilang kecil di Turki dan dijahit dengan penuh sayang.
Setiap keuntungan scarf ini disalurkan kepada warga Palestin. Tak hairanlah, dengan kualiti dan rekaan menarik, Yuna antara artis yang membeli kufiyah ini selain ramai yang menyokong pembelian scarf ini demi sebuah perjuangan untuk bangsa Palestin.
Dalam isu ciplak ini, selepas isu ini tular di media sosial, butik perniagaan atas talian Lima Segi meminta maaf dan akan menarik balik kesemua scarf yang dikeluarkan. Malah mereka turut meminta orang ramai menyokong kufiyah scarf milik Sarah Musa.
Di instagramnya, Sarah Musa turut mengulang siar hal ciplak ini di insta stroriesnya selepas dimaklumkan oleh pengikutnya. Jelas ia sesuatu yang tidak normal kerana menciplak adalah hal yang sukar diterima.
Siapa Sarah Musa?
Dibesarkan di Ohio oleh ibu berketurunan Korea dan bapa berketurunan Palestin, Sarah Musa menggemparkan kedua ibu bapanya apabila memutuskan untuk memakai tudung pada usia 17 tahun.
Hari ini, pada usia 40 tahun, Sarah Musa mencipta nama sebagai designer dan mencipta jenama fesyen sendiri yang bersifat sederhana dan sesuai dipakai oleh pelanggan tanpa mengira sama ada mereka beragama atau tidak.
Perjalanan kerjayanya sangat menginspirasikan di mana Sarah Musa telah bekerja dengan nama besar dalam industry fesyen termasuk Ralph Lauren, Anna Sui, Carolina Herrera, Club Monaco dan lain lagi.
Dalam satu temuramah dengan AFP suatu masa dahulu, Sarah Musa berkata, dirinya mencipta pakaian yang cantik dan wanita boleh memilih cara memakainya.
Sangat mementingkan kualiti dalam rekaannya, dirinya sangat menekankan bahawa kualiti adalah keutamaannya. Hari ini namanya begitu dikenali. Sarah Musa bukan sahaja mencipta pakaian tetapi juga membina jambatan antara budaya, tradisi, dan inovasi dalam dunia fesyen.
Perjalanannya dari Ohio ke pusat fesyen New York adalah bukti bahawa dengan keberanian dan ketekunan, seseorang boleh mencapai impian besar dan memberi impak yang bermakna kepada dunia.
Isteri polis didakwa cuba racun suami dan ibu mentua, mengaku tidak bersalah. Isteri seorang pegawai polis mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini, hari ini, atas dua pertuduhan sengaja mendatangkan kecederaan dengan cara menggunakan racun terhadap suami dan ibu mentuanya, lima tahun lalu.
Datuk Mou Ei Leen @ Eileen Mou, 42, membuat pengakuan itu selepas pertuduhan dibacakan di hadapan Hakim Azman Mustapha.
Mengikut pertuduhan pertama, ibu kepada dua anak itu didakwa melakukan perbuatan terbabit terhadap suaminya di sebuah rumah di Lorong Seri Kuantan 23 di sini, pada Julai 2019.
Bagi pertuduhan kedua, wanita berkenaan didakwa melakukan perbuatan itu terhadap ibu mentuanya di sebuah rumah penjagaan warga emas di Sara’s Home for The Aged di Lorong Seri Kuantan 59 di sini, pada Jun 2020.
Kedua-dua kesalahan itu didakwa mengikut Seksyen 328 Kanun Keseksaan yang jika sabit kesalahan memperuntukkan hukuman penjara selama tempoh boleh sampai 10 tahun dan boleh juga dikenakan denda.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Raja Zaizul Faridah Raja Zaharudin dan Aqharie Durranie Aziz, manakala tertuduh diwakili peguam Datuk Bob S Arumugam.
Terdahulu, Raja Zaizul Faridah mencadangkan wang jaminan sebanyak RM15,000 bagi setiap pertuduhan dengan syarat tambahan tertuduh perlu melaporkan diri di balai polis terdekat dan menyerahkan pasport antarabangsa kepada mahkamah sehingga selesai perbicaraan.
Bagaimanapun, peguam tertuduh merayu jaminannya dikurangkan kerana tertuduh adalah seorang ibu kepada dua anak yang masih bersekolah berusia 12 dan 15 tahun.
Hakim kemudian memerintahkan tertuduh untuk membayar jaminan RM6,000 dengan seorang penjamin bagi kedua-dua pertuduhan, menyerahkan pasport antarabangsa dalam masa tujuh hari kepada mahkamah.
Tertuduh juga tidak boleh mengganggu saksi pendakwaan sehingga selesai perbicaraan. Mahkamah menetapkan sebutan semula kes pada 27 Jun ini.