Cekodok Pisang Bulat-Bulat. Nak Cantik Kejadiannya, Inilah Caranya!

Share

Kalau nak cerita pasal resepi cekodok pisang tu, macam ramai yang dah tahu apa bahan dan macam mana nak buat.

Tetapi anda berjaya tak hasilkan bentuk cekodok pisang tu bulat-bulat comel macam ini?

Haaa… inilah rahsianya, Puan Norlela Abdul Lahak sudi kongsikan dengan pembaca lain untuk anda cuba buat sendiri di rumah.

Nah, jemput godek!

Bahan-bahan Buat Cekodok Pisang:

1 kg tepung gandum
1 kg pisang masak ranum*
3 cawan gula*(boleh kurangkan)
2 sb soda bikarbonat
1 sb garam*
Air secukupnya.
Minyak masak untuk menggoreng

Cara-cara:

  1. Masukkan soda dalam tepung dan gaul rata, ketepikan.
  2. Blend bahan yang bertanda bintang.
  3. Kemudian masukkan bahan blend tadi ke dalam tepung, gaul sebati. Bancuhan macam buat cokodok biasa.
  4. Jangan terlalu cair. Masak dalam minyak yang betul-betul panas. Guna jari saja untuk jemput bancuhan ke dalam kuali.

Selamat mencuba.

IKLAN