Cekodok Jejari Kentang Rangup Di Luar Lembut Di Dalam, Dijamin SEDAP!

Share

Kentang memang sedap dimasukkan dalam kuah masakan, mahupun digoreng dan dimakan begitu sahaja. Namun jika nak cuba kelainan, mak-mak boleh cuba buat cekodok jejari kentang ni. Memang rangup di luar dan lembut di dalam malah dijamin sedap! Sesuai sangat dibuat untuk minum petang.

Boleh cuba resipi cekodok jejari kentang yang dikongsikan oleh Puan Eyda Rohaidah ini;

Menu minum petang kami. Cekodok jejari kentang bikin laki sayanggg. Crunchy diluar, lembut didalam. Siapa yang takde idea boleh la cuba. Guna bahan-bahan simple kat rumah je. Asyik lapar je kan. Try la, Insyaallah dijamin sedap.
Bismillah.. Kami makan dulu naa.

Bahan-Bahan:

3 biji kentang (tak payah rebus, sagat je.Nanti goreng dia lembut je)
Bawang merah hiris halus
Cili api bagi pedas cikit
Tepung Gandum
Kunyit

Cara Membuat:

1.Sagat kentang sampai jadi camni.

2.Tepung gandum agak-agak je, jangan banyak pastu bubuh la kunyit sikit. Kami suka kuning-kuning. Perasakan dengan garam. Boleh jugak nak pecah telur sebiji ikut selera naa.

3.Gaul rata sampai jadi macam ni. Air jangan banyak sangat agak-agak je.

4.Siap dah goreng dalam minyak panas.Jaga api jangan hangit.

5.Taraaa.Siap boleh makan. Rangup kat luar, lembut kat dalam. Makan panas-panas uiiiii… Dapppp ooo.

Info Ekstra!

  • Kalau ada anak kecik tak payah bubuh cili api. Nak lagi sedap bubuh daun kucai/taugeh. Uma kami takde, jadi guna dua ni je.
  • Guna sagat hat ni. Kami beli lama di kedai RM2 rasa. Dia boleh tukar-tukar tu. Ada yang untuk kepek pisang, ada yang lagi halus untuk buat coslow.

Baca Lagi Di Sini:

CEKODOK PISANG Cantik Sukatan Cawan, Tak Terlembik Atau Terkeras Resipi Yatie Kitchen!

RESIPI Pisang Goreng ‘Crunchy’ Tak Berminyak Dibuat Niaga, Tak Putus Orang Beli!

MW: Menarik juga resipi Cekodok Jejari Kentang ni. Kalau suka makan kentang, ada banyak kentang di rumah tu boleh cuba resipi yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!

Sumber: Eyda Rohaidah

Bangkit Wanita Mingguan Wanita

Group khas buat semua wanita B40 dan M40 yang mahu bangkit maju dari kehidupan sekarang menerusi perkongsian tip, promosi kursus anjuran Mingguan Wanita, perkongsian kisah inspirasi wanita. #langkahyakinlakarkejayaan
https://t.me/bangkitwanitaMW

Nak daftar sebagai peserta boleh ke toko.ideaktiv.com di bawah ini.

WEBINAR BANGKIT WANITA: CAPAI 4 ANGKA BISNES MOBILE SPA
toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-capai-4-angka-bisnes-mobile-spa/

WEBINAR BANGKIT WANITA: TAK SUSAH PUN BUAT DUIT KENCANG BISNES DI SHOPEE
toko.ideaktiv.com/product/webinar-bangkit-wanita-tak-susah-pun-buat-duit-kencang-bisnes-di-shopee/

Follow kami di :
Facebook Mingguan Wanita – https://www.facebook.com/mingguanwanita/
Instagram Mingguan Wanita – https://www.instagram.com/mingguanwanita/
Twitter Mingguan Wanita – https://twitter.com/MingguanWanita

IKLAN