Cedera di muka 5 hari sebelum ijab kabul.” Bakal suami langsung tidak terfikir untuk tangguhkan majlis pernikahan mereka berdua hanya disebabkan kecedaraan yang dialami bakal isterinya.
Alhamdulillah kini pasangan ini telah selamat bernikah dan ramai yang memuji tindakan pengantin lelaki yang sanggup menerima suru hatinya seadanya.
Cedera Di Muka
“Saya tidak terfikir untuk tangguhkan, jauh sekali membatalkan majlis perkahwinan yang dirancang hanya kerana kemalangan itu,” kata Ahmad Fakhrullah Mat Zaki, 22.
Kisah kakitangan hotel itu tular di media sosial dan menarik perhatian warganet selepas dia berkongsi video TikTok mengenai isterinya, Nur Alifah Mahirah Burkhari, 20, yang cedera di muka selepas terbabit kemalangan, lima hari sebelum mereka diijabkabulkan.
Rata-rata warganet memuji Ahmad Fakhrullah yang setia di sisi Nur Alifah dan mendoakan pasangan itu bahagia hingga akhir hayat.
Menurut Ahmad Fakhrullah, dia sudah berjanji untuk menikahi Nur Alifah pada 22 Februari lalu dan tidak tergamak untuk memungkiri janji berkenaan.
Dia yang menetap di Kampung Gong Kiat di sini berkata, dia berkenalan dengan Nur Alifah sejak tamat persekolahan lagi sebelum mereka sepakat untuk mengikat tali pertunangan pada 30 Oktober 2021.
“Alhamdulillah, hubungan kami mendapat restu kedua belah keluarga dan sudah tetapkan tarikh pernikahan pada 22 Februari lalu, cuma berlaku insiden tidak diduga lima hari sebelum akad nikah apabila isteri kemalangan ketika membonceng motosikal yang ditunggang adiknya.
“Hanya Allah saja tahu perasaan saya ketika itu dan mujurlah isteri selamat walaupun cedera teruk, malah dengan izin-Nya, kami berdua disatukan juga pada tarikh dirancang,” katanya.
Ahmad Fakhrullah bersyukur kerana majlis akad nikah dan perkahwinan dapat disempurnakan walaupun dalam keadaan isterinya belum pulih sepenuhnya daripada kecederaan.
“Buat masa ini, saya yang membantu menguruskan isteri kerana dia belum pulih sepenuhnya dan walaupun bekerja, saya dapat lakukannya. Ini memang sudah menjadi tanggungjawab saya sebagai suami.
“Berhubung video di TiKTok itu, saya kongsikan dengan harapan mendapat kata semangat dan berterima kasih kepada semua yang mendoakan kami,” katanya.
Facebook : Mahirah Bukhari.
Tidak Terfikir Tangguhkan Majlis
Sementara itu, Nur Alifah terharu kerana suaminya tetap sudi menerimanya dan ada bersama selepas apa yang berlaku.
Katanya, ia bukti keikhlasan dan kesetiaan suaminya sebagai pasangan yang bukan hanya ada ketika senang.
Ads
“Kemalangan itu berlaku ketika saya dalam perjalanan menghantar barangan dipesan oleh pelanggan dan saya terjatuh daripada motosikal selepas kain jubah tersangkut pada rantai motosikal.
“Saya tidak ingat sepenuhnya apa yang berlaku namun menurut saksi, saya jatuh kemudian berguling di atas jalan raya.
“Alhamdulillah, saya tidak koma selepas kemalangan cuma cedera pada bahagian muka dengan paling teruk adalah kening, tangan dan badan.
“Saya anggap apa yang berlaku ini sebagai takdir yang sudah tertulis dan bersyukur kerana Allah panjangkan nyawa saya serta beri kesempatan untuk berkahwin dengan suami walaupun melangsungkan pernikahan ketika belum sembuh sepenuhnya,” katanya.
ZAMAN DAHULU BOLEH LAH NAK PERMAINKAN WANITA. SEKARANG ‘BIG NO’ Wanita hari ini PANTANG DICABAR!
Pernah diperlekehkan? Dipijak kepala? Buli atau takut berdepan masalah hidup? Dengar apa nasihat pakar. Jom sertai webinar sehari, AURA: Wanita Pantang Dicabar ini.
Sebenarnya bila kena teman asben, masa ni lah kita kena ‘pasang badan’ dan banggakan dia. Barulah sempurna, bukan pandai jaga anak jer tau malah cantik dan bergaya!
Mujurlah tempoh hari hari dapat tengok banyak selebriti di majlis Nona Superwoman Award 2018. Gaya diorang ni boleh dijadikan inspirasi tau. Jom tengok mana yang boleh ditiru.
“Dari kecil lagi tengok mak kuat bekerja, tak pernah tunjuk dia lapar & letih” luahan Abang Dee buat air mata mengalir. Sebaknya bila seorang anak meluahkan perasaan terhadap ibunya.
Apatah lagi seorang anak lelaki menceritakan betapa besarnya pengorbanan seorang wanita yang bergelar ibu. Bukan sekadar melahirkan malah membesarkan hingga menjadi seorang anak yang berjaya.
Begitu besar pengorbanan Ibu untuk anaknya. Jiwa raga dipertaruhkan, mulai dari anak itu masih berupa janin hingga menyerupai manusia dalam kandungan. Betapa sengsaranya seorang ibu selama sembilan bulan lamanya terbebani sosok yang menyerupai manusia dirahimnya. Namun, keiklasan yang dimiliki Ibu mampu mengubah beban yang begitu berat menjadi seringan kapas.
“Dari Kecil Lagi Tengok Mak Kuat Bekerja”
Kasih sayang dan pengorbanan seorang ibu terhadap anak-anak umpama air dicincang tidak akan putus. Air mata bergenang membaca luahan Datuk Seri Mahadi Badrul Zaman yang juga suami selebriti Datin Seri Heliza Helmi terhadap ibu yang melahirkan.
Sempena hari lahir ibunya yang ke-68, Mahadi meluahkan rasa hati tentang ibunya yang bertungkus lumus membesarkan dirinya dan adik beradik yang lain. Dek kerana kesusahan yang dilalui oleh ibu tercinta membuatkan Mahadi nekad untuk mengubah cara hidup dan memberikan kesenangan buat ibunya.
Ibu Mahadi iaitu Puah Hamidah atau Cikgu Midah sering mendapat perhatian warganet dek kerana Mahadi sering menunjukkan layanan mesra terhadap ibunya.
“Sanah Helway Mak!
“Alhamdulillah bila tengok mak, respect pada kaum hawa yang bergelar ibu ni terus jadi lain.
“Dari kecil lagi tengok mak yang bekerja sebagai guru besarkan Aband Dee dan Abang Der(Abang kandung) serta menanggung tok(nenek), dengan serba cukup kasih sayang walau kekangan dari segi kewangan. Mak tak pernah tunjuk yang dia lapar, tak pernah tunjuk dia letih, tak pernah tunjuk dia penat.
“Hari ni asbab mak lah, Abang Dee tekad nak berjaya sungguh2 untuk beri yang paling terbaik untuk Mak. “TabarakAllah.. Terima Kasih mak atas segalanya.
Semoga Mak Kekal Sihat
“Semoga Mak kekal sihat, sentiasa senyum dan ketawa(seperti gambar ketiga) tanpa nangis, diberi keberkatan masa, tenaga dan usia, dikurniakan kejayaan dunia dan akhirat, dipanjangkan usia dengan keredhaanNya, dicampakkan ketenangan dan kebahagiaan disamping anak2 menantu2 dan seluruh keluarga InsyaAllah.
“Aamiin Aamiin ya Rabbal A’lamiin..
“Bukanlah media sosial ni tempat nak berterima kasih pada mak, tapi nak berkongsi kesyukuran dengan semua supaya ampa semua boleh aminkan doa na,” luah Mahadi.
Heliza Doakan Moga Ibu Mertua Dipanjangkan Umur
Manakala Heliza juga tidak ketinggalan mendoakan agar ibu mentuanya panjang umur.
“#BismillahiMasyaAllah
“Sanah Helwah Mak Tersayang Dunya Wal Alkhirah
“Terima Kasih Mak untuk segalanya, kebaikan pengorbanan nasihat tunjuk ajar dan keceriaan Mak😃. Moga Allah berikan keafiatan Mak , panjang umur dalam keberkatan kebaikan dunia hingga till Jannah
“Aamiin,” kongsi Heliza.
“Bagus Juga Masukkan Di Media Sosial Nanti Ramai Yang Ikut Menghargai Mak Ayah” Netizen
Peringatan penting jangan meninggalkan power bank di dalam kereta kerana ia boleh mengundang bahaya. Dengan keadaan cuaca panas terik sekarang, merisikokan power bank boleh terbakar, sekaligus menyebabkan kereta musnah.
Tertinggal ‘Power Bank’ Dalam Kereta
Seorang pelajar Universiti Awam mengalami kerugian ribuan ringgit apabila kereta PERODUA Kancil miliknya musnah dalam kebakaran dipercayai berpunca daripada ‘power bank’ yang ditinggalkan di dalam kereta di Taman Bersatu di sini, kelmarin.
Menurut saksi yang enggan dikenali, kejadian yang berlaku kira-kira 1.40 tengah hari tadi berpunca daripada kereta yang diletakkan di luar rumah sewa pemiliknya.
“Pemilik melihat kereta terbabit mula mengeluarkan asap dari dalam dan mendapati ‘power bank’ yang ditinggalkan di dalam kereta itu terbakar.
“Dia cuba memadamkan kebakaran namun tidak berjaya sehinggalah rakan-rakannya menghubungi pihak bomba bagi mengawal kebakaran,” katanya ketika ditemui di sini.
Bomba Berjaya Kawal Api
Sementara itu, jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perlis ketika dihubungi berkata pihaknya menerima panggilan dari Pusat Gerakan Operasi (PGO) kecemasan pada jam 1.59 tengah hari dan tiba di lokasi lima minit kemudian.
“Seramai tujuh anggota yang diketuai Pegawai Bomba Kanan (PBK) Rosnani Abu Seman dengan satu jentera pemadam kebakaran dikerahkan ke lokasi kejadian.
“Api berjaya dikawal pada jam 2.35 petang dan anggaran kerugian masih dalam siasatan,” katanya.
MW: Semoga dapat jadikan iktibar kisah ini. Dalam keadaan cuaca panas terik sekarang, jangan sesekali tinggalkan ‘power bank’ di dalam kereta. Bahaya!
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.