cara

Tak payah pening fikir cara nak buat botol rempah ratus sendiri sebab mak-mak yang suka godek boleh cuba DIY mudah ini yang bukan sahaja cantik, paling penting jimat kos.

Berikut merupakan perkongsian oleh Puan Nada Ishak;

Nak kongsi cara DIY bekas rempah ratus.Jimat dan mudah nak buat.Senang juga nak alih kemana-mana.lekat di peti sejuk pun boleh.Jatuh pun tak pecah.Boleh lekat di dinding dapur juga.Air kita minum,bekas kita guna.Semoga bermanfaat untuk semua.Lepas ni jangan buang botol ni.Boleh buat macam-macam lagi.hehe

Bahan-Bahan:
Botol air yogurt
Tali Guni
Sticker label
Gam 3 Second Super Glue
Selotip
Penyangkut
Gunting

Cara Membuat:
1.Botol ni botol air yogurt farm fresh tu.hat comey kecik molek.beli masa ada fiesta get this di melaka.5 botol rm10.klau tahu nak buat ni,beli banyak pun x pa.

Cara Nak Buat Botol Rempah Ratus Sendiri Yang Cantik & Paling Penting Jimat Kos. Mudahnya!

IKLAN

2.Guna tali guni..beli di kedai mr diy..rm1.30 segulung tu..lebih banyak..boleh diykan dekat botol2 kicap pula lepas ni.

Cara Nak Buat Botol Rempah Ratus Sendiri Yang Cantik & Paling Penting Jimat Kos. Mudahnya!

3.Lilit keliling botol, lepas tu buat tali untuk gantung.Masa ni nak bagi lekat elok letak gam 3 second super glue dekat ikatan tu.Gam tu pun beli di mr diy.lupa dah harganya berapa.

IKLAN

Cara Nak Buat Botol Rempah Ratus Sendiri Yang Cantik & Paling Penting Jimat Kos. Mudahnya!

4.Lepas tu tampal la label.Label ni print dan laminate bagi kemas..lepas tu potong lekat dengan selotip jernih dekat botol.kalau nak buang pun senang sebab dah laminate kan.

Cara Nak Buat Botol Rempah Ratus Sendiri Yang Cantik & Paling Penting Jimat Kos. Mudahnya!

IKLAN

5.Lepas tu sangkut la dekat penyangkut tu..apa ntah paggilnya..boleh beli dekat kedai mr diy.1 peket ada 6 pcs rm1.50.Klau nak alih gi ke peti sejuk pun senang kan..Hehe

Cara Nak Buat Botol Rempah Ratus Sendiri Yang Cantik & Paling Penting Jimat Kos. Mudahnya!

Terima kasih sudi baca.Harap bermanfaat.

Selamat Mencuba

Sumber: Nada Ishak 

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI