Capsicum atau Lada Benggala selalu dicampur dalam pasta, pizza, sup sayur, salad dan sebagainya. Ada pelbagai warna seperti hijau,merah dan kuning. Rupanya mudah je kalau nak tanam sendiri pokok capsicum ni di rumah. Semai je guna biji benih dari buah capsicum yang kita beli di pasaraya.
Ikut cara dan tip yang dikongsikan oleh Puan Mell Akmal ini.
ANAK POKOK CAPSICUM
Haritu ramai pm saya, tanyakan cara semai anak pokok.
Cara saya;
1. Beli capsicum dekat pasar berdekatan.
2. Ambil bijinya dan rendam dalam air semalam.
3. Biji yang terapung tu dibuang. Yang lain saya letak atas tisu basah dalam bekas bertutup. Pastikan tisu sentiasa basah.
4. Lepas seminggu, benih yang dah keluar akar saya pindahkan ke tanah.
5. Spray air 2 kali sehari.
6. Saya letak di tempat berbumbung, tapi still kena cahaya matahari.
7. Gambar pertama usia anak pokok lebih dari 10 hari.
8. Bila dah besar sikit saya spray vitamin siam 2 kali seminggu. Untuk kuatkan akar dan membantu pertumbuhan pokok serta menggalakkan pokok berbunga dan berbuah. Vitamin siam saya beli dekat Mariam Zain.
Ads
Bagi yang nak beli anak pokok, saya tak jual. Saya boleh bagi free, cuma masalah sekarang saya tak sure macam mana saya nak post anak pokok ni. Saya dekat Kuala Lipis Pahang.
Ads
Selamat mencuba. Lagi satu saya tak berapa arif pasal pokok, jadi saya cuba cara yang biasa sahaja. Term-term dalam tanaman pun saya tak berapa arif. Andai ada yang salah. Mohon tunjuk ajar.
Ads
Info Ekstra!
Saya guna tanah baja biase je. Beli tanah campuran yang RM2
Cocopeat saya letak bawah sekali.Tak wajib letak tapi saya suka letak sebab nanti nak alihkan senang terletak je akar tu. Saya beli dekat kedai Eco RM2 je.
Yang penting siram hari-hari dan dua kali seminggu kena letak vitamin siam ni.
MW: Menarik juga bila tanam capsicum ni. Mak-mak yang suka bercucuk tanam tu, boleh cuba semai anak pokok capsicum guna biji benih ikut cara yang dikongsikan ini. Selamat Mencuba!
Kerja yang ramai mak-mak ‘bercinta’ nak buat bab lipat baju atau kain. Ada yang sanggup tunggu seminggu baru nak kumpul kekuatan mula melipat. Tapi, keseronokan itu datang bila mak-mak dapat lipat baju sama saiz, susun di rak pun kemas teratur.
Kongsi Rose Kamarina, “Cuti sambung lagi, jom lipat kain. Ni baru T-shirt Waiz, umur 6 tahun. Anak 4, campur umi abah.. fengsan nak perabih.”
Bagi ibu anak empat ini, Rose miliki skill lipat baju sama saiz. Kemas betul setiap satu baju yang bersusun di rak. Macam susunan kain dekat mall cantiknya. Rupanya ada rahsianya.
Dan, ini yang Rose buat sehingga dapat hasil lipatan yang kemas.
“Boleh pakai apa-apa sebagai ukuran.. buku, kad, kertas, kertas keras, kotak.. ikut suka nak saiz mana. Lapik dengan kertas A4 putih, lipat macam biasa.”
Tanam sendiri asparagus di rumah. Tuaian pertama boleh diperoleh seawal 10 hingga 12 bulan. Kita boleh jimat wang untuk beli asparagus selepas ini.
Kerja penanaman dan penjagaan sayuran ini agak cerewet tetapi pokoknya mampu bertahan lama jika dijaga dengan sebaik mungkin.
Boleh Cuba Cara Menanam dan Menjaga Asparagus Yang Dikongsi Oleh Euis Maemunah Di Dalam Grup Kebun Bandar: Jom Tanam Sendiri.
“Ada beberapa orang yang tanya saya cara tanam dan jaga asparagus. Di sini saya kongsikan caranya. Asparagus boleh ditaman melalui biji benih atau beli ‘crown’ atau pun pokok.
“Di bawah saya kongsikan cara tanam dari biji benih. Dan sesiapa yang beli ‘crown’ atau pokok boleh ikut dari step / langkah ke 5 dan seterusnya.”
Rendam biji asparagus dengan air bawang merah. Bawang merah kecil lagi bagus. Tujuannya sebagai perangsang pertumbuhan. Hiris 1 biji bawang merah kecil, tambahkan air 3-5 sudu besar air atau sehingga biji benih terendam dan biarkan semalaman.
Sediakan tray dan media semai, masa tu saya guna peatmoss. Letakkan biji benih, satu biji satu lubang. Bungkus dengan plastik hitam, letak ditempat gelap selama 2 hari. Lepas dua hari, buka plastik, dan letakkan ditempat teduh.
Jangka masa tumbuh, bergantung pada lama mana biji benih disimpan. Semakin lama disimpan, semakin lambat akan tumbuh. Sebaiknya guna biji benih yang fresh,sebab lebih mudah tumbuh. Biji benih asparagus akan mula bercambah seawal 2-4 minggu. Ya, asparagus memang lambat bercambah. Harap bersabar dan jangan buang dulu bila 3 minggu belum bercambah.
Setelah tumbuh 3-4 batang, pindahkan dalam pasu kecil. Media tanam boleh guna tanah campuran biasa beli dekat nursery. Guna baja tinja ayam.Pacakkan sebatang kayu, untuk tiang. Ikat pokok asparagus, sebab asparagus sangat lembut. Mudah rebah bila terkena angin dan hujan.
(Langkah Ke 5 ini khas buat mereka yang tanam dari crown atau pokok)
Setelah 3-4 bulan, pindahkan lagi pada pasu agak besar. Kalau ada tanah luas, boleh tanam atas tanah terus. Jarakkan ±1 meter setiap pokok.
Setelah tanam atas tanah, kena pastikan bersih dari rumpai dan baja sekurang-kurangnya 1-2 minggu sekali. Buang pokok yang dah tua.
Pastikan batas tinggi untuk mengelakkan akar terendam,juga pastikan kena panas matahari sekurang-kurangnya 6 jam. Pokok saya kena panas matahari sepanjang hari.
Bila penjagaan cantik, Insya Allah seawal 10-12 bulan boleh tuai, walau spear tak berapa besar. Kita yang tanam dia, besar mana pun boleh ambil untuk dimakan.
Asparagus dikatakan pokok matang setelah berumur 2 tahun. Masa ini, spears cukup besar.
Asparagus ada pokok jantan dan betina. Pokok jantan, spears akan lebih besar tetapi sedikit setiap perdu berbanding pokok betina. Pokok betina pula, akan berbunga dan mengeluarkan biji benih. Spears keluar lebih banyak, tetapi saiz lebih kecil dari pokok jantan.
(Ikut pengamatan saya pada pokok yang saya tanam.)
Cara penjagaan asparagus agar senantiasa mengeluarkan rebung /tombak/spears teramatlah mudah.
Seminggu sekali atau sekurang-kurangnya 2 minggu sekali. Pilihan saya, seminggu sekali menggunakan baja tahi ayam/baja kopi/npk16:16:16. Lepas bubuh baja, siram pokok. Boleh guna berselang seli. Jangan pula bubuh banyak jenis baja pada satu-satu masa.
Buang pokok yang dah tua, sebab membazir makanan pada pokok tua. Caranya, tinggalkan rebung muda 2-3 batang dan buang semua pokok yang tua. Pokok muda ni berguna sekurang-kurangnya 6-8 minggu lagi baru boleh potong buang. Sebab dah tua kan.
Dalam tempoh itu, bolehlah tuai rebung yang baru keluar. Kemudian bersihkan sekitar perdu pokok dari segala rumput. Agar makanan asparagus tidak dicuri rumput rumpai. Untuk memgatasi masalah rumput ni, boleh gunakan kaedah sungkupan/mulching. (Ilmu ni baru saya dapat dan baru nak cuba untuk pokok asparagus saya.)
Tips nak bagi asparagus keluar rebung setiap hari :
1. Baja seminggu sekali.
2. Buang rumput sekeliling perdu.
“Dikatakan jangka hayat pokok asparagus boleh sampai 30 tahun. Berbaloi sekali tanam, 30 tahun boleh tuai. Lagipun harga pasaran asparagus agak sedikit mahal berbanding sayuran lain. Tanam banyak-banyak satu baris, boleh jadi landscape yang cantik. Kalau tak tanam sekarang, bila lagi ? Jom tanam asparagus.”
“Sesiapa yang ada pokok asparagus, tapi tanam tak banyak, cara penyimpanan asparagus amatlah mudah.
“Setelah kerat, masukan dalam bekas tertutup dan simpan dalam peti sejuk. Boleh tahan hingga 2 minggu. Tak kecut. Bila dah cukup banyak, bolehlah dimasak.”
Handphone merupakan satu keperluan. Bagi anak yang masih tiada handphone sendiri, selalunya handphone mak ayah lah yang menjadi ‘mangsa’. Tengok youtube, main game, ambil gambar dan sebagainya.
Namun bila anak ‘pegang’ handphone mak ayah, terutama anak yang masih kecil macam-macam pula digodeknya. Ambil gambar sendiri, kadang secara tak sengaja terhantar gambar-gambar tak sepatutnya pada contact di whatsApp. Sebenarnya mak ayah boleh elakkan perkara sebegini berlaku dengan tukar setting pada WhatsApp Locked.
Selalu anak tiba-tiba hantar wasap muka dialah, kucinglah, gambar entah apa-apalah ke rakan-rakan kita dalam group.
Pernah berlaku tahun lepas ada seseorang minta jumpa dengan saya semata-mata nak pastikan yang saya dah delete gambar yang anak dia tersalah hantar kepada saya.
Jadi ini setting bagi mereka yang HP ada fingerprint. Saya baru tahu beberapa hari lepas. Boleh jadi masih ramai yang belum tahu setting ini kan.
Jadi jom pakat kongsi moga ramai ibu ayah dapat manfaat.
1. Pilih SETTING pada butang WhatsApp Belah Kanan .
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi mak ayah yang selalu bagi anak handphone tu, boleh cuba setting WhatsApp Locked, jika tak nak bagi anak buka whatsapp.
Ibu didapati bersalah amang seksual anak kandung sendiri. Seorang ibu yang sepatutnya menjadi pelindung kepada anak-anak bertukar sikap sebaliknya apabila melakukan perbuatan di luar...