Bagi mak-mak yang ada anak perempuan kecil, memiliki koleksi patung Barbie mahupun seangkatan dengannya bagaikan suatu kemestian. Tapi adatlah bila anak-anak dah mula bermain, rambut anak patung tersebut pasti jadi kusut masai dan tak selurus seperti waktu mula-mula beli dahulu. Melalui perkongsian oleh Puan Ain Syahirah Asnan, ada cara mudah untuk menjadikan rambut patung Barbie ini kembali lembut, lurus dan mudah disikat.
Berikut antara perkongsian wanita ini;
Bila kali terakhir mak-mak tengok rambut barbie licin smooth je? Macam tak ingat kan? tau-tau dah macam Kak Limah dah rambut barbie ni. Hehe. Alkisah kakak dapat barbie dari cousin dia. Rambut takyah cerita la. My sil share tips rendam dalam air panas. Kita google lagi rupanya senang je nak luruskan Kak Limah muka cantik ni.
Bahan Diperlukan:
Air panas
Hair conditioner (perapi rambut)
Sikat barbie (atau sikat baby doll. Jangan sikat korang sudah)
Tuala kecil
Hair dryer (pengering rambut)- optional
IKLAN
Cara Membuat:
1.Letak hair conditioner sebesar 50 sen dalam air panas dalam mangkuk. Kacau dan kalau ada ketul-ketul biar je.
2.Rendam rambut barbie dalam air bancuhan. Biar seketika sampai air jadi suam dan boleh pegang.
3.Sikat perlahan-lahan sambil lurutkan perapi rambut yang berketul. Sambil sikat sambil rendam.
Sikat sampai puas hati dah takde kusut di hati tau.
4.Keluarkan dan lap-lap guna tuala kecil.
5.Ambil pengering rambut, keringkan sambil sikat-sikat lagi. Masa ni seronok sikat sebab dah lurus lembut.
6.Buat sampai rambut kering.
Bagi yang takde hair dryer, boleh lap-lap dengan tuala sambil sikat sampai rambut kering.
IKLAN
Tadaaa…kakak non stop menyikat rambut barbie ni. Sebab seronok dah lembut lurus je. Hehe.
IKLAN
Sekian tip dari mak yang rimas dengan rambut kak limah muka cantik ni.
Kaum wanita akan mula tak senang duduk kalau haid tak lancar dan tetiba tidak datang pada bulan tertentu. Tambah pula kalau kena senggugut, memang boleh berubah jadi moody.
Setiap wanita adalah unik dan mempunyai corak haid yang berlainan dan mungkin normal bagi wanita itu sendiri. Untuk mengetahui apa yang normal buat anda, anda perlu mencatat hari-hari anda datang haid pada kalendar dan juga tarikh bilanya haid berhenti.
Ambil masa untuk kenal pasti corak haid anda, berapa hari haid dan juga pendarahan yang berlaku ditengah-tengah bulan sementara anda menanti haid yang berikutnya.
Anda boleh jumpa doktor dan berkongsi masalah yang anda alami atau mencuba petua yang dikongsikan Puan Anis Nailah ini…
Petua Hapuskan Haid Tak Lancar
Saya nak kongsi petua untuk orang perempuan yang selalu senggugut masa period dan haidnya tidak lancar.
Saya tiap-tiap bulan bergantung pada pain killer tapi sekarang, Alhamdulillah yang ni la “pain killer” saya.
Bahan-bahan yang anda perlu:
1sudu Halba
2-3 hiris halia
1 1/2 cawan air
Cara Buat:
1. Rebus semua bahan di atas sampai air tinggal 1 cawan je.
2. Tapis air tu, tunggu sampai dah suam, masukkan 1sb madu asli & perahkan sikit lemon (tak mahu pun tak apa) dan minum masa tengah suam tu.
Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh buat skrub atau lulur sendiri dirumah, hanya menggunakan bahan-bahan semula jadi yang sedia ada didapur je.Ia pastinya lebih selamat serta mampu membuatkan tekstur kulit badan jadi lebih bersih, halus mulus dan berseri.
Cara membuat skrub semulajadi menggunakan campuran kunyit hidup, beras dan pes asam jawa ini dikongsikan oleh Norliza Mohd Salleh sebagai rujukan kaum wanita yang suka nak cantikkan diri.
Berikut antara perkongsian beliau;
“Hari saya bukan #share pasal jamu. Tapi nak share sesuatu untuk dihidangkan pada kulit kita agar mulus giteww.Ok kali ni jom kita buat lulur/scrub untuk kulit kita.Yang ni homemade. Tiada bahan kimia dan Selamat digunakan. Bahan pun mudah nak dapat.Khasiat pun banyak. Kunyit dan asam jawa memang makanan terbaik untuk kulit tau.Dah banyak produk kecantikan bersumberkan kunyit. Kan?Kali ni kita buat sendiri ler..
Bahan-Bahan:
Kunyit hidup – 1 ruas (hiris)
Beras ( terpulang nak banyak mana)
Pes Asam Jawa
Cara Membuat:
1.Kisar ketiga-tiga bahan tersebut menggunakan pengisar kering.
2.Kisar jangan terlalu kasar sangat. Nanti nak sental kat badan sakit pula kulit.Dan jangan halus sangat nanti tak terasa scrubnya.Yang ini boleh simpan.dalam 1week, tak berkulat pun kalau simpan lama-lama Insya Allah.Lembut mulussss badan uoolss nanti.
3. Kemudian campurkan dengan pes asam jawa,bukan air asam jawa tau. Tapi pastenya. Saya guna brand Adabi..senang sebab tak berbiji.Yang campur dengan asam jawa ni kita campur bila kita nak guna je tau.Kalau tak nak guna tak perlu campur dengan asam jawa.
4.Gaulkan.. Tengok teksturnya.. Memang best disental kat badan, buang daki atau kulit mati.Ok ini hasilnya.
Mereka yang gemar bersenam tidak pernah meletakkan alasan anak untuk mereka aktif di dalam melakukan aktiviti kecergasan. Begitu juga dengan personaliti yang memenuhi ruangan Motivasi Sihat kali ini, Nur Ilyyana bte Noorazizam atau lebih senang dengan panggilan, Ilyyana, 32. Wanita yang juga ibu kepada dua orang cahaya mata ini sukakan, ‘Home Exercise’.
“Saya gemar melakukan senaman di rumah kerana terikat dengan kekangan sebagai ibu kepada dua orang anak. Senaman dirumah memberikan saya kebebasan untuk bersenam pada masa yang sama berada disamping anak-anak. Walaupun bersenam dirumah boleh menjadikan keadaan agak tegang dan merimaskan, namun saya tahu apa yang dilakukan anak-anak ketika saya bersenam. Jenis senaman yang saya lakukan tidak memerlukan banyak peralatan senaman. Saya lebih banyak melakukan senaman yang dinamakan ‘Hybrid training’,” terang Ilyyana yang gemar melakukan senaman yang berunsurkan kardiovaskular, angkat berat (strength training), muay thai dan jogging.
Ilyyana juga beruntung kerana suaminya memberikan galakan dan sokongan dalam meneruskan minat dan kerjaya dalam bidang kecergasan.
“Suami yang mengatakan saya ni banyak bersenam. Kenapa tidaknya saya manfaatkan apa yang saya lakukan untuk di kongsi bersama ibu-ibu di luar sana. Hanya borak-borak kosong yang kini dijadikan sebagai punca pendapatan saya,” terang Ilyyana yang juga menjadikan kesihatan sebagai kerjaya sampingannya.
Bersenam Ikut Kemampuan Diri
Menurut Ilyyana lagi, sejak di bangku sekolah dia sudah aktif dalam bidang sukan. Dan akan melakukan senaman mengikut kemampuan diri.
“Sejak di bangku sekolah, saya memang agak aktif di dalam bidang sukan. Sejak tamat persekolahan, melalui alam kolej, saya telah mula berjinak ke gym. Dari situ, saya belajar sikit demi sedikit tentang aktiviti bersukan di gym. Saya bersenam 5-6 hari seminggu, mengikut kemampuan diri.
“Saya boleh katakan, saya masih boleh memakai baju di zaman bujang dan sebenarnya, badan saya kini berada di tahap yang lebih baik dari sebelum berkahwin atau zaman bujang.
“Saya pernah aktif memasuki marathon sebelum berkahwin. Akibat kekangan sebagai suri rumah, saya memilih untuk tumpukan masa yang terluang bersama anak yang masih kecil. Mungkin satu hari apabila anak-anak dah lebih matang saya akan giat semula untuk berlari di marathon.
“Mendaki merupakan salah satu check list saya untuk cuba dalam masa terdekat. Saya akan cuba untuk berjinak ke Camp5 dulu bersama kakak ipar yang mana seorang penggemar mendaki. Saya akan cuba ‘indoor climbing’ sebelum mencuba mendaki di tempat tempat pendakian yang ada,” terang Ilyyana.
Tidak Pernah Tinggalkan Senaman
Ilyyana juga mengakui dirinya tidak pernah tinggalkan senaman. Namun dia juga pernah mengalami masalah berat badan.
“Ya, saya pernah mengalami masalah berat badan sejak dibangku sekolah. Dikatakan ‘broad frame’, jika berlaku penambahan berat, saya akan kelihatan tidak sekata dan kelihatan besar. Satu yang saya tidak pernah tinggalkan adalah bersenam. Selepas tamat persekolahan menengah saya masih aktif untuk bersukan sehinggalah saya mencuba bersenam di gym. Di situ lah saya mendapat bimbingan dan tunjuk ajar dari trainers untuk terus bersenam dan bersenam dengan cara dan mempunyai program yang betul supaya badan akan terus maintain dan tidak mempunyai perubahan yang up & down (yoyo). Saya pernah mencecah ke 68kg selepas habis persekolahan menengah. Selepas bergiat aktif dalam sukan gym, saya turun ke 54kg.
“Saya ketika itu tidak tahu menahu mengenai proper diet, training days, rest days dan sebagainya. Namun dibimbingan oleh rakan trainer yang pada ketika itu saya bekerja part time di sebuah gym di zaman kolej. Selepas habis waktu di kolej, saya akan terus bekerja di pusat gym dan kemudian akan self train hampir setiap hari. Pada masa itu juga, saya disarankan untuk mengurangkan minum minuman manis atau berasakan carbonated serta saya sebagai pelajar kolej masa tu, makanan yang paling senang untuk dimakan adalah fast food. Masa itulah juga, saya mengurangkan pengambilan fast food sedikit demi sedikit. Jadi dengan pengurangan gula, pengurangan fast food dan senaman yang konsisten, saya berjaya turunkan berat badan,” akui Ilyyana.
Teknik Mengajar Wanita
Ilyyana juga mengajar teknik mengajar wanita. Pada dirinya, kebanyakkan ibu atau wanita mungkin tidak mempunyai kefahaman tentang jenis jenis senaman yang perlu dilakukan dan untuk apa ia dilakukan.
“Bagi saya, pertama perlu tahu jenis (education) . Kedua, komuniti ataupun mempunyai rakan untuk lakukan bersama. Bila ada kedua-dua ini sebagai permulaan, seseorang akan lebih mengenali apa yang dia lakukan dan untuk apa justeru mendapat apa yang dia inginkan.
“Sememangnya, bila kita tahu apa yang kita lakukan, badan akan turut serta (mind and muscle connection) dan dengan adanya support system (rakan dan komuniti) yang mempunyai minat, matlamat yang sama, memberikan motivasi dan dorongan ianya akan memudahkan proses aktiviti yang akan dilakukan,” akhiri Ilyyana.
Menu Sihat Amalan Nur Ilyyana: *Sebelum sarapan, 2-3 biji kurma atau buah buahan semangkuk kecil. *Sarapan: Telur 2 biji, Roti wholemeal 2 keping, semangkuk daun salad. *Snack: Segelas shake buah buahan *Makan tengah hari: Nasi merah separuh mangkuk kecil, sayur semangkuk, ayam atau ikan sengenggam *Minum petang: Biskut 2 keping atau buah buahan semangkuk besar. *Makan malam: Pilihan roti pita/tortilla/ nasi merah, ayam panggang dan sayur semangkuk. *Air 3 liter atau lebih setiap hari.
Wanita hari ini sangat hebat dan peka dalam bab menguruskan kewangan keluarga. Malah golongan hawa ini juga kebiasaannya sangat bijak dan memastikan tidak berbelanja...