
Ini cara paling senang dan cepat nak masak pulut. Tak perlukan santan pun. Tapi pulut tetap dimasak dengan lembut dan tak mentah. Perkongsian daripada Cik Puan Roza Zukri ini bakal memudahkan kerja mak-mak di dapur

Rujuk Nombor Pada Gambar
1. Basuh pulut macam biasa. Kemudian bubuh ja air banyak mana pun. Tak perlu sukat airnya. Dah tu letak ja atas dapur gas..ingat dapur gas ya, bukan periuk elektrik.
Nota: Pulut tu sebenarnya tak perlu nak rendam dulu ya.
2. Masak sampai air mendidih. Jangan biar mendidih lama-lama nanti pulut lembik. Lepas mendidih tutup api.
3. Angkat periuk buang air didihan tu.
4. Bila dah buang air didihan, masak pula dengan periuk elektrik. Jangan lupa tekan butang perituk tu. Nanti tak masak la pulut hampa tu.
Nota: Masa ini dah tak perlu bubuh air dah . Jangan pula masukkan air lagi. Nanti pulut lembik jadi macam bubur.
5. Dalam beberapa minit ja dah masak. 15 minit pun tak sampai.Dalam 10 minit macam tu ja dah masak.
Hasilnya
Memang elok, tak keras, tak mentah dan tak lembik. Lembut saja.
Selamat mencuba!
Sumber/Foto: FB Roza Zukri via Mingguan Wanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
“Hilang Selepas DiHantar Bapa Ke Stesen Bas.” Selepas Tiga Tahun, Anak DiTemui Kebingungan

Hilang selepas dihantar bapa ke stesen bas, selepas tiga tahun anak ditemui dalam keadaan kebingungan. Apalah yang dilalui wanita ini sepanjang kehilangannya masih menjadi tanda tanya.
Berbaloi usaha dan ikhtiar yang dilakukan keluarga dan akhirnya membuahkan hasil pabila anak yang selama ini hilang daripada pandangan mata ditemui masih bernyawa.
Selepas Tiga Tahun
Seorang wanita yang dilaporkan hilang hampir tiga tahun lalu ditemukan dalam keadaan bercelaru di sebuah rumah di Kampung Perupok, Pasir Mas, Kelantan.
Wanita berusia 26 tahun itu yang dilaporkan hilang sejak 2019 lalu, ditemukan di sebuah rumah yang turut dihuni oleh seorang lelaki dan wanita yang sudah berusia.
Difahamkan, laporan kehilangan wanita berkenaan telah dibuat oleh keluarganya di Balai Polis Ketereh, pada 2019 selepas mereka gagal mengesannya yang keluar dari rumah lalu menaiki bas ekspres dengan alasan mendapat kerja di Putrajaya.
Hilang Selepas DiHantar Bapa Ke Stesen Bas
Pemangku Ketua Polis Daerah Kota Bharu, Superintendan Mohd Suhaimi Ali berkata, pada November 2019 wanita berkenaan telah dihantar oleh bapanya ke stesen bas untuk ke Putrajaya menggunakan pengangkutan awam itu.
“Selepas itu, wanita berkenaan telah gagal dikesan oleh ahli keluarga walaupun ahli keluarganya hanya berjaya menghubunginya sekali sahaja dalam tempoh tersebut,” katanya.
Menurutnya, susulan itu bapa wanita berkenaan pernah ke Putrajaya untuk mencari namun dimaklumkan dia tidak pernah datang ke premis tersebut.
Beliau berkata, bapa wanita berkenaan terus membuat laporan polis berkenaan kehilangan anaknya itu.
Jelas Mohd Suhaimi, hasil maklumat dan risikan yang dibuat, wanita terbabit berjaya dikesan sebelum menemuinya di sebuah rumah di Kampung Perupuk, Pasir Mas.
“Kami dimaklumkan wanita terbabit berkenalan dengan seorang lelaki berusia sekitar 60-an sebelum menghilangkan diri tiga tahun lalu.
“Polis kemudian telah menjemput wanita terbabit kira-kira jam 6 petang. Bagaimanapun lelaki tersebut tiada di rumah, sebaliknya seorang wanita yang dipercayai isterinya sahaja berada bersama mangsa,” katanya.
Artikel Berkaitan:
Selepas Dengar Pengumuman Anak Hilang Di Pasaraya, Isteri Jatuh Cerai Talak Tiga
“Saya Maafkan Semua, Biarlah Saya Tanggung Peritnya Hilang Seorang Anak!”
Anak DiTemui Kebingungan
Menurutnya, polis sedang membuat siasatan lanjut mengenai kejadian itu dan masih mendapatkan kenyataan daripada wanita berkenaan.
Beliau berkata, keadaan wanita terbabit masih kelihatan agak celaru serta bingung.
“Kami sedang menunggu masa sesuai untuk mendapatkan kenyataan darinya seterusnya mengambil tindakan lanjut,” katanya.
Mingguan Wanita : Semoga pesalah yang menjadi punca kepada kehilangan wanita ini dapat ditangkap segera.
Sumber : Sinar Harian
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Aksi Tarian Berlebihan, Aisha Retno Mohon Maaf “Apa-Apa Kurang, InsyaAllah Akan Perbetulkan”

Aksi tarian berlebihan, Aisha Retno mohon maaf. Terbaru penyanyi Aisha Retno telah menerima kecaman dek kerana tarian dalam sebuah video TikTok bersama rakan penyanyi, Vanessa Reynauld.
Malah ada yang beranggapan Aisha menari berlebihan daripada Vanessa.
Aksi Tarian Berlebihan, Aisha Retno Mohon Maaf
Dek kerana kecaman tersebut, Aisha seperti yang dipetik menerusi Kosmo Online menerangkan dirinya sekadar mengikuti tren TikTok yang sedang viral.
Dirinya juga teruja menari kerana melancarkan album terbaharu berjudul Re.Hab.
“Sebenarnya ramai yang belum lihat trend asal video tarian itu. Saya hanya buat ikut trend dalam media sosial.
“Mungkin juga disebabkan saya sedang gembira ketika itu, memandangkan video itu dirakam ketika acara listening party album saya, jadi saya buat saja,” ujar Aisha.
Perbaiki Diri Pada Masa Depan
Aisha juga akui kekurangan diri dan mohon maaf jika dirinya membuatkan ramai tidak selesa.
“Apa pun, saya hargai teguran orang ramai dan memohon maaf kalau buat mereka kurang selesa.
“Apa-apa yang kurang dari diri saya, insya-Allah saya akan perbetulkan untuk masa hadapan,” ujarnya yang memaklumkan Re.Hab merupakan album studio pertamanya yang memuatkan lima buah lagu pelbagai genre.

Baca Disini : Zizi Menyanyi Selagi Dapat Izin Suami, Imej Berhijab “Tahu Batasan, Kurangkan Aksi Tarian Lincah”
Kuat sungguh dugaan bintang lagenda Uji Rashid ini. Walau sudah berusia namun amat tabah meneruskan kehidupan mencabar dalam menjaga anaknya Cico Harahap yang kurang sihat.
Macam mana nak meninggal dalam keadaan husnol khatimah jika tidak sentiasa berzikir, kata Datin Seri Umie Aida.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!
Pengubat Rindu Al Fateh – “Macam Tak Percaya Dapat Tiga Puteri Sekali Gus”

Pasangan suami isteri yang pernah melalui detik pilu kehilangan anak sulung tahun lalu tidak menyangka akan menerima rezeki luar biasa apabila dikurniakan tiga cahaya mata perempuan sekali gus hasil rawatan persenyawaan tabung uji (IVF Tunku Azizah) tajaan Yayasan Fertiliti Tunku Azizah (TAFF) yang diasaskan oleh Tengku Ampuan Pahang, Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah.
Pengubat Rindu Al-Fateh
Tiga bayi perempuan comel itu selamat dilahirkan secara pembedahan di Hospital Melaka pada jam 9.40 pagi semalam, selepas ibunya, Sabrina Hakiem, 40, yang juga seorang guru, dirawat selama 73 hari di wad bagi pemantauan rapi.

Suaminya, Mejar Ir Ts Mohd Fikry Amri, 40, menyifatkan kelahiran itu sebagai anugerah terindah buat mereka selepas kehilangan anak sulung, Muhammad Al Fateh Amri, yang meninggal dunia di sebuah taska pada 6 September tahun lalu ketika berusia lapan bulan.
“Perasaan memang gembira dan teruja… macam tak percaya bila dapat tahu bukan dua, tapi tiga sekali gus,” katanya ketika dihubungi, sambil menyifatkan kelahiran tiga puteri itu sebagai pengubat rindu Al-Fateh yang tidak ternilai.
Tawaran IVF Dari Tunku Azizah
Menurut Mohd Fikry, segalanya bermula pada Februari lalu apabila mereka menerima panggilan daripada Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah sendiri yang berkenan menaja rawatan IVF Tunku Azizah di sebuah pusat perubatan di Petaling Jaya.
“Masa itu memang terkejut dan terharu apabila Tuanku sendiri sudi membantu. Isteri pula ketika itu masih dalam kemurungan selepas kehilangan anak, kami akhirnya menerima tawaran itu dan rawatan bermula pada Mac,” ujarnya.
Rezeki Kembar Tiga Tidak Disangka
Beliau menambah, mereka menerima berita kehamilan pada 17 April tanpa mengetahui bahawa kandungan itu sebenarnya kembar tiga.
“Waktu rawatan, dua embrio dimasukkan dan berjaya disenyawakan, tetapi semasa pemeriksaan di sebuah hospital swasta di Melaka pada 16 Mei, doktor terkejut apabila mendapati ada tiga janin dalam rahim isteri. Salah satu embrio pecah menjadi dua,” katanya.

Perjalanan Kehamilan Penuh Ujian
Sebelum dirawat di Hospital Melaka, Sabrina terlebih dahulu dimasukkan ke Hospital Putrajaya selama sebulan akibat pendarahan ketika berada di Southville City, Dengkil.
“Selepas 17 hari di Putrajaya, kami minta rawatan susulan dibuat di Hospital Melaka kerana saya bekerja di Terendak, Melaka. Sepanjang tempoh itu, saya ulang-alik menjaga isteri dan urusan kerja,” katanya.
Menurutnya, pemeriksaan berkala dilakukan setiap dua minggu di hospital kerajaan dan swasta bagi memastikan kesihatan ibu dan bayi sentiasa stabil. Disebabkan risiko tinggi, doktor menasihatkan agar proses kelahiran dibuat di Hospital Melaka.
Kelahiran Selamat Di Hospital Melaka
Selepas kandungan mencecah 31 minggu, doktor akhirnya memutuskan untuk melakukan pembedahan caesarean bagi mengelakkan komplikasi. Tiga bayi itu dilahirkan selang beberapa minit — bayi pertama seberat 1.8 kilogram (9.40 pagi), bayi kedua 1.78 kilogram (9.42 pagi) dan bayi ketiga 1.93 kilogram (9.46 pagi). Ketiga-tiganya kini dirawat di Unit Rawatan Rapi Pediatrik (PICU) untuk pemantauan selama sebulan.
“Yang lebih menyentuh hati, lima minit sebelum pembedahan, Tunku Azizah sempat menghubungi kami untuk memberi semangat kepada isteri serta berbual dengan doktor dan jururawat,” katanya.
Doa, Rezeki Dan Keikhlasan
Mengimbau kembali kehilangan anak sulungnya yang juga berlaku pada hari Jumaat, Mohd Fikry menyifatkan kelahiran tiga bayi itu sebagai bukti kebesaran Allah SWT dan pengubat luka yang amat mendalam.

“Isteri dan anak-anak kini dalam keadaan baik. Kami amat bersyukur dan menjunjung kasih atas keprihatinan serta bantuan Tunku Azizah yang menjadi asbab kepada kelahiran tiga puteri kami,” katanya lagi.
Kisah pasangan ini menjadi inspirasi ramai, membuktikan bahawa setiap kehilangan pasti digantikan dengan rezeki dan kebahagiaan yang tidak disangka. Rawatan IVF Tunku Azizah bukan sekadar usaha perubatan, tetapi juga simbol kasih dan keprihatinan terhadap mereka yang berjuang mendapatkan zuriat.
Sumber: Harian Metro
Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE

Bila Rasa Penat Jadi Ibu Ayah — Bacalah Ini
Tugas membesarkan anak bukan mudah, tapi kamu tidak keseorangan. Buku ini hadir untuk memberi kekuatan, inspirasi dan refleksi melalui kisah, tips dan panduan sabar dalam mendidik keluarga dengan kasih.

Bila Rasa Penat Jadi Ibu Ayah — Bacalah Ini
Tugas membesarkan anak bukan mudah, tapi kamu tidak keseorangan. Buku ini hadir untuk memberi kekuatan, inspirasi dan refleksi melalui kisah, tips dan panduan sabar dalam mendidik keluarga dengan kasih.
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi,
MINGGUAN WANITA kini di
download sekarang!

