Bila masak dengan kaedah membakar tak kiralah ikan, ayam, sotong, udang dan sebagainya, memang sedap jika menggunakan bara arang. Aroma dan rasanya jadi lebih umpph!. Namun, perkara yang sering menjadi kekangan buat mak-mak ialah ruang membakar yang terhad, kena bakar luar rumah serta agak leceh untuk menghidupkan bara arang.
Sebenarnya ada cara mudah mak-mak boleh membakar menggunakan arang dalam rumah. Hanya perlu letak dalam periuk dan masak atas api dapur gas.
Boleh rujuk perkongsian oleh Puan Nurhayati Zaiini sebagai panduan;
“Menu arini ikan bakar. Ini cara saya bakar atas dapur.Bakar arang atas api dapur, letak didalam periuk yang tidak digunakan. Hidupkan api kecil dan bakar ikan”.
Bahan Diperlukan:
Arang secukupnya
Periuk lama (tidak digunakan)
Dapur Gas
Jaring
Cara Membuat:
1.Bakar arang atas dapur gas.Kalau arang besar pecahkan kecil sikit biar senang menyala.
Ads
2.Letak arang tersebut dalam periuk.Seeloknya periuk yang dah tak digunakan lagi.
Ads
3.Hidupkan api, biarkan panas sekejap dan arang lebih menyala sikit.Letak lah ikan atas jaring dan bakarlah seperti biasa.
4.Pastikan api kecil semasa membakar.
Ads
Siap.Selamat mencuba, semoga bermanfaat!
MW: Mudah je rupanya mak-mak boleh bakar ikan dengan arang di rumah, guna dapur gas je. Tak perlu risau tak de laman atau ruang nak membakar. Caranya senang, rasanya pun pasti lebih sedap bila bakar dengan arang.
Ada orang yang berjaya menanam pokok kunyit hingga daunnya lebat merimbun. Kadangkala, pokok kunyit yang daunnya lebat merimbun, sudah mengumpulkan isi yang banyak. Dan pemilik perlu biakkan pokok kunyit ke dalam pasu yang baru.
Tetapi ada yang tak berani berbuat demikian. Bimbang pokok kunyit yang dipisah-pisahkan dari induk akan langsung mati tidak mengeluarkan isi kembali.
Ada cara yang betul untuk melakukannya. Lelaki ini, Mohd Amri berkongsi cara dia membiakkan pokok kunyit daripada pasu asal yang ditanam. Pokok kunyit yang sudah merimbun isinya perlu dipindahkan.
Cara Biakkan Pokok Kunyit
Pokok kunyit lama ini bulan tiga yang lepas saya keluarkan dari pasu. Tujuannya tak lain tak bukan untuk biakkan supaya lebih banyak. Rezeki jiran-jiran sekeliling saya kongsikan isi kunyit dan juga daunnya sekali.
Seterusnya saya kongsikan cara saya biakkan pokok kunyit kepada beberapa pasu baru.
Ambil beberapa batang kunyit yang sudah berakar seperti dalam gambar.
Daun saya potong. Sebab memang akan layu. Daripada layu macam tu, baik saya guna atau agihkan kepada jiran.
Yang lebihan agihan, terus saya cucukkan ke tanah.
Selepas Hari Ke-7 Dah Keluar Tunas Baru
Untuk peringkat awal dalam seminggu hingga ke dua minggu saya tidak beri sebarang baja, hanya siram pokok supaya berkeadaan lembab. Pada hari ke 7, sudah keluar beberapa tunas-tunas baru. Yeah!
Pada peringkat ini, saya mula masukkan atau taburkan sahaja dua sudu baja organik dan siram seperti biasa.
Baja seperti dalam gambar. Baja ini adalah campuran kompos sawit dan tinja ayam. Sepaket saya dapat RM7 sahaja. Murah dan berkesan untuk semua pokok. Boleh cuba.
Selang Seminggu Dua, Tabur Baja Organik
So, untuk hari-hari berikut, saya hanya siramkan air kosong. Selang seminggu sekali atau dua minggu sekali saya akan taburkan baja organik serta berikan semburan booster.
Setakat ini, inilah perkembangannya. Dah dapat banyak pasu, bolehlah buat rendang semasa MCO serta Hari Raya Aidiladha tak lama lagi.
MW : Seronok bila berjaya tanam pokok kunyit berdaun lebar dan berisi lebat.
Jika dahulu, nak pakai inai kena cari daun inai, tumbuk atau kisar kemudian barulah diletakkan pada kuku berjam-jam lamanya. Ada masanya warna inai pun tak begitu cantik merahnya. Namun sebenarnya wanita boleh buat sendiri ‘inai moden’ homemade di rumah.
Modal tak sampai RM3 namun tetap cantik warna merahnya malah paling penting sah dan boleh dibawa solat. Hanya gunakan 3 bahan je dan tak perlu was-was mahupun ragu-ragu lagi bila beli inai yang dijual di pasaran.
Boleh rujuk perkongsian cara buat Inai Moden Homemade daripada Puan Rosdiana Dian ini sebagai panduan.
“Saya nak share pewarna homemade yang dibuat siang tadi. Actually boleh jugak tanya pakcik Google. Cuma, resepi ni mak dapat dari kawan Mak. Mungkin lain orang lain bahannya. Modal tak sampai 3 ringgit.”
Bahan-Bahan Asas:
1. Kapur:
Kapur sireh/ kapur makan tu. Ini paling utama. Takde ni maka pewarna takleh serap dalam kuku.(Sukatan hujung sudu kecil). Sikit secoet je. Jangan banyak-banyak takut panas.
Boleh beli dekat kedai runcit. Takpun cuba jengah kat dapor kome, mesti ada punya la.. bukan nak pakai banyak pun.. secoet ja.
Haaa.. agak-agak gini laaa sukatan kapur sireh tu tadi.
2. Sabun mandi yang jenis ketul/ buku(Sukatan 2cm persegi):
#Atau, sabun axion pun boleh.
Ada orang pakai sabun axion atau brand lain janji bentuk pes tu. Jangan yang cecair tu tau. (Kalau axion dalam Sukatan 1 sudu besar).
Besor tu ja sabun mandi yang saya pakei. Dalam ukuran 2cm persegi.
Saya pakai sabun yang dapat dari hotel-hotel (mujur ada), sebab umah saya pakai sabun gemok. Axion pun takde. Basuh pinggan pakai yang cecair.
Saya parut pakei gunting je.Haaaa.. ni la hasil sabun mandi yang dah siap parut tadi.
3. Pewarna Makanan Warna Ceri Merah
Ada yang pakei sirap. Ikut la nak kaler apa pun. Oren, purple, hijo, cekelet ke hitam ke.. sapa berani nak kuku kaler-kaler leh try. Jangan yang kordial tau. Tu tak boleh.. lain jadinya karang.Agak-agak sukatan setengah atau sebotol ikut kepekatan.
Ini la pewarna makanan yang saya pakai. Pewarna Ceri Merah cap bunga Rose. Harga dalam RM2.50. Ada jugak yang pakai sirap.
Cara-Cara Bancuhan:
1. Campur semua 3 bahan asas ke dalam mangkuk dan adun hingga sebati. Boleh adjust ikut kelikatan dan kecairan hasil. Toksah campur air tau.
Ni hasilnya… dapat setupperware kecik
2. Kemudian sapu rata dikuku pakai putik kapas yang saiz kecil. Biarkan 20-30 minit, ala-ala kering. Kemudian cuci bersih-bersih.
Putik KapasNi tangan kiri.. rasa kemas ja. Dapat tangan kanan… fuhhhhh jenuh.. comot.. sebab mak bukan lefthanded. Tapi toksah bimbang. Bior comot terkena kulit pun, sebab yang kat kulit boleh hilang yang kat kuku ja kekal hingga kuku dipotong.
Ni hasilnya..semoga terinspirasi. Saya buat ni sebab stok inai Mak dah habis.Inai dari Mekah tuari pun ilek. Dah la mak memang inai tak putus dijari.Sentiasa perantin baru ler katakannnn.. hihikk.
Lagi satu yang beli kat kedai tu tak tahan lama. Kejap ja pudar. Nak carik daun inai nak tumbuk-tumbuk jenuh ler pulak. Maka, terhasil laa inai moden nihh.
Info Ekstra!
Parut sabun lebih halus akan bantu mudah larut. Pewarna jenama apa pun boleh janji halal dan bentuk cair.
Susah-susah tak dapat nak agak kuantiti bahan buleh beli ja inai readymade kat kedai tu.. tapi cuma inai tu tak kekal lama laaa.. lekas pudar…Yang ni tahan lama hingga ikut habis kuku dipotong.
Lagi satu, yang paling penting buleh bawa solat. Sah solat Sebab warna meresap ke dalam kuku. Warna tidak hanya dipermukaan kuku sahaja yang boleh menghalang air sembahyang masuk ke anggota.. fungsinya sama seperti warna dari inai daun. Cuma ini dari pewarna makanan.
Selamat Mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanhfaat buat wanita yang suka pakai inai dijari. Memang cantik warna merahnya, nampak berseri. Namun yang paling penting sangat jimat kos dan boleh dibawa solat.
Jahitan Bunga Manik Sequin memang cantik dan menyerikan lagi pakaian terutamanya pada baju kurung jenis polos. Jika hantar upah jahit manik sequin ni, walaupun rekaan yang simple boleh tahan juga harga nya.Sebenarnya mudah je nak jahit bunga manik sequin ini.
Buat mak-mak yang minat menjahit boleh cuba jahit sendiri manik sequin simple pada baju, ikut tutorial mudah yang dikongsikan oleh Puan Sarimah Salleh ini sebagai rujukan;
“Saya nak sedekah ilmu yang amat sedikit ni untuk semua.Tutorial ni untuk jahitan bunga manik sequin yang simple sahaja.Setiap cara ada pada setiap gambar.”
1.Buat bulatan guna duit syiling. Yang ini saiz 20sen.
2.Ambil 1 biji manik mutiara saiz 6mm. Jahitkan ditengah bulatan.Jahit 2 kali untuk dapatkan jahitan yang ketat dan kemas.
3.Keluarkan jarum betul-betul di tepi manik pearl.Ambil 3 biji manik cylinder.
4.Ambil pula manik bentuk sequin (piring).Mulakan dengan bentuk terlentang, kemudian bentuk terlangkup. Ulang hingga 4 kali sequin atau ikut suka nak tebal mana kelopak bunga tu.
5. Tusuk jarum ke garisan bulatan tadi.Kemaskan iya. Tolak-tolak lah sikit dengan jari bagi kemas dan rapat.
6.Ulang proses tadi sehingga penuh satu bulatan. Sabar.. jahit manik kena sabar.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat dan boleh dijadikan rujukan buat mak-mak yang nak cuba jahit sendiri bunga manik sequin simple pada baju. Lebih menjimatkan dan puas hati bila berpeluang jahit sendiri.
Pelajar tingkatan tiga trauma dipercayai Dirogol dua pelajar senior di dalam kelas dan dirakam video. Seorang pelajar perempuan Tingkatan Tiga di sebuah sekolah menengah di Alor Gajah dilaporkan mengalami trauma teruk dan enggan ke sekolah selepas dipercayai menjadi mangsa rogol bergilir-gilir oleh dua pelajar lelaki senior.