Kali ini gunakan perawatan alami kiub masker kentang DIY buat sendiri di rumah untuk buang jeragat dengan pantas dan mudah. Kuib masker kentang ini terdiri dari 2 bahan saja, iaitu kentang dan lemon.
Kenapa kentang? Sebab kentang ini sangat tinggi antioksida untuk menyingkirkan jeragat. Kentang juga mampu menghalang terjadinya pigmentasi seperti melasma, bulatan hitan (dark circles), hyper dan hypo pigmentasi.
Bila dicampur pula dengan lemon, lagi meletup-letup kesannya. Lemon itu sendiri amat berkesan untuk merawat tompokan jeragat. Jus lemon mempunyai ciri pencerahan kulit yang baik yang akan bertindak sebagai peluntur kepada bintik-bintik jeragat.
Ini antara perkongsian petua menghilangkan jeragat daripada Esyima Zamridengan menghasilkan kuib masker kentang secara DIY. Tak perlu susah-susah sebab boleh buat sendiri di rumah.
IKLAN
Bahan DIY Kiub Masker Kentang
1 biji Kentang – belah kecil Lemon Bekas kiub ais
Step By Step Membuat Kuib Masker Kentang Super Best
Bersihkan kentang. Kalau tak nak buang kulit, pastikan anda cuci sampai betul-betul bersih. Kisar kentang tadi sampai halus.
IKLAN
Hasil kentang kisar tadi masukkan ke dalam mangkuk dan perahkan 1/2 jus lemon. Kacau sebati.
Masukkan ke dalam bekas kiub ais dan simpan dalam peti beku.
IKLAN
Keluarkan jika sebaik anda mahu menggunakannya. Baca aturan penggunaan di bawah.
Cara Pakai Kiub Masker Kentang Di Muka
1, Bersihkan dulu wajah agar masker boleh bertindak dengan lebih efektif dan tiada kotoran terhalang semasa kiub masker kentang menjalankan kerjanya.
2. Keluarkan dari peti beku, ambil seketul kiub masker kentang dan sapu pada keseluruhan wajah terutama yang banyak jeragat. Sapu sampai kiub itu mencair.
3. Hati-hati jangan terlalu kuat menyapu di bahagian sensitif seperti bibir dan mata.
4. Kemudian, bilaslah dengan air bersih.
5. Boleh dipakai secara harian. Lebihan kiub masker kentang tadi boleh disimpan semula dalam peti beku.
1) Hormon di dalam badan tidak stabil, terlalu terdedah pada cahaya matahari
2) Kekurangan vitamin dalam badan disebabkan proses mengandung dan penyusuan.
3) Penggunaan komestik yang tinggi bahan kimia juga menyebabkan terjadi jeragat
Siti Nurhaliza pernah terfikir hentikan perniagaan kosmetik, bangkit bertahan berkat sokongan Datuk K. Begitulah yang dikongsi oleh penyanyi popular tanahair, Datuk Seri Siti Nurhaliza tatkala bercerita tentang perniagaannya dalam bidang kosmetik.
Walaupun dirinya dikenali ramai sebagai usahawan wanita berjaya namun Siti akui bukannya satu perkara mudah untuk berjaya tanpa usaha dan jiwa kental menjadi sandaran.
Sewaktu menemubual ibu kepada dua cahaya mata dan juga isteri kepada Datuk Seri Khalid Mohamad Jiwa (Datuk K) semasa pelancaran produk SimplySiti For All – Reflection Of Perfection’ dan sesi memperkenalkan duta SimplySiti baru-baru ini, figura hebat ini bercerita tentang kejayaan dikecapi dalam perniagaan.
Siti Nurhaliza Pernah Terfikir Hentikan Perniagaan Kosmetik
Siti juga meluahkan sebagai seorang usahawan dia perlu mempunyai semangat yang kuat dalam melunaskan setiap misi, meskipun kadangkala berdepan dengan pelbagai ranjau.
Malah pernah suatu ketika dirinya terfikir mahu menghentikan sahaja perniagaan kosmetiknya, SimplySiti disebabkan cabaran berat yang didepani.
Namun berkat sokongan suami, Datuk K dan keazaman yang disemai dalam diri, dia bangkit bertahan dan meneruskan misi membawa perniagaan diusahakan ke puncak kejayaan.
“Apa sahaja bidang yang kita lakukan, baik dalam bidang perniagaan mahupun seni memang akan ada cabaran dan fasa turun naik.
“Kalau ikutkan sepanjang menceburi bidang perniagaan dan mengusahakan produk kosmetik SimplySiti lebih 11 tahun lalu, macam-macam dugaan saya lalui termasuk ditipu dan berdepan pekerja tidak jujur.
“Paling mencabar juga ketika suami saya kemalangan beberapa tahun lalu sehinggakan saya perlu melepaskan seketika urusan perniagaan kepada pekerja. Dari situ barulah saya tahu mana (pekerja) yang jujur, setia dan sebaliknya,” ujar Siti sambil tersenyum manis.
Tidak Pernah Kesal Dengan Apa Yang Dilalui
Malah anak kelahiran Kuala Lipis, Pahang ini juga akui tidak pernah kesal dengan apa yang dilalui.
“Saya sentiasa melihat setiap cabaran yang datang itu dengan fikiran yang positif. Malah saya tidak pernah menyalahkan, apatah lagi berasa kesal dengan apa yang dilalui.
“Alhamdulillah ALLAH SWT permudahkan perjalanan perniagaan yang saya usahakan meskipun ada cabarannya yang tersendiri.
Restu Suami, Doa Ibu
“Terima kasih kepada suami dan keluarga termasuk ibu dan ibu mertua saya yang banyak mendoakan kejayaan ini. Selain restu suami, saya yakin doa kedua-dua ibu membawa saya berjaya hingga ke tahap sekarang,” akhirinya.
Tip kekalkan berat badan sememangnya begitu bermakna buat wanita. Golongan wanita seharusnya sentiasa menjaga kesihatan badan dengan mengamalkan gaya hidup aktif. Ini kerana kesihatan yang baik harus disertakan dengan senaman dan bukan sekadar menjaga pemakanan yang seimbang.
Begitu juga yang diamalkan oleh Haslinda Yusof atau lebih mesra dengan panggilan Intan, 42. Walaupun Pandemik Covid-19 namun Intan tetap bersenam di rumah.
Sumber Foto: Koleksi Peribadi IntanKenangan sewaktu sertai larian.
Tip Kekalkan Berat Badan
Wanita ini akui berat badannya dulu sekitar 56kg, sekarang 53 hingga 54kg dan berusaha untuk mengekalkan berat badan tersebut. Dia tidak pernah mengalami masalah berat badan Cuma kini dia berasa selesa kerana badannya lebih ‘fit’ berbanding dahulu.
“Bagi mengekalkan berat badan yang ideal saya mengamalkan cara hidup sihat dan pemakanan yang seimbang. Saya gemar aktiviti riadah dan ‘outdoor’ melibatkan aktiviti seperti larian, hiking, berbasikal, berzumba, bermain badminton, bermain ping pong dan sebagainya. Ini mungkin kerana sewaktu zaman persekolahan, saya terlibat dengan pelbagai aktiviti sukan dan pernah mewakili sekolah, daerah dan negeri.
“Buat masa ini, saya menyertai beberapa acara marathon yang dianjurkan di dalam negara. Untuk memastikan saya kekal fit, mencapai masa yang baik (personal best) dan mengelakkan kecederaan saya perlu melakukan latihan (sebelum acara). Oleh itu, kebiasanya sebelum sesuatu acara marathon, saya akan berjogging (training) sama ada membuat LSD (Long Slow Distance) atau pun aktiviti kardio yang lain.
“Selain itu, saya juga mempelbagaikan aktiviti sihat dengan hiking, berbasikal, berzumba atau pun bermain badminton. Setiap satu aktiviti memberi kepuasan yang berbeza, namun matlamatnya adalah sama iaitu untuk membina gaya hidup yang lebih sihat,” ungkap Intan yang turut menolak aktiviti sihat ini sebagai sumber rezekinya ini kerana aktiviti sebegini hanya sebagai cara hidup sihat dan memenuhi masa terluang.
Foto: Kenangan sewaktu lakukan aktivit bersenam.
Tetap Lakukan Aktiviti Kecergasan Walaupun Sudah Mendirikan Rumah Tangga
Minat dalam aktiviti kecergasan ini sudah ada sejak zaman persekolahan. Namun terhenti apabila sibuk di IPTA dan bekerja kemudiannya mendirikan rumah tangga.
“Namun pada tahun 2015, saya terdetik untuk menyertai satu program kendalian Kevin Zahri iaitu Jom Kurus (Session 5). Niat asal adalah untuk mencari ‘supporting group’ dan rakan-rakan baharu yang mempunyai aliran dan minat yang sama. Apabila program ini selesai, dengan basic yang telah saya pelajari sepanjang program tersebut saya meneruskan gaya hidup sihat ini dengan menyertai acara larian (marathon), hiking, berbasikal dan sebagainya. Keadaan ini terterusan sehingga kini dan telah menjadi sebahagian daripada gaya hidup saya. Saya bersyukur kerana suami saya turut sama memberi sokongan dengan menyertai acara marathon dan melakukan aktiviti sihat ini bersama-sama,” ungkap Intan yang turut gemar melakukan aktiviti seperti berjogging, marathon, hiking, berbasikal, bermain badminton dan berzumba bersama suami.
Intan juga menerangkan walaupun dalam keadaan PKP, kaum wanita boleh lakukan aktiviti kecergasan di rumah.
“Seperti saya, pada tahun 2015, apabila saya mula menyertai marathon, tidak ramai kawan-kawan di media sosial saya yang turut terlibat. Namun sejak kebelakangan ini, apabila saya sering berkongsi gambar dan aktiviti ini di media sosial, semakin ramai kawan-kawan saya yang turut menyertai aktiviti sihat ini.
“Aktiviti ini juga berbaloi diamalkan. Ia perlu dijadikan gaya hidup yang sihat kerana ia bukan semata-mata bersukan dan diet, ia juga memerlukan konsistensi. Berlari bukan sahaja menyihatkan, ia dapat membina kekuatan, menjadikan kita lebih cergas,” akhiri Intan.
TIPS MENU SIHAT YANG DIAMALKAN: “Tiada secara specific. Saya cuba untuk makan nasi hanya sekali sehari. Cuba mengamalkan konsep suku-suku-separuh. Mengurangkan pengambilan gula terutamanya dalam minuman. Saya pernah membuat challenge minum air tanpa gula untuk selama sebulan. Saya juga jarang mengambil heavy food selepas jam 8 malam.”
Pernah dengar pasal masker halba tak? Katanya halba ini bukan sahaja elok untuk kurangkan berat badan tetapi cukup bagus untuk rawat kulit yang berjerawat.
Kalau ada yang tengah stress sebab jerawat, eloklah cuba dulu petua daripada Puan Aisyah Badar Bajrai ini. Jimat pun jimat!
Masker Halba Untuk Kulit Ada Jerawat
Memula masa jumpa petua ni, Aisyah macam percaya ngan tak jekk. Ye laa, dalam post tu cakap pakai halba boleh buat muka kita instant glowing pastu boleh kurangkan jerawat merah merah kat kulit. Macam tipu jekk. Dah la nak buat dia senang sangat.
Jadi semalam Aisyah try la buat masker halba ni. Kengkonon nak try la betul ke muka glowing mowing. Ehhhh, serious muka memang instant glowing. Yang lagi best, muka nampak bersih jek.
Mana jerawat yang tengah mengamuk tu semua dah kena pujuk. Tak merah dah. Padehal baru pakai sekali. Rupenyer halba ni selain boleh glowing mowing kan kulit kita, dia ada thiame jugak tau.
Thiame ni boleh sihatkan kulit kita. Pastu kalau kat muka ada banyak black head, memang elok sangat buat masker halba ni.
Masker halba ni bukan setakat boleh kurang kan black head jek, mata panda pun boleh bertukar jadi mata pola bear, putih berseri gituu.
Tapiii, yang paling unsangkarable, masker halba ni ada vitamin C. Patut la bila pakai masker halba ni, memana jerawat merah yang tengah mengamuk tu semua cool jek. Hilang terus merah membara dia.
Ok jom tengok cara buat dia
MASKER HALBA
Bahan-bahan:
– 1/2 cawan halba ( ni sebenarnya banyak, kalau nak buat separuh dari sukatan ni pun boleh)
– 2 cawan air
Cara cara:
1. Rebus halba dengan air selama 5 minit. Pastu biarkan semalaman. Kalau halba tu kering dalam periuk nanti korang tambah la air sikit. Biar dia berendam.
2. Besoknya korang tapis halba tu. Air halba tu korang simpan jangan buang.
3. Blend kering halba tu pastu sapu rata rata kat muka.
4. Texture dia memang ala ala playdoh, korang tepek jek kat muka. Biarkan 15 minit gitu, pastu baru basuh.
Nota: Air halba tu nanti korang spray kat rambut. Biarkan 3-4 jam pastu baru basuh. Nanti rambut korang bersinar sinar macam model iklan shampoo pantene.
Ramai yang masih beranggapan bahawa krim tabir suria (sunscreen) dan pelindung matahari hanya perlu digunakan ketika berada di pantai. Stigma salah ini masih membelenggu...