Ads

Cara Isteri Fizo Omar Buat Menu Sihat, Lebihkan Protein Elakkan Kulit Berkedut

Kurang Protein

Cara isteri Fizo Omar buat menu sihat, lebihkan protein elakkan kulit berkedut. Ramai lagi yang masih tidak tahu, kulit cepat berkedut apabila badan kurang mengambil protein.

Malahan ramai terlepas pandang, bila badan banyak makan karbohidrat dan gula, kulit macam tak firm. Kalau luka pun lambat baik. Berbanding dengan orang yang memang diet dia tinggi protein.

Sebab apabila badan kurang protein, kulit hilang keupayaan hasilkan kolagen, elastin dan keratin. Jadi bila kulit hilang benda yang dia perlukan, itu yang cepat nampak garis kedut walaupun umur baru 20an.

Cara Isteri Fizo Omar Buat Menu Sihat

Cara Isteri Fizo Omar Buat Menu Sihat, Lebihkan Protein Elakkan Kulit Berkedut

Bagi anda yang amalkan intermittent fasting, boleh skip sarapan tetapi tengah hari makan menu sihat. Mengikut cara isteri Fizo Omar, Fazeera Nazri Azrai, dia suka buat telur yang diletakkan cheese di dalamnya. Kemudian tambah sedikit salad.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Fezyra Nesry (@ffezyranesry)

Ads

Selain menjaga makan, ibu kepada Wan Khaleeda dan Wan Umaira ini juga suka melakukan aktiviti sihat seperti brisk walk dan berkuda.

Lebihkan Protein Elakkan Kulit Berkedut

Menerusi perkongsian seorang wanita yang suka menjaga kesihatan, Mastura Rashid, apabila kurang mengambil protein, kulit juga jadi loose, kering dan menggelupas. Rambut dan kuku pun jadi rapuh.

Perasan tak, orang yang banyak makan daging ini, kulit dia nampak lebih tegang, bersih dan bouncy apabila dipegang. “Saya on low carb diet, dah tak fully keto macam dulu. Tapi daging dan telur memang saya makan banyak,” kongsi Mastura.

Dan ada banyak sangat beza selepas amalkan diet tinggi daging macam ini. Badan pun tidak cepat penat macam dulu. Semakin kita berumur, semakin tinggi protein yang kita kena makan. Bila sudah masuk umur 40an, kolagen drop 1% setiap tahun.

Ads

Jadi kulit dan badan perlukan diet yang betul dan penjagaan yang rapi. Dah tak sesuai dah nak beratur sekali dengan genz dan gen alpha yang suka hunting viral food yang mostly merosakkan badan.

Cara Isteri Fizo Omar Buat Menu Sihat, Lebihkan Protein Elakkan Kulit Berkedut

Kalau tengok kulit wajah dan bentuk badan pun, ramai anak muda yang kelihatan chubby dan tidak selari dengan umur sebenar. Yang pasti, ramai generasi muda sekarang ada penyakit kronik. Kulit pun macam-macam masalah.

Ads

Makan protein tak susah. Yang susah apabila rasa susah nak berubah. Protein paling senang = telur dan tempe. Mesra poket kedua ni.

Ingat, apa yang kita makan sekarang ni, kesan dia tak nampak esok. Tapi tunggulah 5 tahun akan datang, 10 tahun, 15 tahun baru nampak kesannya.

Yang pasti,
Kulit kurang protein = cepat rosak
Badan kurang protein = cepat lemah
Dan, wanita yang diet dia tinggi carbs dan gula, senang dapat water retention ya. Muka puffy, kaki bengkak, jari bengkak. Itu yang orang panggil bengkak air.

Semoga bermanfaat.

Sumber video: ffezyranesry

Dapatkan cerita, perkongsian dan info menarik. Free jer!
Dengan ini saya bersetuju dengan Terma Penggunaan dan Polisi Privasi

Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di download sekarang!

KLIK DI SEENI
Ads

Cerita Lain

Da’i Syed Dibebaskan Sementara Selepas 21 Hari Di Penjara, Mahkamah Rayuan...

Selepas 21 hari dihantar ke penjara selepas Mahkamah Tinggi memutuskan dirinya bersalah atas kesalahan rogol, hari ini Mahkamah Rayuan membebaskan sementara Da'i Syed.