Cara Buat Sandwic Telur Ekspres Guna Microwave, Sedap & Mudah, 3 Minit Siap!

Share

Sandwic telur, rata-rata semua orang makan. Bukan setakat anak-anak, orang dewasa pun suka, hidangan yang sangat ringkas tapi mengenyangkan untuk ‘alas’ perut waktu pagi.

Ada macam-macam cara yang mak-mak buat sandwich telur mengikut citarasa masing-masing. Cukup dengan telur hancur, mayonis dan roti. Mungkin ada selera mak-mak masukkan kepingan keju dan sebagainya.

Kali ini, Dr Kamarul Ariffin Nor Sadan berkongsi buat sandwic telur yang sangat cepat, mudah dan anak makan tak adalah berterabur isi telurnya.

Baca Artikel Menarik Lain Di Sini: Cara Buat Sandwic Telur Berkeju Ala Bajet, Creamy Tak Muak, Sedap Sangat!

Scramble Egg Sandwich Gerenti Sedap, Anak Mesti Suka Siap Nak Bawa Bekal!

Sandwic Telur Paling Mudah, Anak Suka!

Saya cadangkan nak buat sandwic telur yang cepat, sedap dan tak mudah terabur bila anak-anak makan.

Bahan-bahan: 1-2 orang makan
1 butir telur
2 keping roti
1 sudu besar mentega
1 sudu besar mayonis
2 sudu besar keju mozarella
Garam secukup rasa

Cara Membuat:

1. Sandwic ni, dalam 2-3 minit boleh siap (tak termasuk masa untuk membasuh peralatan memasak).

2. Masukkan 150-200ml air panas dalam cawan, pecahkan telur di dalam air berkenaan. Kita nak masak gunakan microwave. Pecahkan kuning telur sikit kalau bimbang ia meletup.

3. Kalau gunakan air panas, bubuh masa dalam 1 minit. Kalau gunakan air suhu bilik, bubuh dalam 1½-2 minit. Masa ni sebenarnya bergantung pada gred telur, isipadu air dan jenis microwave yang digunakan.

4. Toskan telur yang dah masak. Hati-hati, panas! Apapun, tengok telur tu. Elok kejadiannya, kan?

5. Panas-panas lagi ni, masukkan mentega. Mudah ia nak mencair. Nak letak marjerin? Silakan. Tak nak letak? Pun boleh. Terpulang pada selera masing-masing.

6. Masukkan mayonis. Tak perlu banyak sangat. Saya suka gunakan mayonis yang tak berapa manis.

7. Akhir sekali masukkan keju mozarella yang diparut. Nak gunakan kepingan keju cheddar pun boleh sahaja. Saya gunakan mozarella sebab dia mudah cair dan boleh “ditarik”. Anak-anak suka.

8. Gaulkan sehingga tahap hancur yang kalian mahukan. Ada orang suka telurnya tu hancur halus-halus, ada suka kasar-kasar. Saya nak buat kasar sedikit supaya ada “bite” bila makan nanti.

9. Letakkan atas roti. Isi sandwich ni pekat dan likat sebab ada keju, jadi bila makan nanti ia tak mudah berterabur keluar. Kalau tak ada keju, sandwic telur macam ni, isinya suka melarikan diri ketika makan.

10. Lihat warna isi sandwic ni. Menarik, kan? Vibrant, orang putih kata. Tak pucat lesi macam sandwic telur biasa tu. Yang ini, tengok pun dah menyelerakan.

11. Tutup

12. Potong 4! Anak-anak saya suka sahaja makan kulit (tepi) roti, jadi saya tak buang.


.

13. Siap.

14. Rasanya lebih menyerlah daripada sandwic telur biasa kerana ditambah keju mozarella. Tetapi masa dan cara penyediaannya lebih ringkas. Tak perlu basuh periuk atau kuali.

15. Selamat menjamu selera

Mingguan Wanita : Menarik sangat ni, boleh buat untuk anak-anak sarapan. Ini pun dah cukup kenyang.

Sumber: Dr. Kamarul Ariffin Nor Sadan


Follow kami di TELEGRAM, INSTAGRAM, TIKTOK, FACEBOOK, TWITTER dan YOUTUBE Mingguan Wanita untuk dapatkan info dan artikel-artikel terkini serta menarik.

#bangkitwanita
#langkahyakinlakarkejayaan
#bisnesdarirumah
#mingguanwanita

IKLAN