Sebenarnya, banyak hidangan yang boleh digunkan dengan hanya guna kulit popia. Salah satu yang mudah dan senang tentulah popia coklat. Cara yang paling mudah dan senang, sama seperti popia nestum.
Kali ini, Norazian Jamal berkongsi cara nak buat popia coklat yang sangat senang nak buat dan sedap. Katanya, dia turut buat berniaga dengan snek ini sejak 5 tahun lalu.
Tambah-tambah kalu musim perayaan, selain daripada biskut-biskut raya biasa, boleh saja buat popia coklat ini. Nak makan sambil tengok tv pun boleh. Ralit sampai habis satu balang tak sedar.
Selalunya, cara ini gunakan roti tapi Norazian lebih suka guna popia. Katanya lagi ranggup dan sedap. Menariknya, popia coklat ini siap buat niaga lagi.
Bahan-bahan:
1 paket kulit popia – potong 6
Kepingan coklat berlys
Nestum
Tepung gandum + sedikit air untuk gamb kulit.
Kulit popia – potong mengikut saiz yang diinginkan.
Cara Membuatnya:
1. Bahan yang digunakan.
2. Gulung popia dan susun. Tindan-tindan seperti ini dan sapu gam pada hujung kulit untuk bagi lebih cepat sapu. Lepas tu, gulung dan gam cepat-cepat.
Ads
3. Lipat suku dulu dan barulah lipas habis.
4. Bila dah siap, susun dalam dulang. Jangan ditindih untuk elak kulit penyek. Jemurkan kulit popia tadi untuk dapatkan hasil yang bulat dan ranggup.
5. Goreng dan biarkan ia sejuk.
6. Cairkan coklat masakan. Nak tambah butter pun boleh supaya ia nampak berkilat. Tapi memandangkan salut dengan nestum, ia taklah nampak kilatnya.
Ads
7. Bagi mengekalkan coklat cair, biarkan air panas di bawah sampai siap. Masukkan kulit popia ke dalamnya bekas coklat dan gaul perlahan-lahan sebab ia sensitif dan mudah pecah. Apabila sekata, angkat dan goleskan di atas nesti. Jangan risau kulit popia tadi tak lembik ebab coklat itu bukan air.
8. Angkat guna lidi.
9. Coklat yang sudah bersalut nestum tadi di susun.
Ads
10. Susun dalam dulang dan boleh taburkan nestum juga.
11. Simpan dalam peti ais untuk bagi coklat cepat keras. Agak-agak dah keras, boleh keluarkan. Tapi nak biarkan dalam suhu bilik pun boleh.
12. Dah siap.
Mingguan Wanita : Tak adalah susah untuk membuatnya. Rasanya mahu sekelip mata anak makan terus habis. Selamat mencuba.
Bagi memudahkan kerja mak-mak sewaktu sewaktu bulan puasa mahupun raya, bolehlah sediakan stok pati air siap-siap.Bila tetamu datang, tinggal tambah air dalam pati, letak ais dan boleh terus hidang.Tak lah berebut-rebut dan lambat nak buat air nanti.
Jika selalu asyik hidang air sirap je, boleh cuba kelainan sediakan air fanta hijau ni. Rasanya sebiji macam rasa air fanta yang dijual cuma takde rasa gas.
Menariknya buat pati ni lebih jimat, sebab sukatan ini boleh dapat sehingga 5 1/2 botol air mineral yang saiz 1.5 liter.
Berikut cara untuk menghasilkan pati Air Fanta Hijau perkongsian daripada Puan Amy Anuarsebagai panduan;
Pati Air Fanta Jimi Asmara Menari Chacha
“Suka minum air fanta tak? Tapi air fanta tu banyak sangat gas kan? Manis pulak tu. Kalau tambah air kang jadi tak sedap la pulak. Dah bukan air gas namanya.”
“Apa kata buat sendiri je. Manisnya pun boleh ejas. Gasnya pun tak tajam macam fanta dalam botol.”
“Nah KekMi share resepi pati air Fanta Hijau untuk buat stok kat rumah. Kalau ada tetamu datang dah tak payah nak masak air gula lagi dah. Tuang je pati ni tambah air masak letak ais batu. Siap.”
Bahan-Bahan:
3 kg gula pasir
1.5 liter air
330 ml Oren Sunquick (Original sahaja. Botol kecil)
1 botol pewarna hijau apple Star Brand
1 botol perasa pisang Star Brand
*Star Brand je tau. Kalau brand lain tak berapa nak jadi
Daun pandan disimpul
*Gunakan periuk yang besar atau tinggi untuk memasak air
Cara Membuat:
1. Tuangkan air, daun pandan dan gula ke dalam periuk dan masak atas dapur hingga gula larut dan air mendidih.
2. Masukkan Oren Sunquick dan biarkan ia merenih sebentar.
3. Masukkan pula pewarna epal hijau.
4. Bila dah didih tutup api dan masukkan perasa pisang. Jaga-jaga akan ada sedikit percikan sewaktu proses ini.
5. Secubit garam untuk penambah rasa. Tak nak takper.
6. Biarkan sejuk. Hanya tambah air sahaja bila nak minum. Masukkan ketulan ais.
Nota kaki:
Boleh add on Asam Boi, Limau Kasturi, Lemon, atau Daun Pudina sebagai penambah rasa. Ikut kreativiti masing masing.
Ini adalah pati yang sangat pekat. Memang menggunakan kuantiti gula yang banyak. Kalau bukan pati, satu sudu gula pun dah cukup untuk satu cawan.
Pati ni boleh dapat sehingga 5 1/2 botol air mineral yang saiz 1.5 liter.
Boleh #Share untuk rujukan. Mana tahu nak buat untuk majlis kenduri kawen ke, harijadi ke, bertunang ke kan. Biar air tu lain daripada yang lain.
Selamat mencuba!
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak, dah boleh sediakan stok pati air fanta hijau ni siap-siap. Bukan apa memudahkan kerja sewaktu berbuka dan hari raya nanti. Bila orang datang rumah tinggal tambah air dan ketulan ais je.Boleh terus hidang. Senang!
Kalau sebut tentang inti nanas mesti mak-mak akan fikirkan tentang biskut tart kan? Ada sesetengah mak sanggup buat yang ‘original’, baru puas hati. Namun, ada yang beli dah siap di pasaran.
Kalau buat inti nanas sendiri, confirm kita dah tahu kebersihannya dan paling penting tiada bahan pengawet. Semuanya asli dan tulen.
Bagaimana nak buat inti nanas homemade, tentu susah dan ambil masa yang lama kan. Resipi daripada Tsu Feh Sufiah untuk buat inti nanas sendiri di rumah sangat mudah. Hanya guna pressure cooker sahaja.
Biasa kalau beli kat kedai susah nak jumpa inti nanas homemade dan kebanyakannya adalah dari intants kilang made.
Sebab tu setiap tahun kita akan buatkan tat nenas khas untuk mak dan family guna inti nenas buat sendiri.
Tapi mak kita suka guna sagat. Anak dia guna blender je. Sakit jari kalau tersagat.
Nak buat inti nenas Tak susah pun. Apatah lagi sekarang guna pressure cooker je. Blend, tekan, siap.
Caranya:
1. Kisar 2 biji nanas bersama secawan air (air tak perlu banyak. Yang penting blender boleh pusing) air boleh ulang guna yang sama. Jangan buang airnya sebab pemanis dia ada dalam air.
2. Letak simpulan daun pandan. (Ada yang suka letak cengkih tapi saya tak letak)
3. 1 cawan gula. Boleh ikut tahap kemanisan yang disukai.
4. Stir fry selama 20 minit. Tutup penutup jangan rapat sangat. Bila dah agak kering, barulah buka dan kacau. (Boleh tambah masa jika belum kering)
5. Siap!!! Boleh simpan dalam peti ais bila dah sejuk.
Senang dan cepat kan??? Yang penting tak ada bahan pengawet.
Mingguan Wanita : Tak ada pressure cooker, boleh saja guna dapur biasa. Tapi mungkin ambil masa yang lama. Rasanya rata-rata mak mesti ada pressure cooker. Boleh cua nanti.
Jika selalunya pada musim kenduri kendara, telur di rebus dalam kuantiti yang banyak untuk diberikan kepada para tetamu. Bila merebus, pastinya ada telur yang retak, pecah, serta tidak tahan lama.
Namun demikian ada tips dan ilmu baru yang dikongsikan oleh ahli-ahli didalam page Masak Apa Hari Ni (MAHN ) mengenai kelebihan teknik mengukus telur yang dikatakan lebih tahan lama berbanding merebusnya. Mak-mak yang nak masak telur dalam kuantiti yang banyak boleh cuba teknik yang dikongsikan oleh Bumirah Jukki ini.
“Ni bukan telur mentah tau, saya mengunakan teknik mengukus je pakai dapur gas untuk majlis perkahwinan anak saya. Takde sebiji pun yang pecah dan 3 jam dah siap. Mudahkan! Saya ada geng tak rebus telur cara macam ni?
Perkongsian tersebut mendapat respon yang sama daripada yang lain.
Antaranya;
Sara Vee
“Saya pun guna cara ini untuk tempahan majlis kahwin.Memang jimat masa & tiada telur pecah..Dan telur jadi tahan lama.”
“Sebelum rebus/kukus kan kita cuci bersih dulu. Masa 40 minit untuk 100 biji telur. Air kena betul-betul mendidih dahulu,baru start kukus”.
“Lepas naikkan telur ke pengukus berisi telur api jangan kuat sangat. Jika terlalu panas telur jadi pecah. Cuma masa nak kukus tu air memang betul-betul kena menggelegak lepas tu slowkan api”.
Periuk Noxxa
Mimie Mohamad Noor
“Saya guna noxxa je telur 30 biji letak air 1 cawan dan masak selama 2 minit je.Tekan HP 2 minit dan tutup periuk.Kukus telur tahan lama banding dengan yang rebus”.
Saadiah Hassim
“Guna kukus yang besar. Dia ambil masa sekejap aje dalam 10 ke 15 minit”.
Semoga perkongsian ini bermanfaat.Selamat Mencuba!
MW: Jadi buat mak-mak yang nak buat kenduri kendara dan nak rebus telur dalam kuantiti yang banyak, bolehlah cuba tips yang dikongsikan ini. Agar telurnya tak pecah dan tahan lebih lama.
Black hadiahkan kereta mewah idaman isteri. “Kadang-kadang kita terlalu mencari yang sempurna, sampai terlupa untuk hargai yang selalu ada di sisi” Inilah ungkapan penuh...