
Isi Kandungan
ToggleSesekali jika mak-mak nak tukar selera ala western, nak cuba buat menu baru untuk hidangan keluarga boleh cuba resipi Chicken Meatball Bolognese With Cheese Ala Pizza Hut ini. Memang puas hati makan bila buat sendiri, malah lebih jimat dan berbaloi berbanding beli di restoran makanan segera ni. Terutamanya buat peminat keju yang meleleh dan cair dimulut! Nak buat pun senang dan bahan-bahan pun tak banyak.
Boleh ikut perkongsian resipi oleh Puan Anith Syazwani ini;
Bahan-Bahan:
Bebola daging (saya guna chicken meatball Ayamas, cari jenama Ramly x jumpa)
1 tin sos bolognese Prego (saya guna kimball )
1/2 cawan susu segar
1 biji bawang holland (potong dadu)
1 biji capsicum hijau/merah (potong dadu)
Sedikit lada hitam (tumbuk kasar-kasar)
Mozarella cheese
Cara-Cara Penyediaan:
1. Goreng bebola daging dengan sedikit minyak zaitun.
2. Potong dadu 1 biji bawang holland dan capsicum hijau/merah.
3. Gorengkan sekali dengan meatball sehingga sedikit layu.
4. Masukkan meatball, bawang dan capsicum ke dalam bekas aluminium foil.
5. Dalam kuali lain, masukkan pula satu tin sos bolognese.
6. Masak sos bolognese sehingga mendidih dan pekat.
7. Masukkan pula 1/2 cawan susu segar dan lada hitam.
8. Tuangkan sos bolognese sehingga menutupi meatball.
9. Taburkan cheese. Bakar 10-15 minit pada suhu 170°c.
10. Siap untuk dimakan meatball bolognese ala pizza hut.
Siap! Selamat Mencuba!
Mak-mak bolehlah sediakan bahan-bahan dan boleh cuba buat nanti!
Sumber:Anith Syazwani
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Mee Rebus Mama, Punyalah Sedap Boleh Ulang Makan 5 Kali Sehari!

Isi Kandungan
ToggleKalau dah jemu makan nasi mak-mak bolehlah cuba kelainan buat menu istimewa seperti mee rebus pula. Jangan bimbang, mudah je nak buatnya, bahan-bahan yang digunakan pun tak banyak.Boleh cuba resipi yang dikongsikan oleh Ainn Mustafar ini.
Berikut resipi yang dikongsikan;
Mee Rebus Mama!! Menu special my mum ni! Boleh ulang makan 5 kali sehari.
Resipi untuk 1kg Mee Kuning
Bahan kisar A:
Segenggam Cili Kering (rendam lembut)
2 Biji bawang besar
2 biji bawang putih
Sedikit udang kering
(Kisar halus semua diatas)
Ubi keledek 1kg (rebus dan kisar halus)
Daging hiris nipis
Udang buang kulit
Kulit udang (rebus dan kisar halus dan tapis)
3 sudu sos tomato
3 sudu sos cili
1 keping asam keping
Sesudu serbuk kari daging
Cara Membuat:
1.Tumis semua bahan kisar A. Agak-agak dah naik minyak, masuk daging and tumis sampai agak-agak lembut. Masukkan air udang and ubi kisar tadi.
2.Masukkan 3 sudu sos tomato, 3 sudu sos cili, asam keping sekeping, dan sesudu serbuk kari daging (penting untuk mematikan bau ubi).
3. Masukkan garam, gula, aji secukup rasa. Kena balance masam, manis, masin ok! Last skali masuk udang. Agak-agak menggelegak boleh tutup api. Udang jangan masak lama, nanti keras tak sodap.
4.Agak-agak nak pekat macam mana. Tak cair sangat dan tak pekat.
5. Tabur la dengan telur rebus, tauhu goreng, cili merah, daun sup, bawang goreng dan limau!
Siap! Selamat Mencuba!
Info Ekstra!
Basuh bersih kulit udang, kisar halus and tapis air dia. Ni betul betul sebagai penyedap!
MW: Semoga bermanfaat! Mak-mak boleh lah buat untuk makan-makan bila tetamu datang rumah nanti.
Sumber: Ainn Mustafar
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
CARA Jimat ‘Online Transfer’ Ke TABUNG HAJI Secara Percuma, Tiada Caj RM1

Isi Kandungan
ToggleSebenarnya memang lebih mudah untuk transfer duit dan membuat simpanan di Tabung Haji secara dalam talian (online) je! Tak perlu susah-suhah nak beratur dan ambil nombor di bank. Segalanya dihujung jari. Namun demikian, jika kebiasaannya permindahan secara online banking, akan dikenakan caj RM1 bagi setiap transaksi.
Mungkin ramai yang masih tak tahu, alang-alang nak buat permindahan secara online, boleh gunakan JOMPAY atau aplikasi THiJARI ia lebih jimat, tiada caj tambahan RM1 dan paling penting permindahan secara percuma.
Nak faham lebih lanjut, boleh rujuk perkongsian daripada Dr Syahr Musafir ini sebagai rujukan.
Kalau sebelum ni guna online banking nak transfer ke akaun Tabung Haji, ada caj RM1 pada setiap transaksi. Saya ada akaun sendiri, akaun isteri dan akaun 5 orang anak. Setiap kali transfer ni saya bayar RM7 tanpa sedar.
Bukanlah berkira RM7 tu, tetapi kalau ada cara nak buat online transfer secara percuma, buat apa bayar? Hehehe.
1.JomPAY
Petang ini saya call Tabung Haji melalui 0362071919 dan saya beritahu staf Tabung Haji saya cuba-cuba buat cara viral guna
JomPAY tu;
1. Log masuk ke online banking kita (perbankan internet)
2. Pilih JomPAY
3. Isi maklumat transaksi
*Biller Code – 60228
*Biller Code Name – “Tabung Haji-Deposit”
*Ref-1 – Nombor Akaun TH (15 digit)
*Ref-2 – (Kosongkan)
*Amaun (RM) – (Isikan nilai)
4. Teruskan hingga selesai.
Hanya akaun TH yang aktif akan dikreditkan, atau sebaliknya duit akan dikembalikan.

Duit akan masuk ke akaun Tabung Haji kita dalam masa beberapa jam, staf Tabung Haji beritahu lebih kurang 1 hari bekerja. BUKAN masuk terus. Cara ini percuma dan tiada caj langsung tapi risau pula apabila baki tu lambat update.
Kalau buat transaksi JomPAY jam 8 pagi ini, eloknya check akaun kita jam 8 pagi esok menggunakan aplikasi THiJARI.
Berdebar-debar jadinya. Penantian kan satu penyeksaan
Staf Tabung Haji beri respon, “Cara JomPAY tu bagus, percuma dan tiada caj. Tetapiiiiii….”
Ehhhh? Ada tetapi?
“Tetapiiiii ada cara lebih cepat. Encik ada THiJARI? Guna THiJARI, tiada caj dan duit terus masuk, tak perlu tunggu-tunggu…”
Saya baru tahu. Terus saya buat tadi.
2.Aplikasi THiJARI
Gunakan fungsi ‘Pindahan’ atau ‘Fund Transfer’ dalam aplikasi THiJARI sama ada di smartphone atau di website. Yang ini saya share pada gambar step by step ye.
Jika belum ada akaun, sila daftar/register new user.
2.1) Ini muka depan aplikasi THiJARI saya. Terus saya tekan ‘Menu’ yang 3 garis tu.
2. Pilih ‘Menu’ > ‘Fund Transfer’ atau ‘Pindahan’.
3. Pilih ‘Transfer Bank to TH Account’ > Pilih akaun yang kita nak depositkan duit.
3.2) Pilih akaun yang kita nak depositkan duit. Macam saya ni nak masukkan duit ke akaun saya sendiri ‘Own TH Account’.
3.3) Disebabkan saya pilih akaun saya, maka tertulis ‘Primary Account’ beserta nama saya.
4.1) Masukkan butiran seperti jumlah dan seumpamanya. Terus pilih Bank mana yang kita nak gunakan.
Saya pilih Bank Islam sebab saya guna bank ni.
4.2) Kita akan dibawa ke online banking bank kita sepertimana bank pilihan kita.
Teruskan transaksi sepertimana biasa.
5) Selesaikan transaksi hingga menerima notifikasi ‘Transfer Successful’. Siap!
6) Boleh terus check baki tu. Alhamdulillah sudah ada pertambahan dengan transaksi baru ni.
7) Mengguna cara ni, boleh buat untuk akaun isteri (dinamakan sebagai pihak ketiga bagi transaksi Tabung Haji) juga tanpa caj langsung.
Di menu, pilih ‘Fund Transfer’ > Klik pada ‘Third Party TH Account’ atau ‘Akaun TH Pihak Ketiga’
8 ) Saya masukkan nombor akaun Tabung Haji milik isteri saya.
Teruskan dengan masukkan butiran amaun dan sebagainya.
9) Confirm-kan butiran.
Saya punya betul dah tu, isteri saya Rahimah AR Zawjah Rahimah Ab.Rahman Pilih ‘Bank’ dan teruskan seperti biasa sehingga dapat ‘Transaction Successful’ ye
Selepas tutup THiJARI saya terus buka akaun Bank Islam saya, lihat transaksi tadi tertera nilai wang yang saya transfer saja. Tiada caj RM1 atau apa-apa yang lain. Terbaikkkkkk Alhamdulillah.
Selain aplikasi di telefon, boleh buat di website https://www.thijari.com.my/
Duit akan terus masuk ke akaun Tabung Haji kita secara automatik. Tak perlu tunggu apa-apa. Check terus di bahagian akaun Tabung Haji tu, terus dapat lihat pertambahan simpanan di situ. Fuhhhh rasa selamat.
Tiada caj tambahan atau caj tersembunyi. Alhamdulillah sangat best.
Biasa buat untuk akaun sendiri dan anak-anak saja. Tetapi guna cara ni, boleh buat untuk akaun isteri (dinamakan sebagai pihak ketiga bagi transaksi Tabung Haji) juga tanpa caj langsung. Bagusnyaaaaa
Pergilah kaunter atau cawangan Tabung Haji? Atau gunakan mesin ATM? Tak apa la, saya buat online lebih mudah. Jimat masa, jimat tenaga, jimat duit petrol kenderaan, jimat duit bayar parking, jimat banyak la ni. Hehehe.
Bukanlah berkira, tetapi sudah ada cara nak buat online transfer secara percuma, buat apa bersusah-payah pergi ke situ-sini, beratur tunggu giliran, bla bla bla dan caj tambahan tu buat apa bayar? Kalau saya, sekarang ni boleh jimat. RM7 tu boleh beli sebungkus nasi ayam untuk makan tengah hari kat sini
Nota: Versi pemotongan gaji, direct debit dan seumpamanya tu sedia maklum. Ini saya share apabila kita nak buat transaksi nak tambah duit selain yang tu ye
#SharingIsCaring #SayaSayangTabungHaji #TabungHaji #THiJARI
Saya share pengalaman dan cara saya saja ye, saya bukan staf Tabung Haji dan saya bukan staf bank. MOGA PERKONGSIAN INI MEMBERI MANFAAT INSYAALLAH. AAMEEN.
Baca Lagi Di Sini:
Wanita Ini Ajar Cara Mudah ‘Transfer’ Duit Tabung Haji Secara Online, Tak Perlu Nak Beratur Lagi
Mingguan Wanita:Boleh cuba cara yang dikongsikan ini jika nak transfer secara online ke Tabung Haji. Guna JomPAY atau terus ke aplikasi THiJARI. Memang lebih jimat, tiada caj tambahan RM1 dan paling penting permindahan secara percuma.
Sumber: Syahr Musafir
Follow kami di :
Facebook : https://www.facebook.com/mingguanwanita
FB Grup Cerita Mak-mak Hari Ini : https://www.facebook.com/groups/ceritamakmak
Website: https://www.mingguanwanita.my/
Instagram : https://www.instagram.com/mingguanwanita/?hl=en
YouTube: https://www.youtube.com/c/MingguanWanitaOfficial/featured
Twitter: https://twitter.com/mingguanwanita?lang=en
Telegram MW: https://t.me/mingguanwanita
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Tips Masak Kari Sedap Sebelah Utara, Tak Perlu Letak Santan Gantikan Dengan Beras Sangai Ditumbuk!

Isi Kandungan
ToggleNegeri-negeri sebelah utara seperti Penang, Kedah, Perlis memang terkenal dengan masakan kuah kari yang pekat, lemak dan mempunyai rasa yang tersendiri.Sampaikan bila makan, baunya karinya masih melekat di tangan!
Nak buat kuah kari yang sedap cara negeri belah utara ada caranya. Mak-mak boleh tambah ilmu masakan dan cuba masak sendiri tips yang dikongsikan oleh Puan Ieda Zairi yang juga merupakan salah seorang moderator di page Masak Apa Hari Ni.. (MAHN).
“Tips masak KARI.. Selalunya negeri belah utara masak kari memang sedap.. (negeri lain saya tak pasti sebab tak pernah rasa) jangan marah ye..”
1.Santan saya tak letak.
✔ Gantikan dengan beras yang disangai & ditumbuk untuk dapatkan rasa lemak.
Kari yang sedap, minyak mesti berlinang kat atas permukaan. Itu tanda kari telah ditumis hingga rempah betul-betul masak.
Tips untuk menyediakan Kari Yang sedap.
▶Rempah Kari Kering
▶Rempah ditumis kering dan dikacau dengan dalam 1-2 minit sebelum dimasuk sedikit air dan perlahankan api.
▶Lepas terbit minyak baru masukkan daun kari.
▶Kuantiti Minyak
Menumis kari mesti menggunakan minyak yang banyak. Minyak yang banyak bukan saja nampak cantik tapi rasanya pun lebih sedap.
▶Hirisan Bawang
Bawang merah & bawang putih lebih sedap jika dihiris dan ditumis.
▶Halba Campur
Halba campur adalah bahan yang wajib dimasukkan dalam masakan kari.. kari anda akan lebih beraroma..
▶Pecah Minyak
Ini langkah paling penting ketika menumis. Pastikan rempah ‘pecah minyaknya’ atau sesetengah orang panggil naik minyak. Pastikan minyak timbul dipermukaannya dan barulah dimasukkan ikan serta beras sangai. Ketika menumis rempah, pastikan dibiarkan lama dengan penggunaan api perlahan sehingga minyak naik.
▶Asam Jawa
Lepas pecah minyak baru masuk asam jawa & boleh jugak kalau nak masukkan asam keping.Rasa kuah kari ikan utara sememangnya masam berbanding jenis kari lain.
Rasa garam juga harus seimbang Paling penting, biarkan sedikit masam barulah rasanya lebih ‘power’.
Akhir sekali masukkan kacang bendi dan tomato menaikkan lagi rasa pada kuah.
Selamat Mencuba!
MW: Mak-mak boleh cuba tips masak kari ni. Walaupun kita memang dah pakar masak kari, tapi jika sesekali ingin tukar selera, boleh masak dengan cara yang berbeza seperti tips diatas ini.
Semoga bermanfaat.
Sumber: Ieda Zairi MAHN
MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI