Ada caranya jika nak buat bawang goreng yang rangup krup krap ni. Paling penting ‘original’ tak campur apa-apa tepung untuk menjadikannya rangup. Bukan apa kebanyakan bawang goreng yang dijual di pasaran harganya memang boleh tahan mahaal malah selalunya ada bahan campuran lain. Silap beli ada yang berbau ‘tengik’ malah mudah lembik.
Bila buat bawang goreng sendiri memang puas hati. Apatah lagi bawang goreng ni sebagai pelengkap rasa dan penambah selera pada sesuatu masakan.
Boleh cuba cara buat bawang goreng seperti yang dikongsikan Puan Umie Qut ini.
Akhirnya…Setelah mencuba beberapa kali nak buat bawang goreng persis kepunyaan ibu mertuaku, kali ini menjadi dengan jayanya.Bawang goreng rangup krup krap krup krap, letak kat apa-apa hidangan semua ngam.Kalau dibiarkan, ratah macam tu pun bole habis sebotol.
Bahan-Bahan:
20 ketul bawang rose
*Kalau rajin kupas banyak-banyak tambah la lagi
Garam
Air secukupnya
Cara membuat:
1. Kupas dan hiris bawang rose. Tak perlu terlalu nipis, macam nak campak dalam tumis tu pun boleh.
2. Tabur garam atas bawang yaag dah dihiris, lepas tu letak air dan rendam. Jangan lama, 20 minit pun dah ok.
3. Tapis dan sedia digoreng.
4. Masa menggoreng tu pun kena hati-hati. Api jangan kuat sangat jangan slow sangat. Bila tepi-tepi dah mula ada yang garing, jangan tinggal. Kacau laju-laju.
Ads
5.Agak-agak dah mula garing dah boleh angkat. Tak perlu tunggu brown baru nak angkat. Sebab dekat tapis nanti dia pun pandai perang sendiri. Rasa-rasa minyak dah elok turun, salin bawang goreng ke dalam pinggan berlapik tisu dan biarkan dia sejuk dekat situ.
Yang ni ori tau, tak ada campur-campur tepung apa semua.
Biasanya bila banyak gajet dan peralatan elektrik di rumah, makin banyak lah wayar kabel yang digunakan. Bila dah banyak, memang penuh laci dengan wayar berselirat. Nak ambil kabel mana nak gunakan pun susah, kena cari dan pilih satu persatu.
Menerusi perkongsian #kemasrumahwithhani: Pengurusan Kabel oleh Dr Hani Mynis ada cara mudah untuk pengurusan kabel ini. Bila kemas kabel macam ni senang nak ambil, lebih tersusun dan tak makan masa yang lama pun. 15 minit dah siap.
Dah lama tak kongsi #tutorialhani kan? So dalam post ini hani kongsi kan langkah demi langkah projek kemas rumah mini hani. Kiranya dalam projek mini macam ni 15 minit boleh siap. Simple-simple sahaja tapi beri impak yang besar dalam pengurusan rumah kita.
Siapa yang di rumah dia ada laci keadaan macam dalam gambar pertama ni. Gigih sangat hani menyepahkan ruang untuk buat tutorial ni taw haha siapa bersalah ada laci penuh dengan wayar macam ni baik ngaku. Hahaha rasa nya masalah ni common kot kat kebanyakan rumah. Satu laci penuh dengan wayar segala jenis kabel, charger, usb cord, plug, ear phone, power bank.
Bila nak guna mula lah stress bila wayar-wayar tu berselirat melekat antara satu sama lain. Benda nak cepat jadi lambat. Kalau hani memang kurang kesabaran kalau jadi macam ni kalau time nak cepat. Hehe so penyelesaian paling bagus : kita organise benda alah tu. Nak ambil nanti senang je.
Jom tengok langkah demi langkah pada setiap gambar. Langkah demi langkah ni secara umumnya sama sahaja bila kita nak kemas sesuatu ruang. Ulang langkah yang sama.
Hani kongsikan sekali barang yang hani guna untuk penstoran kabel-kabel untuk rujukan. Feel free to ask anything ya.
Semoga bermanfaat.
SEBELUM
Siapa bersalah ada laci serupa gini kat rumah dia hehe jangan risau ni memang normal. Kita tak peruntukan masa untuk uruskan dia mmg jadi gini hehe hani buat ni 15 minit je. 15 minit of hardwork, seumur hidup bahagia bila dah ada sistem.
SELEPAS
Nak amik mudah, tak perlu mencari cari. Tak perlu betulkan wayar berselirat time tu jugak nak guna. Kalau seisi keluarga nak cari pun senang. Tak payah kita buka kaunter pertanyaan. Ada berlabel siap hehe
Keluarkan semua harta karun. Kosongkan laci. Mesti kena keluarkan semua. Longgokan kat satu tempat. Dalam langkah pertama ni selalunya ada dua cara iaitu
1. Keluarkan semua dulu. Longgok satu tempat. (Hani guna cara ini).
2. Keluarkan satu-satu. Sambil keluarkan sambil sorting (asingkan). Ini selalu hani guna kalau kemas baju , buku, peralatan dapur. Lebih praktikal cara ini. Lagi cepat.
Untuk uruskan kabel-kabel wayar ni hani guna cara 1 sebab lebih praktikal. Lambat nak keluarkan satu satu dengan wayar berselirat bagai haha
Baru sorting ikut kategori. Longgokan besar tadi kita pecahkan kepada longgokan kecil mengikut kategori. Kita deal ikut kategori.
Contoh hani buat kategori pertama dulu iaitu EARPHONE. Masa ni hani buat proses sisihan iaitu hani asingkan mana yang masih elok mana yang sudah rosak. Kena test satu-satu earphone.
Dah berjaya asingkan yang rosak dan yang masih elok. Yang rosak boleh terus buang.
Sekarang kita uruskan wayar2 kabel2 yang kita dah leraikan satu-satu tadi supaya dia tak berselirat balik antara satu sama lain. Hani guna Velcro tape ni je. Hani suka yang ni sebab panjang nya kita boleh adjust. Just potong ikut keperluan. Ada hani kongsi screenshot shopee. Scroll smpi habis post ya.
Potong lah kepada beberapa keping.
Ha kan kemas tu.
Sekarang hani nak buat proses SUSUN ATUR pula. Bagi hani langkah ni paling tricky. Pemilihan bekas penstoran sangat penting. Dari segi saiz, bentuk, warna, praktikaliti. Kalau style hani memang hani ukur sebelum beli. Hani guna teknik template surat khabar yang hani dah pernah share dulu. Supaya dapat bekas yang ngam ngam dengan ruang. Hani guna bekas untuk simpan cabel dari Shopee. Hani ada kongsi screenshot juga dalam post ni. Scroll sampai habis ya. Yang bekas ala2 akrilik tu beli di ECO sahaja. RM2.10.
Masuk kan kabel yang kita dah ikat kemas dalam bekas yang kita dah pilih tadi. Hani suka bekas ni sebab penutupnya attach dengan bekas. So kes nak hilang penutup jadi kurang hahaha
Micro charger
Masih dalam proses susun atur iaitu melabel. Melabel ni langkah paling akhir dan paling penting dalam proses susun atur. Kalau tak label boleh dikatakan proses susun atur yang kita buat dari awal tadi sia-sia. So pastikan label ya. Kalau tak label mcm kita sediakan rumah tapi tak ada alamat. Susah nak maintain sistem susun atur yg kita dah buat.
Hani guna label maker niimbot model B21. Ni baby baru hani. Hahaha untuk label addict macam hani disarankan beli. Sticker saiz 50×15.
Sekarang kita nak susun balik bekas penstoran dalam rumahnya kan? Tadi kita dah keluarkan semua barang dalam laci ni. So mesti ada habuk-habuk yang tinggal. Kena bersih laci. Ini Step pembersihan.
Nak membersih hani buat wet cleaning atau lap basah dulu. Untuk hilangkan kotoran dan tarik habuk2 dalam laci. Guna furniture wipes dari Eco je. Kalau perabot jenis melamine board, keberangkalian ada kulat sangat tinggi. Tips hani titiskan sikit minyak (essential oil/zaiton/baby oil/minyak masak). Dan lap permukaan. Buat lepas dah bersihkan secara wet cleaning.
Lepas buat lap basah mesti kena lap kering. Step ni ramai yang terlepas pandang. Untuk elakkan habuk senang berkumpul semula selepas kita dah lap. Permukaan basah lagi senang tarik habuk dari permukaan kering. Lagi satu untuk elakkan cepat tumbuh kulat pada permukaan perabot. Hani guna microfiber cloth untuk lap kering. Dah siap baru susun semula bekas penstoran dalam laci ni.
Close up label untuk kabel-kabel sebagai rujukan.
Usb charger empat jenis kategori kat rumah hani
Micro
ios
Type C
ios-type c
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jika ada masalah wayar kabel berselirat penuh dalam laci tu, boleh ikut cara pengurusan kabel yang dikongsikan ini. 15 minit siap, lebih tersusun dan mudah nak ambil.
Rupanya dengan kaedah ‘Takik’ keliling batang, ia dapat membantu pokok cepat berbunga dan berbuah lebat. Bukan apa ada kalanya sesetengah pokok yang kita tanam dah bertahun-tahun lamanya terutamanya pokok buah, masih belum mengeluarkan bunga dan hasilnya walaupun telah matang. Dah guna bermacam-macam cara pun payah nak berbuah, boleh cuba kaedah ini dan ramai yang mengakuinya ia berkesan.
Buatlah kaedah takik macam ni dekat keliling batang pokok buah yang matang tetapi susah nak berbuah.
Kaedah ini untuk membuang getah atau baka mandul dalam batang pokok. Mudah-mudahan selepas bekas torehan itu hanya tinggal parut dan pokok tu akan berbunga.
Nak percaya atau tidak, terpulang pada hati sendiri. Kaedah ini macam berbekam mengeluarkan darah kotor dari badan.
Mingguan Wanita: Selalu nampak dekat pokok ada kesan takik macam ni. Rupanya ia dapat membantu pokok yang payah berbunga dapat berbuah lebat. Boleh cuba tip ini nanti.
Ada cara sebenarnya untuk botolkan produk seperti sambal tanpa guna bahan pengawet. Malah istimewanya boleh bertahan selama 6 bulan pada suhu bilik. Ia menggunakan kaedah rebus dan kukus terlebih dahulu. Tip ini sangat sesuai bagi usahawan yang mulakan bisnes kecil-kecilan di rumah, bagi menjamin kebersihan dan mutu ketahanan sambal tersebut.
Jom nak kongsi macam saya bottling produk sambal tanpa menggunakan bahan pengawet.Insha Allah boleh bertahan selama 6 bulan di luar dengan suhu bilik. Semoga bermanfaat kepada kawan-kawan semua.
1.Botol-botol ni mesti kena basuh dahulu sebelum kita rebus ye.
2.Didihkan air dalam periuk, kemudian masukkan botol-botol yang telah dicuci tadi selama 20 minit.
3.Selepas 20 minit, boleh keluarkan botol guna penyepit dengan berhati-hati.
4.Kemudian toskan dan terbalikkan botol bagi kering.
5. Kemudian, rebus pula penutupnya juga selama 20 minit.
6. Kemudian boleh timbang masukkan sambal. Boleh masukkan sewaktu sambal suam-suam namun kena pastikan botol kena betul-betul kering. Sebelum isi sambal, seeloknya lap dengan tisu dahulu, takut masih ada air.
7. Akhir sekali, tunggu air menggelegak dan kukus semula botol berisi sambal ini selama 20 minit. Proses ini untuk kita sterile sambal.
Mingguan Wanita: Terima kasih berkongsi ilmu ‘pembotolan sambal’ ini. Semoga bertambah murah rezeki dalam perniagaan. Jadi buat yang mulakan bisnes jual sambal boleh ikut tip yang dikongsikan ini. Bukan sahaja terjamin bersih malah sambal juga tahan lama.
Antara barangan yang terlibat ialah produk mandian dan penjagaan diri, termasuk satu unit Carrie Junior Hair and Body Wash, dua unit Selsun Shampoo 2-in-1, satu unit Lifebuoy Body Wash serta sehelai singlet jenama Byford.