Cara buat bawang goreng ranggup. Selalunya, kalau nak mudah, kita beli saja cepat dan mudah. Tapi kalau dari segi rasa , harap maklum saja. Ada yang boleh diterima tekak dan ada sebaliknya.
Memang kalau kat dapur kena ada bawang goreng ranggup ini. Ia sebagai pelengkap untuk makanan lain seperti bihun sup, soto, mi goreng, sup dan sebagainya. Lagi mudah buat stok di rumah bila-bila nak makan, ambil saja.
Ada sesetengah yang buat sendiri bawang goreng ini dengan mencampurkan tepung, agar ia ranggup. Tapi, tak kurang juga yang suka dengan bawang goreng original. Ada cara lain yang boleh mak-mak buat bawang goreng ranggup tanpa guna tepung.
Tutorial Membalang Di Rumah, Masakan Ibu Anak Bawa Balik Asrama Tahan Berbulan! Bagi anak-anak yang tinggal di asrama mahupun kolej penginapan di universiti sebenarnya tetap boleh menikmati masakan ibu dengan kaedah membalang.
Malah ikut teknik ini masakan yang dimasak tak basi pun, malah mampu tahan berbulan, walaupun diletakkan pada suhu bilik. Menarik kan! Memang jimat duit anak-anak tak perlu beli makanan di luar, malah jimat masa pun iya.
1. Selepas masak lauk, masukkan ke dalam balang kaca yang telah disteril.
2. Jangan masukkan penuh, memadai hanya paras ‘bahu’ balang kaca.
3. Kemudian boleh label siap-siap, nama makanan dan tarikh luput.
4. Selepas itu tutup balang kaca ketat-ketat dan masukkan ke dalam periuk pengukus.
5. Kukus selama 20 minit menggunakan air yang telah mendidih.
6. Bila dah siap buka penutup periuk kukus, keluarkan balang dengan berhati-hati sebab sangat panas.
7. Pastikan penutup balang akan sedikit menaik.Iaitu macam kembung sikit. Kalau tak kembung, membalang mungkin tak jadi.
8. Biarkan sehingga sejuk, penutup balang sedikit melengkung.
Mingguan Wanita: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Sangat menjimatkan masa dan duit kerana tak perlu lagi beli makanan di luar. Hanya perlu guna kaedah membalang sebegini.
Ramadan bakal menjelma lagi. Tentu mak-mak masih membuat persiapan Ramadan dengan memikirkan menu hidangan untuk keluarga, makanan sampingan dan macam-macam lagi.
Sebolehnya apa yang difikirkan oleh mak-mak adalah untuk memastikan anak-anak ‘tidak lembik’ sepanjang berpuasa. Apa yang perlu diambil perhatian adalah dengan memberi buah-buahan kering yang sangat bermanfaat untuk dimakan semasa bulan puasa.
Ini antara beberapa buahan kering yang perlu ada sebagai persiapan ramadan untuk diambil semasa bulan puasa seperti yang dikongsikan oleh Dr Suri Roowi.
1. Buah kering elok diambil sebagai makanan ringan kerana ia kaya sumber serat, nutrien dan karbohidrat kompleks yang baik untuk kesihatan.
2. Tidak dinafikan kandungan buah-buahan kering rendah kandungan vitamin C, tetapi bahan berkhasiat lain contohnya polifenol jauh lebih tinggi dalam buah-buahan kering.
3. Polifenol mempunyai banyak kebaikan dari segi kesihatan. Ia boleh bertindak sebagai antikanser, antidiabetis, antidarah tinggi dan boleh elakkan sakit jantung.
4. Hasil ujian makmal mendapati bahan berkhasiat (polifenol) lebih tinggi dalam buah-buahan kering berbanding buah-buahan segar.
5. Penggunaan suhu pemanasan di bawah 60 darjah selsius juga tidak merosakkan bahan khasiat dalam buah-buahan kering.
6. Kajian yang dilakukan di Amerika Syarikat mendapati pengambilan kerap buah-buahan kering boleh kurangkan risiko kanser prostat.
7. Kajian di Belanda pula mendapati memakan buah tin kering dapat halang pertumbuhan atau pembentukan sel kanser. Buah tin juga menunjukkan sifat antikanser yang kuat.
.
8. Kajian yang diterbitkan dalam Nutrition Journal pada tahun 2016 mendapati bahan khasiat (polifenol) paling tinggi dalam kismis, diikuti buah tin, prune dan kurma.
9. Kajian ke atas manusia mendapati memakan buah teen kering dapat tingkatkan antioksidan dalam darah sehingga 5% dan nilai ini lebih tinggi berbanding meminum teh hijau.
Buah Prune – Kajian ke atas tikus mendapati buah prune kering boleh rendahkan lemak dalam arteri jantung. Buah prune juga bantu kesihatan tulang di kalangan pengidap osteoporosis. Ia bertindak dengan meningkatkan kepadatan tulang dan membantu pembentukan tulang.
Kurma – Selain memberikan sumber fiber yang tinggi, kurma boleh bantu mengawal kolesterol dengan seterusnya memperbaiki profil lemak dalam darah.
.
Kismis – Walaupun kismis mempunyai indeks glisemik (GI) antara 55-69 dan tinggi antioksidan, pesakit diabetis sebaliknya tidak boleh memakan secara berlebihan.
Buah ‘cranberry’ kering juga boleh merendahkan lemak dalam darah dan boleh kurangkan risiko jangkitan saluran kencing. Terdapat juga laporan menunjukkan buah ‘cranberry’ boleh kawal gula dan lemak dalam darah dan bantu pesakit buah pinggang. Buah ‘cranberry’ juga rendah potassium.
.
.
Sebaliknya, kandungan potassium dalam kebanyakkan buah-buahan kering lain adalah tinggi. Kandungan potassium tinggi bagus untuk pesakit darah tinggi tapi tidak sesuai pesakit buah pinggang.
Di antara contoh buah-buahan kering tinggi potassium adalah buah aprikot, diikuti dengan peach, kismis, plum atau prunes dan kurma.
Walau bagaimanapun, buah ‘cranberry’ tinggi oksalat dan tidak sesuai untuk pesakit batu karang.
Mingguan Wanita : Perlu ingat, tak semua buah kering sesuai untuk semua orang. Kena hati-hati ye.
Bersihkan kurma. Kita rasakan dah selamat dan bersih kurma yang dibeli. Maklumlah tersusun cantik dalam kotak tertutup. Lagipun tak adalah nampak kotorannya.
Perlu kita tahui, waima kurma dalam kota, dijual secara borong mahupun yang sejuk beku sekalipun, kita wajib bersihkan kurma sebelum makan dan masuk dalam perut.
Kita tak tahu kurmaini dari mana prosesnya dan cara perngilangan sebelum sampai ke tangan kita. Jangan ingat dengan semua jenis kurma yang dijual ini sudah bersih dan boleh terus makan.
Perkongsian daripada Niena Samsir boleh dijadikan info dan panduan buat anda yang selalu makan tanpa bersihkan kurma terlebih dahulu. Kita tka tahu ada kotoran yang melekat pada kurma dan boleh memberi kesan kesihatan pada diri.
Kenapa kita WAJIB cuci kurma sebelum makan. Nampak tak, ada kesan pasir pada kurma?
Kalau beli, tak ada kesan pasir, mungkin supplier tu dah bersihkan tapi bukan dengan cara basuh tau. Mereka hanya lap dengan kain basah. (Agak-agak bersih ke?)
Tak kisah lah awak beli kurma fresh, kurma sejuk beku atau kurma kering, tolong lah basuh dulu. Ajarkan juga mak ayah di kampung.
Kadang-kadang ada yang mengadu lepas makan kurma batuk, sakit perut dan macam-macam penyakit datang. Sampai ada yang serik nak makan kurma.
Mungkin ia baru bagi kita untuk cuci kurma, tapi supplier kurma pun sarankan, cucilah kurma sebelum makan. Takkan terjejas rasa kurma kalau kita cuci.
Cuma, seller tak boleh nak cuci kan untuk kita, bimbang nanti kurma rosak tak tahan lama.
So, kita lah kena cakna dengan kebersihan kurma sebelum kita nak makan. Ni ummi tunjuk keadaan sebenar kurma yang datang dari ladang kurma.
Lepas ni, jangan ambil mudah tau.
1. Rendam dulu dalam air garam dalam 5 – 10 minit. Lepastu bilas dengan air bersih.
2. Kemudian tapis, kalau nak lebih baik, jemur di bawah panas terik matahari. Nanti kurma jadi juicy semula.
Tapi, kalau nak cepat, tak yah jemur. Tapis je lepas tu boleh terus makan.
3. Simpan dalam peti sejuk, insya Allah tahan lama.
Maaf kalau ada yang tak sependapat. Ummi kongsi sebab sayang. Berniaga, bukan nak duit semata, tapi ummi bertanggungjawab untuk educate pelanggan untuk makan kurma dengan cara yang bersih.
Minggu Wanita : Walaupun makan kurma ini sunnah, jangan terus makan. Bersihkan dulu.