Berkebun dan bercucuk tanam memang menyeronokkan, apatah lagi jika berjaya melihat hasilnya. Namun bukan semua tanah mudah subur dan tanaman membesar dengan sihat. Selain menggunakan baja organik yang bebas bahan kimia mahupun racun serangga, perlu juga ada bantuan bakteria baik bagi menggalakkan kesuburan tanah dan pokok-pokok yang ditanam.Caranya pula cukup murah dan senang!
Boleh rujuk perkongsian Encik Mokhtar Agri ini sebagai panduan;
Membuat Bakteria Baik Untuk Kesuburan Tanah Dan Pokok
“Proses ini adalah untuk membiak bakteria baik dengan menggunakan telur. Tengok lama dah di pos oleh seorang Medical doktor di Bangkok, Dr. Taweesak Ponpaca, tapi buat tak kisah waktu tu. Kemudian baru tahu bahawa ini adalah magic solution untuk pokok.”
“Cara nak membuatnya pun amat MURAH dan SENANG, cuma perlu peraman kurang dari satu bulan di bawah matahari dalam botol 5 litre bertutup. Solution ini, lebih baik dari EM *(Effective Microorganism) kata orang Thai. So tunggu apa lagi jomm kita buat!
*EM ialah campuran mikroorganisma anaerobik yang mempunyai kesan baik terhadap proses pembentukan produk pertanian.
Bahan-Bahan:
5 litre air hujan/atau air tanpa chlorine.
3 biji telur
2 sudu teh Sodium glutamate/ajinomoto
1 sudu teh Belacan
3 sudu besar Sos ikan/Fish sauce
Ads
Cara Membuat:
1.Blend semua diatas termasuk kulit telur bersama sedikit air.
2.Tuang dalam botol 5 litre yang dah berisi air tanpa klorin.
3.Goncang rata-rata, tutup botol, kemudian letakkan bawah panas cahaya matahari.
4.Goncang botol ini 2-3 hari sekali.
5.Dalam 20 hari air akan bertukar warna merah/crimson. Itu tanda psb (Bakteria Fotosintetik) anda sudah menjadi. Susah jadi kalau kawasan musim hujan.
Bakteria Fotosintetik (PSB)
Ialah mikroorganisma yang boleh hidup sendiri. Mereka menyerap tenaga daripada matahari dan haba tanah sebagai sumber tenaga menukarkan cecair dari sistem akar, bahan organik tanah dan gas seperti amonia kepada bahan binaan sel.
Bahan binaan sel ini boleh jadi asid amino, asid nukleik dan gula. Bahan-bahan ini seterusnya boleh diserap terus ke dalam tumbuhan bagi membantu tumbesaran tumbuhan. Manakala pada sistem tanah, hal ini membantu perkembangan mikroorganisma bermanfaat.
Cara Guna Bila Jadi:
Siram 10 ml: 1 litre air tanpa chlorine
Spray 10 ml: 10 litre air tanpa chlorine
Setiap 15-30 hari.
Ads
Antara Kelebihannya:
1. Untuk kesuburan tanah dan pokok.
2. Gaul dengan makanan binatang, tinggi protein dan vitamins.
3. Control kekotoran aquarium.
4. Guna untuk cuci reban dan kandang.
5. Untuk sawah 1 litre psb untuk 1 ekar tanah, percik ke seluruhan sawah.
6. Water treatment.
7. Juga sebagai penggalak bunga untuk lemon, tomato, orange, mangga, manggis dan sebagainya.
8. Untuk makanan ikan di kolam.
9. Root booster masa buat tut.
Info Ekstra!
Ramai orang tak tau yang psb nie pelbagai guna. Skop hanya tertumpu pada tanaman. Sedangkan ianya boleh digunakan untuk ternakan ikan. ternakan ruminan, hilangkan bau najis haiwan ternakan macam kucing, apa saje yang bau busuk disiram dan disembur dengan psb.
Ads
Penggunaan PSB untuk ternakan ikan bergantung kapasiti isipadu air. Kalau akuarium, fiber/pvc tank @ kolam simen… 5ml untuk 40 liter air. Kalau kolam Tanah… 10ml untuk 40 liter air. Tambahkan PSB 1-2 Kali setiap 7-10 hari.
Fungsi yang paling utama adalah penguraian ammonia. Ammonia adalah bahan beracun. Kebiasaannya Ammonia boleh datang 2 sumber.
1. Najis ikan
2. Lebihan makanan yang tidak diambil/dibuang.
PSB memainkan peranan menguraikan ammonia ini kepada nitrite/nitrate seterusnya nitrogen. Ini akan memberikan suasana sihat dan selesa kepada ikan. Ini akan lebih jelas difahami melalui kitaran nitrogen / nitrogen cycle yang terdapat di website-website perihal ikan.
Kredit this post tu Abang Hazizi Meran.Semoga dipraktikkan untuk manafaat semua.
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat, dijadikan panduan bagi mak-mak yang suka berkebun. Semoga tanam-tanaman dan pokok-pokok hidup subur dan membesar dengan sihat.
Salah satu jenis sandwich yang mudah nak disediakan oleh mak-mak ialah sandwich telur mayonis.Ia sesuai disediakan baik untuk bekalan sarapan anak-anak waktu pagi mahupun untuk minum petang buat keluarga.Namun kerana berasaskan telur rebus dan mayonis membuatkan sandwich ini mudah muak.
Mak-mak boleh cuba resipi Sandwich Telur Mayonis oleh Puan Nur Laila Norharmimini. Menurut wanita ini, resipi tersebut telah diolah berpuluh kali untuk mendapatkan rasa yang sedap dan tak muak. Malah resipi yang sama ini juga digunakan untuk jualan sandwichnya.
Berikut perkongsian wanita ini;
“Egg Mayo Sandwich (100% resepi jualan saya!) Lepas ni boleh buat je dari rumah. Mesti anak-anak teruja mak depa pandai buat sandwich sedap. Hihi.”
“Egg mayo saya bukan semata telur & mayo je tau. Berpuluh kali olah nak dapatkan rasa yang tak muak. (Sebenarnya saya tak suka egg mayo, tapi resepi ni buat saya suka dan makan dengan girangnya. Haha.)”
Bahan-Bahan:
5 biji telur rebus
5 sudu besar mayonis
1/2 sudu kecil garam
1 sudu kecil gula
Air perahan lemon/ limau kasturi
Timun jepun di dadu
1 sudu kecil lada hitam
Salad Romania
Tomato
Marjerin
Roti Potong
P/s: Pink tu garam bukit, dan perang tu gula perang. Rumah saya tak ada stok garam putih dan gula putih. Tak pernah beli pun sebenarnya. Boleh je guna mana-mana yang ada stok.
Cara Membuat:
1. Lenyek ikut suka ye. Tak perlu halus sangat supaya ada rasa telur.
2. Campur je semua bahan tadi. Lemon tadi perah dulu ye.
3. Kacau rata.Tadaaa, dah siap.
4. Sapu marjerin pada roti, letak salad Romania dan tomato. Boleh tambah mayo kalau suka.
5. Bubuh 2 sudu besar egg mayo tadi pada roti dan potong kepada 4 bahagian.
6. Siap. Resepi ni boleh jadi 5 set sandwich telur mayo.
Makluman: Artikel yang diterbitkan ini telah mendapat keizinan daripada penulis asal.
MW: Mudah je kan cara nak buat Sandwich Telur Mayonis ini. Anak-anak pun boleh je buatb sendiri di rumah. Paling penting ia sedap dan tak muak!
Untung mak-mak yang ada kebun kecil di rumah, yang mana suka tanam sayur hijau bolehlah tambah koleksi pokok bayam brasil ini.
Daripada perkongsian Puan AmiraYantie Shahpori, pokok bayam brasil ini sangat mudah dijaga dan senang nak buat makan. Salah satunya, boleh dibuat cucur. Nah, cuba godek sikit macam mana cara nak tanam pokok bayam brasil ini sebaik mungkin.
Tanam Pokok Bayam Brasil
Seriously… bayam brasil ini sangat senang di tanam. Lagi di petik, lagi dia naik merimbun. Banyak khasiat pula tu, boleh buat masak macam-macam. Ini dah jenuh buat masak lemak putih, goreng belacan, rencah untuk mee, nasi goreng, telur dadar.
Kali ini jom kita cuba buat cekodok pula, caranya sama cam wat cucur udang tu, tapi ini tak payah isi kucai. Gantikan dengan dia je.
Baja Bayam Brasil
Baja paling senang untuk bayam brazil subur cuma siram dengan air basuhan beras 3,4 kali dalam semniggu.
Baja tahi kambing pun sangat bagus. Tetapi kata Puan Amira, dia jarang guna sebab tingal kat bandar susah nak dapat.
Jadi bagi mak-mak yang suka berkebun, boleh lah tambah koleksi tanam bayam Brasil ini di rumah ya. Nampak hasil nanti, mesti bahagia!
Lubuk konten tentang inspirasi, rumah tangga dan macam-macam lagi, MINGGUAN WANITA kini di seeNI, download seeNI sekarang!
Letak pokok-pokok hidup dalam rumah selain memberi oksigen, ia juga merupakan dekorasi menenangkan jiwa dan mata yang memandang. Bagi rumah yang keadaannya agak gelap dan kurang pencahayaan masih boleh letak pokok hidup dalam rumah. Ada 6 jenis-jenis pokok hidup yang sesuai dalam keadaan ini.
Baca perkongsian yang dikongsikan oleh Puan Huda Zainal ini sebagai panduan;
Ada pokok hidup dalam rumah ni memang sangat mendamaikan. Kadang-kadang boleh jadi kawan bersembang. Namun keadaan rumah yang kurang pencahayaan matahari menjadi masalah kepada pokok hidup.
Baru ni dapat message:
“Sis, I teringin sangat nak letak pokok hidup dalam rumah. Masalahnya, rumah I ni jenis tak masuk cahaya matahari. Ada tak pokok yang sesuai dengan masalah I?”
Dalam buku “Grow In The Dark” yang dikarang oleh Lisa Eldred terdapat beberapa jenis pokok hidup yang mampu bertahan dengan keadaan yang gelap atau kurang pencahayaan. Antaranya:
1. Aglaonema (Chinese Evergreen)
Terdapat 6 spesies Aglaonema. Mampu hidup dengan cahaya yang amat sedikit namun apabila terlalu lama tidak mendapat cahaya, warna pink dan merah pada daun akan semakin pucat.
Usah risau, bawa keluar. Letakkan di tempat teduh selama 7 hari. Warna pink, merah, kuning atau hijau pada daun akan kembali pada warna asal.
Aglaonema (Chinese Evergreen)
2. Dracaena Fragrance (Corn Plant)
Antara pokok yang tidak memerlukan pemerhatian yang tinggi. (Low maintenance houseplant).
Sesuai diletakkan di kawasan kurang pencahayaan, namun perlu mengurangkan siraman air. Mudah mati jika terlebih sekiranya berada di ruang yang gelap.
Dracaena Fragrance (Corn Plant)
3. Epipremnum Aureum (Pothos / Devil’s Ivy)
Pokok yang paling versatile. Sangat sesuai dalam pelbagai keadaan termasuk ruang yang hanya bergantung pada pencahayaan lampu sahaja.Mampu hidup dalam air, dalam tanah ataupun digantung.
Epipremnum Aureum (Pothos / Devil’s Ivy)
4. Malanta Leuconuera (Prayer Plant)
Nak warna merah dan hijau kekal berseri, jauhkan daripada cahaya matahari. Dalam keadaan gelap, daun ‘prayer plant’ akan menegak keatas.
Malanta Leuconuera (Prayer Plant)
5. Sanseviera (Snake Plant)
Jika diletakkan pada kawasan kurang pencahayaan, warna hijaunya akan bertukar kepada hijau yang agak cerah berbanding jika mendapat cahaya.
Tidak suka pada tanah yang terlampau basah. Siram sekali sahaja dalam tempoh 2 minggu sekiranya berada dalam rumah dan jauh daripada pencahayaan matahari.
Sanseviera (Snake Plant)
6. Zamioculcas Zamiifolia (ZZ plant)
Dikategorikan sebagai ‘slow growing plant’. Namun mampu membiak melalui batang ataupun daunnya.
Juga sangat sesuai pada ruang kurang pencahayaan.
Zamioculcas Zamiifolia (ZZ plant)
6 ini antara pokok yang sesuai dengan pencahayaan yang sangat sedikit dan paling penting turut tersenarai dalam “Hard To Kills Plant”. Jadi untuk rumah yang ada masalah pencahayaan, boleh cuba dengan 6 jenis pokok ni dulu.
Huda Zainal
4 daripada 6 ni pokok yang Huda berjaya bela dalam keadaan kurang pencahayaan.
Baca Lagi Di Sini:
MW: Semoga perkongsian ini bermanfaat. Jadi buat mak-mak yang berhasrat nak letak pokok hidup dalam rumah, boleh pertimbangkan jenis-jenis pokok yang dikongsikan ini. Sebab pokok-pokok jenis ni mampu bertahan dengan keadaan yang gelap atau kurang pencahayaan.
RM175 sebulan belanja barang basah, isteri kongsi tip jimat makan sekeluarga. Di kala ramai yang mengeluh harga barang dapur naik melambung, seorang isteri, Nabila ...