Kecantikan

Cara Betul Bertangas Herba Di Rumah, Batu Sungai Tu Wajib Ada

Share

Amalan bertangas herba biasanya dilakukan oleh wanita-wanita yang baru saja melahirkan anak. Banyak keistimewaan bertangas ini yang telah diyakini sejak zaman berzaman dalam masyarakat Melayu. Ini cara betul kalau nak lakukan sendiri di rumah. Cuma guna bahan dapur dan batu sungai.

Terdapat dua cara bertangas iaitu tangas kering dan tangas basah. Bertangas kering atau lebih mudah dipanggil bertangas herba itu hanya menggunakan batu sungai sebagai keperluan utama tangasnya yang kemudian dipanaskan terlebih dahulu.

Seterusnya diletakkan di atas bahan atau ramuan herba semula jadi terpilih. Puan Umi Sarah daripada Ummi Spa Tradisional Massage & Spa, Bukit Raja Klang, berkongsi untuk melakukan sendiri tangas di rumah.

Bahan-bahan yang diperlukan juga boleh didapati di dapur rumah. Yang penting, kena ada batu sungai ye!

Bertangas Herba Guna Bahan Dapur

4 biji buah manjakani
1 inci  Halia
1 inci ibu kunyit
Garam jantan sebesar ibu jari
Sedikit kulit kayu manis
Sedikit limau nipis – belah dua

Cara Betul Bertangas Herba

1.      Terlebih dahulu, batu sungai dipanaskan.
2.      Tumbuk halus semua bahan-bahan kecuali limau nipis. Letakkan batu sungai ke dalam bekas yang bersesuaian dan tahan panas.
3.      Letakkan campuran bahan tadi di atas batu dan perahkan limau nipis. Selalunya ia akan berasap kerana batu itu cukup panas.
4.      Anda boleh duduk di atas sofa atau kerusi (dengan kedudukan sedikit ke depan), kangkangkan kaki dan letakkan bekas berisi batu sungai tadi di bawah. Selubung badan dengan kain agar wap terperangkap di dalam kain saja. Lakukan selama 15-20 minit ye.

Kenapa Bertangas Penting

Kini, semakin ramai yang mengakuinya dan banyak spa yang turut menyediakan perawatan bertangas ini.

Sesiapa saja boleh bertangas kerana ia berfungsi untuk:

1. Menguatkan dan mengecutkan saraf peranakan.
2. Melancarkan perjalanan darah
3. Mengatasi masalah keputihan
4. Mengencangkan otot vagina
5. Mengecutkan rahim selepas beranak
6. Mengatasi masalah senggugut

Selamat mencuba bertangas herba sendiri di rumah. Caranya tak susah manakan..

Kredit foto: Nurul Niza Suhaimi

IKLAN